Tuesday, November 29, 2005

Imam al-Ghazali, Tauladan kehidupan,pengajaran jasa dan Pengaruhnya.


Tentang pendapat yang menyatakan bahawa ilmu nya perlu disangsikan kerana beliau lemah dalam ilmu hadis, dan banyak hadis-hadis dhaif dalam teks Ihya Ulumiddin misalnya, boleh di ingatkan bahawa kelengkapan ilmunya sebagai mujtahid dan mujadid diakui adalah tidak disangsikan baginya.
Tentang hadis lemah yang ada dalam sesetengah teks nya itu tidaklah menjejaskan ilmu nya,sebab hadis-hadis yang lemah itu ada yang dikuatkan oleh hadis yang kuat dan sahih, dengan itu ia menjadi kuat dan diterima.
Diantara nya, hadis berkenaan :"Kembali daripada jihad kecil kepada jihad besar", yaitu melawan hawa nafsu, yang diperkuatkan oleh hadis al-Bukhari yang sahih yang menyebut bagaimana orang alim , orang mati syahid dalam medan juang dan orang kaya yang dermawan masuk neraka semuanya. Ertinya yang menewaskan mereka ialah kekalahan mereka dalam jihad akbar melawan hawanafsu.
Tentang cerita bahawa Imam al-Ghazali membaca hadis pada akhir hayat nya , bukan bermakna ilmu nya tentang hadis tidak mantap . Tetapi makna nya ialah , ia masih meneruskan penelitian ilmu nya sampai keakhir hayat nya . Kerana sentiasalah ia mencari kesempurnaan dalam maklumat dan ilmu.

Monday, November 28, 2005

Adakah amalan bacaan Yaasin malam Jumaat bid’ah haram berdasarkan hadis Imam Muslim?.
Mengenai hadis riwayat Imam Muslim r.a yg menyebut larangan pengkhususan Qiyam pada malam jumaat,sebenarnya tidaklah bermaksud larangan membaca Surah Yaasin atau sebarang bacaan lain semisalnya seperti Al Kahfi yg mana al Kahfi sabit dengan hadis sohih dan hasan atau selawat keatas Nabi s.a.w yg juga sabit dengan hadis sohih. Ini boleh kita dapati pemahamannya dengan memerhati segala syarahan ulamak terhadap makna QIYAM dlm hadis tersebut.
Misalnya kita lihat sebuah kitab fikih Mazhab Syafie yg ditulis oleh Syekh Ibnu Hajar al-Haitamy rahimahullah taala bertajuk Minhajul Qawwim:"Dimakruhkan mengkhususkan pada malam jumaat untuk qiyam ,yaitu sembahyang kerana tegahan terhadapnya (Mengkhususkan). Dimakruhkan meninggalkan Tahajjud yg beradat (sentiasa telah beramal) dan makruh mengurangkannya tanpa darurat, kerana telah sah (hadis) dari sabda Nabi s.a.w kepada Abdullah Ibn al-Ash r.a bermaksud "Janganlah engkau jadi seperti sifulan ,ia bangun malam (sembahyang) kemudian meninggalkannya".
Syekh Khatib As-Syarbini dalam al-Iqna' " Dimakruhkan mengkhususkan pada malam jumaat ...... Adapun menghidupkannya (semata-mata) tanpa pengkhususan) sembahyang tidaklah dimakruhkan, lebih-lebih lagi (jika) menghidupkannya dengan beramal selawat. Kerana demikian memang dituntut".Juzuk 1 ms 117.
Begitulah jika dibelek semua kitab fikih , itulah maksudnya insyaalah.
Oleh sebab hadis yg dibawa oleh mereka yang kontra pada amalan membaca Yaasin malam jumaat adalah hadis Imam Muslim r.a ini , marilah kita melihat tafsirannya dari Syarah Muslim sendiri. Juzuk 8 ms 19 " Pada hadis ini tegahan yg sorih dari mengkhususkan pada malam jumaat dengan sembahyang daripada malam-malam (lain) dan (mengkhususkan) puasa pada siang harinya seperti yg terdahulu . Ini diittifaqkan atas makruhnya".
Ada beberapa kitab yg termaklum menjadi rujukan mereka sefahaman dengan mereka yang kontra , antaranya Majmuk fatawa Ibnu Taimiyah dan Ibnu Hazmin dalam al Muhalla nya juga berkata "Tidak harus mengkhususkan pada malam jumaat dengan SEMBAHYANG YG MELEBIHI DARI SEGALA MALAM(LAINNYA). JUZUK 3 MS 73".
Mereka ini memahamkan maksud hadis Muslim tersebut begitu. Lebih jelasnya Ibnu Taymiyah mengharamkan sembahyang yg dibuat pada malam jumaat yg namanya sembahyang raghaaib berdasarkan hadis Muslim tersebut. Tak ada pula beliau menafsirkan makna kalimat “qiyam” atau “yaqumu” dengan makna "baca yasin".
Imam Nawawi r.a dalam kitab Majmuk beliau pun ada menyatakan begitu , yaitu tak boleh mengerjakan sembahyang tersebut. Jelaslah makna Qiyam yg didalam hadis tersebut adalah Sembahyang . Bukan baca Yaasin, atau baca Yaasin malam Jumaat. Jadi kalau ada orang yg mengatakan termasuk larangan menghidupkan malam jumaat dengan bacaan Yaasin berdalilkan hadis tersebut, diminta pula darinya dalil. Dimana pula tafsiran begitu pada hadis tersebut diambil?.
Ada pula orang membawa kata-kata berunsur cemohan ( mungkin kalau saya silap sila buat teguran) , oleh kerana terlalu taasub pada pendapat yg menolak Yasinan sampai menulis kalimat yg tak layak bagi al Quran, semisal "Orang yang membaca Yaasin malam jumaat kerana menganggap Quran sebagai Hinayana dan Mahabrata, ada super power".Ini sebenarnya adalah perkataan dari orang yang jahil adab terhadap alQuran.
Wassalam.