Showing posts with label Masalah-masalah Zakat. Show all posts
Showing posts with label Masalah-masalah Zakat. Show all posts

Sunday, March 23, 2025

Bab mereka yang berhak menerima zakat, adakah hanya yang pandai sahaja?.





Qaul dhoif yang syaratkan mesti pelajar bijak saja layak terima zakat.  Ini disebut dalam kitab Kifayatul Akhyar syrh matan Ghoyah wat Taqrib. 

Adapun dalam kitab2  muktamad lain menyatakan secara mutlak setiap yang sibuk dengan aktiviti ilmu adalah layak menerima zakat. Walau mempunyai usha yang layak atau mempunyai harta yang cukup untuk sara hidupnya yang asas.  

rujukan:

-KIfayatul akhyar- .


Sementara :

Berkata Sheikh Muhammad Nur dalam kitab Kifayatul Muhtadi:

Adapun jika ada baginya USHA yang bersepatutan dengan cukup belanja tetapi ia duduk belajar ilmu atau mengajar nescaya boleh mengambil zakat dan dibilangkan dia faqir juga.

-kifayatul muhtadi-





Juga didalam beberapa kitab lain tiada syarat mesti bijak atau hilangkan taraf fakir dan miskin jika sibuk dengan menuntut dan mengajar ilmu.  antaranya: 








- al fikrah Nahdhah fi Ushul wa Furu' Ahl Sunnah wal Jamaah- al bantani





















- Siyarus Salikin.









bughyatul mustarsyidin 














- Ihya ulumuddin.



Bughyatu Thullab.














Tuesday, May 12, 2020

Boleh wakilkan byr fitrah

Dlm mjmuk nawawi kata gitu...

‎ﻟﻪ ﺃﻥ ﻳﻮﻛﻞ ﻓﻲ ﺻﺮﻑ اﻟﺰﻛﺎﺓ اﻟﺘﻲ ﻟﻪ ﺗﻔﺮﻳﻘﻬﺎ ﺑﻨﻔﺴﻪ ﻓﺈﻥ ﺷﺎء ﻭﻛﻞ ﻓﻲ

 اﻟﺪﻓﻊ ﺇﻟﻰ اﻹﻣﺎﻡ ﻭاﻟﺴﺎﻋﻲ ﻭﺇﻥ ﺷﺎء ﻓﻲ اﻟﺘﻔﺮﻗﺔ ﻋﻠﻰ اﻷﺻﻨﺎﻑ ﻭﻛﻼ ﻫﻤﺎ ﺟﺎﺋﺰ ﺑﻼ ﺧﻼﻑ . و الله أعلم

Monday, May 11, 2020

Takrif2 fakir disisi mutaakhirin mazhab kita, sangat melegakan.


1.Tuhfah...
2.Nihayah..,
3.Mughni..
4.Fathul Wahhab dan Hasyiah Jamal.
5. Hasyiah Bujairimi Iqna' dan Hasyiah Fatthul Wahhab.

Kitab2 Jawi ,.
1. Sabilul Muhtadin...
2. Bughyatut Thullab...
3. Kifayatul Muhtadi...
4. Kasful Litham..
5. Furu' Masail...
6. ...

Wujudkah fatwa harus diberikan zakat kepada penuntut ilmu dan guru2 walaupun mereka golongan yang mampu?.



Soal: Wujudkah fatwa harus diberikan zakat kepada penuntut ilmu dan guru2 walaupun mereka golongan yang mampu?.


Jawab:  Wujud, ada banyak dalam naskhah2 kitab lama melayu.
Antaranya:

1. Kifayatu Muhtadi syarah Sullam mubtadi. Muka surat 154.






Bughyatut thullab ms 72  juzuk 2














Ahli Ibadat jika fakir disebabkan tiada usha yang layak dengannya , bolehkah menerim zakat?.



Soal: Ahli Ibadat jika fakir  disebabkan tiada usha yang layak dengannya , bolehkah menerim zakat?.

Jawab: Boleh dan sah dibayarkan zakat kepadanya. sebab dia jadi fakir dengan sebab tiada usha yang layak dengannya. 

Imam al Ghazali menyentuh kelebihan berinfak dan bayar zakat kepada golongan fakir miskin yang solehen , yang beramal ibadat , abid, maksudnya mereka itu adalah orang yang jadi fakir sebab tiada bentuk usha yang sepadan dengan keadaan mereka, bukan pula dengan sebab menumpukan ibadat semata2 walau pun boleh usha mendapatkan nafakah dengan cara yang sesuai dengan kelayakan dan kebolehannya, yang seperti ini tidak sah diberikan zakat kepadanya. 

Ringkasanya: Mereka yang afdhal di berikan zakat dari para fukara , adalah yang abid, soleh lebih utama dari yang kurang ibadatnya walau pun sama2 bersifat fakir yang tidak mempunya pekerjaan atau usha yang layak bagi  mereka.  wallahu a'lam. 

Adakah sah bayar zakat kepada penuntut2 dan guru ilmu agama seperti pelajar dan guru2 di madrasah tahfiz dan pondok2?.

.
Soal: Adakah sah bayar zakat kepada penuntut2 dan guru ilmu agama seperti pelajar dan guru2 di madrasah tahfiz dan pondok2?.

Jawab: Sah dan lebih baik.


Nas2nya:

1.Dari kitab al Majmuk Syrah Muhazzab karangan Imam Nawawi r.a.: 


ونقل الإمام النووي الشافعي في "المجموع شرح المهذب" (6/190) عن الأصحاب أنهم قالوا: "ولو قدر على كسب يليق بحاله إلا أنه مشتغل بتحصيل بعض العلوم الشرعية بحيث لو أقبل على الكسب لانقطع من التحصيل حلت له الزكاة؛ لأن تحصيل العلم فرض كفاية".
وقال الشيخ الخطيب الشربيني الشافعي في "الإقناع": "وإن تفرغ قادر على التكسب للعلم وتعذر الجمع أُعطِيَ، لا إن تفرغ للعبادة وإطعام الجائع ونحوه".



Ertinya: dinukilkan dari Ashab , mereka berkata: Jika mampu seseorang berusha yang layak dengannya untuk menghasilkan nafakah tetapi dia sebuk dengan belajar untuk mendapatkan sebahagian ilmu2 syarak, sekiranya jika dia menumpukan usha mencari rezeki , putuslah tumpuan menutut ilmu pula, maka dia layak untuk menerima bahagian zakat, sebab usha mendapatkan ilmu itu fardhu kifayah. 

(sekalipun dia kaya dengan usha yang layak, tapi boleh dimasukkan dibawah kategori asnaf
Fakir ).




2. Sheikh Khatib Syarbini pula berkata dalam kitab al Iqna'  : 

Dan jika sebuk mencari nafkah oleh seseorang penuntut/ pengajar  ilmu yang mampu berusha , hingga menyebabkan  tidak boleh tumpu pada ilmu, maka DIBERIKAN ZAKAT padanya.

Tidak pula boleh diberikan zakat kepada sesiapa yang sebuk beribadat atau khidmat memberi makan orang2 lapar atau sebagainya , hingga tidak sempat berusha mencari nafkah.

( sebab dia kekal bawah kategori kaya dengan usha yang layak ).







Thursday, August 16, 2012

Gharib Kasful Litham 16


Zakat Perniagaan, beli kereta niat untuk dijual pun kena zakat?


Soalan: Saya beli kereta sebuah sahaja dengan niat  akan menjualnya jika ada orang beli, adakah kena zakat ?.


Jawab: Wajib dizakatkan bila cukup syarat zakat perniagaan. 


 Nasnya: Khasful Litham juzuk pertama , muka surat 94.

" Maka wajib zakat Tijarah itu Rubu' Usyur harganya. Dan makna Tijarah itu iaitu memilik seseorang dengan berjual beli akan suatu dengan niat buat berniaga .................................................. tetapi jangan niat memutuskan daripada berniaga itu, maka manakala diniatkan ia hendak memutuskan berniaga seperti ia niat hendak menjadi matabenda itu akan perkakas rumah yakni petaruhan  rumah maka putuslah HAULnya  pada benda yang dibeli itu, dan jika hendak berniaga pula  berkendak pula niat yang lain serta Tasarufnya... tammat Khasful Litham.


Nas Kitab Lain :   Sheikh Omar al Khatib dalam buku Panduan Fiqah bab Zakat. muka surat 137 cetakan tahun 2011, menyatakan: 

: Kalau ketika membeli sebuah rumah, seorang itu berniat hendak menjualnya, maka wajib dikeluarkan zakat atas harga rumah itu setahun daripada  tarikh niat itu, sekalipun tidak dapat menjualnya, kecuali dibatalkan niat tadi sebelum cukup setahun.....

Kalau berjaya menjualnya  sebelum setahun, maka tidak kena zakat. Demikian juga hukumnya jika pada awalnya ia niat hendak tinggal (duduk) , kemudian hendak menjualnya , maka dikira haulnya (masa keluarkan zakat ) daripada tarikh niat menjual rumah. Begitu juga hukumnya dengan kereta. 

Untuk mengelakkan berlaku perkara tadi (kena keluarkan zakat sekalipun tak dapat menjual rumah) ,maka buatlah niat seperti berikut :
" Aku niat hendak tinggal dalam rumah ini. Sekiranya ada orang hendak membelinya , maka aku akan menjualnya".
Dengan niat semacam ini  , tidak kena keluarkan zakat sekalipun telah sampai setahun, bila tidak ada pembeli.
Demikian juga , bila dikosongkan rumah itu (yakni tidak tinggal dan tidak disewakan ), tidak kena keluarkan zakat.:... Buku Panduan Ilmu Fiqh- al Allamah Sheikh Omar al-Khatib - Ulamak Singapura.




Saturday, October 04, 2008

Zakat dibayar kepada Penuntut Ilmu?.khasnya pelajar dan guru2 madrasah tahfiz dan pondok2.

Darul Ifta- Mesir.

الرقـم المسلسل 6793
الموضوع صرف الزكاة لطلبة العلم
التاريخ 10/06/2008
الســــؤال
اطلعنا على الطلب المقيد برقم 997 لسنة 2008م المتضمن:
هل الصرف على المنح العلمية أو على طلبة العلم هو أحد المصارف الشرعية للزكاة أم لا؟
الـجـــواب
أمانة الفتوى

للزكاة مصارفها التي حددها الله تعالى في كتابه الكريم بقوله سبحانه: ﴿إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللهِ وَابْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِّنَ اللهِ وَاللهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ﴾ [التوبة: 60].
وقد اتفق الفقهاء على إعطاء طالب العلم من الزكاة بقدر ما يكفي حاجته العلمية، وتكلموا عن ذلك في موضعين:
الأول: عند كلامهم على مصرف الفقراء والمساكين، وأن طالب العلم يُعطَى من الزكاة ما يكفيه مؤنة معيشته حتى لو كان قادرًا على الكسب عند الشافعية، وحتى لو ملك نصابًا عند الحنفية؛ وذلك في مقابل تفرغه لطلب العلم.
فقد نقل ابن عابدين في حاشيته "رد المحتار" (2/372) عن جامع الفتاوى ما نصه: "وفي المبسوط: لا يجوز دفع الزكاة إلى من يملك نصابًا إلا إلى طالب العلم والغازي ومنقطع الحج؛ لقوله عليه الصلاة والسلام: (يجوز دفع الزكاة لطالب العلم وإن كان له نفقة أربعين سنة) اهـ".
ونقل الإمام النووي الشافعي في "المجموع شرح المهذب" (6/190) عن الأصحاب أنهم قالوا: "ولو قدر على كسب يليق بحاله إلا أنه مشتغل بتحصيل بعض العلوم الشرعية بحيث لو أقبل على الكسب لانقطع من التحصيل حلت له الزكاة؛ لأن تحصيل العلم فرض كفاية".
وقال الشيخ الخطيب الشربيني الشافعي في "الإقناع": "وإن تفرغ قادر على التكسب للعلم وتعذر الجمع أُعطِيَ، لا إن تفرغ للعبادة وإطعام الجائع ونحوه".
وقال الشيخ البهوتي الحنبلي في "كشاف القناع": "(وإن تفرغ قادرا على التكسب للعلم) الشرعي, وإن لم يكن لازما له (وتعذر الجمع) بين العلم والتكسب (أُعطِيَ) من الزكاة لحاجته".
ونقل البهوتي عن ابن تيمية أنه سئل عمن ليس معه ما يشتري به كتبا للعلم يشتغل فيها؟
فقال: يجوز أخذه منها -أي من الزكاة- ما يحتاج إليه من كتب العلم التي لا بد لمصلحة دينه ودنياه منها" ثم قال البهوتي: "ولعل ذلك غير خارج عن الأصناف; لأن ذلك من جملة ما يحتاجه طالب العلم, فهو كنفقته".
والثاني: عند كلامهم على مصرف (في سبيل الله)؛ إذ إن هذا المصرف يشمل العلم والجهاد؛ لأن الجهاد يكون باللسان كما يكون بالسنان، كما قال تعالى في القرآن الكريم: ﴿فَلاَ تُطِعِ الكَافِرِينَ وَجَاهِدْهُم بِهِ جِهَادًا كَبِيرًا﴾ [الفرقان: 52].
بل إن بعض الفقهاء جعلوه شاملاً لجميع القُرَب عند الحاجة؛ قال الكاساني في (بدائع الصنائع): [وأما قوله تعالى: "وفي سبيل الله" فعبارة عن جميع القُرَب؛ فيدخل فيه كل مَن سعى في طاعة الله وسبيل الخــيرات إذا كان محتاجًا] ا هـ.
ونصَّ العلماء على دخول الإنفاق على طلبة العلم ضمن مصرف "وفي سبيل الله"؛ ومن هؤلاء العلماء الميرغيناني ومنلاخسرو وصاحب الفتاوي الظهيرية وغيرهم.
بل صرح الحنفية بجواز نقل الزكاة من بلد إلى بلد آخر لطالب العلم.
ومما يستدل به على ما ذهبوا إليه من دخول الإنفاق على طلبة العلم ضمن مصرف "وفي سبيل الله" قوله صلى الله تعالى عليه وآله وسلم: «مَن خَرَجَ في طَلَبِ العِلمِ فهو في سَبِيلِ اللهِ حتى يَرجِعَ» أخرجه الترمذي وحسّنه.
وبناءً على ذلك وفي واقعة السؤال: فإنه يجوز شرعًا إعطاء أموال الزكاة للمنح التعليمية والصرف منها على طلبة العلم.

والله سبحانه وتعالى أعلم

Friday, October 03, 2008

soalan soalan fekah

8. Ister kaya, bolehkah bayarkan zakat fitrah suaminya?.

Jawab: Adalah tidak wajib atas isteri yang kaya membayarkan zakat fitrah untuk dirinya atau suaminya dan anak anaknya dengan sebab suaminya tidak mampu. tetapi jika ia hendak bayar juga?. Maka harus, dan mesti kena izin suaminya terlebih dahulu, sebab niat membayarkan zakat adalah hak suami , iaitu suaminyalah yang berniat, kalau pakai niat siisteri sahaja maka tak sah dan zakat itu jadi sedekah biasa sahaja, sekalipun wang itu kepunyaan isteri.
Kesimpulannya , zakat tidak wajib bila orang yang menanggung nafkah tidak mampu, walaupun isterinya kaya raya.

soalan soalan fekah

6. Apakah tindakan yang mesti dibuat oleh seseorang yang tidak mampu membayar zakat fitrah tanggungannya?.

Jawab: Zakat fitrah wajib hukumnya atas diri sendiri dan semua orang yang jadi kewajipan menanggung nafakahnya, seperti isterinya, anak-anaknya yang belum baligh, ibu bapanya yang miskin dan hamba hamba nya. Jika seseorang itu tidak mampu bayar untuk tanggungannya, maka wajib dibayar untuk dirinya sahaja. Kalau mampu hanya untuk beberapa orang sahaja, wajib bayar ikut tertib, contohnya : dahulukan dirinya, kemudian jika ada lebih, untuk isterinya, kemudian anaknya, kemudian bapanya , kemudian ibunya dan akhir sekali hamba. Didahulukan bapa dari ibu dalam masalah zakat sebab kemuliaan anak berasal dari bapa, kalau masalah nafkah didahulukan hak ibu dari bapa sebab perempuan lebih berhajat kepada anak disudut nafakah.
kalau seseorang itu ada ramai anak pula, dan tidak mampu bayar zakat untuk kesemua mereka, maka bayar sekadar yang boleh sahaja dengan tidak mengira usia atau anak dari isteri yang mana, sebab semuanya sama taraf saja.

7. Adakah wajib bayar zakat untuk pembantu rumah (maid) dan bagaimana pula dengan anak angkat?.

Jawab: Pembantu rumah adalah wajib dirinya sendiri yang membayarkan zakat , bukan majikannya. dia tidak boleh dikategorikan sebagai hamba.
Anak angkat pula, kalau asalnya dari ibubapa Islam, maka ibu bapa mereka lah yang wajib bayar. seterusnya ikut tertib mereka yang wajib tanggung nafkah. Iaitu kalau takde ibubapa, maka datuknya seterusnyalah. Ibu Bapa angkatnya tidak wajib bayar. Kalau nak bayarkan juga, boleh , tapi kena izin dari mereka yang wajib menafkahkannya, seperti izin atau dimaklumkan terlebih dulu kepada ibu bapanya yang asal.

Kalau dari yang tidak Islam, maka tak wajib apa suatupun . Semua anak angkat yang sudah baligh , kawajipan tertanggung atas diri mereka sendiri, jika mampu.

Thursday, September 25, 2008

Soalan soalan fekah

3. Jika anak yg tidak sihat , contohnya gila atau buta dsbnya , adakah masih wajib bapanya membayarkan zakat fitrah untuknya?.

Jawab: Anak-anak yang uzur seperti buta, gila, bisu ,pekak dan sebagainya , adalah nafkah dan zakat fitrahnya tanggung-jawab bapanya. Bapanyanya yang membayarkan fitrah mereka dan yang berniat mengeluarkan zakat fitrah adalah bapanya sendiri.

4. Bagaimana pula jika sianak berkemampuan, dan anak mahu membayarkan zakat fitrah ibu bapanya pula sekalipun keduanya juga golongan kaya?. Adakah sah dan bagaimana caranya?.

Jawab: Boleh dan sah. Cuma ibubapanya saja yang wajib berniat mengeluarkan zakat fitrah untuk diri mereka dan perlu minta izin atau memaklumkan kepada mereka terlebih dulu. Sebab kalau mereka tak berniat , zakat tersebut tidak sah. Walaupun anak yang tolong niatkan. Bahkan kalau anak ramai, semuanya boleh berkongsi sikit seorang keluarkan zakat fitrah untuk kedua mereka.
5. Adakah wajib adek beradek yang kaya menafakahkan saudaranya yang miskin dan membayarkan zakat fitrahnya?.

Jawab: Tidak wajib atas saudara menanggung nafkah saudara-saudarinya melainkan ketika darurat, dan tidak wajib membayarkan zakat fitrah mereka. Dan jika saudara-saudari itu miskin/tidak mampu, kewajiban berzakat gugur daripada diri mereka. Tetapi harus tolong membayarkannya dan wajib saudara-saudari itu yang berniat sendiri .

Wallahu a'lm.

Wednesday, September 24, 2008

Soalan soalan fekah

Soalan Zakat fitrah.

1. Janda yang kaya ,mampu pada malam 1 syawal, adakah wajib berzakat?.

Jawab: Wajib seorang janda yang kaya , maksudnya yang mempunyai makanan yang lebih pada waktu mula tengelam matahari malam 1 syawal, membayar zakat fitrah untuk dirinya dan anak-anaknya.



2. Bagaimana hukumnya zakat untuk anak-anak yang telah akil baligh tetapi masih tidak bekerja?.

Jawab: Seseorang bapa tidak wajib mengeluarkan zakat fitrah bagi anak-anaknya yang telah baligh , walaupun anak perempuan. Kewajipan tersebut tertanggung atas diri mereka sendiri jika mereka mampu , maksudnya samada mereka mempunyai wang sendiri atau harta sendiri atau duit-duit sedekah orang kepada mereka , adalah boleh digunakan sebagai pembayar zakat fitrah. Sebaliknya , jika memang mereka tidak berkemampuan bahkan mereka disara oleh ibu-bapa mereka , maka gugur kewajipan zakat fitrah atas mereka. Ertinya mereka tidak diwajibkan membayarnya.

Kemudian, jika ibu atau bapa mereka pula mahu membayarkan juga fitrah anak-anak yang sudah akil baligh itu, maka harus. Tetapi anak-anak tersebut yang mesti berniat membayar zakat tersebut , bukan ibu atau bapanya. Maksudnya ibu atau bapa mereka mesti memberitahu kepada anak-anak tersebut dahulu sebagai tanda izin dari mereka untuk dibayarkan zakatnya oleh ibu atau bapanya. Kalau tidak, zakat tersebut tidak sah, sekalipun pada asalnya zakat itu adalah tidak wajib. Cara yang paling mudah, ialah Ibu bapa berikan saja harta atau duit-duit kepada mereka sebagai belanja, dan arahkan mereka bayarkan sendiri zakat fitrah menggunakan duit-duit tersebut. Cuma cara ini mungkin tidak lagi dinamakan ibu bapa pembayar zakat anak-anak mereka yang sudah akil baligh. wallahu a'lam.

Atau , boleh juga anak-anak tersebut mewakilkan kepada bapanya untuk membayarkan zakat fitrahnya. cara ini juga tidak lagi dinamakan bapanya sebagai pembayar zakat fitrah anak-anaknya yang akil baligh. Boleh pilih salah satu cara.