Wednesday, August 11, 2010

sheikh firas

gmbar sheikh firas bersama guru beliau. beliau akan berziarah dibln ramdhan ini ke malaysia . imam lagi khatib masjid hajabiyah dimasq syria. hafiz lagi alim dibidang hadis , usul fiqh dan tawhid.

BIODATA SHEIKH FIRAS:

NAMA : AL FADIL AS SHEIKH FIRAS MUHAMMAD ZAHIR SULU AD DIMASHQI AS SHAMI AS SHAFI’I

AS SHEIKH FIRAS TELAH DILAHIRKAN DI DIMASHQ IBU NEGARA SYIRIA MANTIQOH MEDAN,PADA TARIKH 1/05/1976,DAN BELIAU MEMBESAR DI MANTIQOH MEDAN YANG MANA PADA KETIKA ITU MANTIQOH MEDAN TERKENAL SEBAGAI TEMPAT KELAHIRAN DAN BERLELUASA ULAMA-ULAMA SHAM.

BELIAU MEMULAKAN PENGAJIAN DI MADRASAH DIMASHQ SEHINGGALAH MELANJUTKAN PENGAJIANNYA DI AZHAR CAWANGAN SYIRIA.KEMUDIAN MELANJUTKAN PENGAJIANNYA LAGI DI JAMI’AH AL JINAN AL ALAMIYAH DI JUMHURIAH LUBNAN DAN MEMPEROLEHI IJIZAH DI DALAM BIDANG HADIS AS SYARIF.

ADAPUN PENGAJIAN TALAQI DAN KHUSUSI DI MASJID-MASJID ,AS SHEIKH TELAH MEMULAKAN PENGAJIANNYA SEJAK UMURNYA SEMBILAN TAHUN,IAITU SEMENJAK 26 TAHUN YANG LALU. DENGAN KURNIAAN ILAHI AS SHEIKH TELAH TAMAT MENGHAFAZ AL QUAAN DENGAN SEMPURNA KETIKA UMURNYA 14 TAHUN DISISI MUQRI’-MUQRI’ SHAM.

BERIKUT IALAH SEBAHAGIAN ULAMA’-ULAMA’ YANG MENJADI GURUNYA DIDALAM BIDANG BIDANG ILMU TERTENTU:

DI BIDANG ILMU TAUHID.

AL ALLAMAH AL MURABBI AS SHEIKH ADIB KALLAS RAHIMAHULLAH.

AL ALLAMAH AL MURABBI DOKTOR SAID RAMADHAN AL BUTHI.

AL AALIM AS SHEIKH ABDUL HADI AL KHARSA.

DI BIDANG ILMU FEKAH.

AS SHAFI’I SOGHIR AL ALLAMAH MUHAMMAD HASHIM AL MAJZUB.

AL AALIM SHEIKH ABDUL HALIM ABU SGHAIR.

AL AALIM AL FAQIH AS SHEIKH MUHAMMAD ASAD BAYYA’AH

DI BIDANG HADIS.

AL AALIM AS SHEIKH ABDUL HADI AL KHARSA

AL AALIM SHEIKH ABDUL QAADIR ARNAUT.

ULAMA’ MAKKAH : AL ALLAMAH AL MUHADDIS AL MURABBI AS SHEIKH MUHAMMAD ALWI AL MALIKI.

ULAMA’ MADINAH: AL ALLAMAH AL MUHADDIS AL MURABBI AS SHEIKH HABIB ZAIEN BIN IBRAHIM BIN SEMAIT.


AS SHEIKH IALAH SEORANG PENGAMAL YANG MENJALANI TARIQOH AS SYAZALIYYAH YANG DIAMBIL DARI TANGAN MURABBINYA AL ARIFIN BILLAH AL AALIM AL WALI AS SOOLEH MAULANA AS SHEIKH ABDUL RAHMAN AS SYAGOORI RAHIMAHULLAH.

BELIAU JUGA IALAH SEORANG KHOTIB DAN MUDARRIS DI MASJID-MASJID SEKITAR DIMASHQ SEMENJAK UMURNYA 14 TAHUN.


NEGERI-NEGERI YANG DIKUNJUNGI OLEH BELIAU.

UMMAN,EMIRATE,MAGHRIBI,JUNUB AFRIKA,JORDAN,QOTAR,BAHRAIN.

BELIAU TELAH MENGKHUSUSKAN PENGAJIANNYA DI DALAM BIDANG ILMU TAUHID,HADIS,LUGHAH ARABIAH,DAN FEQAH SHAFI’I.


PENGAJIAN-PENGAJIAN SEMASA YANG DI AJAR OLEH AS SHEIKH DIMASJID MASJID ANTARANYA:

USUL FIQIH- SYARAH WARAQAT,

MUSTHOLAH - MUQADDIMAH IBNU SOLAH DAN SYARAH NUKHBATUL FIKAR

FEQAH SHAFI’I- MINHAJU TOOLIBIN,

TAUHID- SYARAH AD DUSUKI DANSYARAH JAUHAR AT TAUHID

NAHU- SYARAH SYUZUZ ZAHAB

SIRAH- SIFATU SOFWAH,

HADIS- SYARH ARBAIN DAN DAN LAIN-LAIN.

PENGAJIAN-PENGAJIAN BELIAU TELAH DI HADIRI DARI SEJUMLAHAN BESAR DARIPADA

PELAJAR-PELAJAR LUAR TERUTAMANYA PELAJAR-PELAJAR DARI MALAYSIA,TURKI,RUSIA,

AFRIKA, BRITIAN DAN LAIN-LAIN NEGARA.

MUDAH-MUDAHAN ALLAH S.W.T MEMANJANGKAN UMUR BELIAU,

SENTIASA MENINGKATKAN MAKAMNYA DISISI ALLAH A.W.T, DAN MERAHMATINYA.

WALLAHHU A’LAM.



Tuesday, August 10, 2010