Wednesday, November 11, 2009

Selamat Aidil Adha.

Soalan biasa setiap kali tiba musim korban.

1. Bolehkan dikongsi korban dan akikah pada seekor lembu?

Jawab: Harus .

Nasnya: " Dan memadai seekor unta atau lembu atau kerbau daripada tujuh orang samaada sekelian mereka itu menghendaki akan korban atau tiada". - sabilul muhtadin juz 2 , m.s 224.

2. Masalah seorang ditanya " kambing apa tu?; dijawab tuannya" korban.". adakah jadi korban nazar atau tidak?.

Jawab: Tidak jadi korban nazar, masih tetap korban sunat. sebab tiada bentuk ta'yin. kecuali tuan kambing itu menjawab " Ini nak buat korban"., atau "kambing ini nak buat korban" maka jadi korban nazar/ wajib. Maksudnya, berhubung soalan diatas , mesti ada lafaz ta'yin, iaitu lafaz yang menunjjukkn dan menentukan yang ditunjukan kepada binatang tersebut adalah sebagai korban.

Nasnya: Sila rujuk kasyful litham.. syekh zainuddin al fathoni.

3. Adakah jadi syarat sah sembelihan korban mesti selepas sembahyang raya haji?.

Jawab: Tidak jadi syarat sah korban. hanya sunat dan waktu yang afdhal saja. Maka kalau disembelih selepas terbit matahari hari aidil adha ,sebelum sembahyang raya haji , sah sembelihan itu dan sah korbannya.

Nasnya: " Tiada wajib mendahulukan sembahyang a'id dan dua khutbahnya , hanya sunat ia kemudian daripada keduanya hingga dhuha segalah itu afdhal. Dan memadalah manakala keluar matahari dikira2kan kadar sembahyang dua rakaat dan dua khutbah yang ringan keduanya, masuk waktunya... " furu' masail .. juz 1 . m.s 263

2 comments:

y.mercury said...

salam. tuan, benarkah kata2 tuan bahawa sah korban sebelum solat raya? kerana nabi bersabda:

barangsiapa yg sembelih sblum solat, hendaklah dia ulanginya [sahih bukhari]

barangsiapa yg sembelih sblum solat, maka dia hanya menyembelih utk dirinya, barangsiapa yg sembelih selepas solat, maka dia telah menyempurnakan manasiknya [sahih bukhari]

mohon pencerahan. terima kasih

Editor said...

Telah dirujuk pada sabilal muhtadin, maka disebut waktu sembelihan kemudian daripada sembahyang hari raya aidil adha dan dua khutbah.