Thursday, March 04, 2010

Tuan Guru Haji Zakaria Bin Muhd. Saman (Pondok Alor Janggus) Kembali Kerahmatullah.



Sekadar yang ana tahu dan kenali
, pribadi ini seorang ulamak yang diakui keilmuannya . berguru dengan al Marhum Sheikh Qoder al Mendeli , Sheikh Yasin , Sheikh Shafie Telok Bagan , dan ramai lagi ulama masyhor di kota Mekah pada waktu itu. Lebih kurang 20 tahun dulu. Pernah sekali sahaja ana sempat hadir dan menadah , beliau membaca kitab fikah Fathul Wahhab dan Fathul Muin I'anah. Mereka yang datang dan minta belajar adalah para Ustaz lepasan luar negara . Ustaz Awang pun ada. Ustaz Khairul masih menuntut lagi. Ana ada berjumpa Ustaz Khairul masatu. Beliau kelihatannya sangat tekun dengan hafalannya. Masatu , ana datang menziarahi Tuan Guru ini dengan Sheikh Ali . Beliau kenal Sheikh Ali. Kemesraan seorang ulamak memang menyejukkan hati. Kami bermalam disurau pondok beliau.

Besoknya pagi pagi lagi beliau menghidangkan kami hidangan rohani dan jasmani. Soalan-soalan kemuskilan tentang ilmu, ana tanyakan kepada beliau. Istimewanya Tuan Guru ini sentiasa mengungkapkan kata-kata " kita muzakarah, kita muraja'aah".. ya ya.. . Allah allah.. betapa tawadhunya Tuan Guru . Tengaharinya kami bertembung pula dengan Ustaz Sobri , masatu beliau menadah kitab Syarah Waraqat al Mahalli- usul Fekah.

Kadang-kadang . Timbul kekesalan dihati ana, sebab , walaupun tidak jauh tempat tinggal ana dengan pondok Tuan Guru ini , tapi tidak direzkikan menadah dengan beliau. Padahal ana tau, beliau mengajar kitab- kitab besar. Ilmu-ilmu alat.