Wednesday, February 10, 2010

Pemantapan Ilmu.

Jadual Pemantapan Ilmu.

Pedoman Sembahyang Berjemaah.


Kitab karangan Al Marhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman , Ayahnda kepada al Marhum Tuan Guru Haji Abdullah- Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas , kelantan.

Menarik. didalamnya disebut dengan detail syarat qudwah. 12 syarat sah mengikut Imam. antaranya - berhimpun keduanya satu tempat.
........kadang-kadang terlintas dihati , molek mengaji kitab ni dulu sebagai mukaddimah sebelum mengaji kitab musholli Sheikh Daud , untuk fahami masalah masalah sembahyang jemaah.

Kasyful Litham an As ilatil anam.

Karangan al Aalim al Allamah * al Mudaqiq al Fahaamah* Sirajul Islam Waddin * Zainul Abidin * Ibn Muhammad Al Fathoni* Taghamaduhu Allahu Ta'ala bi Faidhi al Ridwaani * Aamin.

Inilah Kitab yang tiada tersembunyi atas tiap-tiap Tolib*

Bagi mendapatkan kelepasan itu roghib*

Dan Ialah pebendaharan yang megeluarkan tiap-tiap rahsia yang tertutup selama-lama*

Dan baginya beberapa furu' dan masail yang tiada baginya umpama *

Dan telah mengaku keelokan dan kelebihannya segala ulama yang mempunyai hidayah*

Betapa tiada, pada hal dikeluarkandia daripada lubuk mutiara Tuhfah dan Nihayah*

Sekarang telah puaslah dahaga daripada segala jenis Melayu daripada Lebai dan Hajinya*

Hai Tuhanku kurniakan Futuh atas tiap-tiap yang mengajar dan mengajinya *

Istimewa pula atas yang mensahihnya amin*.


Rujukan kitab-kitab didalam karangan Kasyful Litham:

1. Manhaj Thullab- matan Fathul Wahhab.
2. Furu' al Mahhali- iaitu kitab al Furu' an asilatil anam-karangan Sheikh Husain al Mahalli.
3. Fathul Mu'in- karangan al malibari.
4. Kitab-kitab melayu tulisan jawi, antaranya Furu' Masail -karangan Sheikh daud al Fathoni.

-------------------------------------------------------
Peribadi pengarang Kasyful Litham.

Sheikh Zainul Abidin * Ibn Muhammad Al Fathoni masyhur dengan Tuan Minal dikatakan pernah menuntut di Fathoni dengan :
Tok Bendang Daya 1 dan Tok Bendang Daya 2, Sheikh Wan Ali Kutan, Sheikh Jamaluddin N. Sembilan, Sheikh Abd.Rashid Keramat Tok Pulau Bidan , Sheikh Muhammad Thayyib bin Masud al Banjari , dan dikatakan juga sempat menuntut dengan Sheikh Daud al Fathoni.

- sumber maklumat pribadi pengarang cedukan dari artikle al Marhum Ust. Wan Saghir dalam utusan malaysia bertajuk Tuan Minal al Fathani, Karangannya rujukan ulamak Melayu.