Tuesday, March 24, 2009

maklumat jualan kambing baka


Adalah dimaklumkan, pelajar pondok tampin akan menjual hanya 2 ekor kambing untuk dibuat baka, iaitu kacukan jamnapari dari india campur kambing kampung dan boer. Sesiapa yang berminat sila hubung ustaz yakob , hp no: 0196184023.

Sunday, March 22, 2009

kifayatul muhtadi

Sebuah kitab karangan mantan Hakim Syarie Makkah. Mengandungi pelajaran tawhid menurut mazhab salaf , pelajaran fiqh mengikut fatwa-fatwa yang muktamad dan pelajaran tasawuf.

Syeikh Muhammad Nur al-Fathani lahir di Mekah pada tahun 1290 H/1873 M, diantara guru-guru beliau ialah Sheikh Wan Ali Kutan, Sheikh Ahmad al Fathoni dan diMesir berguru dengan Sheikh Bakhit al Muthie. Menurut catitan al Marhum al Ustaz Haji Wan Saghir dalam blog beliau : RIWAYAT Syeikh Muhammad Nur al-Fathani agak berbeza dengan ulama-ulama lainnya kerana beliau satu-satunya ulama di Mekah yang dapat menjadi orang besar dalam dua pemerintahan. Beliau menjadi orang besar pada zaman pemerintahan Syarif Husein. Apabila pemerintahan bertukar kepada Ibnu Sa’ud, yang terkenal dengan era pemerintahan Wahabi, Syeikh Muhammad Nur al-Fathani masih tetap dengan kedududukannya. Kitab Kifayah al-Muhtadi bi Syarh Sullam al-Mubtadi. Penulisan dimulai di Mekah dan diselesaikan di Madinah al-Munawwarah pada hari Jumaat, 9 Rabiul Akhir 1351 H/11 Ogos 1932.