Showing posts with label Masalah-masalah Korban dan sembelihan. Show all posts
Showing posts with label Masalah-masalah Korban dan sembelihan. Show all posts

Thursday, August 02, 2018

Program ibadat korban dan akikah dipondoktampin pada aidil adha tahun ini


*Daurah Kitab al Alamah Al Sheikh Daud Al Fathoni - Bab Ibadah Korban & Akikah*

📆 18 Ogos 2018 (Sabtu)
⏰ 8.00 pg - 1.00 tgh
🏢 Surau Taman Jasmin
Jalan Jasmin 19, Taman Jasmin, 70450, Seremban, Negeri Sembilan
👳🏻 *Al-Fadhil Tuan Guru Sheikh Hj Abdul Raof Bin Nurin*
*(Timb YDP 1 Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia)*
*(Mudir Pondok Tampin)*

📍2.68629 , 101.99370599999997

Kami dengan ini menjemput tuan / puan menghadiri Daurah ini bagi memahami sendiri pengertian dan perlaksanaann ibadah korban mengikut pendapat Ulamak Muktabar.

Yuran : *RM35.00 sahaja*

🍱 Jamuan ringan disediakan
👨‍🎓 Sijil Penyertaan dari Kolej Komuniti Jempol

Sumbangan / infak amatlah dialu-alukan. Sumbangan boleh disalurkan ke :

2550 74 0000 3184 (RHB Bank)
*Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia Cawangan Negeri Sembilan*

Untuk Pendaftaran Online : https://tinyurl.com/ybgxszbvhttps://tinyurl.com/ybgxszbv

Untuk sebarang info sila hubungi

En. Azman Mahmood
☎ 012-6663042
💻 wasap.my/+60126663042/DaurahBabKorbanDanAkikah

Ustaz Muhammad Bin Nazlan
☎ 018-7698441
💻 wasap.my/+60187698441/DaurahBabKorbanDanAkikah

Tuesday, November 08, 2011

Takbir Ketika Sembelih Korban/ Akikah makruh?


Disunatkan ketika menyembelih 5 perkara
  1. Membaca bismillah.
  2. Selawat atas Nabi s.a.w
  3. Menghadap sembelihan kearah kiblat.
  4. TAKBIR.
  5. Doa mudahan diterima ibadat korbann/akikah .
Lihat Nasnya dalam kitab Kifayatul Akhyar Syarah Matan Ghoyah diatas : Berkenaan 'Takbir' - Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Kesimpulannya: Bertakbir ketika menyembelih haiwan korban/akikah tidak makruh , tetapi sebaliknya Ia ADALAH DISUNATKAN BERDASARKAN HADIS SAHIH AL-BUKHARI MUSLIM.

Monday, November 30, 2009

waktu korban



Perbuatan Sembahyang bukan syarat masuk waktu.

Sekalipun hadis tersebut sahih , tetapi disudut maknanya, kalau diperhatikan , kalimat "attamma" tidak juga boleh dijadikan bukti syarat masuk waktu korban , sebab "attamma" bermakna " telah menyempurnakan " maka yang sempurna tidak menafikan yang kurang sempurna. wallahu a'lam.

Wednesday, November 11, 2009

Selamat Aidil Adha.

Soalan biasa setiap kali tiba musim korban.

1. Bolehkan dikongsi korban dan akikah pada seekor lembu?

Jawab: Harus .

Nasnya: " Dan memadai seekor unta atau lembu atau kerbau daripada tujuh orang samaada sekelian mereka itu menghendaki akan korban atau tiada". - sabilul muhtadin juz 2 , m.s 224.

2. Masalah seorang ditanya " kambing apa tu?; dijawab tuannya" korban.". adakah jadi korban nazar atau tidak?.

Jawab: Tidak jadi korban nazar, masih tetap korban sunat. sebab tiada bentuk ta'yin. kecuali tuan kambing itu menjawab " Ini nak buat korban"., atau "kambing ini nak buat korban" maka jadi korban nazar/ wajib. Maksudnya, berhubung soalan diatas , mesti ada lafaz ta'yin, iaitu lafaz yang menunjjukkn dan menentukan yang ditunjukan kepada binatang tersebut adalah sebagai korban.

Nasnya: Sila rujuk kasyful litham.. syekh zainuddin al fathoni.

3. Adakah jadi syarat sah sembelihan korban mesti selepas sembahyang raya haji?.

Jawab: Tidak jadi syarat sah korban. hanya sunat dan waktu yang afdhal saja. Maka kalau disembelih selepas terbit matahari hari aidil adha ,sebelum sembahyang raya haji , sah sembelihan itu dan sah korbannya.

Nasnya: " Tiada wajib mendahulukan sembahyang a'id dan dua khutbahnya , hanya sunat ia kemudian daripada keduanya hingga dhuha segalah itu afdhal. Dan memadalah manakala keluar matahari dikira2kan kadar sembahyang dua rakaat dan dua khutbah yang ringan keduanya, masuk waktunya... " furu' masail .. juz 1 . m.s 263

Wednesday, November 08, 2006

Soalan dari LONDON , ENGLAND:


Binatang, sebelum disembelih, dikenakan kejutan eletrik pada kadar yang sangat sedikit, yang disebut STUNNING, binatang tersebut akan sedar setelah/ketika luka sembelihan dan biasanya akan melakukan gerakan yang kuat, bunyi, serta darah tersembur dari leher sembelihan, dapat disahkan ketika pengsan itu jantung tetap berdenyut seperti biasa.

ADAKAH HALAL lembu atau kambing sembelihan yang mengikut cara sembelihan tersebut?
..


Jawab: Allahumma, Hidayatan lil Showab..

Al Quran menggariskan peraturan bagi jenis-jenis binatang yang halal dan haram dan jenis-jenis kematiannya yang halal atau haram dimakan dalam surah al Maidah ayat 3:

حرمت عليكم الميتة والدم ولحم الخنزير وما أهل لغير الله به والمنخنقة والموقوذة والمتردية وانطيحة وما اكل السبع الا ما ذكيتم

Tafsirnya:
"Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah[1], daging babi, (daging binatang) yang disembelih kerana selain Allah [2], yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya[3]".

Note:

[1] ialah: darah yang keluar dari tubuh, sebagaimana tersebut dalam surat Al An-aam ayat 145.
[2] tujuan sembelihan untuk sembahan atau membesarkan atau taqarrub kepada selain Allah .
[3] maksudnya ialah: binatang yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk dan yang diterkam binatang buas adalah halal kalau sempat disembelih sebelum mati, iaitu mempunyai hayat mustaqirrah .

Berkata Ibnu Abbas: " apabila matanya melihat, atau kakinya menolak-nolak atau kakinya bergerak-gerak , maka kamu sembelih akannya, maka itu halal".

Cara sempat menyembelih , berkata ahli Tafsir " Jika kamu sempat jumpa hidupnya seperti matanya melihat atau ekornya bergerak-gerak , maka memakan binatang itu adalah HARUS dengan (syarat) disembelih akandia ketikaitu".


Tersebut dalam kitab Bughyatul Al Murtasyidin, fi talkhis fatawa badh' al aaimmath min ulama al mutakhririn.. karangan Baa Alawi- muka surat 256 cetakan Sulaiman Mar'ie, Singapore tahun 1371 h- 1952 m.

ومثله ع ش ولو جرح ذئب شاة فقطع بعض حلقومها ىبقيت حياة مستقرة فذبحت فى موضع الجرح وأتمهما حلت قاله أبو مخرمة. اه

Ertinya: Dan sepertinya[1] juga berkata Ali Syibramullisi. ( Jikalau seekor Serigala melukai kambing, maka terpotong sebahagian urat halkum kambing, padahal masih kekal "HAYAT MUTAQQIRRAH" [2], lalu disembelih pada tempat potong tersebut ,dengan menyempurnakan potong kedua urat (halkum dan mari) tersebut, hukumnya HALAL ia , telah berkata (halal sembelihan sepertiitu oleh Baa Makhramah)".

Note:
[1]. iaitu HALAL, seperti nukilan dalam kitab Tuhfah .
[2]. berada dalam kehidupan nyawa dalam bentuk yang tetap iaitu masih tetap bernyawa normal sekalipun akan mati juga tidak lama selepasitu. Lawannya HAYAT MAZBUH , iaitu kehidupan nyawa sembelihan, nyawa-nyawa ikan,keadaan bernyawa yang pasti akan mati sebentar lagi .

Baa Alawi menukilkan lagi dimuka surat yang sama:

مسألة ك : تعرف الحياة المستقرة بامارة كحركة شديدة بعد القطع أو الجرح أو تفجر الدم أو تدفقه أو صوت الحلق أو بقاء الدم على قوامه وطبيعته وتكفى الأولى وحدها وما يغلب على الظن ابقاؤها من الأخرات فان شك فكعدمها قاله فى التحفة

(Masalah Kaf) Dikenali Hayat Mustaqqirah dengan melalui tanda-tanda , seperti:

[1]gerakan yang kuat selepas putus (dua urat) atau (selepas) luka ,
[2] atau terpancar darah atau memancut,
[3] atau bersuara dari kerongkong , atau ..
[4] kekal darah didalam anggotanya dan keadaan asalnya.

Memadalah (penentuan hayat mustaqirrah dengan ) tanda yang pertama ( iaitu gerakan yang kuat) sahaja. Adapun tanda-tanda yang (3) lagi, (valid jika ada ) zan (berat sangka) masih lagi ada hayat maustaqirrah. Maka jika syak pada adanya hayat mustaqirrah maka dianggap tiada hayat mustaqirrah (iaitu dihukumkan hayat mazbuh saja). Ibnu Hajar berkata seperti itu dalam Tuhfah.


Kesimpulan:

Kenyataan- kenyataan tersebut menunjjukkan stunning yang menjadikan binatang pengsan sehingga selesai sembelihan dan mati terus tanpa terdapat tanda-tanda hayat mustaqqirah adalah menjadikan binatang tersebut bangkai, haram dimakan.

Sebaliknya , binatang yang disembelih menurut kaedah stunning yang sifatnya seperti dinyatakan dalam soalan , iaitu masih lagi mempunyai ciri-ciri HAYAT MUSTAQQIRAH , maka ia adalah HALAL dimakan oleh Muslimin. Wallahua'lam.