Thursday, December 13, 2012

Mawazanah- Sheikh Dr Nuruddin Ittir


Al Allamah Doktor Sheikh Nuruddin Ittir




 Nama lengkap beliau:  Nuruddin Muhammad Hasan 'Itr. Lahir di Halab  (Alleppo) (Sebuah daerah di wilayah Syam, Syria sekarang) pada tahun 1937 M / 1256 H.

 Permulaannya beliau berguru dengan Ayah beliau, kemudian Datuknya Sheikh Al-Muhaddits Najib Siraj Al-Husaini. Kemudian  ke Al Azhar meraih Ijazah Kedoktoran dalam bidang Hadis. 

Mengajar di Universiti Islam MAdinah, kemudian Universiti  Damsik.

Buku Mustolah karangn beliau:

1. Al-Imam at-Tirmidzi wa Al- Muwazanah bayna Jami'ahu wa Shohihain

2. I'lamul Anam ( Kitab penjelasan hadits-hadits dalam kitab Bulughul Maram )

3. Syarah 'Ilal At-Tirmidzi

4. Manhaj An-Naqd fi ulum Al-Hadits

5. Al-Mughni fi Ad-Dlu'afa li Al-Imam Adz-Dzahabi
6. Tahkik beliau atas kitab Nuzhatun Nazhor Karya Imam Ibn Hajar Al-Asqalani

Monday, December 10, 2012

Pandangan Sheikh Shuib Arnaut atas Neraca timbangan.



Sheikh Shuib Arnaut... Pernah berguru dengan  Sheikh Abdul Qodir Arnaut... Salafiyyun Layyinuun. 

Tidak syadid seperti Sheikh Nasharuddin al Bani.

Begitu juga dengan Sheikh Shuib Arnaut ni... Alim, lagi wari'., Salafiyy Layyiin.... mempunyai karangan menarik berkenaan ilmu hadis, mentahkikkan kitab2 hadis besar2, seperti Sunan Abi Daud, Ibn Hibban bi Tartib  Ibn balban... berbelas2 juzuk.. tabarakallah . Saya meminati komentar2 beliau tentang Hadis2 walau pun dalam banyak perkara saya tak ikut pendapat beliau terutama dalam bidang asas agama, tawhid, fekah , tasawuf.... 

Usaha beliau mengorek naskhah2 Sunan Tarmizi contohnya patut dihargai...
Penemuan2 beliau terhadap naskhah2 yang ikhtilaf memang sangat berguna. Jazahullah khoir.

Kita sedia maklum, Kalau Naskhah Bukhari ada rujukannya  naskhah Yanini yang dicetak di Turki Asalnya , begitu Muslim telah ada kamus ikhtilaf naskhahnya.. adapun Jamik Tarmizi masih berselerak lagi rujukannya..



Pernah ditanyai Sheikh Samer Nass tentang usha-usha Sheikh Shuib Arnaut , beliau jawab, boleh bekira,,, (ya'ni).. walaupun ada perkara Sheikh Shuib Arnaut tak patut sentuh,  Sheikh Nuruddin Ittir  pun  ada beri pandangan sikit tentang S.Shuib  menurut Sheikh Samer... 

Allah, Allah.. kalaulah Sheikh Nuruddin Ittir sendiri dpt mentahkikkan Sunan sittah, Musnad Ahmad dan Sahih Ibn Hibban alangkah bagusnya...


........... Allahu Musta'an.


Contoh perkara yang Sheikh Shuib komen yang tidak  sesuai dengan kita... Beliau kata Imam Tarmizi maksudkan "Makruh" dalam setiap ulasan hadis dalam Jamik Tarmizi adalah bererti HARAM. ...dan itu juga maksud  itlak kalimat MAKRUH  Imam Mazhab kita Shafie, tapi orang kemudian telah ubah makna makruh tu tak mesti makna haram, maka masuk juga makna "perkara yang tanzih , tinggal yg awla,  tapi tak haram" iaitu makruh seperti dalam istilah  usul fikah kita.. ini sudah bertentangan dengan fahaman kita..

Allah A'lam.



Harapkan Allah permudahkan Sheikh kita, Sheikh Samer Nass mengarang Tahkik Jamik Tarmizi .. mudah2an lapang hati kita........Amin amin..


Sunday, December 09, 2012

Metod Penulisan Sunan Sittah - Ibn Majah


 Adapun Ibnu Majah- Maka kitab beliau memberi manfaat yang sangat kuat dalam bidang Fikah sepert yang disebut oleh Ibnu Atsir. Tetapi didalamnya terdapat hadis2 dhoif bahkan  Hadis2 Munkar.

Abu Abdullah bin Ryusyaid menyebut: Kitab Ibnu Majah, mana2  yang tunggal (satu jalan riwayat sahaja)  meriwayatkan hadisnya dari perawi2 yang dituduh dusta dan sariq hadis, yang mana sebahagiannya terdapat hadis2 yang perawinya tidak dikenali (majhul) melainkan dari pihak mereka  sahaja, seperti   Habib bin Abi Habib - juru tulis Imam Malik, al Alaa bin Zaid, Daud bin al Muhabbar, Abdullah al Wahhab bin al Dahhak, Ismail bin Ziyad as Sakuuni, Abdus Salam bin Abi al Janub dan selain mereka.
Abu Zura'ah telah menghukumkan banyak hadis2 dalam Ibnu Majah sebagai Batil, Saqith, atau Munkarah. Demikian telah dihikayatkan dalam kitab al Ilal karangan Ibn Abi Hatim. 

Kami berpendapat: Dikeranakan jika  ketunggalannya (Ibn Majah) meriwayatkan hadis dhoif jadi Dhoif hadis tersebut,  Ramai ulamak hadis tidak menambahkan jumlah kitab2 hadis yang Sahih melebihi 5 buah sahaja. Iaitu tidak termasuk Ibnu Majah.

Al Hafiz Solahuddin al Alaai berkata: Sepatutnya dibilang kitab yang keenam adalah Sunan Darimi pengganti Ibnu Majah sebab didalam Sunan Darimi sangat sedikit perawi2 yang dhoif, sedikit sangat hadis2 yang Munkar dan Syazz. Sekalipun terdapat didalamnya Hadis2 mursal dan Hadis2 Mawquf. Maka sebab itu Kitab Sunan Darimi lebih utama dari Ibnu Majah. 

Ibnu Hajar al Asqolani pula mengatakan : Sebahagian ahli Ilmu membilang Sunan yang keenam adalah al Muwatak karangan  Imam Malik  seperti yang telah dicontohi oleh as Sarqusthi dan telah diikuti oleh Ibnu Atsir didalam kitab Jami' Ushul .

Ibnu Hajar juga telah menyebut: Orang pertama yang memasukkan Ibnu Majah kedalam Sunan Sittah yang jadi Asas sumber agama, adalah Abu Fadhal Ibnu Tohir, dengan cara memasukkan  kitab Hadis Ibnu Majah kedalam Athraaf  (Ensiklopedia hadis ) beliau. Begitu juga  dalam  kitab "Syuruth aimmah sittah ", . al Hafiz Abd Ghani alMuqaddisi dalam "al Kamal fi asmaair Rijal",  yang telah menyaringkannya oleh al Mizzi ...


Sebab dimasukkan Ibnu Majah kedalam Sunan Sittah.

Ibnu Hajar al Asqolani  menyebut: Ibnu Tohir telah menyisihkan al Muwatak lalu membilang Ibnu Majah kedalam Sunan Sittah, kerana keadaan al Mawatak hanya menambah sedikit sahaja  hadis2 Marfu kedalam Sunan yang lima. Berbanding Ibnu Majah, yang telah mengumpulkan hadis2 marfu dalam jumlah yang besar. Maka  maksud dan tujuan para ulamak memasukkan Ibnu Majah kedalam Sunan yang Enam adalah untuk memperbanyakkan hadis2 yang Marfu  bersama  himpunan  Sunan yang lima. Wallahu A'lam.

 





Metod Penulisan Sunan Sittah - Sunan Nasaie

Adapun Kitab Nasaie, mementingkan ketelitiannya dengan membanyakkan jalan riwayat (thuruq)  hadis dan berlainan orang yang menukilkannya.

Abu Abdullah bin Ryushyaid berkata dalam kitab beliau : Kitab Nasaie adalah satu pembahruan cara karangan kitab2 hadis sunan. Karangan yang lebih elok dan susunan yang terbaik. Seolah2nya kitab Nasaie telah menghimpunkan dua metod iaitu Metod Bukhari dan metod Muslim   serta sebahagian besarnya disertai  keterangan ilat2  setiap hadisnya.
Kesimpulannya , Hadis2 dalam Kitab al Mujtaba Imam Nasaie sangat sedikit terdapat Hadis2 Dhoif dan perawi2 yang dimajruhkan ( dikritik).

Nukilan Ibnu Ryushyaid ini juga telah dicatit oleh Ibn Hajar al Asqolani dalam Nukat Ibn Sholah  dan Imam  Sayuthi dalam Kitab Zuhr  beliau- ta'lik Nasaie..


MetodSunan Sittah..