Saturday, May 13, 2006

Siri 8. Menolak Fahaman Tajsim dan Syubhat Tajsim.


Saudara menulis lagi:

dan Ibnu Taymiyyah. Inilah manhaj kami dalam tawheed Asma Was Sifat. Dan bukannya semudah seperti "Dah Allah SWT dan Rasulnya sendiri yg katakan Allah itu dilangit jadi dia dilangit ler." "Dah Allah SWT dan Rasulnya sendiri kata Allah ada Tangan, so kita terima je ler." Tidak ya Syaikh..It is not That easy... ada kaedahnya. Contohnya Syaikh Alawy bin Abdul Qadir As-Segaf telah menggariskan 21 kaedah-kaedah umum tentang berinteraksi dgn sifat-sifat Allah SWT ini dalam Bukunya "Mengungkap Kesempurnaan Sifat-sifat Allah dalam Al-Quraan dan As-Sunnah" terbitan Pustaka Azzam yg terdapat di Pustaka Indonesia, Bangunan Wisma yakin berhadapan dgn masjid India. Judul aslinya "Shifatullah Azza wa Jalla Al Waaridah fil Kitab wa Sunnah", terbitan Darul Hirjah, Riyadl 1994. Memang tidak semudah itu dalam Bab Tawheed Asma Wa Sifat sehingga boleh menjerumuskan kepada Tashbih / tajsim dan tidak pula seperti yg dituduh oleh Kabbani, Nuh Ha Min Keller, As-Saqqaf, dan lain-lain golongan yg sewaktu dgn mereka. Dan tuduhan tentang Tashbih dan Tajsim terhadap golongan salafee telah dijawab oleh Ulama'-Ulama' Ahlu Sunnah Wal Jamaah yg bisa di cut & paste di Milis ini jika mahu.... Wallahu'alam


Jawab: Saya telah membaca buku karangan Alawy bin Abdul Qadir as-Segaf dari Dahran , Saudi Arabia tersebut. Sudah pasti beliau bukan Sayed Sagaf yang kontra dengan Al-Albani, yang merupakan anak didik al-Ghumari. Apa latarbelakang pengajian Sagaf pengarang buku tersebut mungkin boleh dijawab oleh mereka yang berminat dengan fahaman pengarang. Dalam buku tersebut boleh dikatakan beliau banyak menceduk ulasan-ulasan pelajaran Tauhid karangan Bin Bazz, Sheikh Soleh Uthaimin, yang semasa dan sefaham dengan S. Ibnu Taimiyyah , Ibnu Qayyim. Bin Bazz dicatitkan dalam buku tersebut telah menganggap Amirul Mu'mini fil Hadis Imam Ibnu Hajar Al-Asqolani melakukan kesalahan kerana telah mentakwil ayat surah An-nisa 142 : Ertinya: "Sesungguhnya orang munafiq menipu Allah dan Allah akan membalasi tipuan mereka". Pada pandangan saya , semua kandungan dalam buku tersebut ada yang sesuai, ada yang tidak sesuai dan setiap dakwaan buku tersebut yang tidak sesuai dengan I,tikad Jumhur boleh dijawab dan diluruskan. Mungkin juga pembaca boleh melihat-lihat sebuah buku karangan Ustaz Zamihan, bertajuk “Salafiah Wahabiah satu Penilaian Semula”. Cetakan Terajaya Enterprise . Mungkin boleh diambil manfa’at sedikit sebanyak pandangan beliau berkenaan Persoalan yang kita bincangkan ini. Juga boleh dibaca buku Saudara Hafiz Firdaus bertajuk “Jenayah Ilmiyyah” yang menjawab dan membahas persoalan yang dibangkitkan oleh Ustaz Zamihan dalam buku beliau. Saudara Hafiz cuba menjawab sedaya upaya mempertahankan kaedah S.S.U dan S. IT dengan ulasan-ulasan yang menarik tetapi masih ada ruang-ruang yang perlu dipertikaikan dan diluruskan. Saya mendapat cerita ,Ustaz Zamihan telah menulis jawapan untuk menjawap buku Saudara Hafiz , sayangnya tidak tersiar di media penyiaran atau cetakan . Mungkin satu hari Ustaz Zamihan diberi peluang membentangkan jawapan beliau Insyallah.

Pendahuluan buku Saqaf tersebut menyatakan , beliau banyak menukilkan fahaman-fahaman dari kitab Ibnu Taimiyah dan yang sefahaman dengannya. Ada dua tiga buah buku Ahli sunnah Asya irah yang disebut sepertiAl Asmaa’ Wal-Shifat” buah tangan Imam Al-Baihaqi, tetapi beliau mengatakan tidak berminat kerana banyak Takwil. Kalau sudah begitu kedudukannya, apa lagi yang perlu dibahas, sebab sudah nyata pengarang buku tersebut hanyalah cut and paste sahaja dari fahaman Ibnu Taimiyyah. Lebih baik kita terus membahaskan fahaman Ibnu Taimiyyah , bagi menguji keteguhan fahaman nya, bahkan yang sebenarnya adalah kerapohan yang ditemui. Sebenarnya sangat banyak buku-buku dan kitab-kitab yang boleh kita baca untuk mendapat penjelasan berkaitan Fahaman Tajsim dan Syubhatnya. Tetapi dingatkan bagi sesiapa yang berminat mengkaji , hendaklah jangan hanya membaca maklumat-maklumat disebelah pihak saja. Bacalah keterangan dikedua-dua pihak sampai mendapat tahkik dipihak manakah kaedah yang lebih tepat mengikut Al-Quran dan As- Sunnah. Sebaliknya jika kita tidak berkemampuan menyeluk perbincangannya hendaklah terus berpegang kepada kaedah-kaedah yang telah masyhur dipegang oleh para Ulamak Melayu terdahulu . Iaitu kaedah Takwil dan Tafwidh yang telah kita bincangkan. Inilah cara yang selamat, sebaliknya jika mencuba tanpa persediaan adalah sangat merbahaya, kerana persoalan ini adalah persoalan Akidah.

Kesimpulannya : Fahaman Tajsim dan Syubhat Tajsim adalah bermasalah dengan Akidah Islam. Fahaman yang sedang giat di popularkan ditengah masyarakat mestilah diberi peringatan dan penjelasan dengan cara yang bijak secepat mungkin. Golongan yang berfahaman sebegitu dimasa kini biasanya dikenali sebagai Salafi atau Wahabi . Wallahu a’lam.

Thursday, May 11, 2006

Siri 7. Menolak Fahaman Tajsim dan Akidah Syubhat.


11. Berkenaan Takwil Tafsili , Keharusan dan Ikhtilafnya.

As-Syawkaani telah menulis di dalam Kitab Irsyaadul Fuhul, Usul Fiqh beliau m.s 176:

Perkara yg masuk di dalamnya takwil terbahagi kepada dua:

Pertama :Kebiasaanya didalam masalah furu’, tiada khilaf pada keharusannya.
Kedua : Perkara usul seperti aqidah–aqidah dan usul agama dan sifat- sifat Tuhan Azza Wa Jalla .

Berikhtilaf ulama pula pada bahagian kedua ini di atas tiga mazhab.

Mazhab Pertama : Tiada kemasukkan Takwil padanya bahkan berlaku di atas zahirnya dan tidak ditakwil sesuatu pun daripadanya (samada Ijmali maupun Tafsili). Ini adalah Qaul golongan Musyabihhah/Mujasimmah.

Mazhab Kedua:Mempunyai Takwil tetapi kami menahankan diri daripadanya serta membersihkan iktikad kami daripada tasybih dan takwil, berdasarkan firman Allah Ta'ala
Tiada mengetahui takwil melainkan Allah”. Berkata Ibnu Burhan ini Mazhab Salaf . Aku berkata ini ialah jalan yang terang dan method yang selamat daripada terjatuh ke dalam kecenderongan takwil kerana tiada yg mengetahui akan takwilnya melainkan Allah. Memadalah Salafu Soleh sebagai ikutan untuk sesiapa yang hendak mengikut dan sebagai contoh untuk sesiapa yang kasih mencontohi (ini adalah jika) ditakdirkan tiada kedatangan dalil yang menghukumkan tegahan takwil. Betapa pula tidak dikatakan (ia lebih selamat) , ini adalah jalan yang selamat padahal ialah yang teguh terdapat di dalam Kitab dan Sunnah .

Mazhab yang Ketiga: Bahawasa diTakwilkan.

Berkata Ibnu Burhan: "Qaul yang pertama daripada semua Mazhab ini adalah batil dan dua qaul yang kemudian adalah dinaqalkan daripada Sahabat r. anhum. Dan dinaqalkan Mazhab yang ketiga (terakhir) ini, dinukil daripada Saidina Ali, Ibnu Masud, Ibnu Abbas dan Ummu Salamah".

Abu Umar bin Solah (Ibnu Solah) berkata: Manusia pada perkara– perkara yang memahamkan jihat (arah/pihak dan seumpamanya) terdapat tiga kumpulan .

Pertama:Kumpulan yg mentakwilkan.

Kedua: Kumpulan yg mentasybihkan (menyerupakan Tuhan dengan Makhluk) .

Ketiga: Golongan yang berpendapat bahawa syara’ tidak memakaikan lafaz (mutasyabihat) seperti ini melainkan kepada pengunaan yang harus dan baik penerimaannya secara mutlak seperti mana yang telah berkata mereka, serta Penjelasan, mensucikan , membersihkan dan bebas dari batasan dan penyerupaan . Diatas Jalan ini, telah melalui Imam-imam terawal dikalangan Fuqoha dan pengikut-pengikut mereka, dan kepadanya juga telah menyeru oleh Imam Hadis dan Pemuka-pemukanya. Tidak ada seorang pun dikalangan Mutakalimin yang melencong dari jalan ini. Tiada yang enggan menurutinya. Imam Ghazali mengulas dengan baik dibeberapa Kitab beliau dengan larangan terhadap jalan selainnya (qaul yang ketiga ini) .

Tammat.



Daripada kenyataan As -Syawkani tersebut kita memahami:

Takwil Ijmali dan Tafsili ada dasarnya. Pengambilannya berasal daripada Ulamak Salaf yang terdiri dari Para Sahabat r. anhum.

2) Tanpa melakukan sebarang Takwil sebagaimana Kaedah yang dibawa oleh IT, SSU adalah merupakan kaedah golongan Mujassimah .

3) Perkataan Syawkani: أن لها تأويلا memahamkan:

a. “Bahawa ia mempunyai Takwil,” --------- Takwil Ijmali.

b. “Tetapi kami menahankan diri daripadanya serta membersihkan akidah kami daripada
tasybih dan takwil
”,--------------------- Takwil Tafsili.

Wallahu a'lam.


12. Berkenaan Kitab Al Ibanah Imam Abu Hasan Ash’ary

Pada dasarnya memang kita mempercayai Imam Abu Hasan ada meninggalkan karangan kitab Ibanah Fi Usul al-Diiyanah. Cuma mutakhirnya, kitab tersebut mempunyai masalah , adakah sebenar Naskhah yang sampai ketangan kita hari ini masih kekal keasliannya. Sekalipun Imam Ibnu Asyakir dalam kitab beliau Tabyin kizbi al Muftari telah menukilkan lebih daripada 50 ulamak yang membuat keputusan bahawa Kitab tersebut memang karangan Imam Asha’ary, tetapi apa yang dapat dipasti kan bukan masalah tiada keyakinan Kitab tersebut adalah karangan Imam Asha'ary. Ibnu Asyakir wafat jauh sebelum kelahiran S. IT. Kebarangkalian berubah naskhah dengan dimasukkan fahaman yang tidak sesuai dengan Kaedah Salaf yang sebenar mungkin berlaku. Sarjana kemudian yang mengkajinya telah mendapati beberapa Naskhah Kitab Ibanah yang masih dalam bentuk Tulisan tangan yang berbeza-beza.

Lebih-lebih lagi , bila mana didapati fahaman didalam Kitab tersebut tidak sama dengan Fahaman yang di Naqalkan oleh Murid-murid Imam Abu Hasan sendiri.

Ibanah , maklumat keberadaannya telah dimantapkan oleh Ibnu Asyakir dalam Tabyiin beliau. Kalau kita melihat Kitab At Tabyiin Kazibi al-Muftari , karangan Ibnu A’syakir, kita juga akan hairan ?, mengapa Ibnu Asyakir pun sendiri menyebut terdapatnya Takwil yang berbentuk Ijmali yang di putuskan ianya adalah berasal dari Imam Ahli Sunnah tersebut. Sedangkan mereka yang mengikuti method S.IT telah menolak sebarang takwil termasuk Takwil Ijmali kemudian mendakwa ketiadaannya berdasarkan isi kitab Ibanah Imam Abu Hasan pula. Kemudian membuat susulan jawapan dengan peringkat perubahan Akidah Imam Ahli Sunnah tersebut kepada tiga peringkat dengan hanya berdasarkan andaian yang boleh dipertikaikan padahal persoalan Akidah tidak akan sekali-kali tumbuh diatas asas-asas yang dipertikaikan.

Mengapa tahkik kewujudan Ibanah yang telah menolak Takwil Ijmali hanya menumpang pada Tabyiin yang mentahkik keberadaan Takwil Ijmali pula. Mengapa ini terjadi?.

Yang pastinya kita tidak akan memegang sesuatu pegangan yang bercelaru dan tiada ketetapan pengambilan dan dasarnya.

Wallahu a’lam.

Wednesday, May 10, 2006


Siri 6.
Menolak Fahaman Tajsim dan Akidah Syubhat.


9. Kedudukan mereka yang menafikan semua bentuk Takwil, samada Ijmali atau Tafsili.


Berkata Pengarang Kitab Manahil Ahli Irfan Fi Ulumil Quran m.s 188 juzuk 2:

ولقد علمت أن حمل المتشابهات فى الصفات على ظواهرها مع القول بأنها باقية على حقيقتها ليس رأ يا لأحد من المسلمين . وانما هو رأى لبعض أصحاب الأديان الأخرى كاليهود والنصارى وأهل النحل الضالة كالمشبهة والمجسمة.

“Sesungguhnya yang aku tahu, bahawa mengihtimalkan ayat –ayat mutasyabihat berkenaan “Sifat- Sifat Khobari” di atas zahirnya serta berkata bahawasa kekalnya (makna kalimat) ini di atas makna hakikatnya, bukanlah merupakan satu pendapat pun daripada seseorang di kalangan Muslimin. Hanya sanya ia adalah fikiran sebahagian pemeluk agama lain seperti Yahudi dan Nasrani dan ahli agama ( Nihal) yang sesat seperti golongan Musaybbihah dan Mujassimmah”.
Tammat.



10. Jawaban terhadap makna Perkataan Imam Malik r.a .

Terdapat berbagai riwayat dari Imam Malik , dialog antara beliau dengan seorang Mujassimah yang hadir dalam majlis Ilmu beliau . Yang paling masyhur dan menjadi dalil yang kukuh bagi Kaedah S. IT dan yang sefahaman dengan beliau ialah :

ألاءستوأ معلوم . والكيف مجهول. والايمان به واجب والسوأل عنه بدعة.
Istiwa telah maklum . Kaifiyatnya tidak diketahui. Beriman dengannya Wajib. Bertanya tentangnya Bid’ah.
Tammat.

Mereka mengemukakan, inilah seteguh-teguh hujjah yang menunjjukkan kebenaran Kaedah mereka. Kalau begitu , Tuhan memang berada diatas Arsy, kaifiatnya tidak diketahui. Iaitu cara nya sahaja tidak tahu. Bersilakah, bertinggungkah atau baringkah?. Jawaban Imam Malik radiallaahu anhu ini , telah menjadi ukuran kepada seluruh ayat-ayat dan hadis-hadis yang mutasyabihat/ayat-ayat sifat.

JAWABNYA:

Jika kita semata-mata berpegang dengan riwayat pertama, nanti akan lebih membengongkan, sebagaimana perbahasan yang telah lalu . Contoh-contoh bagaimana berpusing-pusing , tidak tentu hala arah maksud kaedah dan mengakibatkan Terjerumus terus ke lembah Syubhat Tajsim dan Tasybih yang membahayakan Akidah telah kita bahas, jelaskan dan fahami bersama. Keadaan begitu terjadi adalah lantaran berlakunyaa; “ Tanaqud fil I’barah”yaitu Berlawanan hujung dengan pangkal ayat.
Diawalnya tahu (maklum) makna Istiwa tapi diakhirnya tidak difahami pula (majhul) kaifiyatnya.
Lebih membengongkan, apabila diberi makna Kaifa dengan maksud “cara”. Hasilnya jadilah seperti fahaman S. IT dan Wahabiyah dan yang sefahaman dengan mereka. “Tuhan diketahui duduk diatas Arsy, Cuma kaifiyat duduknya sahaja tidak diketahui, bersilakah atau mencangkungkah?”. "Ta’aalallah ‘an zaalika”.
Oleh yang demikian: Jangan lupa, terdapat satu lagi riwayat dari Imam Malik yang menjelaskan apakah maksud sebenar beliau dengan jawaban tersebut.

Di dalam Kitab Al- Furqan m/s 16 dinaqalkan Imam Malik radiallahuanhu menjawab :

الاستوأ مذكور والكيف غير معقول والايمان به واجب والسوأل عنه بدعة

Istiwa itu mazkuurun (disebutkan di dalam ayat Quran dan hadis berkenaan sifat ) dan kaifiatnya tidak dima’qulkan ( tidak di fahami dan ditasawwurkan oleh akal) , beriman dengannya wajib dan bertanya padanya bida’ah.
Tammat.

Maka riwayat pertama ( Istiwa adalah Maklum kaifiatnya Majhul ) sebaiknya bahawa dirujukkan maksudnya kepada riwayat kedua ini:

"Bahawa lafaz istiwa adalah maklum yg waridnya/catitannya/telah diturunkan, terdapat di dalam Al-quran (maklumul Wurud معلوم الورود ) Sedangkan Kaifanya (yaitu bagaimananya) tidak dapat difikirkan

Maka Hasil rujukkan :

Istiwa maklum (diketahui) , Kaifanya (bagaimananya) tidak diketahui

Akan Memaksudkan :

Diketahuikan lafaz yang disebutkan/dicatitkan, padahal maknanya tidak dima’qulkan (tidak difahami) oleh akal, berkenaan pada perkara-perkara yg bergantung pada sisi AL-Haq Jalla Wa`aza”.

Keadaan ini memang bersesuaian dengan Kaedah Tafwidh pada sisi Salaf yang sebenar.


Maklum yang dimaksud pada riwayat pertama adalah: (maklumul wurud معلوم الورود ) bukan (maklumul maa’ni معلوم المعانى .) Hanya tahu kalimat tersebut memang tercatit dalam Al Quran , maknanya tidak diketahui. Maka Kalimah غير معقول tidaklah dirujukkan hanya kepada maksud adanya duduk/istiwa, cuma tidak diketahui sahaja (kaifiatnya) iaitu caranya dan rupa sifat istiwa tersebut. Sebagaimana yang difahami dengan semata-mata melihat kepada riwayat pertama yang menjadi dalil bagi Fahaman Syubhat Tajsim. Kerana Ghairu Ma’qul adalah menafikan keseluruhan Makna-makna yang boleh difahami daripada ayat atau sesuatu kalimat mutasybihat.

Wallahu a’lam.

Selain dari dua riwayat tersebut , terdapat lagi riwayat dari Ummu salamah dan Imam Rabi’ah Ar-Ra, yi guru Imam Malik sendiri yang mana maknanya sama dengan riwayat kedua yang telah kita terangkan tadi.

Syekh Ibnu Hajar Al Asqolani meriwayatkan kedua-duanya dalam Fathul Baari Syarah Bukhari M.S 406- 407 juzuk 13 : Silalah rujuk disana.

Jika dibantahi lagi kefahaman yang telah kita jelaskan ini .

Jawab:

Lihatlah semua kenyataan dan ulasan Ulamak Salaf yang sebenar yang hidup di kurun yang dijamin oleh Rasulullah s.a.w.

Misalnya ulasan Imam Syafie radiallahu a’nhu.

استوى بلا تشبيه وصدقت بلا تمثيل و ا تهمت نفسى فىالادراك وأمسك عن الخوض فى ذلك كل الامساك.

“Istawa (Tertinggi) tanpa penyerupaan , aku benarkan tanpa membuat bandingan , mentohmah aku akan diriku pada mengidrak ( cuba memahami/ mengetahui) dan aku tahani diriku dari membicarakan demikian itu secukup-cukup menahan”.

Adakah boleh kita fahami dari kenyataan Imam Syafie ini sepertimana yang difahami dari kaedah S. IT?. Adakah sama maksud antara kedua mereka?. Perhatikan dengan teliti. Akan didapati perbezaan yang nyata.

Oleh itu, Berhati-hatilah dengan Fahaman mereka yang syubhat /kesamaran tersebut.

Mari perhatikan.

Cuba perhatikan pula kalimat Imam Syafie :
و ا تهمت نفسى فىالادراك
Ertinya:“Mentohmah aku akan diriku pada mengidrak ( cuba memahami/ mengetahui) "

Perkataan Imam Syafie ini adalah memahamkan penyerahan makna iaitu yang dinamakan Tawfidh/ Takwil Ijmali sebagaimana yang telah digariskan oleh Kaedah Salaf yang sebenar. Kata Imam Syafie lagi:
وأمسك عن الخوض فى ذلك كل الامساك.
Ertinya: “Dan aku tahani diriku dari membicarakan demikian itu”.

Tidak membicarakan bermaksud tidak membincang dan menentukan makna atau tafsir, ayat ini membuktikan Tiada Syubhat, Waham Tasybih dan Takwil Tafsili. Bolehlah kita ringkaskan sebagai berikut:
Method Imam Syafie adalah:
{Tiada menafsir dan tiada menentukan makna , sebaliknya disisi Mazhab Khalaf ditentukan makna yang munasabah (takwil Tafsili) dan disisi method S. I T juga berlaku penentuan makna , iaitu dipakai makna hakikat yang zahir pada setiap lafaz ayat-ayat sifat}. Penentuan makna yang disebut sebagai Takwil Tafsili. Telah maklum Takwil Tafsili kebanyakannya berlaku disisi Ulamak Khalaf . Pada Ulamak Salaf seperti Imam Syafie ini, tiada Takwil Tafsili. Oleh yang demikian, adalah lebih benar dengan mengikuti method khalaf yang telah menentukan makna yang munsabah sahaja pada ayat-ayat mutasyabihat, atau mengikut saja kaedah Imam Syafie yang terus mentafwidhkan maknanya kepada Allah s.w.t tanpa takwil tafsili . Berbanding dengan kaedah S. IT sepertimana yang telah kita bincangkan dulu, juga telah menentukan makna sekalipun tidak menyedarinya atau tidak mengakui. Beliau dengan Kaedahnya, telah kesamaran dalam penentuan makna atau tidak. Satu ketika dikatakan memakai makna yang hakikat (iaitu makna-makna zahir lafaz yang termasuklah juga makna-makna yang mustahil) dan dimasa yang sama juga dianggap mustahil adanya makna-makna yang mustahil dalam ayat-ayat sifat tersebut. Method ini sebenarnya adalah sangat-sangat keliru dan tidak akan difahami dengan jelas oleh sesiapapun yang cuba menyeluknya. Insyallah nanti akan kita cuba bentang pendetailannya , sebab terdapatnya orang-orang telah cuba membantah penerangan kita berkenaan fahaman ini dalam buku-buku terbaru terbitan mereka yang dijual dikedai-kedai dengan harga murah. Mereka mendakwa tiada perbezaan kaedah S. IT dengan kaedah-kaedah Para Salaf yang sebenar dan para ulamak muktabar seperti Imam Sayuthi, Ibnu Hajar Al-Haitami dan sebagainya . Wallahu A’lam.

2) Perhatikan semula seperti kata Imam Abu Hanifah yang telah kita sebut dulu:

والجواب أنه ذكر الشيخ الامام ابن عبد السلام فى كتاب حل الرموز أنه قال ( الامام أبو حنيفة رحمه الله : من قال لا أعرف الله تعالى فى السمأ هو, أم فى الارض كفر . لأن هذا القول يوهم أن للحق مكانا. ومن توهم أن للحق مكانا فهو مشبه) انتهى

"Bahawasanya telah menyebut Syeikh Al Imam Ibnu Abdi Salam di dalam Kitab Hall lu rumuz, bahawasa beliau berkata Al- Imam Abu Hanifah rahimullah taala berkata “ Sesiapa yg berkata aku tidak mengetahui, Allah taala di langit atau di bumi nescaya telah kafir , kerana perkataan ini memahamkan sangkaan tempat bagi Al-Haq. Dan sesesiapa yg menyangka Al- Haq itu mempunyai tempat, ia adalah Musyabbih (orang yang menyerupakan Tuhan dengan makhluk)"
Tammat.

3) Juga Kaedah yang telah dinyatakan oleh salah seorang Ulamak Salaf , Imam Sufyan bin Uyaiynah :
كل ما وصف الله نفسه فى كتابه فتفسيره تلاوته والسكوت عليه
Ertinya: Tiap-tiap Sifat yang telah mensifatkannya oleh Allah s.w.t dalam Kitab Nya ,maka Tafsirnya adalah BACAANNYA dan DIAM daripadanya.

Hanya bacaan dan diam sahaja yang menjadi tafsir adalah memaksudkan kaedah tafwidh. Bukan kaedah baina tamsil wa ta'thil seperti dakwaan mereka.

Oleh yang demikian : Memadailah bagi kita dengan beberapa contoh yang telah dibawa untuk memahami kedudukan sebenar fahaman Salaf yang sebenar yang TIDAK ADA TASYBIH DAN SYUBHAT/WAHAM TASYBIH (sesuatu yang membawa sangkaan Tuhan mempunyai Arah dan PenyerupaanNya dengan Makhluk). Perbezaannya dengan pemahaman golongan Salafiyah Wahabiyah yang mengelirukan adalah jelas.

Tuesday, May 09, 2006


Siri 5.
Menolak Fahaman Tajsim dan Akidah Syubhat.


7. Menolak Hujjah Kaedah yang Kesamaran (Syubhat). Percubaan mereka menegakkan dalil-dalil kaedah Syubhat Tasybih .



Mulla Ali Al Qoori telah mengkritik Ibnu Abdil Izz pensyarah Kitab Aqidah At-Thohawi. Mulla Ali al Qori berkata dalam kitab beliau- Syarah Fiqhul Akbar m.s 171 :

ومنه ما روى عن أبى مطيع البلخى رحمه الله أنه سأل أبا حنيفة رحمه الله عمن قال لا أعرف ربى فى السمأ هو أم فى الأرض , فقال كفر لأن الله تعالى يقول ( الرحمن على العرش استوى ) . وعرشه فوق سبع سماوات. قلت: فان قال انه على العرش ولكن لا أدرى فى السمأ أم فى الأرض , قال : هو كافر لأنه أنكر كونه فى السمأ , فمن أنكر أنه فى السمأ فقد كفر لأن الله فى أعلى عليين , وهو يدعى من أعلى لا من أسفل. انتهى.

والجواب أنه ذكر الشيخ الامام ابن عبد السلام فى كتاب حل الرموز أنه قال ( الامام أبو حنيفة رحمه الله : من قال لا أعرف الله تعالى فى السمأ هو, أم فى الارض كفر , لأن هذا القول يوهم أن للحق مكانا, ومن توهم أن للحق مكانا فهو مشبه) انتهى. ولا شك أن ابن عبد السلام من أجل العلمأ وأوثقهم فيجب الاعتماد على نقله لا على ما نقله الشاريح مع أن أبا مطيع رجل وضاع عند أهل الحديث, كما صرح به غير واحد.


“Kemudian berkata pensyarah Aqidah At Tohawi ( Yaitu Ibnu Izz al- Hanafi) :

Sebahagian daripada dalil yang menunjukkan Tuhan itu di atas ialah yang diriwayatkan daripada Abi Muti’ Al Balkhi rahimuallahu ta’ala, bahawasanya dia telah bertanya Abu Hanifah r.a berkenaan seseorang yang berkata “Aku tidak mengetahui, Tuhanku dilangit atau di bumi” maka menjawab Abu Hanifah, “Telah kufur dia kerana Allah Taala telah berfirman di dalam surah Toha ayat 5“ Tuhan yang bersifat Rahman telah beristiwa di atas arasy”. Padahal arasyNya di atas tujuh petala langit” .

Aku (Ibnu Abdil Izz) menjawab : Maka jikalau seseorang itu berkata bahawasa Tuhan di atas arasy, tetapi aku tidak mengetahui di langit atau di bumi , menjawab Abu Hanifah “dia kafir, kerana bahawa dia telah engkar keadaan Allah di langit, maka sesiapa yg engkar keadaan Allah itu berada di langit, maka sesungguhnya telah kafir ia, oleh kerana Allah S.W.T berada di setinggi- tinggi tempat (tempat yg tinggi) . Dialah yang diseru daripada pihak yang tinggi, bukan daripada tempat yang dibawah.


Jawabnya :

Bahawasanya telah menyebut Sheikhul Imam Ibnu Abdi Salam di dalam Kitab Hall lu rumuz, bahawasa beliau berkata : Al- Imam Abu Hanifah rahimullah taala berkata “ Sesiapa yg berkata aku tidak mengetahui, Allah taala di langit atau di bumi nescaya telah kafir , kerana perkataan ini memahamkan tempat bagi Al-Haq ta'ala. Dan sesesiapa yg memahamkan Al- Haq ta'ala itu mempunyai tempat , ia adalah Musyabbih”.

Tiada keraguan lagi bahwasa Ibnu Abdi Salam adalah sebesar- besar ulama dan beliau adalah kepercayaan para ulama (yaitu para ulama mempercayai beliau) . Maka wajiblah berpegang ke atas naqalan Ibnu Abdi as- Salam ini, bukan naqalan daripada pensyarah Matan (Thohawiyah) tersebut kerana Abi Muti’ Al –Bal khi adalah seorang lelaki yg mereka- reka hadis di sisi Ahli Hadis , ini adalah sebagaimana telah mentafsirkan dia oleh tidak seorang daripada para ulama hadis.
Tammat.

Lihatlah , bagaimana Al Allamah Mulla Ali Al-Qori telah menjelaskan kebatilan Akidah mereka yang mewahamkan Tuhan bertempat di langit. Menjelaskan riwayat maudhu yang diada-adakan sebagai dalil untuk menyokong fahaman diwahamkan Tuhan bertempat.

Waham bertempat saja sudah terjumlah kedalam Akidah Musyabihah, betapa pula jika seterang kenyataan didalam sebahagian Kitab Akidah karangan mereka yang sama fahamannya dengan SSU dan S. IT?. Ibnu Abdil Izz telah mensyarahkan Kitab Aqidah Tohawiyah mengikut fahaman S. Ibnu Taimiyyah. Biasanya Kitab syarahan Ibnu Izz tersebut telah dijadikan rujukkan oleh mereka dalam setiap perbahasan.


8. Cuba berdalilkan Hadis Jariah.

Tersebut dalam Kitab Zur qoni Syarah Al Muwatak Imam Malik , Juzuk 4 m.s 106 cetakan Darul Kutub Bairut.

عن عمر بن الحكم أنه قال أتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم فقلت : يا رسول الله ان جارية لى كانت ترعى غنما لى , فجئتها وقد فقدت شاة من الغنم, فسألتها فقلت: أكلها الذئب فأسفت عليها , وكنت من بنى أدم فلطمت وجهها وعلي رقبة أفأعتقها؟. فقال لها رسول الله صلى الله عليه وسلم: أين الله ؟. فقالت : فى السمأ . فقال : من أنا؟. فقالت : أنت رسول الله, فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أعتقها .

Umar bin Al Hakam bahawasa Nya beliau berkata “ Saya pergi berjumpa Rasulullah s.a.w , maka saya berkata “ Wahai Rasulullah , sesungguhnya Jariah (hamba perempuan) ku menggembalakan kambing milik ku. Aku pergi kepadanya dan sesungguhnya aku dapati seekor kambing telah hilang, maka ku tanyai dia, dia menjawab “Telah dimakan serigala”. Aku marah padanya padahal adalah aku daripada kalangan anak Adam juga (mempunyai kemarahan juga), maka ku tampar mukanya dan di (wajib) atas aku (nazar memerdekakan) hamba, (lantaran kesal atas tindakan tersebut) maka adakah ( patut) aku merdekakannya.

Bertanya Rasulullah S.A.W kepada hamba tersebut,"Dimana Allah?", jawab Jariah itu dilangit. Sabda Nabi lagi “Siapakah aku?”, jawab Jariah tersebut “Engkau adalah Rasul Allah”. Maka jawab Rasulullah S.A.W : Merdekakan lah dia.


Tambahan dalam satu riwayat yg lain: “Sesungguhnya dia beriman”. Bersabda Rasulullah s.a.w kepada Jariah tersebut “dimana Allah Taala?”, maka dijawab oleh Jariah tersebut “Dilangit”.

Ibnu Abdilbar telah memberi komen kepada ayat ini, beliau berkata “Iaitulah tergolong didalam pengertian firman Allah Taala, {Adakah kamu beriman kepada mereka yg dilangit…} Surah Al- Mulk :16. Dan ayat {Kepadanyalah naik segala kalimah yg baik- baik…} Surah Al-Fathir : 10”.

Berkata Al Baaji, “Mudah-mudahan sesungguhnya menghendakilah riwayat tersebut bersifat Allah Taala dengan Ketinggian (Al U`luw) dengan yang demikian disifatkan mereka yg berkedudukan tinggi. Dikatakan pada sisi bahasa TEMPAT SI FULAN DI LANGIT , bermaksud KETINGGIAN KEADAAN,PANGKAT dan KEMULIAANNYA.

Tammat.

Jawabnya:

Jika tidak begitu maksudnya (iaitu sebagaimana tafsiran dan takwilan oleh al-Allamah al-Baaji) dan dipakai makna yang Hakikat tanpa di takwil samaada takwil tafsili (Khalaf) atau ijmali (mengikut method kebanyakan Salaf), apa pula perbezaan diantara TUHAN BERTEMPAT DILANGIT menurut peganggan Arab Jahiliyah dengan TUHAN BERTEMPAT DILANGIT mengikut fahaman mereka yang menolak takwil secara muthlak???.

2) Lagi pula sebagaimana yg ditahkikkan oleh Ibu Abdil Barr dan Al Baaji:

Kalimat “Aina” adalah Arabiyah boleh jadi pertanyaan untuk menunjjukkan Tempat (Al Makan) dan boleh juga pertanyaan untuk menunjjukkan martabat (Al Makanah).

3) Selain itu , Matan dan sanad hadis ini yang MUTHARIB , yang berusaha Az-Zahabi pada permulaannya mentashihkan Nya dan diakhirnya mengubahkan pendapat: ”Barang kali lafaz "Aina Allah" telah mengubah oleh sebahagian perawi mengikut perkiraan fahamannya”. Bolehlah dikaji oleh mereka yg berkemampuan melihat-lihat dalam kitab-kitab Syarahan Al Muwata yg banyak, kemudian lihat pula sanad nya dalam kitab Al Uluw karangan Zahabi, Kitab Tauhid Ibnu Khuzaimah nanti akan dijumpailah itidhrab nya pada matan dan sanadnya.

Misalnya ada pula ihtimal berbilang peristiwa yang mana tidak akan menjadi sependapat pandangan dikalangan Ahli yg MENYELAMI RIWAYAT dan MENELITI MAKNA untuk memahami nya lebih-lebih lagi dalam persoalan Akidah.

Imam Malik sendiri tidak mengakui adanya tersalah riwayat dari Umar bin Al-Hakam sedang orang lain mengatakan sanad beliau hanyalah dari Muawiyah bin Al-Hakam.

Imam Muslim pula tidak meriwayatkan lafaz “Fa innaha Mu’minah” (maka sesungguhnya dia beriman).

Imam Bukhari tidak meriwayatkannya dalam sahih beliau.Yang ada pun hanyalah dalam juzuk “Kejadian segala perbuatan yg berkaitan dengan orang bersin” yang diringkaskan. Tidak pula menunjjukkan hadis orang bersin tersebut keadaannya Allah ta’laa dilangit. Lagi pula Hadis ini bukan merupakan Ikhtisar (ringkasan ) kepada hadis yang dipertikaikan tersebut dan tiada bukti yg menunjjukkan dari mana-mana isyarat pun bahawa al- Bukhari telah meringkaskan hadis yang telah dipertikaikan tersebut.

Dan juga dari Riwayat Al Layyisi dari Imam Malik pula tiada lafaz “Fa innaha Mu’ minah” ertinya “Maka kerana sesungguhnya dia beriman”.

Masaalahnya sebagai asas (fokus):

Jika Riwayat yang begini dijadikan asas Akidah dan Dalil Kaedah Tauhid maka:

“Adakah boleh berdalilkan sesuatu hadis yg mutharib” ?. Sudah tentu jawabannya adalah , “TIDAK BOLEH”.

Wallaahu a’lam.

Hadis Kedua:

Az Zurqooni mencatit dim.s 107:

عن عبيد الله بن عبد الله بن عتبة بن مسعود , أن رجلا من الأنصار جأ الى رسول الله صلى الله عليه وسلم بجارية له سودأ فقال : يا رسول الله ان على رقبة مؤمنة أعتقها , فقال لها رسول الله صلى الله عليه وسلم. : أتشهدين أن لا اله الأ الله ؟ قالت : نعم. قال : أتشهدين أن محمد رسول الله ؟. قالت: نعم: قال : أتوقنين بالبعث بعد الموت ؟. قالت نعم. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أعتقها .


Daripada Ubaidillah bin Abdillah bin Utbah bin Mas`ud, bahawasanya seorang laki- laki dikalangan Sahabat Ansar, telah datang kepada Rasullah S.A.W membawa seorang Jariah berkulit hitam miliknya, maka berkata laki- laki tersebut “ Ya Rasullullaah, sesungguhnya wajib ke atas aku memerdekakan hamba perempuan yg beriman, maka jikalau Tuan Hamba melihatnya beriman nescaya aku merdekakannya. Bertanyalah Rasullah S.A.W kepada Jariah tersebut “ ADAKAH ENGKAU NAIK SAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YG SEBENAR MELAINKAN ALLAH?”, jawab Jariah tersebut “Ya”. Sabda Nabi S.A.W. lagi “Adakah engkau bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah?” menjawab jariah tersebut “Ya”, bertanya lagi pula “Adakah engkau beriman dengan dibangkit lagi selepas kematian?”, Jariah tersebut menjawab “Ya”. Sabda Nabi S.A.W. “Merdekakan lah Hamba tersebut”.

Ibnu Abdil Barr telah memberi komentar hadith ini dengan kata beliau: Sesungguhnya Yahya
(perawi hadis Al Muwa`ta dari Imam Malik) menghukum Jayyid (elok) lafaz hadis ini.

Telah meriwayat pula hadis ini oleh Ibnu Bukair dan Ibnu Qasim, mereka tidak pula menyebut lafaz “Maka jikalau engkau fikirkan beriman, hanyalah mereka meriwayatkan lafaz “Ya Rasulullah, atas ku wajib memerdekakan hamba perempuan yg beriman, apakah(memadai) kalau aku memerdekakan yg ini? Maka bertanyalah Rasulullah S.A.W kepada Jariah tersebut”……hingga akhir hadis.
Tidak tersebut didalam riwayat kedua mereka perkataan “Sesungguhnya wajib atasku memerdekakan seorang hamba perempuan yg beriman”, padahal pada lafaz ini mempunyai faedah istinbath hadis.

Al-Mas`udi telah meriwayatkan pula daripada A`un bin Abdillah daripada saudaranya Ubaidillah daripada Abu Hurairah. Beliau berkata datang seorang lelaki kepada Rasulllah S.A.W, membawa seorang hamba perempuan Ajam (bukan bangsa arab), berkata lelaki tersebut “Wahai Rasullah, sesungguhnya wajib ke atas aku memerdekakan seorang hamba perempuan yg beriman,apakah boleh kalau aku memerdekakan yg ini?”, maka bertanyalah Nabi S.A.W. kepada hamba tersebut”Dimana Allah?”,maka mengISYARATkan Jariah tesebut ke langit. Bersabda lagi Nabi kepada Jariah maka “Siapakah aku ini?”, maka mengISYARAT Jariah tersebut kepada Nabi dan ke arah langit, iaitu “Engkau adalah Rasul Allah” .Sabda Nabi S.A.W “Merdekakanlah Dia kerana Dia beriman”.

Telah mengeluarkan hadis ini oleh Ibnu AbdilBar.


Tammat.


Jawabnya:

Beberapa hadis yang tersebut membicarakan asal berkenaan masalah, bagaimanakah membayar Kafarat Nazar dengan memerdekakan seorang hamba perempuan yg beriman sebagaimana yang dibahaskan dalam Ilmu Feqah, salah satu syarat sah membayar kifarat dengan memerdekakan hamba semestinya hamba yang Islam. Inilah maksud asal atau intipati daripada kesemua hadis tersebut, tetapi ada juga sebahagian mereka yg mengambil faham daripada ibarat yang umum sebagaimana persoalan yang kita sedang bahaskan sekarang.Iaitu pada dialog Rasullah S.A.W dalam memastikan keIslaman hamba tersebut untuk mengesahkan pembayaran kafarat.

Hadis pertama Rasullah S.A.W. menanyakan perkataan “ainallah” (dimana Allah), hamba perempuan tersebut menjawab “fi samaa” (dilangit).
Hadis pertama ini menjadi dalil bagi mereka yg mengatakan Tuhan itu bertempat di langit, yang mana sebenarnya fahaman ini adalah fahaman mujassimah (menetapkan Tuhan itu bertempat).

Sementara pada Hadis yang Kedua yang diriyawatkan dalam Al-Mauwta juga, dengan kalimat “atasyhadiina” (menunjukkan Rasulullah S.A.W bertanya :Adakah engkau mengaku bahawa Tiada Tuhan Yg Sebenar Melainkan Allah),hamba Jariah tersebut menjawab perkataan “na’am”(Ya).

Dan Hadis Akhir yang dibawa oleh Ibni Abdil barr pula menyebut Rasulullah S.A.W berlafaz “ainallah”(dimana Allah), sedangkan Jariah tersebut hanya mengisyaratkan kelangit. Dalam hadis Ibni Abdil Barr ini dicatit “Fa Asyaarat”.

Jelaslah Kalimat “Atasyhadin” dalam hadis pertama dan kemudian kalimat “Fa asyarat” dalam hadis yang kedua telah mentafsirkan maksud hadis yg pertama :

Hanya menunjjukkan “Praktik semasa SESEORANG BERSAKSI” . Bukan menunjjukkan Allah atau Tuhan memang ada atas langit.

Lagi pula jariah (hamba perempuan) tersebut adalah seorang Ajam (bukan bangsa Arab), yang mana kesulitan baginya untuk menafsirkan Tauhid yang ada dalam hatinya. Lantaran itu bila disoal oleh Rasulullah s.a.w berkenaannya maka mengisyarat jariah tersebut kepada langit bermaksud "Setinggi-tinggi pangkat dan martabat Ketuhanan".

Wallaahu a’lam.

Dimana diketahui Jariah tersebut bukan Arab?. Oleh sebab hadis jariah tersebut seperti yang telah dinyatakan adalah Mutharib pada sanad dan matannya, yang sudah pasti tidak boleh dibuat dalil dalam bidang Tauhid. Maka Si Jariah yang tidak pasti secara putus adakah mengetahui bahasa arab atau tidak, mungkin tidak tahu, sebab disebutkan pada satu riwayat “Ajam” ertinya bukan orang Arab . Maka menterjemahlah ia Tauhid dalam dadanya dengan bahasa isyarat. Serupalah dengan orang-orang yang mengunakan bahasa isyarat kebiasaannya sebagai penterjemahan . Keadaan ini boleh diihtimalkan si Jariah tersebut memang tidak tahu bahasa arab.

Jikalau Saudara berkata “Adakah mungkin Rasulullah s.a.w mengetahui Jariah tersebut tidak tahu bahasa Arab?” .

Jawabnya:

1) Mungkin kerana ada kalimat “Ajam” dalam salah satu riwayat hadis tersebut. Dan tidak mungkin pula kerana ada hadis yang satu lagi menyebut jawaban jariah tersebut “Ya”, tapi tidak mungkin juga boleh dipakai hadis yang ada jawapan “Ya” ini, sebab tidak ada disebutkan dalam riwayat yang mengatakan Rasulullah s.a.w mengatakan si jariah itu “Beriman”.

2) Sanadnya Mutharib , orang kata Imam Malik tersalah menamakan rawi nya tapi tidak mengaku pula Imam Malik .

3) DiSatu sudut, dikatakan pertanyaan “aina” adalah tambahan perawi sahaja. Sudut lain dikatakan pula mustahil berlaku banyak peristiwa, sebab stelah diselidiki oleh ahli riwayat mereka memutuskan begitu, tak diterima berlaku banyak peristiwa pada kisah tersebut. Langsunglah tidak boleh di nazarkan (dilihat maknanya) oleh Ahli Nazar (yang meneliti makna dan maksud) .

Kesimpulannya: Hadis-hadis yang berkaitan dailog antara Nabi s.a.w dengan seorang hamba perempuan (Jariah) tersebut tidaklah boleh dijadikan hujjah untuk menegakkan KAEDAH KESAMARAN mereka.

wallahu a'lm.

Monday, May 08, 2006

Siri 4. Menolak Fahaman Tajsim Dan Akidah Syubhat.



6. Apakah hukumnya ?.

Tersebut di dalam Hasyiyah Daa Suqi m/s 83.
حاشية الداسوقى على أم البراهين.
و اعلم أن من اعتقد أن الله جسم كلأجسام فهو كافر . ومن اعتقد أنه جسم لا كلأجسام فهو غير كافر . والاعتقاد الحق اعتقاد أن الله ليس بجسم ولا صفة ولا يعلم ذاته الا هو.

“ Ketahui oleh mu bahawa sesiapa yg mengiktikadkan bahawasanya Allah itu jisim seperti segala jisim- jisim makhluk , maka ia kafir. Dan sesiapa yg mengiktikadkan bahawasanya Allah itu ialah jisim, tidak seperti jisim- jisim makhluk, maka dia berdosa tidak kafir. Iktikad yg sebenar bahawasanya Allah bukanlah berjisim dan bukannya sifat dan tidak mengetahui zatnya melainkan Dia.”

Tammat

Tersebut dalam kitab:


AUNUL-MURIID LI-SYARH JAUHARAT-TAUH'IID FII `AQIIDAH AHLI-SUNNAH WAL-JAMAA'AH,
Karangan: Asy-Syeikh `Abdul Kariim Tataan dan Asy-Syeikh Muhammad Adiib Al-Kailaaniyy, juzu` 1, Cetakan Daar Al Basyaair, Damascus.

DAN SESUNGGUHNYA TELAH MENGKAFIRKAN AL-`IRAAQIYY DAN LAIN-lain LAGI, ORANG YANG MENG-ITSBATKAN AKAN ADANYA JI-HAH (ARAH) BAGI ALLAAH TA'AALAA [MUTS-BIT AL-JIHAH LIL-LAAH TA'AALAA].DAN INI ADALAH JELAS, KERANA ORANG YANG BER-I'TIQAAD (ADANYA) AL-JIHAH (ARAH) ADALAH TIDAK MUNGKIN BAGINYA MELAINKAN BAHAWA BER-I'TIQAAD IA AKAN AT-TA-H'A-YYUZ (YA'NII MENGAMBIL TEMPAT/BERTEMPAT/MENGAMBIL RUANG/BERPIHAK) DAN AL-JIS-MIY-YAH (BERJISIM), DAN SEANDAINYA IA TELAH BERKATA SELAIN ITU MAKA IANYA ADALAH SUATU UCAPAN YANG MU-TA-NAA-QIDH (BERTENTANGAN/BERLAWANAN).

DAN TELAH MENYEBUT MULLAA `ALI AL-QAARI RAH'.A.: BAHAWASANYA TELAH IJMA' GOLONGAN SALAF DAN GOLONGAN KHALAF BAHAWA BARANGSIAPA BER-I'TIQAAD BAHAWA ALLAAH (BERADA) PADA SUATU JI-HAH (ARAH) MAKA ADALAH IA SEORANG YANG KAAFIR, AL-.`IRAAQIYY RAH'.A TELAH MENAQALKANNYA, DAN BEGITULAH JUGA APA YANG TELAH DIKATAKAN OLEH ABUU HANIIFAH RAH'.A. DAN MAALIK RAH'.A. DAN ASY-SYAAFI'IYY RAH'.A. DAN ABUU AL-H'ASAN AL-ASY'ARIYY RAH'.A. DAN AL-BAAQILLAANIYY RAH'.A.

DAN TELAH BERKATA AS-SUBKIYY RAH'.A. (MAFHUUMNYA) : "SETIAP ORANG YANG BER-I'TIQAAD BAHAWA ALLAAH TA'AALAA ITU MENEMPATI ATAU MENDIAMI SUATU TEMPAT, ATAU DIA (ALLAH SWT) BERHUBUNG DENGANNYA (DENGAN TEMPAT ITU) ATAU DENGAN SESUATU DARIPADA AL-H'A-WAA-DITS (SEGALA SESUATU YANG BAHARU) SEPERTI AL-`A-RASY ATAU AL-KUR-SIYY ATAU AS-SA MAA* (LANGIT) ATAU AL-ARDH (BUMI) ATAU YANG SELAIN ITU MAKA PASTILAH IA SEORANG YANG KAAFIR (FA HUWA KAAFIRU QAT-'AN) DAN TELAH BATAL-LAH `AMAL-NYA TERMASUK SHALAAT, PUASA, DAN DAN TELAH TERANGLAH BERLAKUNYA THALAAQ BAA- IN TERHADAP PASANGAN-NYA (ISTERINYA/ SUAMINYA), DAN WAJIBLAH KE ATASNYA UNTUK MELAKUKAN TAUBAT SERTA MERTA.
Tammat.

Kesimpulan:
1.Akidah Syubhat Tajsim adalah mengi'tikadkan Tuhan berjisim atau ciri-ciri jisim tetapi tidak serupa jisim-jisim makhluk.
2. Akidah Tajsim mengi'tikadkan Tuhan berjisim ,serupa jisim-jisim makhluk. wallahu a'lam.

Sunday, May 07, 2006

Siri 3. Menolak Fahaman Tajsim dan Akidah Syubhat.


5. Cuba menegakkan hujjah dengan mengkategorikan "Istiwa" Sebagai Sifat
seperti sifat-sifat ma’ani.


Saudara menulis lagi:

Methodologi kita sama... Sifat Mendengar Allah swt adalah tidak sama dgn sifat mendengar Makhluknya... Sifat mendengar Allah SWt bersesuaian dgn kebesaranNya dan bertepatan dgn As-syura Ayat ke 11 . Kenapa perkara yg sama tidak boleh dibawa kepada sifat Istiwa?….

JAWAB:

Tidak sama dan tidak akan menjadi serupa sama- sekali. Diantara Sifat Sama’ dan tidak sama berbeza bagaikan berbezanya Kaedah S. Ibnu Taimiyah dengan Kaedah mereka yg kontra terhadapNya. Sama’ adalah sememang asalnya sifat . Dia adalah washaf . Diterbitkan /diisytaqkan dari sami’un yg ada didalam Quran. Sami’un adalah isim Fa’il yg menunjjuk sifat Sama’.Itu lah hujjahnya, itulah dalilnya . Lantaran itu diterjemahkan oleh penterjemah dari Arab ke Arab atau Arab ke Melayu dikatakan Sami’un bererti “Zat (Diri) Yang bersifat Sama". Atau “Sami’un, ai Zaatun muttasufun bissama’ ”. Tdak ada syak lagi . Tiada wasangka dan waham lagi tahkiknya bahawa sama' adalah washaf yang dinyatakan Al-Quran. Yang disebut dalam al-Quran pada beberapa surah adalah Sifat Allah s.w.t. Al- Quran , Hadis , Ijmak , dan Kaedah Bahasa Arab telah memutuskan Sama’ dan yang sejenis dengannya adalah Sifat Allah s.w.t yang merupakan sifat Zat tanpa ada keraguan lagi. Bukan sifat fi’il (perbuatan) yang berkemungkinan menunjjukan tidak Qodim (sediakala) Nya .

Cuma, kemusykilan nya apabila timbulnya Fahaman syak wasangka dari gulungan Jahmiyah /muktazilah yang menolak adanya SIFAT MA’ANI pada Allah swt , kerana menurut sangkaan mereka jika Allah swt mempunyai sifat tersebut maka menunjjukan Allah tidak suci dari penyerupaan dengan makhluknya. Kerena makhluk juga mempunyai ma’ani ?. Sangkaan mereka adalah meleset kerana perbezaan yang telah dinyatakan dahulu bahawa ma’ani Tuhan adalah Muthlaq sedangkan Ma’ani makhluk adalah Muqayyad sebagaimana yg telah dibahas dalam Kitab-kitab Ilmu Tauhid.

Keadaan ini berbeza samasekali apabila kita melihat Sifat yg tahkik seperti Sama’, kemudian melihat pula kesisi “Istawa” yg ada dalam Quran. Lafaz “Istawa” yang hanya merupakan Sifat Ghairu Musyabbahah. Dia bukan washaf, dan bukan wazan Fa’il atau Isim Tafdhil. Ia hanyalah Fi’il Madhi. Ini adalah satu perbezaan yg sangat nyata . Tiada terdapat pula didalam Al Quran nas yg berbunyi “ Al Mustawi” atau yg satu maadah dengannya. Tak ada tak ada. Tak ada dalam Al Assmaaul Husna Nama “Al Mustawiyang boleh dikatakan Tahkik ianya adalah Sifat Zat Tuhan, sama seperti Sama’ dan Basar . Tak ada, tak ada. Perbezaan ini sudah cukup nyata , hatta boleh juga dikatakan “Istawa” yg menunjjukkan perbuatan yg berkait dengan masa, yang sudah tentu makna dan maksudnya kesamaran atau syubhat. Lantaran itu sangat sesuai ianya dinamakan Kalimat yang Mutasyabihat .

Baiklah. Seterusnya setelah kita memahami perbezaan diantara dua method, iaitu Pembawaan Ibnu Taimiyah dengan Yang kontra dengan beliau , cubalah kita fikirkan , apakah lanjutan dari pemahaman yang begitu?.

Tentulah pemahaman yg begini bukan dari pembawakan Syekh Ahli Sunnah Imam Abu Hassan Al Asha’ary seperti dakwaan sesetengah mereka.

Kalau begitu, method apakah yg telah di pelopori oleh Syekh Ibnu Taimiyyah ini?.

Jawabnya : Method sebahagian dari fahaman Tajsim/Mujassimah atau fahaman syubhat Tajsim.

Apakah buktinya?.

Pertama:
Kita lihat dulu apakah method pemahaman gulungan mujassimah ini?. Imam Abu Hasan Al As’ary telah menaqalkan pegangan gulungan Tajsim ini. Beliau menyebut dalam Kitab Maqoolaat al- Islamiyyin ms juzuk 2 ms 281 cetakan Al Maktabah Al Asha'riyah. :

هذا شرح اختلاف الناس فى التجسم .
قد اخبرنا عن المنكرين للتجسم أنهم يقولون ءان البارى جل ثناؤه ليس بجسم ولا محدود ولا ذى نهاية .ونحن الأن نخبر أقاويل المجسمة واختلافهم فى التجسم.
“Sesungguhnya telah memberitakan kepada kami dari mereka yang mengingkari Tajsim (Yaitu Ahli Sunnah Wal- Jama’ah adalah golongan yang ingkar Tajsim ), bahawa mereka menyatakan ‘ Sesungguhnya Tuhan Al- Baary , Maha tinggi pujian terhadapNya ,TIDAKLAH BERJISIM ,TIDAK MEMPUNYAI SEMPADAN DAN TIADA KESUDAHAN’. Dan sekarang Kami akan mengkhabarkan perkataan-perkataan Mujassimah dan Ikhtilaf mereka berkenaan Tajsim”. Tammat.

Dari kenyataan Syekh Ahlus Sunnah tersebut , nyatalah tiada pemahaman Syubhat Tajsim dan I’tiqod Tajsim dalam akidah Ahli Sunnah Wal Jam’ah. Jika ada sesiapa yg mendakwa adanya Tajsim atau Syubhat Tajsim dalam akidah ini maka satu kekeliruan telah berlaku.

IAHA menghikayatkan pegangan Ahli Sunnah lagi :
وقال أهل السنة وأصحاب الحديث :ليس بجسم ولا يشبه الآشيأ.
“ Berkata Ahlus Sunnah dan Ahli Hadis {Tuhan Tidak berjisim dan tidak meyerupai sesuatu}”. Tammat.

Sedangkan Kaedah S.Ibnu Tayymiyah akan memahamkan : أنه جسم ولا يشبه الأشيأ “Dia adalah Jisim , padahal tidak menyerupai sesuatu?….” Bagaimana ini?.

Kita ringkaskan sebahagian dari usul-usul yang sependapat dikalangan kebanyakan golongan Mujassimah. Ini berdasarkan atas perkataan Imam Asha'ary berkenaan mereka didalam kitab yang sama.

1) Allah ta’la mempunyai kadar zat panjang , lebar dan tinggi.

2) Allah ta’la, berkemungkinan menyentuh sesuatu yang lain (daripada kalangan makluknya) dan Ia berkemungkinan juga disentuh oleh jisim makluknya.

3) Allah ta’la menyentuh/memenuhi Arsy dan para Malaikat menanggungNya diatas Arsy. Arsy adalah tempat Allah.

4) Allah ta’la mempunyai anggota , pancaindera seperti muka, tangan dan mata.

5) Allah ta’la mempunyai batasan yang terdiri daripada pihak-pihak (Jihat) yang enam , atau mempunyai lapang (ruang keluasan zat) yang tidak kehinggaan jauhnya.

6) Sifat Sama’, Basar, Ilmu Allah ta’la dan yang sejenis dengannya terbit pada Allah ta’ala selepas kewujudan semua perkara.

7) Perbuatan Allah ta’ala memahamkan adanya gerakan Allah .

Tammat.


Jelas sejelas-jelasnya , Imam Abu Hasan telah terang-terangan menyebut dan mengklimkan dasar “Tuhan Tidak BERJISIM” adalah dasar Ahli Sunnah Wal Jama’ah .Tidak ada kesamaran langsung. Tidak ada langsung fahaman “Baina Tamsil wa Ta’thil” seperti yang digembar gemburkan oleh S. IT dan yang sefaham dengan nya.
Tak ada meng isbatkan Jisim pada Tuhan dan menTanzihkannya (mensucikannya) dari penyerupaan makhluk. Kalau mengikut kaedah SSU dulu dan fahaman S. IT , inilah hasilnya. Yang dikatakan sebenarnya “Nisfut Takwil wa Tasybih”.
Kalau diperhatikan kenyataan IAHA tersebut , ialah “ Putus pada fahaman Ahli Sunnah , Tuhan Tidak Berjisim dan Tidak ada kesamaran langsung TIDAK BERJISIMNYA TUHAN”. Kalau mengikut fahaman S. IT , Tuhan berjisim tapi tak serupa dgn jisim makhluk, yang dikatakan “ KESAMARAN BERJISIMNYA TUHAN”. Sebab S. IT menetapkan Tuhan berjisim kemudian telah menafikan penyerupaannya pula. Walaupun begitu jika dibandingkan dengan Fahaman IAHA diatas, nyata tak sama langsung dengan fahaman S. IT. Fahaman SSU dan S. IT ini sebenarnya sangat layak mendapat gelaran “AKIDAH SYUBHAH”, ertinya Pegangan akidah yang kesamaran.

Mana mungkin Imam Abu Hasan Al Asha’ary “Mensabitkan Tajsim” kemudian "Menafikan nya” pula iaitu tidak serupa dengan makhluk sahaja sebagaimana fahaman S. IT.

Sebagai bukti tidak kemananya arah tuju Kaedah mereka ini melainkan ke Fahaman Mujassimah atau Yang Tergolong dalam kategorinya lantaran berlaku Syubhat/ Kesamaran pada methodologinya.

Lihatlah bagaimana S.IT telah menjelaskan fahamannya Bahawa Tuhan Berjissim atau Kesamaran Berjisim. Ta’aalallahu uluwwan kabira (maha suci Allah yang maha Tinggi lagi maha Besar).

Beberapa kenyataan daripada pihak S. Ibnu Taimiyah dan mereka yg sefahaman dengannya, yang menunjukkan Tajsim atau ciri- ciri Tajsim:

S. Ibnu Taimiyah berkata di dalam Kitab At-Ta, sis juzuk 1 m/s 9 , sebagaimana yang dinukilkan didalam al-Kaasyif al-Shoghir m/s 33 cetakan Dar al-Raazi :

ما ثم موجود الاجسم أو قائم بجسم
“Tidak adalah di sana suatu yang maujud melainkan jisim atau sesuatu yang berada pada jisim”.
Tammat.


Beliau menisbahkan perkataan ini kepada Imam Ahmad r.a.

Inilah suatu yang jelas tersasar..

Imam Baihaqi telah menaqalkan dalam Kitab “Manaqib Ahmad” daripada Pemuka Hanabilah dan anak Pemukanya , yaitu Abi Fadhal at-Tamimi ( أبى الفضل التميمى) , bahawa beliau berkata : “Telah mengingkari Imam Ahmad sesiapa yang berkata dengan berjisimnya Tuhan. Imam Ahmad berkata:

ان الأسمأ مأخوذة من الشريعة واللغة وأهل اللغة وضعوا هذا الاسم على ذى طول وعرض وعمق وتركيب وصورة وتأليف . والله تعالى خارج عن ذلك كله فلم يجىء فى الشريعة ذلك فبطل
Sesungguhnya Segala Nama adalah diambil dari Syari’at dan Bahasa . Ahli bahasa telah meletakkan nama ini (Jirim) atas sesuatu yang Panjang , lentang , dalam , susunan lapisan , rupa dan susunan. Bermula Allah Maha suci ia , yang tidak termasuk ia dari perkara tersebut semuanya. Maka tidak kedatangan dalil Syariat pada demikian . Maka (nyatalah) Batalnya (Akidah yang begitu).
Tammat.


Telah dinukil secara amanah oleh pengarang Kaasyif al-Shooghir m/s 33 dimana S. I T berkata lagi di juzuk 1 m/s 93 , bagi merealisasikan Kaedah nya :
و معلوم أن كون البارى ليس جسما ليس هو مما تعرفه الفطرة بالبديهة

“Dan telah maklum bahawasa keadaan Tuhan Al- Baa ri (Tuhan makhluk) itu bukanlah jenis jisim, yang bukanlah ia daripada perkara- perkara yg sebagaimana dikenali oleh fitrah dengan cara badii hi (mudah difahami)” .
Tammat.

Disini nampak jelas S. IT cuba pula meTanzihkan/ menSucikan “Jisim” Tuhan pada fahamannya.

Beliau berkata lagi dengan lebih jelas di paragraf yg sama :

وأن الموجود القائم بنفسه لا يكون الا جسما وما لا يكون جسما لا يكون الا معدوما.
Dan sesungguhnya Al- MAUJUD YG BERDIRI DENGAN SENDIRINYA , tidak adalah ia melainkan jisim . Perkara yg bukan berjisim tidak akan ada ia melainkan (pada) perkara Ma’dum (suatu yang TIADA)”.
Tammat.

Lebih jelas , bahawa maksud Al-Maujud yg berdiri dengan sendiri atau dengan istilah Al Maujud yang bersifat Qiyamuhu Binafsih, adalah Allah s.w.t seperti yang termaklum dalam Ilmu Tauhid. Tak perlulah dibahas panjang.

Hasilnya S. IT telah mengklimkan Tuhan ada mempunyai Jisim. Tapi tak serupa dengan Jisim Makhluk?. Yang lebih menarik S. IT kemudiannya telah meDeklarasikan bahawa inilah Fahaman yang Rajih/muktamad.

Dihujung paragrafnya berbunyi :

ومن المعلوم أن هذا أقرب الى الفطرة والعقول من الأول.
Dan setengah daripada perkara yg maklum bahawa Inilah Qaul (Fahaman) yg paling hampir kepada fitrah dan akal jika dibandingkan dgn qaul yg pertama” .
Tammat.

Qaul kedua adalah Fahaman yg paling Hampir , yang bermaksud Pendapat yg Muktamad. Maka IT telah mengatakan pendapat Tuhan berjisim adalah Muktamad.

Sedangkan Qaul atau Pendapat yang Pertama yaitu fahaman yang mengatakan “Tuhan tidak sekali-kali BerJisim dan tidak mempunyai Aradh, tidak sepertimana Makhluk yang mesti berjisim dan mempunyai Aradh” adalah Ijmak.

Qaul pertama inilah yang menjadi peganggan seluruh Ulamak Islam , semenjak Nabi s.a.w, sebagaimana yang kita boleh dapati buktinya dalam catitan Kitab-kitab Akidah misalnya , Imam Tohawi( امام الطحاوى) ( menulis dalam kitab beliau:
ْ اعتقاد اهل السنة والجماعة على مذاهب الفقهأ الملة أبى حنيفة وأبويوسف ومحمد بن حسن."
I’tiqod Ahlus Sunnah wal Jama’aah. A’la Mazhab Fuqahaa millah Abi Hanifah wa Abi Yusof , wa Muhammad bin Hassan”.

تعالى الله عن الحدود والغايات والأركان والأعضاء واللأدوات ولا تحويه الجهات الست كسائر المبتدعات.

Ertinya: Maha suci Allah daripada segala sempadan had, segala batas kesudahan, segala tubuh dan anggota, segala alat-alat dan tidak meliputi Nya oleh semua Jihat Y ang Enam , sebagaimana kepercayaan yang dianuti oleh Puak Ahli Bid’ah.

Tammat.


Telah menjadi Ijmak , Akidah yang dibawa dan dicatit oleh Imam Thohawi adalah se Sahih-sahih Akidah, selain beliau juga merupakan seorang Imam Salaf yang hidup dizaman Salafus Soleh . Bukan seperti mereka yang mengaku Salafi pada hari ini , yang sudahlah hidupnya tidak di zaman Salaf , akidahnya pula direka-reka kemudian didakwa pula diambil dari Salaf. Kita jangan terpedaya dengan dakwa mereka ini, sebab Salafi hanyalah merujuk kepada Thabaqah atau Zaman kehidupan sesuatu golongan Manusia. Bukan merujuk kepada Fahaman Mazhab , sebagaimana yg telah ditahkikkkan oleh Dr Said Ramadhan Al Buthi dalam Kitab beliau السلفيه مرحلة زمنية مباركة لا مذهب اسلامى .

Semua ciri-ciri kemustahilan pada sisi Allah yang dicatit oleh Imam Thohawi dan Imam Ahlis Sunnah Wal Jamaah IAHA diatas adalah perkara yang ada pada Jisim dan Aradh. Yaitu Makhluk . Antara sifat-sifat yang lazim bagi jisim adalah berpihak/ arah /jihat : Atas , bawah, depan , belakang. beranggota , bertubuh, dan sebagainya yang termaklum dalam perbahasan Ilmu Tauhid.


Kita lihatlah pula , bagaimana Ibnu Hazmin telah mematahkan hujjah Mujassimah. Kemudian bandingkan pula dengan kaedah dan fahaman yg berlaku atas kaedah SSU dan IT. Apakah hasilnya?. Ibnu Hazam menaqalkan hujjah Mujassimah dalam Kitab Al- Fisal Fil Milal Win Nihal, juzuk 2 m/s 117 :

“Telah menjalani satu Thoifah , bahawanya Allah Taala adalah jisim dan hujah mereka pada demikian itu, bahawa tidak ma`qul (tidak diterima akal) melainkan Allah itu adalah Jisim atau Aradh. Maka takala batallah keadaan Allah Taala Aradh, maka sabitlah keadaanNya ADALAH JISIM. (Ta’laahu Uluwwan Kabira). Mereka berkata ‘Sesungguhnya perbuatan tidak sah (wujudnya) melainkan terbit daripada jisim, padahal Allah Al-Bari ialah Faa ‘il ( pencipta pembuatan) maka wajiblah keadaanNya itu adalah jisim’. ”

Tammat.

Ta’alallahu Uluwan Kabira.

Lihat kembali dan bandingkanlah , bagaimana telah terdahulu kenyataan IT terhadap Allah :
وأن الموجود القائم بنفسه لا يكون الا جسما وما لا يكون جسما لا يكون الا معدوم
Dan telah maklum bahawasa keadaan Tuhan Al- Baa ri (Tuhan makhluk) itu bukanlah jenis jisim,yang bukanlah ia daripada perkara- perkara yang sebagaimana dikenali oleh fitrah dengan cara badii hi (mudah difahami)” .

Tammat.
Subhana Allah .


Seterusnya Ibnu Hazmin menjelaskan dalil mereka:

“Mereka berhujjah dengan ayat –ayat AL-Quran yg tersebut didalamnya dua tangan (Al- Yadaini), tangan (Al-Yadu) , beberapa tangan (Al-Aidi) , mata(Al-Ain), muka (Al-Wajhu) dan lambung (Al-Jan,bu) dengan firman Allah Taala “Dan telah datanglah Tuhan engkau”, “Dan datanglah kepada mereka Allah dalam kegelapan awan mendung dan Para Malaikat”, “Dan telah mentajalli Allah Taala pada bukit” , serta berhujjah mereka dengan beberapa hadis yg menyebut tapak kaki (Al-Qadam), kanan (Al-Yamin), kaki (Al-Rijlu), anak jari (Al-Ashso bi’) dan turun (At-Tanazzul).

Tammat.

Tentulah jawapannya “Kenyataan Ibnu Hazmin ini , memang sesuai dengan fahaman mereka”.
Kalau tidak secara keseluruhan pun, menyamai pada sebahagian besar dari dasar-dasar fahaman Mujassimah. Lihat pula, bagaimana Ibnu Hazmin menolak Fahaman Tajsim dan Syubhat Tajsim…

Ibnu Hazam berkata lagi di m/s 119 :

Batallah perkataan mereka yang mensifatkan Allah Taala berjisim dan perkataan mereka yang mensifatkanNya bergerak, Ta’allahu Anzalika (maha suci Allah daripada demikian itu). Bahawasanya (hujjah yang menolak fahaman berjisim Tuhan ini); Secara Darurinya (dalil yang mudah ):
Wajiblah (pada pandangan akal) tiap- tiap perkara yang bergerak itu mempunyai gerakan, dan bahawa gerakan adalah milik bagi yang mengerakkannya, ini adalah termasuk didalam Bab Idoofah.

Begitu juga ‘Bab rupa pada yg merupakanNya’ adalah juga daripada bab idoofah.

Maka jikalau tiap- tiap yang merupakan sesuatu (Al Musawwir المصور ), mempunyai rupa pula , dan tiap-tiap yang mengerakkan itu (Al Muharrik المحرك ) bergerak- gerak pula, Nescaya wajib ada segala Fe,el فعل (perbuatan) , tidak mempunyai awal baginya pula ( yaitu dikatakan pula Qadim).

Ini sesungguhnya telah kami batalkan pada yang telah lalu daripada kitab- kitab kami dengan pertolongan Allah dan pengukuhanNya terhadap kami”.

Tammat.

Jika diamati kenyataan terakhir daripada Ibnu Hazam ini, beliau telah menafikan berlakunya Tasalsul pada segala perbuatan sejak azali dengan penjelasan yg menyeluruh. Dan kita fahami juga dari kenyataannya yg tersebut bahawa beliau menepati fahaman Ahlul Haq pada masalah tiada berlaku Tasalsul perbuatan, sejak Azali . Mengi'tikadkan berlaku tasalsul perbuatan sejak Azali akan mengakibatkan fahaman adanya Qodim Nau' yang sangat merbahaya. Wallahu a'lam.



Kita simpulkan penerangan Ibnu Hazm terhadap pegangan Mujassimah seperti berikut:

1) Tidak didapati Pembuat (Faa ‘il), melainkan adalah berjisim.


2) Tiada sesuatu perbuatan melainkan bergerak, padahal pembuat (Faa ‘il) tidak akan melakukan sesuatu melainkan dengan pergerakkanNya.


3) Pembuat (Faa ‘il) yg bergerak- gerak , bergerak- gerak ia sejak azali, maka golongan Mujassimmah memahamkan berlaku Tasalsul perbuatan sejak azali.


4) Mengisbatkan segala anggota dan pancaindera dan alat- alat, dan lain-lain lagi ,seperti fahaman mengisbatkan keadaan Allah Taala bergerak – gerak dan lain- lain lagi yg akan kita bincangkan lagi.

Ini adalah beberapa pendapat yang kita dapati menepati pendapat yang dipegang oleh S. Ibnu Taimiyah didalam sebahagian Mazhabnya , akibat dan lanjutan daripada Methodologi atau Kaedah nya.

Kita perhatikan pula apa kata Imam Al Ghazali yang telah hidup dan wafatnya lebih dahulu dariS. IT . Beliau lebih memahami dengan lebih mendalam susur-galur dan kaedah-kaedah fahaman Mujassimah telah mencatitkan dalam Kitab Al Iqtisod fil I’tiqod , berkenaan kaedah-kaedah Perbahasan Masaalah Mutasyabihat ini. Ms 50 , cetakan Darul fikar.

Beliau berkata:
وأما الحشوية : فاءنهم لم يتمكنوا من فهم موجود ءالا فى جهة . فأثبتوا الجهة حتى ألزمهم بالضرورة الجسمية والتقدير والاختصاص بصفات الحواديث.
Adapun Hasywiyah: Maka sesungguhnya mereka tidak menerima kefahaman terhadap SESUATU YANG ADA ( MAUJUD) melainkan (mestilah mempunyai ) jihat (yaitu arah, misalnya atas, bawah dan sebagainya). Mereka langsung menetapkan bagi Allah jihat (arah) , kadar-kadar dan sifat-sifat yang ketentuannya hanya untuk Makhluk.
والحشوية أثبتوا الجهة ءحترازا من التعطيل فشبهوا.
Hasywiyah (Golongan yang menafsir ayat-ayat dan hadis-hadis secara zahir lafaznya ) , menegaskan ada ARAH (Jihat/Pihak ) bagi Allah manakala dalam masa yang sama mengawal diri daripada mengosongkan Tuhan daripada sifat-sifat (Ta’thil) ,dengan itu mereka terjatuh (kedalam kesalahan ) menjadikan Allah seperti MAKHLUK (Tasybih).

فوفق الله سبحانه أهل السنة للقيام بالحق. فتفطنوا للمسلك القصد . وعرفوا أن الجهة منفية لأنها للجسمية تا بعة وتتمة.
Allah swt mengurniakan Tawfiq dan kejayaan kepada Ahli Sunnah dalam menetepkan kebenaran. Mereka mengikuti matlamat yang sebenar dan yang layak dalam memahami bahawa Arah adalah dinafikan dan ditolak bagi Allah, kerana jihat ( segala pihak) adalah bergantung dengan Jisim-jisim dan mengikutinya dan menyempurnakannya. ….”.

Tammat.

Difahamkan dari kenyataan Imam Ghazali ini , bahawa Kaedah S.I T adalah sama dengan Kaedah golongan yang meyerupakan Tuhan dengan Makhluk iaitu Hasywiyah atau Mujassimah atau Musyabihah. Silalah rujuk dan kajilah perbahasan yang jitu dari Imam Hujjatul Islam Al Ghazali ini, berkenaan fahaman Akidah Syubhat atau Akidah Nisfut Takwil wat Tasybih . Kemudian bandingkanlah dengan kaedah S. IT… Apa agaknya yang berlaku?. Perlu juga disebutkan disini IT , tidak ragu-ragu telah menyokong dan menegaskan bahawa Akidah Musyabbihah dan Mujassimah yang mana menurut beliau Tajsim dan Tasybih tidak menjadi masalah dan tidak akan memudharatkan Iman. Lahaw la wala quwwata illa billah.


Rujuklah Kitab Al Kawakib MS 24:
ليس فى كتاب الله ولا سنة رسوله صلى الله عليه وسلم ولا كلام أحد من الصحابة والتابعين ولا الأكابر من أتباع التابعين
ذم التشبه ونفى مذهب التشبيه ونحو ذلك وءانما اشتهر ذم هذا من جهة الجهمية
Tidak ada dalam Kitab Allah , tidak ada dalam Sunnah RasulNya saw. Tidak ada perkataan seorang Sahabat pun dan Tabi’in , tidak ada dikalangan pembesar Tabi’ut taabi’in yang MENCELA dan MENAFIKAN TASYBIH dan YANG SEUMPAMANYA. Hanyalah yang masyhur ada berbuat begitu cuma dikalangan Golongan Jahmiyah sahaja.

Tammat.

Lihat dan amat-amatilah, betapa S.IT , seolah-olah tidak pernah mendengar firman Allah Ta’la:
ليس كمثله شيء erti: Tuhan tiada sesuatu yang menyerupainya. S.IT hidup kurun ke enam hijrah . Dia tak berjumpa dengan Imam-imam besar seperti Imam Ahmad , Syafie dan Imam Abu Hanifah . Maka yang menentang fahaman dan pendapat nya kebanyakannya , adalah mereka yang sezaman dengannya. Kebanyakan mereka Asya’ irah . Maka lalu beliau melebelkan penentanngnya sebagai Jahmiyah. Ini biasa. Kalau kita lihat wasiat-wasiat ulamak Ahli Sunnah Wal Jama’ah zaman dahulu, mereka berpesan “ Salah satu tanda sifat mereka yang tergelincir, akan menamakan diri mereka sendiri sebagai Ahli Sunnah wal Jam’ah. Pada Hal yang berlaku adalah sebaliknya”. Amat-amatilah kenyataan Sesepoh ini. Wallahu a’lam.

Selain dari itu , dapat kita fahami bahawa memang sebenarnya Kaedah mereka adalah Syubhat/Kesamaran. Jelaslah kaedah mereka adalah kaedah yang samar. Adakah mereka yang sefahaman dengan dengan fahaman S. IT juga tak pernah mendengar riwayat ini ?.

Diriwayatkan oleh Imam Abu Hanifah di dalam Kitab Al- Furqan m/s 16 :

أتانا من المشرق رأيان خبيثان جهم معطل ومقاتل مشبه وقال أيضا أفرط جهم فى النفى حتى قال ليس بشيء وأفرط مقاتل فى الاثبات
حتى جعل الله تعالى مثل خلقه
Telah datang kepada ku daripada sebelah Timur dua fikiran yg keji . Pertama Jaham yang mengkosongkan, menghampakan sifat , kedua Muqatil yang menyerupakan dengan makhluk . Berkata lagi Imam Abu Hanifah: "Jaham telah terlajak melampau pada menafikan pada mengata sesungguh Allah tiada sesuatu pun. Terlajak melampau Muqatil pula pada meng isbat kan sehingga ia menjadikan Allah Taala seumpama makhlukNya".
Tammat.

Imam Abu Hanifah , seorang Imam Salaf yang sebenar. Hidup di kurun pertama hijrah. Berguru dengan berpuluh-puluh Sahabat Rasulullah s.a.w. Beliau mengklasifikasikan Fahaman Tajsim sebagai “Keji” dan “Dicela”. Siapa lagi sebenarnya Para Pemuka Salaf yang boleh dipegangi dan diikuti Akidah Nya?.

Lihat pula bagaimanakah kedudukan kaedah mereka yang kesamaran ini, apabila dibandingkan dengan fahaman-fahaman Mujassimah.

Al-Imam Abu Muzaffar Al- Isfiraini yg wafat pada tahun 471 H. Rahimahullaahu ta’ala, menyebut didalam Kitab beliau At-Tabsir, didalam bab yg kesebelas pada menghuraikan fahaman- fahaman golongan Karamiah yang Mujassimah yang dipelopori oleh Muhammad bin Karam mati 255 H .

Imam Abu Muzzafar menerangkan pencerobohan mereka terhadap aqidah agama, dimukasurat 65 :
ومنها : أنه كان يسمى معبوده جسما. }
Sebahagian daripada fahaman Nya , ialah : MENAMAKAN TUHAN YG DISEMBAH SEBAGAI JISIM }.
Tammat.

Bagaimana ini?. Dengan S. Ibnu Taimiyah yg telah menamakan Allah Taala sebagai JISIM dibeberapa tempat di dalam kitab beliau, seperti itu juga pengikut- pengikutnya (pemaham- pemaham ) daripada mazhabnya, yg mengikuti mazhab beliau menyebut juga didalam Kitab-kitab Syarahan dan huraian mereka terhadap Kitab Aqidah Al- Wasitiah karangan S. Ibnu Taimiyah.
فلا حول ولا قوة الا بالله االعلى العظيم


.