Thursday, October 05, 2006


Taqlid dan Pindah Mazhab menurut pemuka Mazhab Shafie.


1.

قال العلامة سيدى ابراهيم العلوى

والمجمع الوم عليه الأربعة × وقفو غيره الجميع منعه .

حتى يجئ الفاطمى المجدد × دين الهدى لآنه المجتهد.

Telah Ijmak pada hari ini 4 mazhab sahaja * Beramal dari selain fatwa 4 mazhab telah menegah para Ulamak.

Sehingga datang anak keturunan Siti Fatimah r.anha (Imam Mahadi) * Agama pertunjuk, kerana beliau adalah seorang Mujtahid.

2.
قال العلامة الماليبارى فى الفتح المعين

اذا تمسك العامى بمذهب لزمه موافقته , والا لزمه التمزهب بمزهب معين من الأربعة لا غيرها . ثم له وان عمل بالأول الانتقال الى غيره بالكلية , أو فى المسائل بشرط ان لا يتتبع الرخص بأن يأخذ من كل مذهب بلأسهل منه فيسفق به على الأوجه
Seseorang awam , apabila berpegang dengan sesuatu mazhab, mestilah mufakat (menuruti) denganNYA ( menurut seluruh fatwa mazhab tersebut). Jika dia tiada sebarang mazhab mestilah bermazhab dengan salah satu mazhab yang tertentu dikalangan mazhab yang 4 , tidak boleh dia menurut mazhab yang lain.

Harus pula dia beramal dengan mazhab yang pertamanya, kemudian dia berpindah kepada mazhab yang lain dengan (beramal ) seluruh fatwa-fatwanya. atau pada setengah-setengah masalah, tetapi dengan SYARAT TIDAK MENGIKUT YANG RUKSHAH SAHAJA iaitu dengan maksud DIA HANYA MENGAMBIL YANG SENANG-SENANG SAHAJA ( TASAHUL) , maka ia dihukumkan fasiq dengan sebabnya menurut qaul yang muktamad .

3.
قال العلامه أبو بكر الشط

وقوله ( لا غير ها) اى غير المذهب الأربعة . و هذا ان لم يدون مذهبه فان دون جائز كما فى التحفة
Tidak boleh taqlid mazhab yang lain dari mazhab 4, Ini jika mazhab lain itu tidak ditadwinkan
(terpelihara dan disusun fatwanya), sebaliknya jika telah ditadwinkan, maka haruslah ia bertaqlid kepadanya sebagaimana yang disebut dalam Tuhfah.

4.
قال العلامة با علوى فى كتابه بغية المسترشيين

و فى ك من شروط التقليد عدم التلفيق بحيث تتولد من تلفيقه حقيقة لا يقول بها كل من الامامين قاله ابن حجر اذ لا فرق عنده بين أن يكون التلفيق فى قضية او قضيتن
فلو تزوج امرأة بولى وشاهدين فاسقين على مذهب ابى حنيفة أو بلا ولى مع حضوره وعدم عضله ثم علق طلاقها بابرائها من نفقة عدتها مثلا فأبرأته ثم أراد تقليد الشافعى فى عدم وقوع الطلاق لعدم صحة الابراء عنده من نفقة العدة لم يصح بل يحرم وطؤها حينئذ على كلا المذهبين

Setengah dari syarat-syarat taqlid iaitu tiada talfiq , iaitu sekira-kira terbit dari perbuatan talfiq seseorang itu satu hakikat (bentuk amalan ) yang tiada berkata dengannya oleh setiap imam Mazhab yang daripada kesemua Mazhab yang ditaqlidinya (maksudnya kesemua mazhab yang ditaqlidi mengatakan amal yang telah dibuat itu tidak sah menurut fatwa setiap mereka). Ini sebagaimana yang telah berkata Ibnu Hajar al-Haitami. Kerana beliau tidak membezakan diantara talfiq pada satu qodiyah atau beberapa qodiyah.
Contohnya , jika seorang berkahwin dengan seorang perempuan dengan berwalikan dan bersaksikan dua saksi yang semua mereka fasik , yang sah nikahnya menurut mazhab Hanafi, atau tanpa wali padahal wali hadir ( tidak musafir lebih 2 marhalah), dan wali tidak ditegah untuk mewalikan , Kemudian orang tersebut (pengantin lelaki) membuat ta'lik talak pula dengan Ibra (iaitu melepaskan tuntutan bayaran) belanja nafkah semasa edah, maka si pengantin perempuan pun melakukanlah ibra Nyalah, selepas itu si pengantin lelaki pula taqlid pula kepada mazhab Shafie yang berpendapat tidak sah ibra pada nafkah talak, Hukumnya tidak sah perkahwinan tersebut bahkan haram jima' pada situasi itu menurut kedua-dua Mazhab .

أما الشافعى فلأنها ليست بزوجة عنده أصلا لعدم صحة النكاح ولو لا الشبهة لكان زنا محضا وأما ابو حنيفة الذى يرى تزويجها فلكونها بانت منه بالبراءة المذكورة وقال ابن زيادى القادح فى التلفيق انما يتأتى اذا كان فى قضية واحدة
بخلافه فى قضيتين فليس بقادح وكلام ابن حجر احوط وابن زياد اوفق بالعوام فعليه يصح التقاليد فى مثل هذه الصورة

Adapun (tidak sahnya) disisi Mazhab Shafie ,kerana perempuan tersebut bukan isteri samasekali disebabkan tidak sah nikah (kerana wali /saksi fasik) . Jikatidak kerana syubhat nescaya lelaki itu (dikatakan) semata-mata berzina.
Adapun (tidak sahnya) disisi Mazhab Hanafi pula , yang berpendapat pernikahan tersebut (asalnyanya) sah, (tapi batal pula), kerana perempuan tersebut telah tertalak ba,in dengan lelaki itu disebabkan ibra, tersebut.

Ibnu Ziadi telah menganggap : Cedera taqlid disebabkan talfiq hanya berlaku jika timbul dari qodiyah yang satu, sebaliknya jika dua qodiyah , tidak cedera.

Maka kalam Ibnu Hajar lebih cermat, sedangkan kalam Ibnu Ziadi lebih menepati untuk orang awam , maka lazim dari mafhum perkataan Ibnu Ziadi tersebut, Sah taqlid pada contoh masalah yang dikemukakan ini. ..intaha..



مسألة ش . يجوز تقليد ملتزم مذهب شافعى غير مذهبه او المرجوح فيه للضرورة اى المشقة التى لا تحتمل عادة أما عند عدمها فيحرم الا ان كان المقلد بالفتح اهلا للترجيح وراى المقلد رجحان دليله على دليل امامه -اه .

Harus bertaqlid oleh mereka yang melazimi Mazhab Imam Shafie kepada Mazhab selainnya , atau Qaul yang Marjuh kerana sebab darurat, iaitu sebab masyaqqah (kesusahan jika beramal dengan qaul yang muktamad atau fatwa Mazhab Shafie) yang tidak mampu ditanggung pada kebiasaannya. Adapun ketika tiada Masyaqqah , maka Haram , melainkan jika Ulamak yang ditaqlidi itu seorang yang Ahli Tarjih dan orang yang bertaqlid itu menganggap dalil ulamak tersebut Rajih dari dalil Imam ikutannya sendiri.


العلامة با علوى فى كتابه بغية المسترشيين


Insyallah nanti akan kita ulas dan tahqiqkan kalam para pemuka mazhab kita tersebut berkenaan Taqlid, Intiqol al-mazahib,Talfiq dan Tasahul, dan yang berkaitan dengannya yang terkandung dalam catitan mereka tersebut.. insyallah..

RUKUN SEMBAHYANG JEMA'AH.

Ustaz, minta tolong detailkan lagi tentang rukun berjemaah solat .

Kemudian: Jika keadaan surau yang bahagian jemaah lelaki & perempuannya dipisahkan oleh dinding, adakah jemaah perempuan itu tidak boleh berimamkan imam lelaki? Bagaimana if suara imam lelaki itu cukup jelas & mengatasi suara imam P? Perlukah jemaah perempuan membuat jemaah sendiri?

Jawab:
Rukun Qudwah ( sembahyang berjemaah) 10 perkara :

1.Bersatu tempat, salahsatu syarat bersatu tempat adalah 1,BOLEH SAMPAI ke imam atau saf didepan dan 2,MELIHAT atau MENDENGAR suara imam atau mubaligh..
Maka untuk soalan , jawabannya, tidak boleh jemaah makmum perempuan berjemaah dengan jemaah lelaki sebab difardhu taqdirkan sekira-kira, tidak boleh lalu/sampai makmum kepada imam atau kepada makmum lelaki, sekalipun suaranya boleh dengar. Dinasihatkan, bukalah sedikit bahagian hadapan dinding/tabir kain yang memisahkan, sekadar boleh dilalui sekalipun orang perempuan takkan pergi kesitu , demi untuk mengesahkan sembahyang jemaah perempuan yang disebelah atau dibelakang jemaah lelaki atau untuk memberi peluang mereka berjemaah sekali dengan jemaah lelaki. wallahu a'lam.
Soalan tambahan: bagaimana pula jika dimasjid.
Jawab:
Dimasjid tidak disyaratkan boleh lalu dan sampai menurut cara biasa. Maka "Sah" sembahyang jemaah perempuan jika ditutup dan didindingkan dengan tabir kain atau kayu sekalipun, asalkan ade pintu, walaupun pintu berada dibelakang makmum perempuan atau tertutup, asalkan masih disekitar dalam masjid.

2.
Sama aturan/ cara kedua sembahyang imam dan makmum. Contohnya tidak boleh berjema'ah antara sembahyang gerhana dengan zohor .

3.
Mengikut semua perbuatan imam, maka takbir makmum mestilah kemudian dari takbir imam, tak boleh terdahulu dan terlambat 2 rukun fi'li dari imam.

4.
Tidak berlawanan dengan imam, pada sunat yang keji jika tidak dilakukan sedangkan imam melakukannya contohnyai sujud sahwi, atau sunat yang keji jika dilakukan sedangkan imam tidak melakukannya, contohnya sujud sejadah.

5.
Berdiri makmum mesti terkebelakang dari imam.

6.
Berniat berjemaah. sekurang-kurangnya sebelum turun ruku'.

7.
Sembahyang imam sah menurut i'tikad makmum.

8.
Sembahyang imam bukan jenis yang kena qada .

9.
Tidak berimam dengan makmum.

10.
Imam bukan dari martabat yang rendah dari makmum, misalnya imam bukan perempuan, sedangkan makmumnya lelaki.

11.
Tidak berimamkan imam yang ummi ( bacaan rukun qaulinya cedera / batal bacaannya) , melainkan jika makmum juga ummi.

12.
Mengetahui pergerakan imam , samada melihat sebahagian saf makmum didepan atau berdiri setentang dengan saf dikiri atau kanan atau mendengar suara imam atau mubaligh.

rujuklah dan belilah buku Ustaz Muhammad Saleh bin Haji Ahmad,,, bekas pensyarah Jabatan usul fiqh u.m, ... terjual dipustaka hafiz wisma yakin kl.. tajuknye..{Panduan Solat Berjemah dan Solat Musafir ( jamak dan qasar)}.. satu huraian menurut mazhab Shafie r.a .. cetakan Pustaka Haji Abdul Majid. cover warna merah . Insyallah puas le hati..tapi tulisan jawi le pulak..

Wednesday, September 27, 2006



لا يلزم الدليل بنص الكتاب أو السنة بل يتضمن الدليل اما بالقرأن أو الحديث أو الاجماع أو القياس أو المفهوم أو غير ذلك من الادلة التى اثبتها
الأصوليون

Tidak semestinya dalil hanya dengan Nas al-Quran atau al-Sunnah, bahkan mengandungi dalil samada dengan al-Quran atau al-Hadis atau al-qiyas atau al-mafhum atau selain dariitu dari dalil-dalil yang telah menetapkannya oleh para Ahli Usul..
Menterbalikkan tapak tangan ketika berdoa tolak bala bid'ah?.

Satu isu lagi yang timbul yang agak menyesakkan nafas para imam dikampung-kampung bila membaca doa kenduri tahlil arwah , doa selamat, doa qunut nazilah dan sebagainya. Bila tiba ayat tolak bala biasanya tapak tangan diterbalikkan.. maka lama sudah amalan begitu telah diwarisi tanpa panjang bicara. Tiba-tiba heboh diperkatakan sebagai bida'h , dilarang Nabi , tidak ada asal usulnya.

Marilah kita lihat sedikit dalil mereka yang telah membid'ahkan amalan terbalik tangan dalam berdoa ini.

Mereka menunjukkan satu hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Abi Daud didalam Sunan beliau :

{Apabila kamu meminta (berdoa) kepada Allah ta'ala , hendaklah kamu meminta dengan tapak tangan , JANGAN DIBELAKANGKAN nya, kemudian jangan kamu letakkannya bahkan hendaklah sapu kemuka , kerana yang demikian itu dijadikan oleh Allah ta'la padanya BARAKAH.} - tajzib athraf.. Sunan Abi Daud m.s. 78 juz 2 hadis no 1486.

Berdasarkan hadis ini , telah dikatakan bid'ahlah menterbalikkan tapak tangan ketika membaca doa misalnya " Allahummad fa' anna minl bala..."

Sepatutnya tidaklah begitu. Sebab hadis tersebut tidak boleh dijadikan hujjah dikeranakan ia hadis yang bermasalah... masalahnya adalah Sulaiman bin Abdil Hamid al Bahrani. Beliau sekalipun telah dithiqahkan oleh sebahagian ulamak, tetapi telah meriwayatkan hadis tersebut dengan kaedah Wijadah yang munqotia'h. Wijadah pada asasnya tidak ada masalah, tetapi jika tiada keizinan dari Syekh yang diambil sesuatu hadis itu , maka dikatakan wijadah yang munqotia'h, yang terputus, yang sudah tentu berada dalam kategori dhoif. Sulaiman telah berkata Qaratuhu fi ashl Isma'il ya'ni Ibni Iyas, beliau tidak berkata Qaratuhu fil ashl Ismail an'hu , misalnya yang boleh difahami adanya keizinan meriwayatkan sesuatu catitan hadis. .. sila semak Syarah Abi Daud -Bazlul Majhud- Al Allmah Khalil Ahmad as-Shahranfur,juz 7 sohifah 336 , cetakan Darul Fikar Bairut.

Terdapat satu lagi hadis yang berlawanan dengan hadis perintah larangan menterbalikkan tapak tangan tersebut, juga riwayat Imam Abu Daud, tapi sayangnya juga dhoif. " Daku melihat Rasulullah s.a.w berdoa begini , dengan perut tapak tangannya dan belakang keduanya( terbalik)." Kaedah Usul Fiqah menetapkan " Iza tanaza' a thasaqotha" apabila berlawanan kedua dalil (jika tidak mungkin dihimpunkan, dikompromikan) maka gugurlah kedua-duanya dari istidlal (dibuat dalil). Oleh yang demikian, disebabkan keDhaifan keduanya dan berlawanan tanpa boleh dihimpunkan , para pemuka mazhab kita telah meninggalkan hadis tersebut dari diamalkan , bahkan kembali beramal dengan qiyas atau mafhum hadis-hadis sahih berkenaan masalah ini.

Oleh itu jika kita memeriksa fatwa-fatwa para pemuka mazhab Shafie dalam soal ini , mereka tetap menghukum sunat menterbalikkan tangan ketika begitu.

Lihat saja Imam Ibnu Hajar dalam Fathul Baari, Imam Nawawi dalam Syarah Muslim, Baa Alawi dalam Bugyatul Mustarsidin dan lain. wallahu a'lam.

Satu kritikan
:
Terdapat satu hadis yang dinilai Hasan atau Jayyid riwayat at Thobarani yang boleh menjadi syahid kepada hadis Abi Daud tersebut " Apabila kamu meminta (berdoa) kepada Allah ta'ala , hendaklah kamu meminta dengan tapak tangan , JANGAN DIBELAKANGKAN nya" , menurut al- Haithami dalam Majma' Zawaid "Rijalnya adalah rijal yang Sohih melainkan Ammar bin Khalid, Dia thiqoh".
Jawab:
Ini menunjjukan ikhtilaf pada Ammar bin Khalid, tapi al-Haithami tetap menilainya sebagai thiqah.
Soalnya , terdapat satu lagi hadis didalam Majma' Zawaid , " Adalah Nabi , apabila BERDOA, baginda menjadikan (menadahkan) tapak tangannya, apabila MEMOHON PERLINDUNGAN, baginda menjadikan (menggunakan) belakang kedua tapak tangannya ". Imam Ahmad r.a telah mentakhrijkannya dalam al-Musnad beliau, kemudian al-Haithami telah mengulas dalam Majma'nya " Isnadnya adalah Hasan", begitu juga Imam Sayuthi dalam Faddhu al-Wiaa' mengatakan ianya Hasan. Walaupun masih ada kritikan pada isnadnya , kedua mereka tetaplah mengatakan hadis tersebut adalah "Hasan".
Perkara keduanya, berdoa dan menolak bala adalah dua perkara yang berbeza.

Dalam keadaan begitu , siapakah yang jadi marji' kita dalam keputusan ?. nak pakai rasa-rasa kita ke , nak pakai Imam Nawawi, Imam ibnu Hajar al-Asqolani yang mengatakan Ada wajahnya menterbalikkan tangan ?....

1. Al-Allamah al-Habib Ba Alawi dalam Bugyatul al- Mustarsyidin..di "Sunan al sholah"..


مسالة ك. نقل الخطيب عن الفتوى الرملى أنه لا يسن قلب الكفين فى الدعأ القنوت عند قوله وقنا شرما قضيت اذ الحركة فى الصلاة غير مطلوبة بل يكره وجزم الشوبرى و ح ل بندبه قالا لأن محل كراهة الحركة فيما لم يرد والمفهوم من ظاهر كلام ابن حجر وصريح كلام م ر أن كل داع فى قنوت الصلاة أو فى غيرها ان دعا برفع ما نزل به من بلاء جعل ظهر كفيه الى السمآء من أول القنوت الى آخره أى قنوت كان وان كان بصيغة الطلب كاللهم اسقنا غيثا مغيثا الخ لأن المراد بقولهم برفع بلاء اذا كان المقصود منه رفع البلاء ويؤيده التصريح بندب رفع اليدين فى حال الثناء مع أنه لادعاء فيه


(Ditanya kepada al-Allamah al-Muhaqqiq Muhammad bin Sulaiman al Kurdi al-Madani ): Telah menukilkan oleh Sheikh Khatib dari fatwa Sheikh Ramli , bahawa tidak disunatkan menterbalikkan dua tapak tangan ketika berdoa qunut ketika membaca "Wa qina syarrimaa qadaith ", kerana gerakan dalam sembahyang adalah tidak diperlukan bahkan dimakruhkan . Telah menjazamkan oleh al-Allamah al-Syubari dan Al-Halabi dengan SUNATNYA. Kedua mereka berkata: "Kerana tempat makruh gerakan adalah pada perkara yang tidak diwaridkan, padahal mafhum dari zahir kalam Sheikh Ibnu Hajar dan Sorih kalam Sheikh Ramli {Bahawa sesiapa yang berdoa qunut sembahyang atau selainnya , jika berdoa untuk menolak sesuatu bala yang turun , TERBALIK kanlah kedua tapak tangannya ke langit, dari permulaan qunut hingga akhirnya , pada sebarang jenis qunut, sekalipun dengan mengucapkan lafaz jenis tuntut, seperti Allamhumma ghisna.. kerana yang dimaksudkan dengan kenyataan para Fuqaha dengan kata mereka "Mengangkatkan bala , apabila menolakkan bala"}.

بغية المسترشيدين- العلامة باعلوى مفتى الديار الحضرمية . رحمه الله ونفع بعلومه آمين

Saturday, September 23, 2006


Ramdhan al -Mubarak...
اللهم انك عفو تحب العفو فاعف عنا يا كريم

Thursday, September 21, 2006

Anjing tidak Najis pada mazhab maliki ?.. kalau gitu Boleh dimakan?...


Kita nukilkan sedikit ulasan para ulamak muktabar seperti dibawah;

1. Sheikh Imam Abdul Wahab al Sya'rani.

"Dan serta Qaul Maalik , sucinya bulu kasar, bulu halus dan bulu yang lembut... secara mutlak tanpa pengecualian, samada binatang yang halal dimakan dagingnya seperti na'am (ternakan berkaki empat, lembu ,kambing dsb) , atau YANG TIDAK DIMAKAN SEPERTI ANJING dan himar (kaldai, donkey)". al-mizan jilid 1 m.s 116. darul fikar tanpa tahun. cetakan lama.

2. "Dan pendapat Malik yang berkata suci Nya pada KETIKA HIDUP, tiada disisi kami dalil kenajisanNya pada ketika hidupNya".. rahmatul ummah m.s 7 ditepi al-mizan .


3. Berkata Sayyidi Ali al-Khawwas: " Tiada kami dapati dalil atas kenajisan zat Anjing (ketika hidup dan matinya) melainkan Hadis, yang telah menegah oleh Tuan punya Syariat, dari menjual dan memakan harga jualanNya".

4. al-Imam al-Sheikh Abdul Wahab al-Sya'rani: "Dan sesungguhnya telah sependapat para ahli kaysaf , makan dan minum sisa lebihan SISA LEBIHAN ANJING mewarisi keras hati , hingga seseorang itu tidak akan berasa sedih bila mendengar wa'adz (nasihat) dan tidak (mampu) melakukan kebajikan , dan sesungguhnya telah mencuba demikianitu oleh seorang dikalangan sahabat kami yang bermazhab Maaliki , beliau minum susu dari sisa Anjing , selama 9 bulan beliau tertahan hatinya dari mau membuat kebajikan-kebajikan hingga hampir-hampir binasa ia" . ..al-mizan al-kubro m.s. 114 .. darul fikar, tanpa tahun.

Friday, September 15, 2006

SATU RENUNGAN, sempena menyambut Ramadhan al- Mubarak.

Berikut adalah pendapat-pendapat sebahagian ulamak terkenal yang menegaskan bahawa tidak boleh menggunakan hisab falak didalam menentukan awal Ramadhan.


1. Al-Majmuk, Imam Nawawi telah menukilkan perkataan Imam Ad Darimi yang berbunyi :

"Tidak boleh berpuasa dengan berpegang kepada pendapat ahli bintang".

2.Imam Baghawi : "Tidak harus mengikut perkiraan ahli bintang samaada didalam berpuasa dan berhariraya".

3. Imam Rafiie: " Tidak wajib ahli bintang dan orang selainnya berpuasa dengan ketetapan yang diputuskan oleh perkiraan".

4. Hadis Soheh yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a. :" Kami satu Umat yang Ummi, tidak menulis dan menghisab".

Imam Rafie mengulas : Maksudnya hadis tersebut " Tidak diakui perkiraan ahli bintang dan juga orang yang mengetahui peredaran bulan".

5. Imam Sya'rani didalam kitabnya al-Mizan al-Kubro : " Dan telah sepakat Para Imam yang empat bahawa tidak mengakui pengetahuan hisab dan peredaran bulan melainkan pada satu wajah (pendapat) yang diriwayatkan daripada Ibnu Suraij yang membolehkan puasa dengan secara hisab bagi pihak orang yang mengetahuinya saja".

6. al-Fiqh ala Mazahib al-Arba'ah : " Sabit awal Ramadhan dengan salah satu dari dua perkara

a.Nampak anak bulan apabila langit cerah dari sebarang yang menghalang kelihatan anak bulan, seperti awan, asap, debu atau sebagainya .

b.Mencukupkan bilangan Sya'ban tigapuluh hari, sekiranya ada halangan yang menyekat daripada ternampak anak bulan".

7. Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqolany - Fathul Baari:"Bahawasanya berpegang dengan hisab (falak) itu ialah mazhab yang batal yang diamalkan oleh Rawafidh, yang mana Mazhab ini tertolak dengan Ijmak Salaf-soleh sepertimana yang ditegaskan oleh Imam al-Baji".

Telah berkata Ibnu Buzaizah " Mazhab yang berpegang dengan hisab itu ialah Mazhab yang batal".

Kemudian beliau menyambung " Sesungguhnya syari'at Islam telah menegah mencampuri ilmu perjalanan bintang (falak) kerana ianya merupakan telahan dan tekaan yang tidak ada padanya kataputus dan tidak Zan yang kuat kerana kalau berpegang juga dengannya akan menjadi kesempitan kerana hanya sedikit sahaja orang yang mengetahuinya".

8.Imam-imam mazhab yang empat telah sebulat kata bahawa tidak harus menghukum orang ramai supaya berpuasa dengan berdasarkan hisab semata-mata dan Para Ulamak telah Ijmak atas tidak harus berfatwa dengan menghukum hukuman yang bertentangan dengan Mazhab yang empat.

Tersebut dalam I'anah al- Thoolibin " Tidak harus bertaqlid selain daripada Mazhab yang empat didalam memberi fatwa dan menghukum. Berkata Ibnu Hajar (al-Haitami) "Tiada harus beramal dengan Qaul Dhaif didalam Mazhab".



--- Hj. Mohd. Sanusi b. Hj. Mahmood.

Mufti Singapura yang pertama.
Bekas presiden mahkamah syariah Singapura.
Sedutan daripada buku "Kembali Kepada Ru'yah".


Walaubagaimanapun perhatikanlah juga :

Hidayah al Shyibyan fi Ma'rifah al-Islam wal-Iman - Tuan Husin Kedah

(Kedelapan) Dengan sebab percaya akan orang yang berpegang ia dengan HISAB dan orang Munjim dengan timbul bulan Ramadhan maka wajib atas keduanya dan atas orang yang membenarkan kedua-dua , Puasa , telah berkatakan dia oleh Syekh Ramli. ..


Soal: APAKAH MAKSUD KUFU ATAU KAFAAH DALAM PANDANGAN MAZHAB SHAFIE?.


Jawab: Kufu atau kafaah adalah kesesuaian antara dua calon pengantin mengikut ciri-ciri yang tertentu.

Misalnya sama -sama bangsa Arab. Kalau calon pengantin lelaki berbangsa Melayu dan calon perempuan Arab maka dikatakan tidak kufu atau tidak kafaah menurut fatwa fekah Mazhab kita Syafiey.

KUFU hanyalah merupakan hak pengantin perempuan dan wali untuk memilih jodoh. Bukan hak calon suami. Calon suami boleh memilih sesiapa sahaja golongan yang berkenan dihati. Dan perkahwinan tetap sah jika tidak mengikut ciri-ciri kafaah sekalipun. Wallahu a'lam.

Soal: Adakah tahap pengajian seseorang boleh jadi ukuran kufu?..

Jawab: Tidak ada halangan , jika sudah jodoh. Tahap pembelajaran seseorang calon pengantin bukan ciri-ciri kufu yang dimaksudkan.

Soal: Adakah wali mujbir berkuasa mutlak pada anak perempuannya dalam pemilihan jodoh?.

Jawab: Ya. Wali mujbir seperti bapa atau datuk mempunyai kuasa mutlak menentukan calon menantunya disekitar ciri-ciri kufu sahaja.

Maksudnya , boleh wali mujbir menjalankan pernikahan anak daranya dengan calon suami yang sekufu walaupun tanpa persetujuan anak dara nya. Di ulangi lagi , soal kufunya sahaja. Sebaliknya jika dengan calon yang tidak kufu , tiada hak wali mujbir memaksa pernikahan anak daranya tanpa persetujuan dulu.

Wallahu a'lam.
SOALAN: ADAKAH WAJIB DISISI HUKUM SYARA' MEMBAYAR ZAKAT FITRAH KEPADA AMIL YANG DILANTIK PEMERINTAH?.

JAWAB:

1. Tidak wajib diserahkan pembayaran zakat fitrah kepada amil melainkan jika atas perintah waliyul amri ( raja/ sultan yang memerintah).

Ini adalah pendapat yang asah / muktamad dalam mazhab syafiey. Maka sesorang lebih afdhal membayar sendiri zakat fitrahnya kepada sesiapa yang berhak menurut yang muktamadnya. wallahu a'lam.

2. Membayar zakat fitrah menurut yang muktamad nya mestilah dilakukan dengan maknan asasi sesuatu tempat. Tetapi mutakhirin Shafieyah, telah berijtihad keharusan bertaklid kepada mazhab Hanafi , untuk membayar zakat fitrah memadai dan sah jika hanya dibayar dengan wang . Maka sebarang bentuk wang dan tukaran wang seperti wang pos dan cek , adalah boleh digunakan sebagai pembayaran , atau terus diposkan atau dibayarkan kepada amil adalah sah menurut pendapat terakhir ini.

3. Bagi pribadi saya, lebih baik beramal dengan pendapat muktamad . Iaitu dibayarkan dengan makanan asasi misalnya dengan beras, dan dibayar terus kepada mereka yang berhak tanpa melalui amil. wallahu a'lam.

Thursday, September 14, 2006

IKHTILAF MEMBACA AL-QURAN KETIKA HAIDH.

Menurut Abu Hanifah (Imam Hanafi) dan Imam Ahmad , haram hukumnya orang yang haidh membaca Al Quran . Sedang menurut Imam Malik , terdapat dari padanya dua riwayat : Dibolehkan untuk pembacaan yang sedikit dan riwayat yang lain nya diperbolehkan membaca al- Quran dengan tidak ada batasnya. Yang terakhir ini adalah juga mazhab nya Imam Syafie dan Daud Az- Zohiri .

Adapun yang masyhur dalam mazhab Syafie , adalah haram bagi orang yang junub dan haidh , membaca al- Quran sedikitnya ataupun banyaknya dengan qasad tilawat . Inilah yang Mazhabnya.

Dalam hal ini , syekh Ibnu Hajar Al- Haitami ada mengutarakan dalam Al I,ab Syarhul Ubab , bahawa Ibnu Munzir dan Ad Darimi dan lainnya , bahawa boleh bagi orang haidh dan junub membaca seluruh al- Quran seluruhnya. Dan itulah satu qaul bagi As –Syafie. Dan telah berkata pula Az Zarkasyi , yang benar adalah menetapkan ini dalam qaul yang jadid.

Adapun hujjah bagi qaul yang mazhab yang mengharamkan membaca al- quran bagi orang yang haidh adalah hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Umar dari Nabi s.a.w , bersabda ia:

“Janganlah hendaknya membaca orang junub dan jangan lah pula orang haidh akan sesuatu dari pada Al- Quran” .

Hadis riwayat Abu Daud , At Tarmizi danIbnu Majah.

Dan pula hadis yang diriwayatkan dari Jabir r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda Ia;

“Janganlah hendaknya membaca oleh orang haidh dan orang nifas akan sesuatu dari pada al- Quran”.

Adapun hujjah mereka yang tidak mengharamkan orang haidh membaca al –Quran , kerana menurut penelitian nya bahwa kedua hadis ini “ Ghiru salihaini lil ihtijaj”. , belum patut untuk dijadikan hujjah kerana katanya belum memenuhi syarat-syarat untuk dijadikan hujjah .


Maka kesimpulan masalah ini bahwa dalam mazhab Jadid Imam Syafie terdapat dua Qaul. Dan yang mazhabnya adalah haram. Itulah yang disepakati oleh Syekhain An Nawawi dan Ar Rafie dan disepakati oleh Ibnu Hajar dan Ar Ramli. Dan itulah pula yang difatwakan.

-- Kiyai Syafie Hadzami ... Buku -"Seratus masalah agama".

Sunday, August 27, 2006

Hukum membaca al-Quran sebelum azan dan selepasnya diiringi dengan selawat.



Telah difatwakan oleh: Fadhilah al- Sheikh Jaadul Haq Ali Jaad al-Haq pada 2 jan, 1980 m.


Membaca al-Quran di hari juma'at dimasjid , tak mengapa dengannya.


Selawat atas Nabi s.a.w selepas azan dikumandangkan , Sunat disisi mazhab Shafie dan mazhab Hanbali, dan disisi mazhab Hanafi dan Maliki adalah bid'ah hasanah.



Pertanyaan:

Bahawa mereka yang azan dimasjid dengan azan Syarie (sahih), selepas azan mereka berselawat dan bertaslim kepada Rasululillah s.a.w . maka membangkang mereka oleh sebahagian mereka yang mendakwa bahawa demikian itu adalah Haram sepertimana mereka telah mengharamkan bacaan Quran al-karim sebelum sembahyang juma'at. Penyoal minta keterangan Syarie berkenaan perkara tersebut.



Jawab:

Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan al-Tirmizi telah meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.anhuma bahawa beliau telah mendengar Nabi s.a.w bersabda:

{Apabila kamu mendengar muazzin ( berazan) maka katalah kamu seperti apa yang telah dikatakan oleh muazzin, kemudian (selepas selesai azan) berselawatlah kamu atasnya, sesungguhnya sesiapa yang berselawat atasku , nescaya Allah dengan sebab selawat tersebut selawat atasnya sepuluh kali.}

Wednesday, August 23, 2006


Bilangan ahli juma'at menurut mazhab 4.





الموضوع ( 738 ) صلاة الجمعة والجماعة.

المفتى : فضيلة الشيخ أحمد هريدى.
26 أكتوبر 1963 م.
المبادئ:

- الجماعة شرط من شروط صلاة الجمعة باتفاق بين الأئمة.

- تنعقد الجمعة عند الشافعية والحنابلة بأربعين رجلا، وعند المالكية
باثنى عشر رجلا، وعند أبى حنيفة ومحمد تنعقد بثلاثة رجال غير الإمام
وعند أبى يوسف باثنين غير الإمام، والخلاف بينهم أساسه الخلاف فى
العدد الذى تصح به الجماعة.

سئل : من السيد / ع ع م ناظر مدرسة المحرقة جنوب الشلال بطلبة المتضمن
أن السائل من قرية صغيرة وبها مسجد كبير، وأن أهل قريتهم يؤدون صلاتهم
بالمسجد المذكور على مذهب الإمام مالك ولكن لا يجتمع به العدد الكافى
لصحة الجمعة وهو اثنا عشر رجلا القدر الذى يعتبر من شروط صحة الجمعة
على مذهب المالكية.

وقد اختلف الناس فى أداء هذا الفرض.
فمنهم من يرى صلاته ظهرا لعدم تحقق الشرط، ومنهم من يرى صلاته جمعة.
وطلب السائل بيان الحكم الشرعى فيما لو صلوه جمعة مع عدم كمال العدد
الذى تصح به.

أجاب : اتفق الأئمة الأربعة على أن الجماعة من شرائط صحة الجمعة.
ولكنهم اختلفوا فى العدد الذى تنعقد به.
فالراجح عند الشافعية والحنابلة أن الجمعة تنعقد بأربعين رجلا، وعند
المالكية باثنى عشر رجلا، وقال أبو حنيفة تنعقد بأربعة رجال عدا الإمام،
وقال صاحباه تنعقد بثلاثة رجال عدا الإمام.
والوارد فى كتب الحنفية أن من شرائط الجمعة الجماعة وأقل الجماعة ثلاثة
سوى الإمام عند أبى حنيفه ومحمد وعند أبى يوسف اثنان سوى الإمام وقيل
إن محمدا مع أبى يوسف والصحيح أنه مع الإمام ( يراجع شرح الهداية
ومجمع الأنهر ) - باب صلاة الجمعة - وبناء على ذلك فإنه يجب على
السائل والمصلين معه أن يؤدوا فريضة الجمعة مراعين فى ذلك مذهب الأحناف
لأنه ليس على الإنسان المقلد التزام مذهب معين بل يجوز له العمل بما يسمعه
من العلماء.
ومما ذكر يعلم الجواب عن السؤال.

Monday, July 24, 2006

Siri 2.
FAHAMAN YANG SAHIH PADA AL- SUNNAH DAN AL- BID'AH.


2. Menjelaskannya lagi oleh hadis Irbadh disisi Abi Daud dan al-Tirmizi , al-Tirmizi berkata Hasan Sahih , Ibnu Majah dan selain beliau

وعظنا رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم موعظة بليغة وجلت منها القلوب ودرفت منها العيون فقلنا يا رسول الله كأنها موعظه مودع فأوصنا فقال : أوصيكم بتقوى الله عز وجل والسمع وان تأمر عليكم عبد حبشي فأنه من يعش بعدي فسيرى اختلافا كثيرا فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين عضوا عليها بالنواجذ وإياكم ومحدثات الأمور فان كل بدعة ضلالة

{Rasulullah s.a.w, telah memberi wa'adz kepada kami satu wa'adz yang hebat sehingga hati kami berasa takut dan mata, maka kami berkata " Wahai Rasulullah , seolah-olahnya wa'adz ini untuk yang terakhir, wasiatkankan kami . Baginda bersabda : Daku berwasiat kepada kamu dengan bertakwa kepada Allah s.w.t dan dengarlah (patuhilah amir ) sekalipun bahawa memerintahkan kamu oleh seorang Habsyhi , Sesungguhnya….. sesiapa yang sempat hidup selepas wafatku akan melihat pertelingkahan yang banyak . Maka lazimkan olehmu berpegang dengan al-Sunnahku dan Sunnah al-Khulafa al- Rashidin al- Mahdiyyin , gigitlah ia dengan gigi gerham . Jaga-jagalah akan perkara-perkara baru, maka sesungguhnya setiap yang bid'ah adalah sesat}.

3. Telah menjelaskannya lagi oleh hadis Muslim dari Jarir r.a:

من سن في الإسلام سنة حسنة فله اجرها وأجر من عمل بها بعده من غير أن ينقص من أجورهم شئ ومن سن في الإسلام سنه سيئة كان عليه وزرها ووز من عمل بها من بعده من غير أن ينقص من اوزارهم شئ
{Sesiapa yang melakukan satu SUNNAH yang baik didalam Islam, maka ia mendapat pahala perbuatannya dan pahala sesiapa yang beramal dengan (SUNNAH) nya selepas (kematian) nya.Tidak berkurang pahalanya sedikitpun. (Sebaliknya) sesiapa yang melakukan satu SUNNAH yang buruk , adalah dosa atasnya dan dosa mereka yang beramal dengan (SUNNAH BURUK) nya selepas (kematian) nya, tidak berkurang sedikitpun dosa-dosa mereka yang akan ditanggungnya).}


Seumpama hadis-hadis ini ada lagi hadis-hadis lain yang beredar disekitarnya . Salahsatunya hadis riwayat Ibnu Masud r.a:


( من دل على خير فله مثل أجر فاعله )

{Sesiapa yang menunjjukan perkara kebaikan maka baginya seumpama pahala orang yang melakukannya.}.


من دعا إلى هدى كان له من الأجر مثل أجور من تبعه لا ينقص من أجورهم شئ ومن دعا إلى ضلالة كان عليه من الآثم


{Sesiapa yang menyeru kepada petunjuk , nescaya dia mendapat pahala seumpama pahala mereka yang mengikutinya ,tidak ada kurang pahalanya sedikitpun. Sesiapa yang menyeru kepada kesesatan ,adalah ia mendapat dosa….. hingga akhir hadis…}.

Cublah kita perhatikan pada susunan ayat hadis-hadis tersebut. Nabi s.a.w telah mendahulukan anjuran menuruti Sunnah/petunjuk kemudian barulah diikuti tegahan bid'ah/kesesatan.. disetiap kalimat yang datang dari Penghulu Segala Rasul ,adalah hikmat dan makna yang perlu diperhatikan dengan teliti . Jangan gopoh dan melulu membuat kesimpulan .

Saturday, July 22, 2006

Siri 1.
FAHAMAN YANG SAHIH PADA AL- SUNNAH DAN AL- BID'AH.
Disediakan

OLEH :
AL-USTAZ ABD RAOF AL-BAHANJI AL-ALIYY.
http://pondoktampin.blogspot.com


Saya telah menjanjikan dulu dimukaddimah kitab ini untuk meyajikan satu tajuk khas yang membincangkan hadis-hadis (al-sunnah dan al-Bid'ah), kerana disebabkan kesilapan faham terhadap al-Sunnah dan al-Bid'ah dan hadis-hadis Nabi s.a.w , membunuh lah oleh debu-debu halus dengan memakaikan membid'ahkan, mensyirikkan dan mengkufurkan Ahli Kiblat dan Ahli Tawhid dikalangan sesiapa saja yang bercanggah dengan pendapat sebahagian guru dan guru-guru mereka seperti yang telah berlaku tuduhan terhadap khasnya pada dua orang Sheikh iaitu Ibnu Mani' dan al-Tuwaijari dan sesiapa yang sependapat dengan mereka amnya………………..



Al-Sunnah dan al-Bid'ah.


Al-Sunnah dan al-Bid'ah adalah dua perkara yang berlawanan pada tuturan Soohib al- Syara' , maka tidak dapat didefinasikan salah-satu dari keduanya melainkan dengan mendefinasikan pasangannya, dengan makna bahawa keduanya adalah saling berlawanan, (dengan sebab berlawanan definasi, ternyata segala perkara).

Sesungguhnya kebanyakan pengarang telah mendefinasikan makna al-Bid'ah terlebih dulu dari al-Sunnah , maka sebab itu mereka jatuh kejurang yang sempit yang tidak mampu untuk keluar darinya dan berlumuran dengan dalil-dalil yang bercanggah dengan penta'rifan al- Bid'ah mereka . Jika mereka mendahulukan definasi al-Sunnah nescaya mereka dapat keluar dari kekeliruan dengan dhobith- dhobith yang tidak bercanggahan. Rasulullah s.a.w dalam hadis-hadis berkenaannya, bersungguh-sungguh mendahulukan mendefinasikan al-Sunnah , kemudian barulah dengan pasangannya yang berlawanan iaitu al-Bid'ah , seperti yang dilihat dalam hadis-hadis yang berikut:

1. Hadis Jabir disisi Muslim:

كان رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم إذا خطب احمرت عيناه وعلا صوته : ويقول أما بعد فأن خير الحديث كتاب الله خير الهدى هدى محمد صلى الله عليه وآله وسلم وشر الأمور محدثاتها وكل محدثه بدعة وكل بدعة ضلالة



{ Adalah Rasulullah apabila berkhutbah , merah kedua mata baginda dan meninggi suara. Baginda bersabda : Amma ba'du ,maka sebaik-baik hadis itu adalah Kitab Allah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad dan sejahat –jahat perkara adalah perkara baru. Tiap-tiap perkara baru adalah Bid'ah , dan setiap bid'ah adalah sesat.}. AL-Bukhari telah mentakhrijkannya sebagai mawquf atas Ibnu Mas'ud.

Thursday, July 20, 2006

ZIKIR KUAT SELEPAS SEMBAHYANG.

أخرج الشيخان عن ابن عباس قال : ان رفع الصوت بالذكر حين ينصرف الناس من المكتوبة كان على عهد النبى

قال ابن عباس كنت أعلم اذا انصرفوا بذلك اذا سمعته



{Dari Ibnu Abbas r.a: Sesungguhnya meninggikan suara dengan zikir ketika berpaling (selesai) manusia dari sembahyang maktubah (fardhu yang lima) telah berlaku semenjak masa Nabi s.a.w . Berkata Ibnu Abbas r.a: Daku tahu para sahabat telah selesai sembahyang bila aku mendengarinya ( iaitu zikir kuat)}.
-riwayat al-bukhari dan muslim.

Wednesday, July 19, 2006

Takziah untuk al-Habib Sayyid Ahmad Semaith -Ulamak Singapura.

Assalamualaikum wbt

Untok sesiapa yang mengenali beliau, membaca puluhan buku buku ilmiah Islam yang beliau telah menulis atau menterjemahkan, di maklumkan yang salah sa orang ulamak yang telah banyak berjasa telah pulang ke Allah swt.

Beliau telah terlibat dalam satu kemalangan berdekatan dengan batu Pahat Johor pada hari Sabtu lepas. Beliau dalam perjalanan ke Kl untok mengajar pada kelas di Masjid baitul Aman, Ampang seperti yang lazim di lakukan setiap bulan. Beliau juga telah di kebumikan di batu Pahat Johor, dan di doakan, akan Allah s.w.t menerima beliau sebagai sa orang syuhadah.

Sa orang lagi guru kami telah pulang......



antara karangan terbaru beliau--

Kitab Al-Adzkar,karangan Imam Nawawi,terjemahan Syed Ahmad Semait,Pustaka Nasional.

beliau mengarang dan menterjemahkan berpuluh malah beratus buku-buku agama dari teks kitab-kitab klasik Arab yang sangat bernilai.. al-fatihah untuk beliau..

Monday, July 17, 2006


Bahana campur urusan ibu -bapa Nabi s.a.w.



وقد سئل القاضى أبو بكر العربى أحد المالكية عن رجل قال أن أبا النبى فى النار فاجاب بأنه ملعون لأن الله تعالى قال : ان الذين يؤذون الله ورسوله لعنهم الله فى الدنيا والأخرة وأعدلهم عذابا مهينا


ولا أذى أعظم من أن يقال : اباه فى النار

Sesungguhnya telah ditanya al-Qadhi Abu Bakar al-Arabiy , salah seorang ulamak mazhab Maaliki berkenaan seorang yang mengatakan bahawa Bapa Nabi s.a.w dalam Neraka.
Beliau menjawab orang itu "Mal'un" kerana Allah ta'la berfirman:

{Sesungguhnya mereka yang menyakiti Allah dan Rasul Nya mendapat laknat didunia dan akhirat , dan menyediakan Allah bagi mereka Azab yang sangat menghinakan}
S. al-Ahzab ayat 57.


Tiada suatu perkara yang lebih menyakitkan yang lebih besar, jika dibandingkan dengan perkataan "Bapa Nabi dalam Neraka".



وكيف لا وقد روى ابن منده وغيره عن ابى هريرة قال جاءت سبيعة بنت ابى لهب الى النبى فقالت يارسول الله ان الناس يقولون أنت بنت حطب النار فقام رسول الله وهو مصعب فقال ما بال أقوام يؤذونى فى قرابتى ومن آذانى فقد آذى الله



Betapa tidaknya?,

Sesungguhnya telah meriwayat oleh

Imam Ibnu Mandah dan selain beliau dari Abi Hurairah r.a beliau berkata : Telah datang subai'ah binti Abi Lahab kepada Nabi s.a.w. , maka mengadu Ia, Wahai Rasulullah , Sesungguhnya manusia berkata "Engkau anak perempuan pembawa bahan bakar Api Neraka". Lalu Rasulullah s.a.w bangun dengan keadaan kesusahan sambil bersabda: " Apa kah yang terjadi pada orang ramai, mereka menyakiti daku berkenaan kerabatku. Sesiapa yang menyakiti daku sesungguhnya telah menyakiti Allah ".

- hasyiah tahkik al-maqam ala al- kifayah al-awam, al-allamah al-Sheikh Ibrahim al-Baajuri . m.s 13.


Oleh yang demikian , kalau nak mengulas pun hendaklah mengatakan yang baik-baik saja berkenaan mereka. Kalau tidakpun diam je lah. jangan memandai-mandai.

Sebenarnya tidak terdapat satu NAS al-Quran atau Hadis Sahih mutawatir yang qathie , yang boleh dijadikan sandaran pada i'toqod ibu bapa Nabi s.a.w berada dalam neraka wal iyyazabillah.. Tidak dijumpai satu keterangan pun dalam soal ini yang memuaskan, boleh dijadikan dalil.

Sesahih-sahih keterangan , hanya satu Hadis riwayat Imam Muslim saja yang masih dipertikaikan disudut Isnad dan Matannya.

Keterangan-keterangan yang dipertikaikan ,tidak boleh dijadikan HUJJAH dalam soal akidah.

Oleh yang demikian jauhilah sifat mereka yang lancang dan celupar mulut terhadap silsilah keturunan Rasul s.a.w. Lebih-lebih lagi dengan hanya berdasarkan asas yang tidak kukuh.

Tak do kojo jangan cari kojo jang,

kojo pulak tu mobahayo,,

mak bapak Nabi jangan main-main jang,

jangan kao teghikut oghrang nak ke nerako.



Ulasan yang tahkiknya berkenaan isu ini :

Hadis Muslim yang manjadi asas pertikaian:

Daripada Hammad ibn Salamah daripada Thabit, daripada Anas ibn Malik " Sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.

" Wahai rasulullah s.a.w , dimanakah bapaku?. Rasulullah s.a.w menjawab " Didalam neraka" . tatkala lelaki tersebut berpaling, Rasulullah s.a.w memanggilnya lalu berkata , ' Sesungguhnya bapaku dan bapamu didalam Neraka".


Imam Nawawi yang mengkomentari hadis ini didalam Syarah Muslim berkata:

"Hadith ini menunjjukkan bahawa sesiapa yang mati dalam tempoh Fathrah , akan tetapi terlibat dalam penyembahan berhala tergolong dari kalangan ahli Neraka . hujjah yang mengatakan bahawa mereka tidak sampai seruan dakwah dari Nabi Ibrahim a.s serta dari Nabi-nabi yang lain tidaklah diterima sebab seruan telah diberi.".



Sebab –sebab tidak sah kehujahan hadis Muslim tersebut :

1.Tiada pula didapati Imam Nawawi mengatakan Ibu-bapa Nabi s.a.w dalam neraka.

2.Lagi pula jika diperhatikan komentari Imam Nawawi tersebut, yang jelas maksudnya ditujukan kepada mereka yang hidup disekitar tempoh fathrah (tempoh masa tiada diutuskan seseorang Rasul contohnya jarak masa antara Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w ) tersebut, jika mereka menyembah berhala, sedangkan tidak terdapat sebarang NAS yang menunjjukkan Ibnu-Bapa Nabi s.a.w pernah menyembah sebarang berhala, atau mengadakan suatu perkara yang menunjjukan mereka pernah bertuhankan berhala .

3. Ayat Quran yg mensabitkan Ahli fathrah terlepas dari Neraka, apabila ayat quran yang bertentangan dengan hadis ma'lul, mestilah tertolak kesahihan makna hadis tersebut daripada kehujahannya, atau perlulah diihtimalkan kepada suatu makna yang patut.

4. Hadis yang dipertikaikan sanadnya …….. ya.. memang lah kalau dipandang disudut ulasan Imam Nawawi tersebut nampaknya bercanggah dengan makna ayat Quran yang mensabitkan ada ahli Fathrah.. tetapi adakah anda akan berpegang dengan satu dalil yang tidak berfaedah apabila ianya bercanggah dengan al-Quran?. Lebih-lebih lagi bila diperhatikan , Imam Nawawi hanya mentafsirkan makna-makna hadis tersebut saja, tanpa catitan bahas isnad dan sebagainya disudut percanggahan. Betul, memang betul ulasan Nawawi, tapi hanya disudut makna hadis saja. Lagipula, hadis-hadis yang isnadnya ma'lul begitu tidak sah dibuat pegangan akidah... wallahu a'lam....

Jawapan Dr Muhammad Said Ramadhan al Buthi: klik le sini

السوال

قرأت في كتابك (مع الناس) أن أهل الفترة مغفور لهم لقوله تعالى (وما كنا معذبين حتى نبعث رسولاً) ولكنني قرأت في بعض كتب الحديث ورد فيها ثلاثة أحاديث لا تتفق مع هذا في الظاهر:

أولها: حديث عائشة رضي الله عنها و عبد الله بن جدعان رضي الله عنه فرد عليها النبي صلّى الله عليه وسلّم بأنه لم يقل يوماً ربِّ اغفر لي خطيئتي يوم الدين

ثانيها: حديث امرؤ القيس حامل لواء الشعراء في النار

ثالثها: أنه لم يؤذن لرسول الله صلّى الله عليه وسلّم في أمه

و هل يوجد كتاب لسماحتكم يبحث في هذا الموضوع ومن لم يصله الإسلام في العصر الحديث؟

الجواب:

جمهور العلماء على أن أهل الفترة ناجون يوم القيامة، وأقوى دليل لهم على ذلك قول الله تعالى: {وَما كُنّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولاً}.

والجواب عن الأحاديث التي ذكرتها، أن بعضها كان قبل نزول هذه الآية التي هي في سورة الإسراء، وهي من أواخر ما نزل في مكة. وبعضها كحديث امرئ القيس، أن امرئ القيس وإن لم يدرك الإسلام، ولكنه أدرك العقائد الإيمانية بالله تعالى إجمالاً غير أنه لم يضبط سلوكه بمقتضى ذلك.

والمرجع الذي بوسعك أن تعود إليه في هذا الموضوع، مما قد كتبته هو كتابي ((كبرى اليقينّيات الكونية)).



Sunday, July 09, 2006









al-marhum al-Allamah Al-Sheikh Muhammad Bakhit Al-Muthie... ulama besar .. beliau juga berpendapat sampai bacaan pahala tahlil kepada arwah...

duhai kawan sahabat handai..
berkampung kita khidmat agama..
jangan lah kita memandai-mandai.
komplen ulama , rosak agama..

memukat menjaring hujung kuala..
mencari seludang tentu tak jumpa..
membaca , menyaring , dalil tak jumpa.
dalil ulama dah tentu ada, nak jadi ulama bukan boleh suka-suka.

setengah orang tolak mazhab,
sebab konon ikut aliran sunni
tak sedar diri , jahil murakab,
dikata mazhab aliran tradisi???..

haji palil, ternanti-nanti,
kuala sawa, keli dikali,
kenapa dikata tradisi-tradisi,
kalau dalil tali-temali?..

dikata orang tercari-cari,
dalil hukum perkara terbuat,
buat dulu kemudian mencari,
sokongan dalil dibuat-buat???.

itulah tuduhan sijahil murakkab,
mengaku alim hadis sezaman,
padahal rawi pun taklid sedekap,
baca sendiri terjadi alim hadis sezaman???.

wahai saudara ingatlah pesan,
ulamak musthalah bicara syarat muhaddith,
mendengar, meriwayat,tahu thuruq,jarh dan ta'dil ruwatan,
tidak tumpangan sanad, itulah sebenar muhaddith.

kalau tidak, sekadar tahu namanya,
seperti yang banyak dijumpa didakwa,
orang kampung boleh lah suka dipesona,
kalau yang sikit-sikit tahu , dah faham tak da pa aih,, dakwa ja..

saudara saudari jangan lah marah,
saya berpantun menghibur gundah,
melihat kesisi agama yang parah,
macam-macam masalah yang tak sudah-sudah.

Dalil nyata Bukhari hadisnya,
Nabi berserban, janggut ridaknya,
Dah tau jelas, begitu keadaannya,
kenapa didakwa bukan ajarannya???..

merasa perit, loya jijiknya,
atau mungkin rasa tak layaknya,
memakai pakaian zaman unta?
boleh ke didengar pendapat tak lojiknya?.

Bila pula Abu Jahal pakai serban?.
Adeke ceritanya yang diriwayatkan?.
Atau agak penceramah atau nonton filem araban,
Tak berdalil yang tahkik, yang boleh diharapkan.

Inilah nasib diakhir zaman,
banyak yang berlagak ilmuan,
entah dimana diceduk, pengetahuan,
entahnya dengan wahabi yang perasan..

maaflah tuan saya terkasar,
apa boleh buat style dah mendasar,
bebal macam saya , payah nak belajar,
hanya menumpang orang alim, ilmu yang mendasar.

.........................

Sunday, July 02, 2006

Menjawab Salafi-Wahabi Memahami Bid‘ah


MEMAHAMI BID‘AH
Oleh
Sheikh DR Gibril Fouâd Haddâd


Setakat ini dua buah buku yang menjelaskan dengan terperinci berhubung dengan definisi ‘Bid‘ah, iaitu oleh Abdul Hayy al-Lucknawi dengan kitabnya Tuhfatul Akhyar yang disyarahkan oleh muridnya, Shaykh Abdul Fattah Abu Ghuddah. Sebuah lagi ialah buku oleh Syed Abdullah Mahfuz al-Haddad bertajuk al-Sunnah wa al-Bid‘ah di mana beliau memuatkan lebih dari tiga ratus lima puluh hadith-hadith Rasulullah dan athar para Sahabat—moga-moga Allah merahmati mereka semua—bagi menangkis tulisan penulis "Salafi" Muhammad al-Shuqayri dan bukunya al-Sunan wa al-Mubtada'at.

Al-Shuqayri jelas sekali melahirkan sikap fanatik membuta tuli dalam bukunya dan menghentam para ulama’ Mazhab sebagai pengamal bid‘ah hanya berdasarkan salahfaham
beliau terhadap hadith Rasulullah :

Setiap yang baharu (kullu muhdathatin) adalah bid‘ah, dan setiap bid‘ah itu sesat (dalalah), dan setiap yang sesat itu ke Neraka .1

Al-Shuqayri tersalahfaham hadith di atas dan turut mengenepikan hadith Rasulullah berhubung dengan perbezaan pendapat di kalangan para ‘ulama’:

Jika seseorang hakim itu berijtihad dan tepat ijtihadnya, maka beliau memperolehi dua pahala; manakala hakim yang berijtihad namun tersasar, maka beliau memperolehi satu pahala. 2

Hampir seluruh ulama’, termasuk Ibn Taymiyyah memahami hakikat hadith di atas dari segi ganjaran pahala terhadap para mujtahid atas hasil keputusan ijtihad mereka yang diasaskan melalui prinsip Sunnah. Malah turut menganggap hasil ijtihad itu merupakan sebahagian dari Shari‘ah. Ianya berbeza dengan dakwaan golongan "Salafi" hari ini yang berpendapat bahawa hasil ijtihad para mujtahid merupakan suatu bid‘ah dalam agama.

Syed 'Ali bin Muhammad Ba 'Alawi menyebut dalam Pengenalan buku al-Sunnah wa al-Bid‘ah oleh al-Haddad dengan katanya:

Semua para Imam adalah benar pada jalan mereka dan mendapat ganjaran di sisi Allah atas ijtihad mereka setelah berusaha gigih mencari kebenaran… adapun orang-orang seperti [Muhammad al-Shuqayri] pengarang, al-Sunan wa al-Mubtada'at, ilmu mereka hanya terhad kepada hadith Rasulullah , "setiap yang baharu itu bid‘ah," dengan membuang semua hadith-hadith Baginda yang lain, yang menjelaskan perolehan kebaikan dan menyediakan hukum berhubung semua perkara baharu…Adapun apa yang dimaksudkan dengan hadith “setiap perkara yang baharu itu bid‘ah” adalah perkara baharu yang bertentangan dengan dalil-dalil Shari‘at. Hanya itu dan itu sahaja perkara baharu yang menyesatkan.3

Syed Ali dan Syed Abdullah seterusnya menyebut beberapa ayat-ayat al-Qur'an sebagai bukti dari segi bahasa bahawa apa yang dimaksudkan dengan kalimat ‘kull’ (setiap/semua) itu tidak bermaksud ‘terangkum-semua’ (all-inclusive).

Sebaliknya setiap ayat itu membenarkan pengecualian. Malah dari segi bahasa, kalimat ‘kull’ di dalam bahasa Arab itu boleh membawa maksud "hampir keseluruhan" atau "kebanyakan" dan bukan semestinya bermaksud "semua tanpa pengecualian".


Sebagai contoh:

“Kami bukakan kepada mereka pintu segala (kull) perkara” (6:44) (Pengecualian:
pintu Rahmat tidak dibuka);

“Semua (kull) akan dibinasakan kerana perintah Tuhannya” (46:25) (Pengecualian: rumah kediaman, bukit bukau, langit dan bumi tidak dibinasakan);

“Dan beliau telah diberikan ganjaran (yang banyak) akan segala (kull) perkara” (27:23)
(Pengecualian: singgahsana Nabi Sulaiman a.s.)

“Dan setiap insan itu tidak memperolehi melainkan apa yang beliau usahakan” (53:39)

(Pengecualian: di sana ada dalil-dalil yang sampai tahap tawatur ma'nawi di mana seseorang Islam itu mendapat manfaat dari amal orang lain, termasuk saudara maranya, doa para malaikat sepertimana bukti yang dikumpulkan oleh Ibn Taimiyyah melebihi dua puluh dalil yang kemudiannya dipetik oleh al-Jamal dalam Syarahnya terhadap Tafsir al-Jalalain berhubung ayat ini);

“Manusia (al-nas) telah berkata kepada mereka bahawa sesungguhnya manusia (al-nas) telah berkumpul menentangmu” (3:173)

(Pengecualian: dalam dua-dua keadaan ‘manusia’ (al-nas) hanya merujuk kepada sekelompok manusia tertentu tanpa melibatkan keseluruhan manusia);

“Sesungguhnya kamu (penyembah berhala) dan ‘apa’ (ma) yang kamu sembah selain dari Allah adalah bahan bakaran api Neraka” (21:98)

(Pengecualian: namun Nabi 'Isa a.s., ibunya dan para malaikat walaupun mereka turut disembah selain Allah, bukanlah termasuk dalam ayat ini).

• “Dan berbincang dengan mereka dalam urusan” (3:159).

(Pengecualian: Ibn 'Abbas menyebut: "Iaitu sebahagian dari urusan"4 kerana Rasulullah tidak berbincang dengan mereka dalam hal-ehwal hukum-hakam dan dalam menjatuhkan hukuman.

“Dan setiap (kull) diri akan diberikan ganjaran mengikut apa yang ia usahakan” (20:15).

(Pengecualian: "setiap diri" di sini adalah diri yang tidak mendapat keampunan Allah, adapun yang mendapat keampunan Allah terkecuali dari ungkapan menyeluruh ini).

Kaedah yang digunapakai oleh para ulama’ Usul dalam memutuskan hukum sesuatu kalimah bahasa seperti di atas ialah:

"al-umum bi ma‘na al-khusus"

“Keumuman (yang dinyatakan) membawa maksud yang khusus”


Contoh hadith-hadith di bawah menjelaskan lagi kaedah di atas:

• Rasulullah telah mengutuskan seketumbukan tentera di bawah pimpinan seorang panglima dari kalangan Sahabat, dan menasihati mereka agar mematuhi perintah panglima tersebut. Dalam perjalanan, panglima itu telah naik berang terhadap mereka lalu menyalakan api dan memerintahkan mereka semua masuk ke dalamnya. Mereka enggan seraya berkata: “Kami lari menyelamatkan diri dari api dan menuju Rasulullah (fararna ila Rasulillahi min al-nar)!" Apabila Baginda mendengar akan berita itu, Baginda bersabda: "andaikata mereka masuk ke dalamnya (api), nescaya mereka tidak akan keluar sehingga Hari Qiamat. Ketaatan hanyalah dalam perkara kebaikan."5


• Begitu juga dengan ayat al-Qur’an: “Taatlah kamu kepada Allah, dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan pemimpin (ulil amr) di kalangan kamu”(4:59).

Walaupun ianya diungkapkan membawa gambaran ‘mutlak’ (absolute) namun dari segi makna sebenarnya tidak sedemikian kerana ‘mutlak’ itu hanyalah ketaatan terhadap Allah dan RasulNya sahaja, manakala terhadap pemimpin (ulil amr) pula hanyalah ‘ketaatan bersyarat’ berdasarkan hadith Baginda : "Tiada ketaatan terhadap makhluk dalam perkara maksiat terhadap Allah."6


Rasulullah bersabda:
"Setiap manusia akan dimamah bumi kecuali tulang sulbi ('ajbal-dhanab)."7

Ibn 'Abdul Barr menyebut bahawa: "Ungkapan hadith ini secara umumnya seolah-olah memberi gambaran bahawa semua manusia tanpa terkecuali, namun di sana ada hadith lain yang menyebut bahawa jasad para Nabi dan para Syuhada’ tidak dimamah bumi”.8

Rasulullah melarang pemulauan (al-hajr) seorang Islam dengan Islam yang lain selama lebih dari tiga hari.9

Namun, beliau memerintahkan orang-orang Islam memulau tiga orang Sahabat yang tidak ikut serta dalam Peperangan Tabuk, dan pemulauan ini berlangsung selama lima puluh hari sepertimana yang diriwayatkan oleh Ka‘ab bin Malik al-Ansari – salah seorang dari tiga Sahabat itu-- di dalam Sahih Bukhari.10

Oleh itu hadith yang melarang pemulauan itu tadi mengandungi tafsiran yang khusus.

• Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya, biji hitam ini (al-habbatul sauda') adalah ubat bagi segala (kull) penyakit kecuali mati”.11

Sepakat para mufassir menegaskan bahawa kalimah ‘umum’ yang digunakan dalam hadith ini merujuk kepada sesuatu yang ‘khusus’. Maksud hadith ini sebenarnya ialah ‘banyak’ penyakit boleh disembuh dengan habbatul sauda’, walaupun kalimah ‘umum’ (segala) digunakan.

• Rasulullah bersabda: "Tiada sesiapa yang sembahyang sebelum matahari terbit dan sebelum matahari jatuh masuk Neraka”12

Hadith ini juga diungkapkan dengan kalimah umum merangkumi semua, walaupun maksud sebenarnya bukan sedemikian kerana ianya tidak termasuk orang yang meninggalkan Sembahyang Zuhur, Maghrib, dan 'Isha'. Ibn Hajar mengesahkan kaedah al-Tibi bahawa hadith Sahih yang lain yang relevan dengan hadith ini perlu diambilkira dan dianggap sebagai satu hadith, dengan itu apa yang umum dapat dikhususkan (yuhmalu mutlaquha 'ala muqayyaduha) agar amalan itu tepat selaras dengan mafhum hadith secara keseluruhannya.13

Berikut pula adalah beberapa peristiwa di mana para Sahabat melakukan ‘perkara baharu’
berasaskan ijtihad masing-masing berpandukan prinsip-prinsip Sunnah:14

Rasulullah bersabda kepada Bilal – moga-moga Allah merahmatinya—padaketika waktu Sembahyang Subuh: "Wahai Bilal, ceritakan kepadaku amalan Islam engkau yang manakah yang paling engkau harapkan ganjarannya, kerana sesungguhnya aku telah mendengar bunyi tapak kasutmu di dalam Syurga.” Beliau menjawab: “Aku tidak melakukan apa-apa yang lebihku harapkan ganjarannya melainkan aku tidak pernah mengambil air sembahyang samada siang atau malam melainkan aku lakukan sembahyang apa yang patut aku sembahyang”,15

dalam riwayat yang lain Bilal berkata: "Aku tidak pernah melaungkan Azan melainkan aku kerjakan sembahyang dua rakaat selepas itu, dan tidak batal air sembahyangku melainkan aku mengambilnya kembali dan mengerjakan sembahyang dua rakaat selepas itu apa yang aku berhutang dengan Allah, ” mendengar itu Rasulullah bersabda “bihima”, maksudnya "dengan dua amalan itu [kamu masuk Syurga]."16

Ibn Hajar seterusnya berkata: "Hadith ini mengesahkan bahawa ijtihad dibenarkan dalam penetapan ‘masa’ bagi melakukan sesuatu amalan ibadat".17


•Peristiwa yang seakan sama turut terjadi kepada Sahabat bernama Khubayb ibn Isaf atau Yasaf al-Ansari – moga-moga Allah merahmatinya – yang ditangkap oleh orang kafir Quraisy. Beliau meminta untuk mendirikan sembahyang dua rakaat sebelum beliau dibunuh, seperti mana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, mogamoga Allah merahmatinya. Abu Hurairah meriwayatkan sepertimana ditemui di dua tempat di dalam Sahih Bukhari dengan berkata: "Khubayb adalah orang pertama yang memulakan (sanna) mengerjakan dua rakaat Solat bagi setiap orang Islam yang akan dibunuh oleh musuhnya."


Kaedah umum dalam amalan beribadat, khususnya sembahyang, ialah seperti yang disabdakan oleh Rasulullah “al-salatu khayru mawdu'in fa aqlil minha aw istakthir” "Sembahyang itu sebaik-baik perkara, oleh itu sembahyanglah samada sedikit atau [jika mampu] banyak”18

Walaupun hadith ini Dha‘if, namun ianya dipersetujui oleh sekalian fuqaha’ Ahlu Sunnah wal Jama‘ah bahawa amalan ibadat fizikal (‘ibadat al-badan) yang terbaik adalah sembahyang, berasaskan dalil dari perintah Allah “Ruku’ dan sujudlah kamu dan sembahlah Tuhanmu, dan berbuatlah kebaikan” (22:77), dan juga hadith Rasulullah: "Ketahuilah olehmu amalan kamu yang terbaik ialah sembahyang."19


•Begitu juga seorang Sahabat, Rifa'a ibn Rafi' al-Zurqi, ‘mereka’ doa ketika Rasulullah mengimami Sembahyang Maghrib. Ketika Rasulullah berkata [sebaik bangkit dari ruku’]: "Moga Allah mendengar orang yang memujinya!" Rifa'a menyambung: "Tuhan kami! Segala puji bagi Mu, melimpah ruah, agung, dan penuh keberkatan!" Kemudian Baginda bertanya siapakah yang telah berkata sedemikian kerana para Malaikat telah berebut-rebut berlumba ingin menjadi yang pertama menulisnya.20


Ibn Hajar berkata: "Dari hadith ini boleh dirumuskan ‘kebenaran mencipta’ (jawaz ihdath) doa di dalam sembahyang selain daripada apa yang diterima dari Rasulullah selama mana ianya tidak bercanggah dengan apa yang diterima dari Rasulullah ."21


•Insiden yang hampir sama turut berlaku kepada seorang Sahabat yang datang lambat ketika memasuki saf sembahyang dan memulakan sembahyang dengan perkataan: “Allahu akbaru kabiran wa al-hamdu lillahi kathiran wa Subhanallahi bukratan wa as ila” Maksudnya: Allah itu Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha Suci Engkau Ya Allah pagi dan petang” Selepas sembahyang Rasulullah bertanya siapakah yang berkata sedemikian. Seorang sahabat mengaku dan berkata: "Wahai Rasulullah! Tidak aku lakukan itu melainkan berniat baik belaka”. Rasulullah bersabda: "Aku melihat pintu-pintu langit terbuka dengan kerana kalimat itu.” Ibn 'Umar seterusnya menyambung:

"Aku tidak pernah berhenti dari menyebutnya sejak itu selepas mendengar sabda Rasulullah itu".22

Di sana ada banyak ayat-ayat dan hadith-hadith lain yang menjelaskan prinsip-prinsip sama seperti di atas. Ianya jelas sekali merupakan satu kejahilan yang amat sangat terhadap asas-asas prinsip Shari‘at dan ilmu Islam – suatu pendekatan yang menyalahi amalan Salaf dan Khalaf di kalangan Ahlul Sunnah wal Jama‘ah – bagi mereka yang mentafsirkan:


"Setiap yang baharu itu Bid‘ah" dalam makna yang mutlak tanpa merujuk kepada hukum
Shari‘at yang sudah termaktub dalam setiap kes-kes tersebut.

Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim berkata tentang hadith "Setiap yang baharu itu Bid‘ah":

Ini adalah kaedah umum yang membawa maksud khusus (‘ammun maksus).
Apa yang dimaksudkan dengan ‘perkara yang baharu’ adalah yang bertentangan dengan Shari‘at. Itu dan itu sahaja yang dimaksudkan dengan Bid‘ah”.23

Begitu juga Abu Bakar ibn al-‘Arabi di dalam Syarahnya berhubung dengan hadith dalam
al-Tirmidhi: “iyyakum wa muhdathat al-umur” iaitu “berhati-hati kamu dengan perkara baharu”. Beliau berkata: “Ketahuilah – moga-moga Allah mengajarmu! – bahawa apa yang
dimaksudkan dengan ‘perkara baharu’ itu ada dua jenis:
(1) pertama yang tidak mempunyai asas dan mengikut hawa nafsu, yang semestinya ini tidak sah;
(2) atau perkara baharu yang selari dengan prinsip yang sudah ada, iaitu Sunnah para Khulafa’ dan para Imam-imam besar. ‘Perkara baharu’ (muhdath) dan ‘bid‘ah’ bukanlah istilah yang semestinya terkandung di dalamnya makna keji dan dibenci kerana Allah sendiri berfirman”:

Tidaklah datang kepada mereka itu peringatan yang baharu (dhikrun muhdath) dari Tuhan
mereka melainkan mereka mendengarnya sambil mengejeknya (21:2)

Saiyyidina 'Umar – moga-moga Allah merahmatinya – sendiri pernah menyebut:
“Alangkah cantiknya bid‘ah ini!24

Bid‘ah yang dikeji hanyalah yang bertentangan dengan Sunnah, dan inilah sahaja ‘perkara baharu’ yang membawa kepada kesesatan.25


*************************************************************************
1 Diriwayatkan dari Jabir oleh al-Nasa'i dengan sanad Hasan dan dari Ibn Mas'ud oleh Ibn Majah dengan sanad Dha’if. Hadith ini Sahih mengikut Muslim berdasarkan riwayat dari Jabir dengan ungkapan: "Setiap yang baharu itu bid‘ah dan setiap yang bid‘ah itu sesat” tanpa menyebutkan ‘ke Neraka’. Ibn Taymiyyah di dalam Minhaj al-Usul dalam Majmu' al-Fatawanya (hal. 19:191) menyebut bahawa ungkapan "setiap yang sesat itu ke Neraka" tidak Sahih daripada Rasulullah . Lihat juga pelbagai riwayat sepertimana yang dinakalkan oleh Shaykh Abdul Fattah Abu Ghuddah dan pengesahan beliau dalam lampiran kitab Tuhfatul Abrar oleh al-Lucknawi (hal. 139-144) terhadap kenyataan Ibn Taymiyyah itu.

2 Diriwayatkan dari 'Amr ibn al-'As dan Abu Hurairah oleh Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmidhi, al- Nasa'i, Ibn Majah, dan Imam Ahmad.

3 Al-Haddad, al-Sunnah wa al-Bid‘ah (hal. 5-6).
4 Diriwayatkan dari Sa'id ibn Mansur, al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, dan Ibn al-Mundhir dengan sanad Hasan sepertimana disahkan bagi ayat ini oleh al-Suyuti dalam al-Durr al-Manthur.

5 Diriwayatkan dari Ali oleh Imam Bukhari dan Muslim
6 Diriwayatkan dari 'Ali, Ibn Mas'ud, dan 'Imran ibn Husayn oleh Ahmad di dalam Musnadnya dengan sanad Sahih.
7 Diriwayatkan dari Abu Hurairah oleh Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Nasa'i, Ibn Majah, Ahmad, dan Imam Malik di dalam al-Muwatta'.
8 Ibn 'Abdul Barr, al-Tamhid (18:173). Lihat Lampiran 25, "Para Nabi di Alam Barzakh" (hal. 455).
9 Diriwayatkan daripada Anas oleh Bukhari, al-Tirmidhi, Malik, Abu Dawud, dan al-Nasa'i.
10 Terjemahan hadith ini boleh didapati dalam Encyclopedia Shaykh Hisham Kabbani dalam bab senarai hadith-hadith para Sahabat ‘mencium tangan Rasulullah ’

11 Diriwayatkan daripada 'A'isha dan Abu Hurairah oleh Bukhari, Muslim, al-Tirmidhi, Ibn Majah, dan Ahmad melalui sembilan belas periwayatan. Al-Zuhri menyebut: "Bijiran hitam itu ialah ‘jintan hitam’ (alshuniz)." Ianya juga dinamakan ‘jintan India’ dan pelbagai nama-nama lain.
12 Diriwayatkan daripada 'Amara ibn Ru'ayba al-Thaqafi oleh Muslim, al-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ahmad
13 Fath al-Bari (cetakan 1959. 11:271 #6080).
14 [Kita menyedari antara hujah balas golongan yang menolak dalil dari peristiwa di bawah ini, akan beralasan bahawa pada ketika para Sahabat (r.anhum ajmain) melakukan amalan-amalan yang disebutkan ini, Rasulullah masih hidup pada masa itu dan boleh membetulkan, samada membenar atau melarang perlakuan sedemikian. Namun perlu kita ingat bahawa ‘semangat’ atau kecenderungan mengadakan ‘perkara baharu’ yang tidak diajarkan Rasulullah itu ternyata wujud di kalangan Sahabat dan mereka tidak merasakan itu suatu kesalahan. Malah Rasulullah sendiri tidak pula melarang Sahabat dari melakukan ‘perkara baharu’ itu, walaupun pada awalnya beliau sendiri tidak pernah mengajarkannya atau melakukannya, dengan syarat perlakuan tersebut tidak bercanggah dengan ajaran yang dibawanya, dan berasaskan prinsip umum Shari‘at.~ Penterjemah].
15 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah oleh Bukhari, Muslim, dan Ahmad.
16 Diriwayatkan daripada Buraydah al-Aslami oleh al-Tirmidhi sebagai hadith Hasan Sahih Gharib. Al- Hakim mengesahkan ianya Sahih dan turut dipersetujui oleh al-Dhahabi .
17 Fath al-Bari (cetakan 1959, 3:63 #1098). (Pentj: Kritikan bahawa penetapan masa untuk sesuatu amalan ibadat tertentu tidak dibenarkan hanya kerana ianya tidak dilakukan oleh Rasulullah jelas sekali tidak berasas. Contohnya seperti membaca Surah Yasin di malam Jumaat dan lain-lain).

18 ‘Al-salatu khayrun mawdu'un’. Diriwayatkan daripada Abu Dharr oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya dengan tiga periwayatan yang Dha’if, walaupun al-Zayn mengisytiharkan salah satunya baik (16:259 #22189), oleh al-Quda'i dalam Musnad al-Shihab (1:378 #651), al-Hakim yang menilainya Sahih tetapi al-Dhahabi melihat sanad ini mengandungi Yahya ibn Sa'id Abu Zakariyya al-Sa'di al-Basri, seorang yang lemah sepertimana disebut oleh Ibn 'Adi di dalam al-Kamil fi al-Du'afa' (7:244 #2142), oleh al-Bazzar dalam Musnadnya dan, sebagai sebahagian dari hadith yang panjang, oleh Abu Nu'aym di dalam al-Hilya dan Ibn Hibban di dalam Sahihnya dengan sanad yang lemah sepertimana disebut oleh al-Arna'ut (2:76 #361); juga diriwayatkan daripada Abu Hurayra oleh al-Tabarani dalam al-Awsat dengan sanad yang lemah sepertimana disebut oleh al-Haythami, dan daripada Abu Umamah oleh Ahmad and al-Tabarani di dalam al-Kabir (8:217 #7871) dengan sanad lemah sepertimana disebut oleh al-Haythami dalam Majma' al-Zawa'id (1:159). Ibn Hajar menyebut kelemahannya dalam Talkhis al-Habir (1964 ed. 2:21 #542) dan Fath al-Bari (cetakan 1959, 2:480 #946).

19 Diriwayatkan melalui hadith yang panjang daripada Thawban dengan sanad yang Sahih oleh Ibn Majah dan Ahmad. Imam Malik turut menyebutnya di dalam Muwatta' beliau.
20 Diriwayatkan daripada Rifa'a oleh Bukhari, al-Nasa'i, Ahmad, dan Malik.
21 Fath al-Bari (cetakan 1959. 2:287 #766).
22 Diriwayatkan daripada Ibn 'Umar oleh Muslim, al-Tirmidhi (Hasan Sahih Gharib), al-Nasa'i melalui dua periwayatan, dan Ahmad dengan beberapa sanad dalam Musnadnya. Salah satu dari versi al-Nasa'i' ialah:
"Aku melihat dua belas malaikat berebut untuk itu," manakala dua daripada versi Ahmad pula ialah: " Aku melihat ucapanmu naik ke langit sehingga pintu dibuka dan masuk mereka ke dalamnya"
23 Al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim (cetakan 1972. 6:154).
24 Diriwayatkan daripada 'Abd al-Rahman ibn 'Abd al-Qari oleh Bukhari, dan Imam Malik di dalam Muwatta' nya
25 Ibn al-'Arabi, 'Arida al-Ahwadhi, Kitab Ilmu, Bab “Berkenaan dengan mengikuti Sunnah dan meninggalkan Bid‘ah" (Ma ja'a fi al-akhdhi bi al-Sunna wa ijtinab al-Bid‘ah).