Saturday, July 16, 2011

DAURAH HADIS BUKHARI DAN SUNAN ABI DAUD

PROGRAM

PERIWAYATAN

KITAB HADITH SUNAN

SITTAH


(SAHIH al- BUKHORI

&

SUNAN ABI DAUD)

TAHUN 1432 h/2011 m.




Anjuran

PondokTampin dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Tampin ,

Negeri Sembilan Darul Khusus.


OBJEKTIF

Antara objektif majlis ini diadakan adalah seperti berikut:

  • Menghidupkan tradisi berhimpun bersama ulama’ bagi tujuan talaqqi kitab-kitab mu’tabarah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

  • Menambah keperihatinan di kalangan penuntut ilmu dan guru-guru agama tentang ilmu hadith dan cabang-cabangnya yang mana ianya agak kurang diterokai di kalangan penuntut ilmu di negara ini masa kini.

  • Meriwayatkan hadith-hadith Rasulullah s.a.w. yang terdapat dalam Sunan Sittah secara sama’i yang merupakan kaedah periwayatan yang utama berbanding dengan ijazah, wijadah dan sebagainya.

  • Menghasilkan sanad periwayatan hadith yang bersambung secara muttasil khususnya dengan periwayat yang masyhur kemahirannya dalam bidang hadith (thiqah al-dhobit) dan menghasilkan sanad yang tinggi (sanad ‘aliy) yang dianggap suatu ibadah di kalangan muhaddithin.

  • Memberi peluang silaturrahmi di kalangan para penuntut ilmu dan ulama’ khususnya ulama’ dari luar negara.

JANGKAMASA MAJLIS

Kaedah periwayatan secara mutlak (mutlaq al-riwayah) membabitkan seorang sheikh atau muqri’nya melakukan pembacaan hadith-hadith secara laju tanpa syarah yang panjang lebar yang mana tujuan utamanya adalah untuk mengkhatamkan suatu kitab tersebut.

Bagi Sahih Bukhari dan Sunan Abi Daud, jangkamasa yang agak selesa sehingga khatam adalah selama 22 hari dengan pembacaan dilakukan sepanjang hari hingga ke malam.

SASARAN PESERTA

Oeh kerana syarat periwayatan adalah dalam bahasa Arab, maka penyertaan adalah terhad kepada mereka yang berkebolehan memahami teks Arab. Adalah dicadangkan penyertaan dibuka secara utamanya kepada golongan penuntut ilmu di kalangan pelajar universiti dan madrasah tradisional (pondok), ustaz-ustazah sekolah, guru-guru agama takmir dan guru-guru pondok.

Tentatif Program.

Tarikh: 22 syakban 1432h bersamaan 24 julai 2011 m (ahad) - sehingga- 13 ramdhan 1432h bersamaan 13 ogos 2011m (sabtu) . Selama 21 hari .

Masa:

Sesi Pertama : 10 pgi – 12 tghri ( al-Bukhori dan Abi Daud)

Sesi kedua : 3 ptg – 5 ptg ( al-Bukhori dan Abi Daud)

Sesi ketiga : 9 mlm – 10 mlm ( Mushtholah – Kitab Nukhbah al-Fikar ).


Tempat: Pondok Tampin, Jalan Padang Ragut, Repah , Negeri Sembilan / Dewan Pejabat Agama Daerah Tampin .


Perserta: Terbuka kepada mereka yang mampu menguasai bahasa arab.


Kitab: Mereka yang belum mempunyai kitab boleh oder sebelum 5 julai

Harga kitab :

Bukhari & Abi Daud berharga RM160.00 - cetakan Syria .

Bukhari sahaja : RM65.00

Abi Daud sahaja: RM95.00.

Nukhbatul fikar : RM 10.00


Yuran Pendaftaran: Untuk Khatam Sebuah sahaja RM100 dan untuk kedua-duanya RM200.


Penempatan: Berulang-alik dari kediaman masing-masing / kediaman, sepanjang program tidak disediakan oleh pi hak penganjur, sil a berhubung dengan urusetia jika sebarang kemuskilan.

Maklumat lanjut : Hubungi

+60134752296/+60136905847 Ust. Hanef.



TUANGURU UNDANGAN KHAS.


BIODATA RINGKAS SHEIKH ABDUL HADI AL-KHARSAH.

BELIAU ADALAH AL-FADHIL AS-SHEIKH ABDUL HADI AL-KHARSAH

AD-DAMSYIQI.

BELIAU MEMULAKAN PENGAJIANNYA DI MAAHAD AL FATTAH , AS-SHEIKH SOLEH FARFUR RAHIMAHULLAH TAALA DAN KEMUDIANNYA BELIAU MENYAMBUNG PENGAJIAN DALAM BIDANG AKADEMIK DI UNIVERSITI AL-AZHAR AS-SYARIF, MESIR , PENGKHUSUSAN DALAM BIDANG USULUDDIN DAN TARBIAH DAN BERJAYA MEMPEROLEH SHAHADAH A’LIMIAH. .

SEBELUM ITU, BELIAU TELAH MENUNTUT ILMU DARIPADA KALANGAN SHEIKH-SHEIKH DAN ULAMA’ BESAR DI SYAM DAN DI NEGARA LAINNYA DAN BELIAU MEMPEROLEH BANYAK IJAZAH DALAM BIDANG ILMU SYARIAH, ILMU-ILMU AQLI DAN TASAWWUF.

BELIAU JUGA TELAH DIIJAZAHKAN HADIS OLEH:

AL SHEIKH AL ALLAMAH SAYYID MUHAMMAD BIN SAYYID ALAWI AL MALIKI,

AL SHEIKH AL ALLAMAH MUWAFFAQ AN NUSYUMANI,

AL ALLAMAH SAYYID TAJUDDIN AL GHOSAM.

BELIAU SERING MELAKSANAKAN TUGAS-TUGAS AGAMA DI DIMASYQ DAN DI TEMPAT-TEMPAT LAIN DALAM BIDANG PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH AGAMA DI SYAM, SERTA PENGAJIAN DI MASJID-MASJID. SELURUH PENUNTUT ILMU ISLAM MENGAMBIL MANFAAT ATAS PENYAMPAIAN ILMU BELIAU YANG BEGITU LUAS SERTA UCAPAN DAN NASIHAT YANG DISAMPAIKAN BAGI MENYERU MANUSIA KE JALAN ALLAH SERTA MEMPERINCIKAN MASALAH-MASALAH AGAMA TERUTAMANYA DALAM BIDANG AQIDAH ISLAMIYYAH DAN PENYUCIAN JIWA.

BELIAU TELAH MENGARANG BEBERAPA BUAH KITAB DAN RISALAH DALAM BIDANG AQIDAH DAN JUGA MENTASHIHKAN BEBERAPA KEFAHAMAN YANG SULIT. BELIAU JUGA BERDAKWAH KEPADA MASYARAKAT DALAM PERHIMPUNAN-PERHIMPUNAN MUKTAMAR ISLAM ANTARABANGSA DAN BELIAU AKTIF DALAM TUGAS DAKWAH BAGI TUJUAN KEMASLAHATAN UMMAH DALAM KEHIDUPAN.

MAKLUMAT LANJUT TENTANG KEGIATAN BELIAU BOLEH DIDAPATI DENGAN MELAYARI LAMAN WEB BELIAU:

http://www.abdalhadialkharsa.com/index.php


Al Sheikh Abdal Hadi akan diiringi oleh murid beliau sebagai muqri,

iaitu al Sheikh Firas Salu.


Biodata Sheikh Firas boleh dibaca disini klik