Saturday, July 13, 2013

[Ramadhan Al Mubarak 1434H] Marhaban Marhaban.. Ahlan Ahlan.. Wa Sahlan.. Ya Marhab

 
Bulan Ramdhan - sebagai pendidik (murabbi) yang sangat berkesan. Rahmat Allah yang melimpah ruah diturunkan dibulan Ramdhan telah membendung rohani dan jasmani insan untuk dihalakan kepada ibadat dan ubudiyyah.. Ahlan Wa Sahlan.. 
 
"Ya ALLAH daku berpuasa kerana Mu ya ALLAH..."
 
Assalamualaikum, dengan segala hormatnya.. Al Fadhil Tuan Guru Ust Haji Abd Raof serta Warga kerja pondoktampin mengucapkan Selamat menyambut Puasa Ramadhan bagi Tahun 1434H yang diberkati.
 
Utk renungan bersama :
a) Adab puasa di bulan ramadhan : sini
b) Nasihat : sini

c) Persoalan berkaitan Ibadah Puasa :
    i)Hukum-Hakam dlm berpuasa
    ii)Fidyah dan mengqadho puasa simati

Contoh doa/selawat sepanjang puasa :
 
Semoga semua Ibadat di Bulan Ramadhan ini diterima ALLAH SWT dan diampuni semua kesalahan dan dianugerahi kita Lailatul Qard... Amin ya rabb

Friday, July 12, 2013

HUkum-hukum dalam berpuasa.



Ada beberapa perkara berkenaan hukum fekah dalam kitab puasa yang saya hendak catitkan sedikit sementara ingat.

1. Tentang batalnya puasa. , bila seseorang yang sedang puasa dengan tidak sengaja , termasuk air kedalam rongga badan contohnya telinga atau mulut, walaupun sedang janabah, haid, nifas dan mandi Sunat- dipaip , pancuran air, telaga atau kolah dengan bersiram. Perlu diperhatikan , yang tidak batalnya , jika termasuk air mandi  dengan tidak sengaja kedalam rongga adalah ketika mandi dengan tidak menyelam sahaja- Kitab sabilul muhtadin , muka surat 140  juzuk kedua. maksudnya  , jika menyelam ?, hukumnya  batal puasa.

Nasnya : dalam Sabilal Muhtadin menyebut, "Adapun jika termasuk air ke dalam rongga orang yang mandi wajib seperti mandi haid atau nifas atau janabah atau mandi sunat maka TIDAK BATAL puasa dia dengannya." "Itupun jika dia tidak menyelam tatkala mandi. Jika dia menyelam lalu termasuk air ke dalam rongganya, tatkala itu BATAL puasa dia dengannya.

2. Adapun jika mandi bukan dengan Niat mandi wajib atau mandi Sunat, contohnya- hanya niat mandi berseronok, bersejuk-sejuk saja, jika termasuk air kerongga dengan tidak sengaja? . Hukumnya , batal puasa. Rujuk sabilul muhtadim di mukasurat yang sama.
Batal puasa pada masalah no 2 , walaupun mandi menyelam atau bersiram. Asalkan termasuk saja , batal lah puasa. Ini perkara patut sangat diperhatikan dibulan yang mulia ini.

 Nasnya : dalam Sabilal Muhtadin menyebut " Adapun jika termasuk air kedalam rongga yang mandi kerana menyejukkan badan atau kerana membersihkan dia atau termasuk air  pada  yang keempat kali daripada madmadhah atau istinsyaq maka batallah puasa dengan dia".

3. Tidak batal puasa jika hanya Korek lubang hidung contohnya dengan jari jika tidak sampai had di pangkal khaisiyum iaitu pangkal hidung. Sekalipun tidak elok korek hidung waktu puasa ni , lebih lagi korek korek depan manusia ramai. Ini masalah juga terdapat kekeliruan sebahagian orang sebab tidak faham ibarat ulamak - makruh berlebih-lebihan memasukkan air kedalam hidung ketika wudhu, ketika puasa- kenapa makruh sahaja, tidak haram?.  Itu menunjukkan tidak batal memasukkan sesuatu kedalam lubang hidung jika tidak sampai had yang membatalkan. wallahu a'lam.