Saturday, December 16, 2017

Wahabiyah , satu pandangan dan saranan.

SATU PANDANGAN.
Kalau kita nak mengungkit fahaman wahabiyah ni memang tak sudah.
Yang penting jaga orang melayu kita jangan terpengaruh. Fahaman mereka ini sudah jadi macam penyakit kenser , tanpa sedar merosakan.
Keterlaluan hendak kepada kebersihan sampai jadi rosak satu alam.
Lihat masjid Haram yang dulunya dipenuhi halaqah ilmu dan amal. . Setiap sudut masjid dari tempat tawafnya sehingga ke sudut2 masjid dipenuhi ulamak dan penuntut ilmu. Tekanan demi tekanan menyebabkan tidak wujud lagi halaqah2 pengajian kitab2 kecil dan besar , yang tinggal hanya orang buat ibadat, baca quran dan tawaf, zikir pun sendiri2 . Itulah kehendak fahaman wahabiyyah. Cuba bayangkan macamna pula Masjid , pusat pancaran Cahaya Iman , Islam dan Ihsan . Ilmu dan Amal tidak dapat dipisahkan. Sebab itu setiap zaman, pemerintah telah memelihara tradisi keilmuan dan amalan yang bermula dimasjid Haram. Dengannya bangun tamaddun Islam yang megah. Oleh kerana musuh2 islam tahu punca bangunnya umat bermula dari Ilmu dan Amal dan ianya bermula dari masjid, maka mereka menabur fitnah dalam agama ini dengan dihidupkan fahaman yang bertentangan dengan pegangan majoriti umat islam ,iaitu wahabiyah. Melalui wahabiyah mereka berjaya menyekat fungsi masjid Haram yang sebenar selain untuk beramal juga adalah pusat penyebaran ilmu . Pengajian2 telah dihalang . Ulamak2 besar telah dihalang dari menyampaikan ilmu. Maka umat kekurangan kualiti maklumat agama yang diwarisi terus dari para ulamak bila mereka mula tidak mengajar di masjid haram. Ini satu luka umat Islam yang sangat susah uhtuk pulih. Umat Islam yang sedar betapa ruginya mereka bila kualiti ilmu menurun bila pengajian di Masjid Haram terhapus akan dapat menunjukkan dimana kerugiannya kita. Ini semua fahaman wahabiyah adalah penyebabnya.
Hari ini , mereka yang terpengaruh dengannya telah mula menunjukan taringnya pada anak bangsa kita. Mereka kondem bentuk zikirullah yang telah lama menjadi asas kemajuan kerohanian dan akhlak umat islam.
.......,,,

Zikir ALLAH ALLAH bid"ah, tidak difahami makna?.



Sedikit penjelasan. Zikir الله الله adakah bersifat zikir mufrad?.

Ulamak melayu kita bijak lagi. Mereka dah jawab kemuskilan ibn taimiah yang kata tak boleh kata zikir dengan kalimat الله dengan sebut cara mufrad saja,, iaitu tak ada kalimat lain selepasnya atau sebelumnya... sebab tak dpt difahami maksudnya.,itu je alasan ibn taimiah yg setengah orang kita taklid padanya.
Sebenarnya ada ayat selepasnya atau sebelumnya . Iaitu apa yg dikatakan takdir kalam dalam istilah ilmu grammar arabiah.
Atau di susun dlm bentuk ayat الله الله sudah sah sebagai satu ayat yang lengkap bukan sebagai kalimat mufrad lagi sebagaimana sangkaan mereka yang ikut aliran ibn taimiah dalam maslah ini.
Cuba perhatikan sebaik2nya artikle yg telah kita paparkan.
Kita tak perlu ulas disudut quran dan hadis yang biasa dibawakn orang dlm maslah ini sebab fokus ibn taimiah pada bidah atau tidaknya bila tidak dlm bentuk jumlah (ayat).
Quran dan hadis terlalu luas bila dikupas pada fokus tajuk perbincang ini.
Lebih2 lagi bila kita cuba heret orang awam yang tidak mengerti bahasa arab , tentu lebih rumit jadinya. Yang timbul nnti bukan ilmiah lagi tapi hanya taksub pada kaedah ibn taimiah. Itu saja lah yang dapat.


ZIKIR ADALAH ZIKIR.
Tradisi keilmuan yang kita warisi dari pemuka Islam dari satu lapisan umat keatas sampai kezaman salafus soleh ada 2 cara.
1. Nukilan.
2. Pencernaan berdasarkan nukilan.
Bukan hanya semata2 nukilan dan bukan juga semata2 pencernaan tafsiran.
Ini kaedah kita Ahlussunna wal Jamaah.
contohnya, tafsir makna majlis zikir dalam hadis, Nabi s.a.w sendiri tafsirkan taman2 syurga itu adalah majlis zikir, seperti yang dinukilkan oleh kitab Kifayatul Akhyar Syarah Matan Abi Syujak. Kemudian datang ahli tafsir dikalangan salafusoleh yang tafsirkan makna majlis zikir adalah majlis halal dan haram seperti kata Ata' bin Abi Rabah. Ada yang tafsirkan majlis ilmu seperti kata Sufiyan bin Uyayynah. Ada yang kata Satu bab dari ilmu,,,seperti kata Abu Hurairah r.a dan Abu Zar r.a.
Sementara Yahya bin Katsir menafsirkan ayat 28 surah al kahfi dengan makna Majlis2 Zikir.
Kalau kita melarat pula ke bidang tafsir Asyaari, iaitu tafsir isyarat seperti dalam ilmu Tasauf maka kita berjumpa pula makna zikir itu adalah Zikir iaitu ingat kan Allah atau sebut akan Allah. Seperti dalam tanwirul qulub dalam qismus thalis fit tasawuf. يحضرون في المجالس و قلوبهم حاضرة مع مولاهم ومن السوى خالية ، موافقون لما قاله تعالى رجال لا تلهيهم تجارة ولا بيع عن ذكر الله...
Mereka hadir dimajlis2 keramaian, padahal hati mereka hadir serta Tuhan mereka , terhadap selainNya sunyi hati mereka. Ini selaras dengan ayat ....ertinya, beberapa lelaki yang tidak melalaikan mereka oleh perniagaan dan jual beli dari Zikir akan Allah.
(Surah an Nur ayat 36.)
Maka memahamkan kalimat zikir itu adalah Zikir, atau zikir itu maknanya lebih luas itu Ilmu,, kedua2nya berlaku dalam tradisi keilmuan dan peradaban umat Islam yang dirahmati Allah s.w.t ini. Kita tidak boleh sekali2 menyangkal , menafikan , menidakkan dan menyerang mana2 fahaman dikalangan kita yang berasaskan dua metod ini selagi ianya didapati pengakuan dari Agama ini sendiri.
Sebenarnya ramai mana tokoh umat dan ulamak besar umat ini telah mengiktiraf zikir hanya dengan kalimat الله sahaja sah sebagai zikir ?.
Terlalu ramai hingga tidak terhitung jumlahnya. Antara mereka :
1. Imam Hujjatul Islam al Ghazali....dalam kitab ihya Ulumiddin bab riayadah nafsi.
2.imam Nawawi dalam dalam Hizib beliau yang sangat masyhur.
3. Imam Fakhrurazi dalam Asrarut Tanzil membawa 6 hujjah.
4. Sheikh Ibn Hajar al Haitami dalam Fatawa al Sugho beliau,
5. Imam Ahmad al Ghazali (adek Imam Ghazali)..at Tajrid fi risalah tawhid.
6. Ibn Ataillah al Sakandari.
7. Sheikh Abd Wahhab al Syaraani.
8.Sheikh Yusof alKaurani
9. Yang lebih awal Sayyidina Abu Bakar r.a.
10. Sheikh Syibli r.a,
Dan lain2..terlalu ramai.

Monday, November 06, 2017

Tawaf menaiki kerusi roda atau kederaan beroda, sahkah?

Soal: Seseorang tawaf dikaabah menaiki kerusi roda dengan ditolak orang lain atau dirinya sendiri atau dengan kenderaan beroda menggunakan bateri contohnya adakah sah tawaf dirinya?. Jawab: Ada beberapa keadaan yang perlu difahami. 1. Kerusi roda ditolak oleh orang lain, jika yang menolak kerusi roda itu berniat pusingan tawaf itu untuk orang yang ditolaknya, maka tawaf itu sah untuk tawaf orang yang ditolak. Kalau sebaliknya orang yang menolak kerusi roda itu berniat tawaf itu bagi dirinya sendiri walaupun dia sedang menolak kerusi roda , maka tawaf itu menjadi tawaf orang yang menolak kerusi roda itu. Kalau si penolak kerusi roda itu tidak berniat apa2, hanya tolak sahaja bukan sebagai tawaf, maka tidak sah pusingan itu sebagai tawaf. 2. Jika seseorang yang bertawaf dengan kerusi roda dengan sendirinya tanpa di tolak oleh orang lain, maka sah tawaf itu bagi dirinya.difaham dari ini, seseorang yang bertawaf itu harus tawaf dengan menaiki kenderaan walaupun yang terbaik bertawaf dengan berjalan kaki. 3. Jika bertawaf seseorang dengan kenderaan , contohnya dengan perahu bila berlaku banjir di masjid haram, maka setiap penumpang berniat tawaf masing2, maka sah semua tawaf mereka yang diatas perahu itu. Difaham dari ini mereka yang tawaf sendirian dengan kenderaan menggunakan bateri elektrik adalah sah. Nasnya: Kasful Litham an Asilatil anam,,,,bab adab tawaf.

Monday, September 25, 2017

Tuesday, August 08, 2017

Bolehkah Terawikh 36 rakaat?.


Soal: Apa kata kitab2 tua, kalau kita ditanah Melayu  sembahyang  Terawikh 36 rakaat?.

Jawab: Tidak Harus, sebab bilangan rakaat  lebih dari 36 rakaat itu ditentukan kepada Ahli madinah sahaja, atau ada  alasan2 lain yang patut untuk ditambah lebih dari 20 rakaat. Adapun bagi tempat2 lain hanya 20 rakaat sahaja. jika lebih , tidak lagi dianggap Terawikh. Tetapi khilaf pada sisi Imam Hulaimi, menurut beliau adalah Harus. wallahu a'lam.

Nas:  Kitab Hadaaiqul Shalawaat fil jalawaat. karangan Tok Kelaba.m.s 57



Friday, July 07, 2017

Sambutan Hari Lahir adalah Harus.

Soal: Sambutan Hari Lahir , apa hukumnya?.

Jawab: Harus , menurut niat ianya dibuat.


Nasnya: Kitab al Fatawa al Tankaliyyah. mukasurat 23 , juzuk 2. karangan Sheikh Haji  Muhammas Ali bin Sheikh Abd. Wahhab al banjari Pondok Kuala Tankal, Jambi ,Sumatra.

...........
Soal: Bagaimana hukum orang yang mengadakan hari ulang tahun genap umurnya enam puluh tahun masalan ( aidul miilad)?.

Jawab: Tafshil; jika niat mengadakan itu kerana mensyukuri Nikmat Allah yang diberikannya kepadanya dengan sujud syukur atau doa selamat , itu adalah bagus dan dianjurkan oleh agama kita .

....



Monday, June 19, 2017

inhalear batal puasa

Membatalkan puasa bila zat semburan dari inhalear masuk kedalam rongga mulut melebihi had makhraj kha'. Fatwa ini maklum diketahu ramai masyarakat Malaysia.

masalah sembahyang witir dan terawih.

1. Soal : Jika sesorang sembahyang Terawih 4 rakaat 1 salam, adakah boleh dan sah Terawikhnya.

Jawab:  Tidak boleh buat Terawih 4 rakaat 1 salam  dan tidak sah sembahyangnya tersebut jika sengaja dia buat begitu. Sah dan jadi sembahyang itu sembahyang sunat mutlak , tidak jadi sembahyang Terawikh  jika dia tidak tahu larangan dibuat dengan 1 salam.

Alasan : Khilaf bagi yang di Syara'kan.  Kerana Terawih menyerupai sembahyang Fardu sepertimana asal di waridkan dia, maka tiada boleh berlaku perubahan dari asal mula diwaridkan kaifiat CARA RAKAAT sembahyangnya.

Rujukan:
a.Kitab Hadaiqul al Shalawaat , karangan al Alim al Allamah Haji Muhammad husien bin Abdul lathif al Fathoni yang terkenal dengan gelaran Tok Kelaba.
b. Sabilul Muhtadin- Sheikh Arshad al Banjari.
c. Furu' Masail.- Sheikh Daud al Fathoni.



a. Muka surat 158, juzuk ke dua Tok Kelaba menulis:

(( (Dan) Jikalau sembahyang ia empat rakaat dengan satu salam nescaya tiada SAH ia, jika ada ia senghaja lagi mengetahui . Dan jika TIADA, nescaya jadilah ia NAFAL YANG MUTLAK , kerana menyalahi bagi yang di SYARA'kan dengan bersalahan sunat zohor dan asar seperti barang yang telah difatwa dengan dia oleh Mushannif yakni Imam Nawawi .
Dan difaraq kan antara  keduanya dengan bahawasa Terawikh itu menyerupa ia akan segala fardhu seperti barang yang telah lalu ia MAKA TIADA BERUBAH IA DARIPADA BARANG YANG TELAH DATANG . )).

- Muka surat 130 , Tok Kelaba menulis juga:  Dan Hanya sesungguhnya tertegah oleh Himpun empat pada Terawikh kerana bahawasnya MENYERUPA IA AKAN SEGALA FARDHU DENGAN TUNTUT JEMAAH PADANYA.







2. Soal : Bolehkah Sembahyang Witir  dan Sembahyang Terawih diQadhokan bila tinggal dengan sengaja atau tidak sengaja?.
 
Jawab:Sunat diQadhokan .

Alasannya: Kerana wujud hadis2 Sahih Nabi s.a.w pernah mengqadhokan sembahyang2 sunat berwaktu seperti sembahyang sunat Qobliyah.

Rujukan: Kitab Hadaiqul al Shalawaat , karangan al Alim al Allamah Haji Muhammad Husien bin Abdul Lathif al Fathoni yang terkenal dengan gelaran Tok Kelaba.

Muka surat 141 juzuk ke 3 , beliau menulis:

((Sunat Qadho sembahyang sunat yang berwaktu.)).





Sunday, June 18, 2017

Tok Kelaba menurut T.G Haji Wan Saghir


al marhum Haji Wan Saghir bin Wan Abdullah menulis dlm salah satu lama beliau:
Karya Fiqh Haji Muhammad Husein bin Abdul Lathif (Tok Kelaba)
Murid Sheikh Ahmad al-Fathani, juga murid Sheikh Muhammad bin Ismail al-Fathani bernama Haji Muhammad Husein bin Abdul Lathif atau lebih terkenal dengan gelaran Tok Kelaba (1280 H/1863 M-1367 H/1947 M).
Beliau menyusun beberapa kitab dalam bahasa Arab dan bahasa melayu. Kitab fiqhnya yang terbesar ialah Hadaiqus Shalawat fil Khalawat wal Jalawat. Manuskrip kitab ini ada dalam simpanan penulis, dan merupakan kitab yang terbesar karya Tok Kelaba, yang melebihi 2,000 halaman.
Halaman sebenar tidak diketahui kerana sekian banyak halaman pada bahagian akhir rosak dan ada yang hilang. Perbicaraan khusus kitab ini adalah mengenai sembahyang yang dilengkapi dengan berbagai-bagai sembahyang sunat, perbahasan secara teliti berbagai-bagai wirid, doa, hizib, zikir, selawat dan lain-lain.

..T.G Haji Wan. 

Monday, June 12, 2017

Berkenaan Kitab Jam'ul Jawamik

Kitab Jam'ul Jawamik:


1.Bila diitlaqkan belajar Jam'ul Jawami dipondok2 sekitar nusantara biasanya adalah syarah al mahalli atas jam'ul jawamik karangan imam Tajus Subki.

2.Bukan semata2 matan Jam'ul Jawamik..

3.Belajar sahaja belum menjamin Faham makna seluruh matan dan syarah2nya.

4.Jika faham, belum tentu mampu untuk mempraktikan isi2 kandungannya.

Ramai para tuan guru yang telah kembali kerahmatullah yang saya bertemu mereka mengatakan :

Jamu'ul Jawamik adalah darjah Fuhul Ulamak untuk memahami dan praktik.
Adapun sekadar belajar, juga sudah perlu kepada persediaan cukup , bukan sekadar nahu shorof sahaja.

Wallahu 'lam.

Kehebatan Imam Tajuddin As Subki dalam Usul Fekah.




Al Imam Tajuddin Abdul Wahhab bin Ali bin Abdul Kaafi al Subki - wafat 771 hijrah,  telah mengarang 5 buah karangan dalam bidang ilmu Usul Fekah. 

1. Al Ibhaj Syarah Minhaj al Baidawi , telah dicetak.

2. Raf 'ul Haajib  syarah Mukhtasar Ibnu Hajiib , tahkik al Azhar - belum dicetak .

3. Jam'ul Jawamik- dicetak.

4. Man'ul Mawani'.- dicetak.

5. al Ta'liq fi Ushul al Fiqh- masih dalam bentuk manuskrip asal.



Mengenai Jam'ul Jawamik, merupakan sebuah karangan  yang nipis tetapi setiap bab pembicaraanya adalah satu penemuan cara baru yang belum  pernah disusun  mereka yang sebelumnya, sangat bernilai diantara kitab-kitab Ilmu Usul.

Pengarang telah menyusun karangannya menyentuh dua Ilmu Usul iaitu Ilmu Usul Fekah dan Ilmu Usuluddin.  

Maka jadilah Jam'ul jawamik sebuah karangan yang berbeza dengan karangan-karangan lain dibidang Ilmu Usul , sangat indah ibarat-ibarat dalam setiap sentuhan matapelajarannya, gayabahasa yang sangat ringkas dan lafaz-lafaznya menghikayatkan majaz-majaz.

Para ulamak diseluruh pelusuk benua  telah memberikan  perhatian kepadanya dengan menulis komentari dan syarahan huraian menyebabkan Jam'ul Jawamik tersebar di pusat-pusat pengajian ilmu seluruh dunia.

Jam'ul Jawamik adalah merupakan KITAB  bagi manusia di Timur dan Barat , telah kekal penobatan begitu semenjak ianya dikarang hingga lebih dari 300 tahun.




Tuesday, May 02, 2017

Kepala mayat lelaki semasa disembahyangkan, letak arah mana?


Kepala mayat lelaki diletakkan disebelah kiri imam , maknanya mengirikan kiblat.

Kepala mayat perempuan diletakkan disebelah kanan imam , maknanya menganankan imam.

Masalah ini disebut didalamkitab Furu'   Masaail muka surat 173 juzuk awal,

Friday, March 03, 2017

Kenduri Arwah Terlarang Berdasarkan Kitab al Majmuk Imam Nawawi?.





Menjelaskan mengenai kekeliruan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap kalam nas ulama dengan mengatakan bahawasanya kenduri tahlil arwah haram dan bid'ah berdasarkan kitab Majmu' Imam Nawawi dan kitab jawi seperti Furu' Masail, Bugyatut Tullab dan lain-lain.


klik https://youtu.be/zNeEMh5o7vs

Dakwat Sotong, Apa Hukum Memakannya?.




Persoalan mengenai dakwat sotong adakah najis atau tidak menurut kitab para ulama muktabar dalam Mazhab Syafie. Perlu dijelaskan perkara ini bagi mengelakkan kekeliruan masyarakat Islam terutama di nusantara yang telah lama berpegang dengan Mazhab Syafie. Najis hukumnya tuan-tuan.
Perlu juga diberi perhatian kepada pihak-pihak yang hanya sekadar membaca kitab Mazhab Syafie tetapi tidak memahami ibarat-ibarat , istilah-istilah dalam Mazhab Syafie.
Tuan guru juga mengulas mengenai kepentingan berpegang dengan kitab-kitab Jawi Turath kerana ulama dahulu mengaji berpuluh-puluh tahun bukan macam sekarang yang mengaji mengejar pangkat dan melakukan kajian sendiri berbanding mereka dahulu yang menadah harfan bi harfin bertahun - tahun lamanya. Kesimpulannya peganglah kitab Jawi Turath karangan para ulama nusantara kita.
Di akhir video ini Tuan Guru mengupas mengenai kepentingan berpegang dengan akidah sifat 20, Matan Ummul Barahin dan iktikad Allah Wujud Tanpa Bertempat merupakan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Link asal video.https://youtu.be/h1_e5jHiggE

Saturday, February 18, 2017

Upah ibadat dalam Fekah kita

Doa tu ibadah , ianya percuma....kalau antara kita terus je  dgn Allah ditempat kita berada sekarang memang la prcuma.
kalau doa tu ibadah,  ianya percuma, tapi kalau berkait dgn wasilah untuk berdoa tu...contohnya orang bernazar berdoa diMekah,,,nak sampai keMekah tu percuma juga ke??.

Dalam fekah kita banyak sangat contoh2 ibadah yg boleh upah. Kadang2 jadi wajib.
Contohnya...
1. Haji badal. Adakala wajib waris keluarkan bahagian pusaka mayat yg tak buat haji fardhu masa hidup dia sbb sibuk sangat, padahal dah kaya. Maka bayar upah badal itu wajib.
2. Tajhizkan mayat , jika kesulitan semua ahli qaryah muslimin , melainkan dgn diupah maka harus diupah untuk tajhizkan mayat.
3. Upah baca quran untuk mayat..
...dan lain2...semua masalah2 ini ada disebutkan dalam kitab fekah muktamad Mazhab kita Shafie...

.....adapun mereka yg tidak mahir ilmu fekah dan ushul fekah, mereka dakwa orang ramai beri duit masa sembahyang jenazah , letak dlm envelope rm 10 contohnya, sebagai upah sembahyang jenazah, mereka silap beberapa perkara.
1. Duit yg diberi kepada orangramai itu bukan upah sembahyang jenazah. Itu duit sedekah dari pihak keluarga mayat atau  dari khayrat kematian. Bukan upah. Cuba tanya masyarakat  yang beramal begitu, upah ke sedekah?.

2. Serkap jarang atau andaian2 mereka yg tidak mahir ini selalu dipercayai orang, tapi bertambah jelas kejahilan mereka bila mereka menolak boleh bersedekah kepada orang hidup diniatkan sedekah itu untuk mayat.. sebab keharusan bersedekah begitu dalilnya ijmak..
....dan lain2 lagi.

Niat ibadat dan bèrniaga dalam ibadat?.

Sheikul Islam Zakariyya al Anshori r.a berkata:

Darjat Ikhlas ada Tiga:
1.Tertinggi.
2.Pertengahan.
3.Rendah.

a.MAKA PANGKAT TERTINGGI , bahawa beramal seseorang hamba kepada Allah semata2 kerana melaksanakan perintahNya dan mendirikan Hak Ubudiah ( tugas sebagai hamba abdi). Bukan kerana tamakkan syurgaNya dan bukan pula kerana takutkan nerakaNya. Oleh sebab itu , berkata Sayyidah Rabi'ah al A'dawiyyah:
Tidak daku beribadat kepda Mu kerana haloba kepada syurga Mu dan kerana takut kepada neraka Mu, hanya beribadatku pada Mu kerana melaksanakan Perintah Mu.

b.PANGKAT PERTENGAHAN, Bahawa beramal sihamba kerana balasan pahala di Akhirat.  Kerana ini didapati pengarang kitab dan lain2 berkata " kerana mengharap balasan pahala .....".

c.PANGKAT RENDAH, Bahawa beramal sihamba kerana menuntut kemuliaan dari Allah didunia dan keselamatan dari bencana2 Dunia .

Selain dari tiga tujuan (beribadat) ini, adalah riyak, sekalipun berlebih kurang bentuk2 riya itu.

IMAM AL GHAZALI R.A BERKATA :
Apabila terdapat disana dua niat tujuan beribadat,

1.tujuan keduniaan dan
2.tujuan keakhiratan.

Contohnya seseorang yang musafir (keMekah) tujuannya untuk:
1. Haji dan untuk Berniaga ,
2. atau untuk Jihad dan Mendapat harta rampasan perang,
3.atau Berhijrah dan Berkahwin.

...a.Maka jikalau niat tujuan keduniaan melebihi (dari tujuan akhirat ) dia tidak mendapat pahala.

...b.Jika niat tujuan keagamaan lebih banyak , dia mendapat pahala menurut kadar Niat niat tujuannya.

....c.Jikalau bersamaan antara tujuan agama dan keduniaannya, maka dia tidak mendapat pahala juga.

..terjemahan dari kitab Hasyiah Bujairimi Iqnak..juzuk 1, muka surat 18. Cetakan Dar Fikar, Bairut.

Kirim doa keMekah dan Salam ke Madinah

ADAB BERDOA , DENGAN HARAPAN DIKABULKAN. TIDAK PULA PASTI .

1.Terbaik....orang kirim doa keMekah melalui kita,  tolong bacakan ditempat2 makbul  tertentu  dengan tidak disyaratkan upah atau sedekah apa2. Kita pun tidak mengharapkan apa2 pun sumbangan dari pengirim. Samada di beri atau tidak , tidak terguris pun dihati. Cara ini yang biasa diamalkan orang Melayu  kita. Mudahan2 ikhlas berdoa dan ikhlas memberi, mudah dimakbulkan Allah.

2. Baik. Orang kirim doa keMekah melalui kita,  tolong bacakan ditempat2 makbul  tertentu  dengan tidak disyaratkan upah atau sedekah apa2. Kita pun tidak mengharapkan apa2 pun sumbangan dari pengirim. Tetapi bila diberi seronok , bila tidak diberi , akan terkesan  dihati. Cara ini juga biasa diamalkan orang melayu kita. Mudahn2 ikhlas berdoa dan ikhlas memberi akan mudah dimakbulkan Allah.

3. Harus , tidak bercanggah hukum syarak, tidak haram , tetapi kurang baik,

Orang kirim doa keMekah melalui kita tolong bacakan ditempat2 makbul  tertentu  dengan disyaratkan upah atau sedekah apa2. Kita mengharapkan apa2 pun sumbangan dari pengirim, jika diberi kita berdoa , jika tidak diberi, tidak berdoalah kita.
Cara ini kurang  biasa diamalkan orang Melayu  kita,  Melayu kita halus budinya, kalau tidak diminta pun akan diberi juga walau sedikit sebagai membalas budi kerana tolong berdoa. Itu sikap sebenar Melayu kita. Bangsa yang punya budi mulia.

Tapi selalu juga kita jumpa ada orang bangsa lain  minta upah baca doa. Soalnya tentu ada hujjah pada sisi mereka keharusan ambil upah berdoa. Kalau begitu,  menurut mazhab kita tentu juga ada dalil2 yang mengharuskannya. Saya ulangi,, sekadar hukumnya harus dan tidak melanggar hukum2 syarak.

Natijahnya bagi cara yang ke  tiga ini ialah:

Mudahan2  berdoa ditempat2 makbul, dimakbulkan Allah. Sebab BAITULLLAH TEMPAT MENUMPAHKAN AIR MATA DAN HAJAT2 HAMBA KEPADA ALLAH...TIDAK KIRA YANG DATANG MENGHADAP ITU IKHLAS ATAU TIDAK DALAM DOA DAN MUNAJATNYA...SUDAH  TEMPATNYA. PUTUS  BICARA.

....
Kesimpulannya, isu upah berdoa yang sedang hangat diviralkan , sepatutnya tidak rnenjadi perkara besar sehingga timbul anggapan ajaran baru pula. Wassalam.

Tuesday, January 31, 2017

Mazhab campur2 boleh?

Talfiq yg menyebabkan batal sesuatu ibadat ,  mengharuskannya secara mutlak adalah Haram dan melanggar ijmak.

 Talfiq ada 2 hukum, harus dan haram.
Memang selalunya depa kelirukan orangamai.. demi untuk meluluskan rencana depa, ...boleh pakai ja ijtihad2 mereka walau bertentangan dgn orang dulu...maka dilekeh2kan lah pegangan orang awam  dgn cara sepertiitu..
 Konon orang awam pun campur ja amalannya...ada ja talfiq2 mazhabnya , cuma  sedar atau tidak sedar sahaja.
Haa..pakai borong ja..semua talfiq halal...

Termasuk talfiq2 haram yg depa dah kemukan pada orang awam....
Tu le hal nya...
 Sedangkan  sekalipun ada talfiq yg harus...kena halusi lagi..kalau yg diamalkan tu bkn amalan mazhab muqallid tu sendiri dan tidak ada darurat apa pun dia nak beramal begitu..maka tak dapat pahala juga.. sbb muqallid dibenarkan beramal dgn mana2 amaln yg diluar mazhabnya  bila ada perlu dan Amaln itu adalah telah diiktibar ulamak  Ulamak fekah mazhabnya...

Sebab , orang awam yang tahap muqallid ,, tak disuruh dan tidak diperintah berijtihad atau mentahkikkan atau mentarjhkan pun mana2 pndapat ulamak fekah untuk dia beramal. Dia hanya diperintahkan bertanya hukum itu , ini pada orang alim, ulamak ..kalau bab fekah, pada ulamak fekah lah...
Ulamak pulak yg boleh ikut/ taklid  tu yg muktabar, yang muayyn mazhabnya, yang tentu mazhabnya... yg tidak tasahul berfatwa. Tasahul dlm fatwa adalah ciri2 ftwa yg haram diikuti.
Mufti yg tasahul,, adalah berdosa.
Mufti ada banyak peringkat. Kebanyakkan nya sekarang ini tahap, mufti darurat syarie...mufti tahap darurat sahaja seperti yg sheikh daud fathoni sebut dlm furu masail.
Sesorang mufti selagi tidak sampai tahap tarjih,, dia dianggp masih ditahap orang Alim ulamak yang bertaqlid pada mazhabnya. Dia wajib berfatwa mengikut pendapat2 yang muktamad dalam mazhabnnya melainkàn ada sebab yg  perlu , maka diharuskan berfatwa dgn pendapat yang lemah dan pendapat luar mazhabnya.

Kalau sampai tahap boleh mentarjih?. Maka wajib dià fatwakan ikut tarjih dirinya. Dan orang lain tidak wajib ikut dia jika bertentangan dgn pendapt2 yang telah diputuskan oleh majoriti ulamak dalam mazhab mufti tu. Mufti itu kena buat semakan pula disudut maslahah dan mafsidah aamah... kepentingan2 orang ramai. Ada faedah dan mudrat ke pada awam. Dia tidak boleh senang lenang fatwakan tarjih dia yang menyusahkan orang awam. Seperti yang berlaku dalam setengah2 kes dalam negara kita.
Melainkan jika dia gunakan autoriti kuasa pemerintah...itu masalah lain. Maka harus. Sebabtu kita mesti ramaikan kawan2 yang sefahaman dengan kita dalam jabatan2 mufti dan pihak berwajib diperingkat negeri dan kebangsaan. Supaya agama kita terpelihara dan masyarakat kita bangun maju dengan keredoaan Tuhan.
........
Mufti yang tahap boleh tarjih ada tidak sekarang  ?.. memang tak pernah saya jumpa.. yang ada mendakwa boleh tarjih , macam tu memang banyak....

Wallahu a'lam.

Tuesday, January 03, 2017

KEPENTINGAN KITAB SYARAH AL MAHALLI SEBAGAI TEKS RUJUKAN RINGKAS.

Bahagian 2 .
KEPENTINGAN KITAB AL MAHALLI SEBAGAI TEKS  RUJUKAN RINGKAS.

Kebiasaannya kitab fekah Syarah Minhajul Tholibin karangan Imam Jalaluddin al Mahalli digelar oleh para ulama dengan nama kitab al-Mahalli disamping itu ada nama lain bagi kitab syarah ini yang telah diberikan oleh pengarang Kasyfuz Dzunun juz 2 muka surat 1873 iaitu Sheikh Haajii  Khalifah dengan judul KANZUZ ROGHIBIN.


3 buah kitab , itu  1.Tuhfatul Muhtaj  2.Nihayatul Muhtaj, 3.Mughni Muhtaj adalah kitab yang terkemudian selepas daripada Syarah al-Mahalli. Oleh yang demikian, pada hakikatnya 3 buah kitab ini merupakan huraian yang lebih lanjut pada MAKNANYA  nisbah  kepada Syarah al-Mahalli.


Syarah al-Mahalli dikarang lebih dahulu daripada 3 buah kitab tersebut,  bermakna kitab Syarah al- Mahalli merupakan kitab terawal daripada 3 buah kitab tersebut.

Di dalam Nihayatul Muhtaj juz 1 muka surat 9 karangan Sheikh Ramli Rahimahullah disebut puji-pujian dan sebab-sebab yang menjadikan kitab Syarah al-Mahalli sebagai rujukan dan menyingkap makna-makna tersirat di dalam Matan Minhajul Tholibin dan menerangi ibarat yang terselubung, membukakan pintu-pintu makna bagi matan Minhajul Tholibin dengan Syarah al-Mahalli sebagai anak kuncinya, memudahkan bagi penuntut / pelajar menjalani liku-liku ibarat Minhajul Tholibin, dipenuhi dengan himpunan nama-nama para ulama dan gelaran-gelarannya......tidak adalah melainkan sebab takdir qada dan qadar yang tidak menolong pengarang untuk memberi penjelasan setiap ulasan-ulasan ringkas beliau maka kewafatan yang menjadi takdir Ilahi telah menjadi penyebab terhalangnya  untuk penjelasan yang lebih luas.


Imam Mahalli telah meninggalkan perkara-perkara yang susah difahami iaitu tidak dicatit dalam syarahan ini,  yang kebiasaanya di dalam kitab-kitab besar dikemukakan oleh   kebiasaan pengarang seperti (الغاز) iaitu teka-teki dalam ilmu fekah. Ini menjadikan  komentar beliau merupakan satu penjelasan yang ringkas dan padat.

Nisbah syarah al Mahalli dengan ke3 buah kitab:

1. Tuhfatul Muhtaj- Imam Ibnu Hajar. (Wafat 974 Hijrah).

Kitab Tuhfah karangan Imam Ibnu Hajar al-Haitami kebanyakkan kandungannya adalah merupakan hasyiah ( nota)  bagi gurunya iaitu Sheikh Ibnu Abdul Haq yang merupakan huraian bagi Syarah al-Mahalli.


2. Nihayatul Muhtaj -Imam Ramli  (Wafat 1004 Hijrah)

Kitab Nihayatul Muhtaj karangan Sheikh Ramli adalah penerusan bagi keilmuan beliau dan guru besar beliau iaitu ayahnya Sheikh Syihab al-Ramli.


3. Mughni Muhtaj- Imam Khatib Syarbini (Wafat 977 Hijrah).

Kitab Mughni Muhtaj karangan Khatib al-Syarbini yang merupakan karangan yang lebih awal daripada kitab Tuhfah dan Nihayah telah menghimpunkan semua komentar syarah-syarah bagi matan Minhajul Tholibin dan faedah-faedah daripada karangan Sheikh Zakaria al-Ansori dan melanjutkan pendapat guru beliau iaitu Syihab al- Ramli dan juga nukilannya  diambil daripada syarah Minhajul Tholibin karangan Imam Ibnu Syuhbah.



Jika diperhatikan tobaqah ataupun peringkat bagi 3 buah kitab tersebut adalah terkemudian daripada Syarah al-Mahalli disebabkan kesemua pengarang 3 buah kitab tersebut berguru dengan Sheikhul Islam Zakaria al -Ansori ( Lahir 826 h - Wafat 926 Hijrah)  sementara Sheikhul Islam Zakaria al-Ansori berguru kepada para murid Imam Mahalli (Wafat 834 Hijrah)


*Menarik*

* Di dalam Syarah al- Mahalli tidak mempunyai istilah-istilah tersendiri melainkan yang termaklum daripada istilah-istilah yang telah wujud sebelumnya yang berkait dengan matan Minhajul Tholibin sahaja.

*Di dalam Tuhfah, Nihayah dan Mughni dijumpai istilah-istilah yang tersendiri.

......................