Showing posts with label Gharib Iqna'. Show all posts
Showing posts with label Gharib Iqna'. Show all posts

Wednesday, May 11, 2011

Jahitan luka dengan Benang Najis?.

Sedutan dari Kitab Hasyiah Bujairimi a'la al Khatib (al Iqna').

Satu dari isi kandungan Kitab Umdah Rujukan Fekah Mazhab yang menarik.


Masalah pertama:

Seseorang sembahyang yang memberi salam kedua padahal setelah selesai salam pertama sebelum sempat salam kedua , batal air sembahyangnya, contohnya terkentut, kemudian terus saja memberi salam kedua. . Hukumnya tidaklah batal sembahyangnya .

Nasnya: Kitab Bujarimi a'lal Khatib (Iqna') m.s 76 juzuk kedua. cetakan al halabi.



Ertinya: Adapun (berlaku) hadas diantara dua salam , maka tidak memudaratkan (sembahyang) , kerana berlaku perkara yang membatalkan (sembahyang) selepas tahallul (iatu ucapan salam pertama) tidak berkesan ,( membatalkan) .



Perkataan pensyarah (iaitu Sheikh Khatib Syarbini dalam Iqna): Maka masalah jika berhadas- Iaitu sekalipun hadas silsil baul ( kencing tak tus/ tak putus menitis nya) , dengan nisbah bandingan dengan hadas yang tidak berkekalan , ( iaitu maka termasuk jugalah hadas berkekalan contohnya orang sembahyang yang ada penyakit sisilbaul tersebut, tidaklah batal sembahyangnya, sekalipun berlaku titisan kencing diantara dua salamnya ).



Masalah kedua:

Menjahit luka pembedahan dengan benang najis adakah sah sembahyangnya?.

Jawabnya : Sah jika darurat.


Nasnya: m.s. 77 juzuk 2.



Ertinya: Jika mengubati seseorang lukanya dengan ubat najis , atau menjahit lukanya dengan benang najis , atau terkoyak bahagian badannya dan jadi (sebab) berdarah padanya , maka sama (hukumnya) dengan (masalah anggota ) yang ditampung ( iaitu disambung) sepertimana bahas yang telah lalu.



فيما مر.... iatu qiyas kepada masalah sambungan dengan tulang najis....di muka surat yang sama.




Ertinya: Jika seseorang meyambungkan tulangnya sebab pecah/patah , dengan tulang najis contohnya, disebabkan tiada (tulang) yang suci buat penyambung , maka diuzurkan (iaitu dimaafkan) pada masalah begitu. Sembahyangnya dengan tulang najis itu sah kerana darurat.


Wallahu a'lam.

Thursday, May 13, 2010

sambung jemaah makruh?.



masaalah Iqtidaa Suriyyah dalam Kitab Bujairimi Iqna.


Berkata Iqna:- Sheikh Khatib Syarbini serta ulasannya dalam kitab Bujairimi.

1.Dan Harus bagi makmum memutuskan qudwah dengan berniat mufarakah, dan (tetapi) dimakruhkan memutuskannya (qudwah) melainkan kerana uzur seperti sakit , imam memanjangkan sembahyang, imam meninggalkan sunat-sunat yang dimaksudkan seperti bacaan tasyahud awal .

2.Jikalau dipertengahan sembahyang berniat qudwah (menjadi makmum) oleh seorang yang sedang sembahyang munfarid (sembahyang seorang diri) hukumnya harus . (tetapi makruh).



Dalam kitab pedoman sembahyang jemaah - tuan guru haji Abd. Rahman Pondok Lubuk Tapah. muksa surat 12:

1."Dan harus orang sembahyang seorang, niat mengikut imam ditengah sembahyangnya dan jika bersalahan rakaat kedua-dua , tetapi makruh demikianitu".

2."Dan tiada makruh sekiranya makmum niat mufarakah dengan imam kerana seumpama berhadas imamnya, maka kebetulan ada imam yanglain maka niat mengikut ia akan imam yang lain itu , maka tiada makruh ".



Dalam Sabilul muhtadin- Syeikh Arsyhad - muka surat 29 juzuk 2. :

(Adapun) Jika sudah putus ikutnya akan imam itu, seperti bahawa berdiri sekelian orang yang masbuk kemudian daripada salam imamnya, maka mengikut setengah yang masbuk akan setengahnya atau mengikut orang yang lain akan setengah orang yang masbuk ,nescaya sahlah ikutnya tetapi yang demikianitu makruh.


beberapa masalah diatas tersebut adalah contoh-contoh yang ada kaitan dengan iqtida/qudwah shuriyyah dan tidaknya.. insyallah nnati semak lagi.

Wednesday, March 10, 2010

Mayat Hancur adakah dimandikan juga?.

Soalan:
alhaqier
: pakcik @ us : hehe...mayat yang rentung terbakar wajib di mandikan juga ka??tlg bagitau ktb utk dirujuk sama..

Jawab:
al ustaz: Tidak dimandikan bahkan hendaklah ditayyamumkan sahaja.

Didalam Kitab Sabilulmuhtadin pun ada.. muka surat 72 juzuk 2:

Dan jika sukar memandikan mayyit kerana ketiadaan air atau kerana buruk mayat sekira-kira jika dimandikan nescaya hancur , wajiblah ditayyamumkan.. intaha.

Juga tersebut dalam kitab , Bujairimi Iqna muka surat 268, juzu 2, Fashlun fil jinazah:


و من تعذر غسله لفقد ماء أو لغيره كاحتراق ولو غسل لتهرى - شرح المنهج . قوله - يمم

Dan jika uzur mandikannya sebab tiada air atau sebab lainnya seperti terbakar , jika di mandikan nescaya ceroi ( luluh) - tayyamumkannya. wallahu a'lam.