Pendidikan Hati (Qalbu).
Ketahuilah bahawa qalbu (hati) itu adalah Tuan . Ialah yang akan disoal tentang rakyatnya . Daripada Hati datanglah ibarat dan kepada Hati kembalilah isyarat
( fungsi-fungsi) bukan kepada junud (anggota) . Sesungguhnya segala ilmu-ilmu berkenaan dengan insan hanya membicarakan tentang hal-ehwal Hati saja .
Dan telah kukuh pada junud tabiat sedemikian kekuatan , maka dia (pendidik) dapat melemahkannya dengan mengurangkan makan dan berjaga malam . Olehitu akan menjadikan lemahlah hukum tabiat, dan Hati (qalbu) pun tidak akan condong kepada tabiat dan hukumnya . Maka masaalah seseorang salik pun akan menjadi betul dan seimbang tidak pincang (dalam perjalanannya) - al -budur al Baazighah - m.s 37. naskhah arab. cetakan india.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Coretan ana yang dhaif ini;
Ilmu yang seperti ini , bukan ilmu tawhid, bukan ilmu fekah , bukan ilmu hadis,bukan musthalah bukan ilmu hisab, bukan ilmu mantik, bukan ilmu aljebra,bukan ilmu alam, bukan ilmu kira kali campur... ilmu apa agaknya?..
kira-kira...ilmu tasawuf atau sufi atau tarekat lah yek . tahkik.. tahkik..tahkik...
Satu lagi "kuasa junud tabiat lebih kuat daripada Junud hati" - pada saya adalah satu penemuan kaedah baru dalam arena tasauf sufi tarekat. Saya tak pernah jumpa lagi dalam buku2 tasauf kenyataan yg sebegitu ... hanya dalam buduuru baazighah sahaja. Wallahu a'lm.
No comments:
Post a Comment