Saudara menulis lagi:
dan Ibnu Taymiyyah. Inilah manhaj kami dalam tawheed Asma Was Sifat. Dan bukannya semudah seperti "Dah Allah SWT dan Rasulnya sendiri yg katakan Allah itu dilangit jadi dia dilangit ler." "Dah Allah SWT dan Rasulnya sendiri kata Allah ada Tangan, so kita terima je ler." Tidak ya Syaikh..It is not That easy... ada kaedahnya. Contohnya Syaikh Alawy bin Abdul Qadir As-Segaf telah menggariskan 21 kaedah-kaedah umum tentang berinteraksi dgn sifat-sifat Allah SWT ini dalam Bukunya "Mengungkap Kesempurnaan Sifat-sifat Allah dalam Al-Quraan dan As-Sunnah" terbitan Pustaka Azzam yg terdapat di Pustaka Indonesia, Bangunan Wisma yakin berhadapan dgn masjid India. Judul aslinya "Shifatullah Azza wa Jalla Al Waaridah fil Kitab wa Sunnah", terbitan Darul Hirjah, Riyadl 1994. Memang tidak semudah itu dalam Bab Tawheed Asma Wa Sifat sehingga boleh menjerumuskan kepada Tashbih / tajsim dan tidak pula seperti yg dituduh oleh Kabbani, Nuh Ha Min Keller, As-Saqqaf, dan lain-lain golongan yg sewaktu dgn mereka. Dan tuduhan tentang Tashbih dan Tajsim terhadap golongan salafee telah dijawab oleh Ulama'-Ulama' Ahlu Sunnah Wal Jamaah yg bisa di cut & paste di Milis ini jika mahu.... Wallahu'alam
Jawab: Saya telah membaca buku karangan Alawy bin Abdul Qadir as-Segaf dari Dahran , Saudi Arabia tersebut. Sudah pasti beliau bukan Sayed Sagaf yang kontra dengan Al-Albani, yang merupakan anak didik al-Ghumari. Apa latarbelakang pengajian Sagaf pengarang buku tersebut mungkin boleh dijawab oleh mereka yang berminat dengan fahaman pengarang. Dalam buku tersebut boleh dikatakan beliau banyak menceduk ulasan-ulasan pelajaran Tauhid karangan Bin Bazz, Sheikh Soleh Uthaimin, yang semasa dan sefaham dengan S. Ibnu Taimiyyah , Ibnu Qayyim. Bin Bazz dicatitkan dalam buku tersebut telah menganggap Amirul Mu'mini fil Hadis Imam Ibnu Hajar Al-Asqolani melakukan kesalahan kerana telah mentakwil ayat surah An-nisa 142 : Ertinya: "Sesungguhnya orang munafiq menipu Allah dan Allah akan membalasi tipuan mereka". Pada pandangan saya , semua kandungan dalam buku tersebut ada yang sesuai, ada yang tidak sesuai dan setiap dakwaan buku tersebut yang tidak sesuai dengan I,tikad Jumhur boleh dijawab dan diluruskan. Mungkin juga pembaca boleh melihat-lihat sebuah buku karangan Ustaz Zamihan, bertajuk “Salafiah Wahabiah satu Penilaian Semula”. Cetakan Terajaya Enterprise . Mungkin boleh diambil manfa’at sedikit sebanyak pandangan beliau berkenaan Persoalan yang kita bincangkan ini. Juga boleh dibaca buku Saudara Hafiz Firdaus bertajuk “Jenayah Ilmiyyah” yang menjawab dan membahas persoalan yang dibangkitkan oleh Ustaz Zamihan dalam buku beliau. Saudara Hafiz cuba menjawab sedaya upaya mempertahankan kaedah S.S.U dan S. IT dengan ulasan-ulasan yang menarik tetapi masih ada ruang-ruang yang perlu dipertikaikan dan diluruskan. Saya mendapat cerita ,Ustaz Zamihan telah menulis jawapan untuk menjawap buku Saudara Hafiz , sayangnya tidak tersiar di media penyiaran atau cetakan . Mungkin satu hari Ustaz Zamihan diberi peluang membentangkan jawapan beliau Insyallah.
Pendahuluan buku Saqaf tersebut menyatakan , beliau banyak menukilkan fahaman-fahaman dari kitab Ibnu Taimiyah dan yang sefahaman dengannya. Ada dua tiga buah buku Ahli sunnah Asya irah yang disebut seperti “Al Asmaa’ Wal-Shifat” buah tangan Imam Al-Baihaqi, tetapi beliau mengatakan tidak berminat kerana banyak Takwil. Kalau sudah begitu kedudukannya, apa lagi yang perlu dibahas, sebab sudah nyata pengarang buku tersebut hanyalah cut and paste sahaja dari fahaman Ibnu Taimiyyah. Lebih baik kita terus membahaskan fahaman Ibnu Taimiyyah , bagi menguji keteguhan fahaman nya, bahkan yang sebenarnya adalah kerapohan yang ditemui. Sebenarnya sangat banyak buku-buku dan kitab-kitab yang boleh kita baca untuk mendapat penjelasan berkaitan Fahaman Tajsim dan Syubhatnya. Tetapi dingatkan bagi sesiapa yang berminat mengkaji , hendaklah jangan hanya membaca maklumat-maklumat disebelah pihak saja. Bacalah keterangan dikedua-dua pihak sampai mendapat tahkik dipihak manakah kaedah yang lebih tepat mengikut Al-Quran dan As- Sunnah. Sebaliknya jika kita tidak berkemampuan menyeluk perbincangannya hendaklah terus berpegang kepada kaedah-kaedah yang telah masyhur dipegang oleh para Ulamak Melayu terdahulu . Iaitu kaedah Takwil dan Tafwidh yang telah kita bincangkan. Inilah cara yang selamat, sebaliknya jika mencuba tanpa persediaan adalah sangat merbahaya, kerana persoalan ini adalah persoalan Akidah.
Kesimpulannya : Fahaman Tajsim dan Syubhat Tajsim adalah bermasalah dengan Akidah Islam. Fahaman yang sedang giat di popularkan ditengah masyarakat mestilah diberi peringatan dan penjelasan dengan cara yang bijak secepat mungkin. Golongan yang berfahaman sebegitu dimasa kini biasanya dikenali sebagai Salafi atau Wahabi . Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment