Friday, April 28, 2006

MENOLAK FAHAMAN TAJSIM .
Dan Akidah Syubhat.


Oleh: Al Haqir Wal Faqir Abd. Raof Bin Haji Nurin. Al Bahanjee Al A’liyy.
Ghafara Allahu Lahu Wali waalidaihi Wal Muslimin. Aamin.
Jalan Padang Ragut, Seri Repah , 73000 , Tampin ,N S .


الحمد لله الذى توحد فى ذاته وصفاته, وتقدس باءيجاده الخلق فى أسمائه , وارسل الرسل بالأيات الجلية . صلاة وسلاما على سيدنا محمد الصادق الأمين المخبر بما كان وما يكون من امور الدنيا والدين وعلى أله وصحبه وأزواجه , أمهات المومنين.




Sinopsis.

1) Pengertian Tajsim.

Jisim (جسم) atau Jirim (جرم)dalam hubungan perbahasan disini bermaksud menganggap bahawa Tuhan mempunyai Jisim/jirim atau mempunyai ciri-ciri Jisim/jirim . Maka kalimat “Tajsim” atau mentajsimkan Tuhan atau mentasybihkan/menyerupakan Tuhan adalah digunakan untuk maksud yang tersebut.

Mujassimah atau Musyabbihah bermaksud , “Penganut-penganut Fahaman Tajsim atau Tasybih”.

Jisim bererti: Sesuatu perkara yang memenuhi lapang keluasan kedudukan dirinya/zatnya. Atau dikatakan sesuatu yang mengambil/mempunyai LAPANG/RUANG keluasan yang bertepatan dengan ukuran dirinya/zatnya.

Akal telah menghukumkan /memutuskan :

“Bahawa sesuatu yang selain Allah swt ,ada mempunyai lapang/ruang dan keluasan yang bertepatan dengan ukuran zat/dirinya”. Kerana ciri ini adalah ciri atau sifat yang asas bagi setiap makhluk. Sebut sahaja apa sesuatu yang selain Allah swt , kesemuanya mempunyai Lapangan keluasan.

Misalnya Ketulan Batu, Rumah atau sebagainya.
Lantaran itu dikatakan :

Mustahil Aqli yaitu Suatu yang tidak diterima Akal, jika dikatakan:

Terdapat pada sesuatu perkara yang selain Allah swt :

"TIDAK MEMPUNYAI LAPANG/RUANG MENGIKUT KELUASAN DIRI/ZATNYA.
Sebaliknya pula ,Adalah Mustahil Aqli yaitu Suatu tidak diterima oleh Akal , jika dikatakan :

Allah swt MEMPUNYAI LAPANG/RUANG MENGIKUT KELUASAN DIRINYA/ZATNYA. Sebabnya , Kerana Allah swt bukanlah JIRIM atau JISIM atau sesuatu yang disangka JISIM YG BERLAINAN DENGAN JISIM SELAINNYA,atau MEMPUNYAI SEBARANG CIRI-CIRI JISIM."

INI lah perkara asas yang mesti difahami oleh setiap individu Muslim.

Syekh As- Sanusi menyebut dalam Kitab Ummul Barahin beliau:
تنزهه عن الفراغ
Ertinya: Maha suci Ia (Allah) daripada mengambil (mempunyai) Lapang.

Kita boleh juga menyebut Jirim atau jisim sebagai Jauhar, ketiga-tiga nya adalah Zat/ diri makhluk dan mempunyai Ta’rif (pengertian) yang sama cuma berbeza di sudut tertentu.

Ciri-ciri atau sifat yang mesti ada pada jirim dan jisim ialah melazimi aradh (عرض) yaitu sifat-sifat Makhluk, bersusun dan sebagainya .

Sedangkan Aradh pula berbentuk : Gerak diam, segala warna, segala pihak misalnya: atas , bawah dan sebagainya .

Imam Sayyid Al Murtadho telah menerangkan sifat-sifat yang ada pada Jirim dalam Ittihaf saadatil muttaqin, juzuk 2, muka surat 24:

أن الجسم ما له طول وعرض وعمق وقاله الراغيب وقال غيره هوما يتألف عن جوهرين فاكثر وقال بعضهم هو جوهر مجتمعة والله تعالى متعال عن حال الاجسام وافتقارها وقبولها للانقسام. فمن وصفه بالجسمية ضل وأضل .


Bahawa Jisim ialah suatu yang mempunyai : Panjang, Lentang dan Dalam,

Ar Raghib telah menta’rifkannya begitu. Sementara orang lain pula telah menta’rifkannya:

"Perkara yang bersusun daripada (sekurang-kurangnya) dua Jauhar (zat makhluk) maka (sudah tentu) yang lebih , (daripada dua jauhar menunjjukan ia adalah Jisim)."

Berkata pula sebahagian ulamak pula:

"Jisim adalah Jauhar yang berhimpun."

Allah ta’ala maha suci daripada berkeadaan jisim, berhajat kepada jisim dan menerima pembahagian jisim.

"MAKA BARANG SIAPA YANG MENSIFATKAN ALLAH DENGAN BERJISIM , SESATLAH IA DAN MENYESATKAN (ORANG LAIN)." Tammat.


2) Syubhat :

Bermaksud sesuatu yang kesamaran. Disini bermaksud Akidah yang samar.

3) Waham atau mewahamkan :

Bermaksud Sangkaan atau Anggapan yang samar. Disini bermaksud : Akidah atau Kepercayaan terhadap Sifat Mukhalafah (berbeza) Allah daripada makhluk ciptaanNya yang bertahap tidak meYakinkan . Bentuk kepercayaan yang sebegini mungkin boleh mengakibatkan penganutnya terjerumus kedalam Akidah Mujassimah dan Musyabbihah yg terlarang atau mungkin ianya memang sudah terjumlah didalam kategori Mujassimah dan Musyabbihah. Maka kedua-dua bentuk ciri Kepercayaan atau Akidah ini adalah Merbahaya.

4) Takwil: ما ترك ظاهره لدليل

Perkara yang ditinggalkan /dihilangkan Zohirnya berdasarkan dalil.

Perbezaan antara kedua Takwil:

1)Takwil Ijmali: Tidak menentukan maksud makna. Dinamakan juga dengan
Tafwidh
.
2)Takwil Tafsili: Menentukan maksud maknanya.

5) Tafsir: كشف المراد وءاظهارها
Menyingkap maksud dan menyatakannya.

6) Mujmal: اللفظ المبهم الذى لا يفهم المراد منه.
Lafaz yang kesamaran ,yang tidak difahami kehendak makna.

7) S. IT : Sheikh Ibnu Taimiyyah.
8) SSU: Sheikh Soleh Usaimin.
9) IAHA: Imam Abu Hasan Al-Asha’ari r.a.

Wallaahu A’lam.


Perbahasan.

Rencana ini adalah sebahagian daripada article yg pernah dikemukakan di milis , internet . Saya perbaiki dan hidangkan kepada para pembaca, mudah-mudahan ada manfaatnya. Tidak pula bermaksud mencari dan mendedahkan kesilapan seseorang. Hanya sebagai Penerangan dan Penjelasan pada perkara yang telah ada dalam Pengetahuan Para Pembaca atau sebagai Asas Pengetahuan pada masa akan datang ,jika timbul persoalan yang sebegitu. Jika ada kesilapan , harap dibetulkan dengan INSAF . Wassalam.

ID Email seorang yang berinteraksi dengan Penulis telah di tiadakan demi mengutamakan isi perbincangan .

JAWAB: Walaikumus salam warah matullah.

Sebenarnya saya tak berminat nak memanjangkan persoalan yg rumit ini. Yang mungkin akan menambahkan tidak faham mereka yg memang dah tak faham dari asal persoalannya. Lebih-lebih lagi perkara yg menyentuh soal Tauhid. Kalau “Saudara” mengatakan soal Tasybih dan Tajsim yg ada pada fahaman Salafi /Wahabi adalah rekaan dan tuduhan Kabbani, Saqaf dan lain-lain. Maka saudara sebenarnya telah tersalah sangka. Sayangnya mengapakah kita yg sangat berminat mengkaji tapi tak mampu menelusi persoalan sampai keasal nya. Maksud saya jangan hanya mengikut Taqlid sahaja apa yg tercatit di halaman web sesiapa sahaja. Mengapa kita tidak mampu terus melihat asalnya timbul soalan?. Mengapa kita tidak membaca buku-buku atau Kitab berbahasa asalnya (Arab) yang ditulis berkenaan persoalannya?.
Kalau soal method yang ada pada Wahabi yang asalnya telah dipopularkan oleh Sheikh Ibnu Taimiyyah yang sebenarnya berasal dari fahaman golongan Mujassimah, cuma kita tidak mengetahui dengan tahkik sejauh mana Sheikh Ibnu Taimiyyah telah menceduk fahaman tersebut . Boleh kita dapati bahasnya misalnya dalam Kitab Ta sis karangan Sheikh Ibnu Taimiah , kemudian kita selidik lagi Kitab Asas Taqdis karangan Imam Fakhrurazi, dan kita baca pula kitab-kitab yg membahaskan sekitar persoalan tersebut yg berkaitan dengan kedua-dua kitab tersebut. Dikedua belah pihak, pro kepada fahaman Sheikh Ibnu Taimiah dan yang kontra terhadap fahamanNya. Sayang nya kesemua rujukan tersebut masih dalam bahasa Arab. Yang diterjemahkan ke English , ada pula yg disangsikan orang. Misalnya ulasan yg cantik dari Syekh Nuh Ha Mim Keller, tapi ada pula yang tidak mahu membacanya kerana terpengaruh dengan kata-kata golongan Wahabiyah, yang Nuh Ha Mim nih seorang Jahmiyah dan sebagainya. Saya juga tidak bermaksud menghina dan mengeji, jauh lagi mengibkan atau mengkufurkan peribadi Sheikh Ibnu Taimiah , Sheikh Soleh Usaimin, Sheikh Muhammad Abdul Wahab dan sesiapa saja yang sefahaman dengan mereka. Hanya sebagai kajian dan perbandingan yang sangat perlu di perhatikan oleh setiap lapisan masyarakat yang mengaku bermazhab dengan Mazhab Ahli Sunnah wal Jama’ah , tidak kira beliau dari pihak Asya irah atau Salafiyah. Sama-sama kita berlapang dada berbincang demi kebenaran , jika kemantapan pegangan berada dipihak manapun kita akan menerimanya tanpa mengira adakah ia di pihak Sheikh I.T dan yang sefaham dengan beliau atau sebaliknya.





1. Perbezaan A’syairah dengan Jahmiyyah.

Jaham bin Safwan , pengasas faham {Tuhan tidak bersifat dgn sesuatu sifat yg di disifatkan juga kepada makhluk , misalnya Qudrat (kuasa), Iradat (Kehendak) Sama’ (mendengar) dan sebagainya , kerana jika Tuhan mempunyai sifat nanti akan membawa erti serupa dgn makhluk pula. Maka lantaran itu dikatakan Tuhan tidak bersifat dgn Kudrat dan sebagainya ,hanyalah Zat Tuhan yg berkeadaan Kuasa, melihat , mendengar , menghendaki dan sebagainya}.

Fahaman ini dinamakan Fahaman Jahmiyyah.

Sila rujuk Kitab: Al Milal wan Nihal karangan As Sharhastani. (Al- Fashlu Thani. Jabariyah.) M.s. 86 cetakan Darul al-Fikr.

Jika diperhatikan, sebenarnya Jaham ini adalah Muktazilah. Cuma beliau menambahkan beberapa fahaman baru atas muktazilah antaranya dengan mengatakan Hamba adalah majbur terpaksa (menafikan hak iktisab dan ikhtiyar pada hamba).
Jika kita telusuri pengajian Ahli Sunnah wal Jamaah yg berdasarkan method A’syaairah/Maturidiyah, terdapat perbahasan yang menetapkan Tuhan memang mempunyai sifat-sifat . Tidak lah semata-mata Zat sahaja. Berbezanya antara fahaman Jahmiyah yang Muktazilah dengan A'syairah adalah jelas tanpa terselindung.

Disinilah salah satu kesalahan, sangkaan mereka yang meletakkan hukuman terhadap golongan yang mentakwil ayat Mutasyabihat khususnya A’syairah sebagai golongan Jahmiyah. Sebagaimana yg telah dipelopori oleh Sheikh Ibnu Taimiyah dan diikuti oleh murid nya Ibnu Qayyim . Satu ketika digelarkan golongan mentakwil ayat mutasyabihat sebagai Jahmiyah dikala yg lain digelar dengan gelaran –gelaran yg biasanya dipakaikan untuk orang Kafir .Ini adalah kebiasaan kumpulan tersebut. Bolehlah diketahui dengan diseluk dan selidik oleh ahli Ilmu Islam yg berpengetahuan Ilmu Usuluddin atau Ilmu Tauhid .

Sekurang-kurangnya bolehlah kita melihat-lihat:

(1)Kitab Saifus Saqil ,buah tangan Imam Subki, yg di disertakan ulasan yg luas oleh Imam Al Kawthari. Cetakan Mesir.
(2) Kaasifus Shaghir an Aqo' idi Ibni Taimiyah, buah tangan Sa’id Abd. Latif Fuudah, cetakan Darul Al Razi, Jordon.
(3) Maqaalatul Kawthari dan berbagai-bagai kitab dan buku lagi berkenaan perbahasan ini yg sayangnya, kebanyakannya tidak terdapat dipasaran diMalaysia ,apatah lagi terjemahannya.

Yang ada , banyak terjual, banyak diterjemah dan harganya pula murah , mudah pula didapati dimerata-rata kedai dan toko buku ialah buku fahaman Wahabiyah, buku-buku Al-Albani dan yang sefahaman dengannya. Buku-buku mereka yang membangkang dan menolak tersilapnya Al- Albani dalam mentashih dan mentadhifkan hadis tak ada langsung terjual usahkan diterjemahkan memanglah tak berbau. Mudah-mudahan akan adalah yg bangun menterjemah buku-buku tersebut demi kebenaran dan dasar Ilmu.

Pada hal , sebagaimana yang telah difahami bersama, bahawa mentaktwil ayat-ayat mutasyabihat tidak hanya perbuatan Muktazilah saja. Ianya menjadi amalan Ahli Sunnah Wal-Jama'ah Bahkan terdapat dikalangan Salaf juga telah mentakwil ayat-ayat tersebut, walaupun tidak difahami oleh mereka yang kontra. Yang mendakwa TIADA SEKALI-KALI PERBUATAN SALAF MENTAKWIL.



2. Asas Pertelingkahan.


Kalau kita lihat dalam kitab Ilmu Tauhid karangan Sheikh Ibnu Tayymiyah misalnya “A’qidah Hamawiyah Kubro” muka surat 439 . Sheikh Ibnu Taymiyyah merumuskan Mazhabnya dengan katanya :

“Baina Tamshil wa ta’thil”.

بين التمثيل والتعطيل
Ertinya diantara Peyerupaan dan meniadakan sifat.

Maksudnya: Fahaman beliau berada ditengah –tengah , antara “Fahaman Mujassimah / Musyabihah” yang mentajsimkan dan mentasybihkan Tuhan serupa makhluk dengan fahaman Mu’athilah / Jahmiyah Mu’tazilah” yang meniadakan sifat pada Tuhan .
Seterusnya maksud beliau : "Tidak mentajsimkan dan mentasybihkan Tuhan dengan makhluk sebagaimana yang telah dilakukan oleh puak Mujassimah dan Musyabihah , dan tidak juga meniadakan dan menghampakan Tuhan daripada sifat-sifatNya sebagaimana yang dilakukan oleh Puak Jahmiyah yang berfahaman Mu’tazilah yang mengkosongkan , menafikan Tuhan daripada mempunyai Sifat-sifat". Sayangnya beliau tidak ketinggalan juga telah menganggap perbuatan "Takwil" terhadap ayat-ayat Mutasyabihat berkenaan sifat-sifat Ketuhanan sebagai perbuatan golongan Jahmiyah. Lantaran itu , Asyairah adalah malang kerana telah mempraktikkan kaedah tersebut.

Maka tidak ketinggalan jugalah , Golongan A’syairah أشاعرة (Pengikut Imam Abu Hasan al-Asha’ry ) dianggap sebagai "Jahmiyah".

Pada hal setelah kajian dibuat, nyatalah fahaman beliau hanyalah :

“Nisfhut takwil wat Tasybih”

نصف التأويل والتشبيه.

Yaitu : "Setengah Takwil dan sebahagiannya diTasybihkan dengan makhluk".

Inilah Tahqiq dari fahaman S. Ibnu Taymiyyah yg dikritik orang semenjak beliau hidup sampai kehari ini. Sudah tentu orang yg mengkritik tersebut adalah ulamak yg mengerti dan faham method fikiran S. Ibnu Taymiyyah. Beliau ini sangat membangkang Fahaman Ahli Sunnah A’syairah. Kadang kadang S. Ibnu Tayymiyah ini menggunakan bahasa yang lebih dahsyat yang ditujukan kepada golongan A’syairah yang biasanya Quran pun sendiri menggunakan kalimat tersebut untuk Yahudi , yaitu “Tahrif”, تحريف maksudnya golongan yang mengubah-ubah ayat Quran.

Masalah methodologi pemahaman ayat-ayat atau hadis-hadis mutasyabihat yg di gariskan oleh S. Ibnu Taymiyah adalah puncanya pertelingkahan pendapat.


3. Cuba berdalilkan ayat dalam Surah Al-Mulk sebagai Tuhan bertempat diatas langit. Hanya saja tidak serupa dengan Makhluk.


Saudara menulis:

Assalaamu'alaikum WarahmatuLlah . As Shabuni menulis berkenaan ayat surah al-mulk. Bagaimana pula dgn Ayat ini "Apakah kamu berasa aman terhadap Allah yg dilangit..." (al-Mulk : 16).. perbahasan sekarang bukannya Allah itu bertempat atau berada dimana-mana....Mengikut dalil dari Al-Quraan dan hadeeth itu sendiri telah menujukkan Allah SWT itu Dilangit...Beriman kepadanya adalah wajib... adakah makna Di Langit itu menunjukkan bertempat atau tidak itu kita tidak tahu dan bukan persoalannya dan tak boleh bertanya tentang hal itu....yg pastinya sifat Allah SWT yg Di Langit itu adalah bertepatan dgn kebesaranNya dan bertepatan dgn Surah As-Syura : 11...

JAWAB:

Waalaikum salam…Kalau As- Shabuni yg dimaksudkan adalah al-Allamah Syekh Ali As -Shobuni pengarang Tafsir Aayatul Ahkam yg masyhur, beliau menyebut dalam Tafsir Safwah al- Tafsir juga susunan beliau, Juzuk 3 ms 394 --395 ketika menafsirkan ayat 16 dan 17 suratul mulk : أأمنتم من فى السمأ.. “ Apakah aman kamu terhadap mereka yg dilangit….” Beliau mengulas “Adakah aman kamu wahai sekelian kuffar terhadap Tuhan kamu YANG MAHA TINGGI LAGI MAHA BESAR…..”.

Begitu juga di ayat 17 beliau mengulas “ Apakah aman kamu terhadap Allah yg A’liy yg Kabir ..”. Di kedua-dua ayat tersebut ternyata tafsiran Syekh Ali As Shobuni mentakwil ayat tersebut dengan menyatakan Kalimat “Man Fis Sama” bererti Tuhan yg Maha Tinggi lagi Maha besar. Tiada pula dikatakan Tuhan di langit” . Jauh lagilah dikatakan “Allah yg dilangit” atau “Yang bertempat dilangit”. Kita tidak tahu mana satu Shobuni maksud saudara .

Satu lagi saudara nampaknya sudah mula keliru dengan kaedah sendiri. Menafikan Allah bertempat atau tidaknya bukan Fokusnya disini, kata saudara. Padahal, sebenarnya itulah Fokusnya. Cuba lihat kembali tulisan saudara.

“ Mengikut dalil dari Al quran dan Hadeeth itu sendiri telah menunjjukkan Allah swt Dilangit” .
Kenapa saudara mengatakan "menafikan bertempat bukan fokusnya?"..
Apakah “Di Langit” bukan tempat ?.
Nanti kita akan lihat bagaimana berpusing-pusingnya kaedah saudara.

Tuesday, April 25, 2006

RINGKASAN ADAB-ADAB BERDOA.


OLEH UST. ABD. RAOF NURIN AL BAHANJI .
TAMPIN NSDK.





Sepuluh adab-adab doa’.

Yang disebut oleh Imam Ghazali dalam Ihya Ulumiddin .

1.Mestilah memerhatikan waktu-waktu yang syarifah (mulia). Mencari
waktu-waktu yg maqbul misalnya hari Arafah, Jumaat.

2.Menuntut keadaan yg baik , misalnya keadaan sangat berhajat/ suntuk.
3.Menghadap kiblat.
4.Merendahkan suara diantara dengar dan tidak .
5.Tidak dengan cara takalluf / tidak mengeraskan bunyi suara.
6.Disertai khuyuk /tadarru’ /rasa haibah dan rahabah kan Tuhan.
7.Dengan jazam doa pasti diterima. Cuma masa saja hukmul waqti (berlaku hanya apabila tiba masanya).
8.Bersungguh-sungguh dan mengulang-ulangi doa’.
9.Dimulai dengan dengan nama Allah, selawat dan zikrul Allah.

10.Adab batin.

Bertaubat dari dosa dan mazalim kerana dosa menghijab dari maqbulnya doa’.

Setengah dari adab doa yg batin :

Tidak berdoa’ secara isti’jal…. Misalnya berkata atau merungut dalam hati “ aku telah berdoa .. tapi tidak dimakbulkan”.

Dianjurkan di mulai setiap doa’ dengan bacaan seperti :



اَللَّهُمَّ صَـلِّ وَ سَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى اْلأَوَّلِيْنَ وَ اْلآخِرِيْنَ وَ سَلِّمْ وَ رَضِيَ اللهُ تَباَرَكَ وَتَعَالىَ عَنْ ساَدَاتِناَ أَصْحاَبِ رَسُوْلِ اللهِ أَجْمَعِيْنَ . أَلحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافىِ نِعَمَهُ وَ يُكَافِئُ مَزِيْدَهُ ياَ رَبَّناَ لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِى لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَ عَظِيْمِ سُلْطاَنِكَ اَللَّهُمَّ صَـلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ الْقُلُوْبِ وَدَوآئِهاَ وَ عَافِيَةِ اْلأَبْدَانِ وَ شِفآئِهاَ وَ نُوْرِ اْلأَبْصاَرِ وَ ضِيآئِهاَ وَ عَـلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ و سَلِّمْ
سُبْحاَنَ رَبِّىَ الْعَلِىِّ اْلأَعْلَى الْوَهَّاب ِ, لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ , لَهُ اْلمُلْكُ وَ لَهُ اْلحَمْدُ يُحْيـِىْ وَ يُمِـيْتُ وَ هُوَ حَىٌّ لاَ يَمُوْتُ بِيَدِهِ اْلخَيْرُ وَهُوَ عَـلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ, رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا وَبِاْلإِسْلاَمِ دِيْنًا و ِبمُحَمَّدٍ صَـلِّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيًّا وَرَسُوْلاً, اَللَّهُمَّ فاَطِرَ السَّموَاتِ وَ اْلأَرْ ضِ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ رَبَّ كُلِّ شَيْئٍ وَ مَلِيْكَهُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلهَ إِلاَّ أَنْتَ أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِىْ وَ مِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَ شِرْكِهِ , أَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْئَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِى دِيْنِى وَدُنْيَاىَ وَأَهْلِى وَمَالِى, أَللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِىْ وَآمِنْ رَوْعَاتِىْ وَاكْشِفْ كُرْبَتِىْ وَاغْفِرْ زِلَّتِىْ ,
Kemudian dibaca:

بِـسْمِ اللهِ مَا شآءَ اللهُ لاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ , مَا شَآءَ اللهُ كُلُّ نِعْمَةٍ فَمِنَ اللهِ , مَا شآءَ اللهُ اَلْخَيْرُ كُلُّهُ بِيَدِ اللهِ , مَا شَآءَ اللهُ لاَ يَصْرِفُ السُّوْءَ إِلاَّ اللهُ.



Contoh-contoh doa’ yang baik diamalkan.

1: Doa Islah (membaiki agama) yang diriwayatkan daripada Nabi s.a.w.:

أللهمَّ أصَْلِحْ لِى فِى دِيْنِى الْذِّى هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِى .

وَأَصِلِحْ لِى دُنْيَاىَ الَّتِى فِيْهَا مَعَاشِى وَأَصِلِحْ لِى أَخِرَتِى التى فِيْهَا مَعَادِى .
وَجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِىْ فِى كُلَّ خَيْرٍ وَالْمَوْتَ رَاحَةً لِى مِنْ كُلِّ شَرٍّ.

وَلاَ تَجْعَلْ مُصيِْبَتِى فِى دِيْنِى وَلاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّى وَلاَ مَبْلَغَ عِلْمِى.

Ertinya : Wahai Allah , baikilah bagiku agamaku yang mana ia adalah pemelihara urusanku.Dan baikilah bagiku duniaku yang mana padanya tempat-tempat kehidupanku. Dan baikilah bagiku akhiratku yang mana padanya tempat-tempat-tempat kembaliku dan jadikan hidupku bertambah bagiku padanya tiap-tiap kebajikan , dan maut sebagai kerehatan bagiku dari tiap-tiap kejahatan. Janganlah engkau jadikan musibah /bala pada agamaku , dan janganlah engkau jadikan dunia yang lebih besar dari cita-citaku dan jangan jadikan dunia hujung-hujung kesudahan pengetahuanku.






Adakah boleh berdoa dengan sebarang doa atau wirid-wirid atau hizib-hizib yang tidak warid dari Nabi s.a.w?...

Jawab: Adalah harus berdoa dengan sebarang doa atau wirid-wirid bacaan , misalnya bacaan selepas sembahyang sekalipun yang tidak pernah dibaca oleh Nabi s.a.w. Ya. Memang , pada asasnya , wirid-wirid atau doa-doa yang pernah dicontohkan oleh Nabi s.a.w adalah Afdhal atau utama dibaca berbanding dengan yang tidak pernah dibaca oleh Baginda s.a.w.
Ini kerana kaedah الأشيأ اباحة مالم يدل الدليل على التحريم

“Setiap perkara itu adalah harus dilakukan , selama-mana tiada larangan melakukannya”.

Lagipula terdapat hadis yang menjadi dalil kaedah tersebut:

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Thobarani dengan isnad yang Jayyid sebagaimana yang dinyatakan oleh al-hafidz al-Haitsami , dari Anas r.a : bahawa Rasulullah s.a.w telah melintas dihadapan seorang Arab Badawi yang sedang sembahyang yang berdoa didalam sembahyangnya dengan bacaan:


يا من لا تراه العيون , ولا تخالطه الظنون , و لا يصفه الواصفون , ولا تغيره الحوادت , و لا يخشى الدوآئر , يعلم مثاقيل الجبال , ومكاييل البحار , وعدد ما أظلم عليه الليل , وأشرف عليه النهار و ولا توارى منه سمآء سمآء, زلا أرض أرضا , ولا بحر فى قعره , ولا جبل ما فى وعره , اجعل خير عمرى آخره , وخير عملى خواتمه , وخير أيامى ألقاك فيه .


Ertinya: "Wahai Tuhan yang tidak boleh dilihat oleh mata, Tuhan yang tiada syak pada kewujudannya, Tuhan yang tiada dapat dirupa-rupakan, dan tiada dapat disifat-sifatkan , Tuhan yang tiada dapat di ubah-ubah oleh zaman, Tuhan yang tiada takut terkena bencana, Tuhan yang mengetahui berat timbangan gunung, Tuhan yang mengetahui sukatan air laut, Tuhan yang mengetahui titik-titik air hujan , Tuhan yang mengetahui bilangan daun-daun yang ada dipokok-pokok, Tuhan yang mengetahui bilangan malam apabila gelap-gelita, mengetahui bilangan siang apabila cahaya memancar. Tuhan yang tiada terlindung oleh dasar laut, Tuhan yang tiada terlindung oleh tempat-tempat sulit digunung-gunung , Ya Allah , mohonlah sebaik-baik umur bagi hambamu ini, pada kesudahannya, sebaik-baik hari hamba, iaitu hari mengadap Mu."

Apabila selesai Badawi tersebut , Rasulullah s.a.w telah memanggilnya dan menghadiahkan seketul emas yang telah dihadiahkan oleh orang sambil bersabda :
وهبت لك آالذهب بحسن ثنآئك على الله عزوجل .
Daku berikan kamu emas ini , sebab baik pujian kamu kepada Allah azza wa jalla”.

Berdasarkan hadis ini dapat di fahami:

1. Pengakuan Nabi s.a.w terhadap ain doa yang telah dibaca oleh arab badawi tersebut. Oleh itu adalah satu Sunnah taqririyyah , mengamalkan dan membaca ain doa tersebut.

2. Pengakuan Nabi s.a.w terhadap perbuatan berdoa dengan doa yang tidak pernah dibaca oleh Nabi s.a.w.

Oleh yang demikian : Adalah harus membaca atau mengamalkan sebarang doa atau wirid atau hizib-hizib Tarekat yang tidak di waridkan dari Nabi s.a.w, selagi ianya tidak bercanggah dengan akidah, syari'ah dan akhlak Islam. wallahu a'lam.