Thursday, July 07, 2011

SIAPA IMAM BUKHARI?

Imam al-Bukhari r.a.

Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari (محمد بن اسماعيل بن ابراهيم بن المغيرة بن بردزبه البخاري), adalah pengarang kumpulan tradisi yang dikumpulkan dalam Sahih Bukhari yang dianggap orang Islam Sunni sebagai Hadis sahih daripada Nabi Muhammad s.a.w. Imam Bukhari (810870) dilahirkan di Bukhara (Bokharä) (kini di Uzbekistan), pada keluarga Iran, pada 194 H (810 M).

http://ms.wikipedia.org/wiki/Imam_Bukhari

Latar belakang

Imam al-Bukhari dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah di bandar Bokhara, di bahagian timur negeri Turkestan. Bapanya meninggal dunia semasa ia masih kanak-kanak, dan ibunya membesarkan beliau bersendirian. Ibunya memelihara dan mendidiknya dengan penuh ihsan serta berkorban apa sahaja untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada beliau.
Semasa kecil lagi, nilai intelek Imam Bukhari telah teserlah. Beliau amat warak dan mempunyai daya ingatan yang luar biasa serta mempunyai kesungguhan dalam pelajarannya. Diriwayatkan bahawa ketika di dalam belasan tahun, beliau sudah menghafal 70,000 hadis Rasulullah s.a.w.

Pengajian Hadis

Ketika berumur 16 tahun, Imam Bukhari pergi ke Makkah bersama ibunya untuk menunaikan Haji. Imam Bukhari terlalu seronok berada di Makkah sehinggakan dia memanjangkan tempoh lawatan di Makkah untuk membolehkan beliau berguru dengan cendekiawan di Makkah. Pada umur 18 tahun, Imam Bukhari menerbitkan bukunya yang pertama mengenai sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w., dan selepas itu buku sejarah bertajuk "Al-Tarikh-al-Kabir".


Makam Imam Al-Bukhari di Samarkand
Imam Bukhari amat meminati sejarah dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dan menumpukan banyak tenaga bertemu dan belajar dengan cendekiawan yang terulung untuk mempelajari dan membahaskan hadis Rasulullah. Imam Bukhari melawat Damsyik, Kaherah, Baghdad, Basra, Madinah dan lain-lain tempat untuk belajar dan membincangkan hadis-hadis yang dipelajari. Semasa di Baghdad, Imam Bukhari selalu berbincang dengan Imam Ahmed Hanbal, pengasas fahaman (mazhab) Hanbali.
Semasa pengembaraannya, Imam Bukhari hanya mempunyai satu matlamat – mengumpulkan seberapa banyak ilmu yang mungkin boleh dikumpul untuk membolehkan beliau membuat pengumpulan yang terbesar sunnah hadis Rasulullah s.a.w.. Beliau begitu giat menulis, dan pada satu ketika berkata "Saya sudah menulis mengenai 1800 orang, setiap satunya meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w., dan saya hanya menulis mengenai mereka yang lulus ujian yang ditetapkan."
Imam Bukhari mempunyai ingatan yang mengkagumkan, dan sumbangannya terhadap sains pengumpulan hadis tidak dapat ditandingi. Dia merakamkan hadis Rasulullah s.a.w. dalam buku "Al-Jami-al-Sahih”. Dia membuat penyelidikan selama 16 tahun dan meneliti 600,000 buah hadis sebelum memilih 7,525 buah hadis yang beliau berpuas hati menepati takrif kesahihan yang beliau tetapkan.

Diusir dari Bokhara

Kepopularan Imam Bukhari menimbulkan perasaan iri hati di kalangan beberapa orang ulama yang akhirnya mengakibatkan beliau diusir dari bumi Bukhara oleh Gabenornya. Dia mati dalam buangan pada malam Aidilfitri dalam tahun 256 Hijrah di Khartank dekat Samarkand. Makam Imam Al-Bukhari terletak 12 kilometer di utara Samarkand.

Wednesday, July 06, 2011

Siapa Imam Abu Daud?

http://ms.wikipedia.org/wiki/Imam_Abu_Daud
Imam Abu Daud atau nama sebenarnya Abu Da'ud Sulayman ibn Ash`ath al-Azadi al-Sijistani (Sistan 202 H (817 M) - Basrah 276 H (888 M)}, adalah salah seorang perawi Hadis NABI (S.A.W). Beliau adalah penulis kitab SUNAN ABI DAUD salah satu kitab yang dikategorikan di dalam enam kitab Hadis yang utama yang termasuk kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.

Latar belakang

Beliau dilahirkan di Sijistan (Sistan atau Sagestan, Afghanistan) pada tahun 817, dan meninggal pada tahun 888. Semasa hayatnya, beliau pernah mengembara ke Iraq, Mesir, Syria, Arab Saudi, Khurasan, Nisabur dan bayak lagi untuk mengumpulkan Hadis Rasulullah S.A.W. Kebanyakkan Hadis yang beliau kumpul lebih bertumpu kepada Hadis Hukum, iaitu hadis yang mengandungi hukum-hukum fiqh yang sesuai digunakan dalam bidang perundangan Islam. Jumlah Hadis yang berjaya dikumpulkan oleh Imam Abu Daud adalah sebanyak 50000 Hadis. Daripada jumlah itu, sebanyak 4800 Hadis telah beliau pilih untuk dimasukkan dalam kitab Sunannya. Semua Hadis dalam dikategorikan oleh Imam Abu Daud mengikut kepentingannya. Imam Abu Daud telah menulis lebih kurang 21 kitab termasuk Sunan Abi Daud. Menurut Imam Abu Daud, semua Hadis yang dimasukkan dalam kitab Sunannya adalah sahih kecuali jika beliau menyatakan sebaliknya. Namun, bukan semua Hadis beliau sahih kerana ada ulama' seperti Ibn Hajar berpendapat bahawa ada juga Hadis yang lemah di dalam Sunan Abi Daud. Antara kitab selain Sunan, Imam Abu Daud juga menulis Kitab al-Marasil. Dalam kitab ini, sebanyak 600 Hadis Mursal - Hadis yang perawinya dari kalangan Tabi'in meriwayatkan terus daripada Rasulullah S.A.W tanpa perantaraan sahabat.

Guru

Sebagai seorang perawi Hadis, Imam Abu Daud berguru dengan ramai Ulama untuk mendapatkan sesebuah Hadis. Antara guru-gurunya adalah:

  1. Imam Ahmad,
  2. Al-Qanabiy,
  3. Sulaiman bin Harb,
  4. Abu Amr adh-Dhariri,
  5. Abu Walid ath-Thayalisi,
  6. Abu Zakariya Yahya bin Ma'in,
  7. Abu Khaithamah,
  8. Zuhair bin Harb,
  9. ad-Darimi,
  10. Abu Uthman Sa'id bin Manshur,
  11. Ibn Abi Syaibah dan lain-lain.

Murid

Demikian juga murid beliau cukup banyak, antaranya:

  1. Imam at-Tarmizi.
  2. Imam Nasaie.
  3. Abu Ubaid Al Ajury
  4. Abu Thoyib Ahmad bin Ibrohim Al Baghdady (perawi Sunan Abi Daud dari beliau).
  5. Abu `Amr Ahmad bin Ali Al Bashry (perawi kitab Sunan dari beliau).
  6. Abu Bakr Ahmad bin Muhammad Al Khollal Al Faqih.
  7. Isma`il bin Muhammad Ash Shofar.
  8. Abu Bakr bin Abi Daud (anak beliau).
  9. Zakariya bin Yahya As Saajy.
  10. Abu Bakr Ibnu Abi Dunya.
  11. Ahmad bin Sulaiman An Najjar (perawi kitab Nasikh wal Mansukh dari beliau).
  12. Ali bin Hasan bin Al `Abd Al Anshory (perawi sunsn dari beliau).
  13. Muhammad bin Bakr bin Daasah At Tammaar (perawi sunan dari beliau).
  14. Abu `Ali Muhammad bin Ahmad Al Lu`lu`y (perawi sunan dari beliau).
  15. Muhammad bin Ahmad bin Ya`qub Al Matutsy Al Bashry (perawi kitab Al Qadar dari beliau).