(Maka diJawabnya) Bahawasanya tiada harus dilaknatkan dia yakni Yazid bin Saidina Muawiyah seperti mensarihkan Jamaah kerana ditegah Nabi s.a.w daripada melaknatkan atas orang yang sembahyang dan akan orang yang ia daripada Ahli Qiblat . Dan tiada menyalahi kata mutaakhrin muwafakat merekaitu atas harus laknat atas orang yang membunuh Saidina Husain atau yang menyuruh membunuhkan dia atau orang yang mengharuskan dia atau yang redho dengan dia kerana maknanya daripada bab yang disebut pada hadis
لعن الله الخمرة وشاربها وساقيها وبائعها ومبتاعها وحاملحا
hingga akhir hadis riwayat Abu daud dan Ibnu Majah "Dan tiada sabit bahawasanya ia membunuh akandia dan tiada ia menyuruh dengan membunuh seperti barang yang mensarihkan jamaah , dan setengah daripadanya hujjatul Islam al Ghazali dan disebut pada kitabul Anwar dan tiada harus melaknat akan Yazid dan tiada boleh dikufurkan dia . Maka ia bahawasanya jumlah daripada orang yang mukmin , jika dikehendak Allah diberi rahmat dan jika dikehendak diseksanya dan menghikayatkan beberapa ia memuliakan Ali bin Husin hingga berpanjangan disebutkan ceritanya."- intaha furu' masail- m.s 10 juzuk satu- Sheikh Daud al fathoni.

3 comments:
macam mana boleh ali bin husin bukankah husin anak ali dan cucu kepada Rasulullah. Hadis ini benar ke palsu? kenapa ada hadis khusus untuk yazid pula? kalau nak menipu pun jangan tunjukkan kebodohan sangat.
Ali zainal Abidin bin Husin bin Ali Karamallahu wajhah. Yang terkenal sebagai sheikh Baakin..
Yazid memuji anak Saidina Husin. melayannya dengan baik. tidak bermusuh dengannya. itu bukti. bukan kebodohan.
Hadis-hadis tentang muawiyah, tidak ada satupun bukti yng menunjjukkan muawiyah dan yazid yang bunuh saidina Husin.
qoute- kalau anda cenderung kepada syiah. kembalilah. jgn beragama dengan agama yang meratap dan bersedih sepanjang hayat.
- kalau anda seorang yg cenderung fahaman wahabi, berserderhanalah dalam agama. sebab takkan kemana jua dalam hidup beragama , melainkan akan kembali kepada keserderhanaan.
- kalau anda seorang pendengki, maka carilah kerja yang lebih bermanfaat. umat islam sudah terlalu banyak masalahnya. cuba-cuba cari kerja yang dapat membantu umat tanpa menyentuh perasaan sesiapa, baik pribadi maupun kumpulan. buat kerja yang dapat bantu islam. akhirat Allah akan menilainya. jangan sibuk mencari siapa yang lebih , siapa yang kurang. buang masa. masa sangat berharga. wassalam.
betul tu ustaz , ana sokong btul tu.
Post a Comment