(Maka diJawabnya) Bahawasanya tiada harus dilaknatkan dia yakni Yazid bin Saidina Muawiyah seperti mensarihkan Jamaah kerana ditegah Nabi s.a.w daripada melaknatkan atas orang yang sembahyang dan akan orang yang ia daripada Ahli Qiblat . Dan tiada menyalahi kata mutaakhrin muwafakat merekaitu atas harus laknat atas orang yang membunuh Saidina Husain atau yang menyuruh membunuhkan dia atau orang yang mengharuskan dia atau yang redho dengan dia kerana maknanya daripada bab yang disebut pada hadisلعن الله الخمرة وشاربها وساقيها وبائعها ومبتاعها وحاملحا
hingga akhir hadis riwayat Abu daud dan Ibnu Majah "Dan tiada sabit bahawasanya ia membunuh akandia dan tiada ia menyuruh dengan membunuh seperti barang yang mensarihkan jamaah , dan setengah daripadanya hujjatul Islam al Ghazali dan disebut pada kitabul Anwar dan tiada harus melaknat akan Yazid dan tiada boleh dikufurkan dia . Maka ia bahawasanya jumlah daripada orang yang mukmin , jika dikehendak Allah diberi rahmat dan jika dikehendak diseksanya dan menghikayatkan beberapa ia memuliakan Ali bin Husin hingga berpanjangan disebutkan ceritanya."- intaha furu' masail- m.s 10 juzuk satu- Sheikh Daud al fathoni.


