Tuesday, April 17, 2018

Bertelingkah Para Sahabat Nabi , kita jangan campur.

السلام عليكم.
Jangan ikut campur perkara pertelingkahan para Sahabat Nabi s.a.w.
.................................................................

Sempena jumaat minggu terakhir rejab tahun ini, suka diingatkan kepada orang muda2 yang semangat agama , ilmu dan amalnya tinggi, agar kita sama2 tidak menghampiri tembok2, batas2 sempadan akidah ahlisunnah wal jamaah yang telah dijazamkan oleh para ulama dalam masa yang begitu lama.

Antara isu terbaru  yang timbul adalah berkait dengan seorang sahabat nabi s.a.w iaitu saidina muawiyah bin abu sufyian r.anhuma.

Yang benar, jangan sekali2 kita menyentuh samada ulasan komen kita melalui perkataan maupun tulisan terhadap pertelingkahan antara para Sahabat Nabi s.a.w.

وما جرى بين الصحابى نسكت عنه   ×    و أجر الجتهاد نثبت. .

..متن الزباد لإبن رسلان

Apa yang berlaku ( iaitu pertelingkahan) diantara para sahabat nabi s.a.w kita (ahli sunnah wal jamaah), adalah berdiam diri.

Kita isbatkan mereka mendapat pahala sebab ijtihad2 merekaitu.
......

Semua mereka ahli syurga. Tak sepatutnya kita cemari peribadi2 mereka yang suci dengan lidah2 kita dan tulisan2 kita.

Sedari diri kita ini yang tiada siapapun yang pernah comfirmkan kita adalah ahli syurga.
لا تسبوا أصحابي فوالذى نفسى بيده لو أنفقتم مثل أحد ذهبا ما أدرك مد أحدهم و لا نصيفه ....شرح مسلم
Jangan kamu memaki hamun para Sahabatku, maka demi yang nyawaku ditangan kekuasaannya jika kamu membelanjakan pada jalan Allah seumpama segunung Uhud emas sekalipun , tiadalah kamu mendapati pahalanya melainkan  hanya sekadar secupak sahaja belanja yg mereka keluarkan dan tiada juga akan sampai walau setengahnya juga.

الله الله فى أصحابي،  لا تتخذوهم غرضا بعدى . فمن أحبهم فبحبي أحبهم ، ومن أبغضهم فببغض أبغضهم ومن أذاهم فقد أذاني ومن أذاني فقد أذاى الله يوشك ن يؤخذه .... أخرجه البخارى في التاريخ......

Takutlah kamu kepada Allah, takutlah kamu kepada Allah, ku peringatkan kamu tentang Sahabat2ku. Jangan kamu jadikan mereka seperti sasaran tempat melempar anak panah. .......

لا تسبوا أصحابي فمن سب أصحابي فعليه لعنة الله والملائكة والناس أجمعين . لا يقبل الله منه صرفا ولا عدلا.

Jangan kamu memaki2 para sahabatku, maka sesiapa yang memaki para sahabatku maka atasnya laknat Allah , malaikat dan manusia seluruhnya....

...........

و أول التشاجر الذى ورد × إن خضت فيه واجتنب ذا الحسد.

متن جوهرة التوحيد

Dan takwilkan olehmu khabar2  perselisihan mereka , jika engkau mahu mengharungi padanya dan jauhi makna2 yang bermaksud dengki iaitu celaan.

Maksudnya:  Setiap riwayat cerita perselisihan mereka yang pada zahirnya menunjjukan sesuatu yang dicela syarak, maka mestilah ditakwilkan dia kepada makna yang baik.  Jika kita nak komen apa2 pun mesti dengan pandangan baik bukan mencela. Ini jika kita mahu mendalami peristiwa2 perselisihan antara mereka, walaupun sebenarnya kita tidak disuruh mendalami perkara perselisihan mereka.  Ataupun kita diam dari sebarang komentar itu lebih selamat.

Kalau orang muda2 tak berasa puas dan cukup dengan matan zubad dan matan jaharah tawhid yang biasa jadi hafalan dan dikemukakan oleh Tuan guru tuan guru pondok kita ,, cuba2 lah bawak bertenang dengan menatap kitab dalam gambar dibawah itu. Mudahan2 dapat tenang dan aman