Sunday, December 09, 2012

Metod Penulisan Sunan Sittah - Sunan Nasaie

Adapun Kitab Nasaie, mementingkan ketelitiannya dengan membanyakkan jalan riwayat (thuruq)  hadis dan berlainan orang yang menukilkannya.

Abu Abdullah bin Ryushyaid berkata dalam kitab beliau : Kitab Nasaie adalah satu pembahruan cara karangan kitab2 hadis sunan. Karangan yang lebih elok dan susunan yang terbaik. Seolah2nya kitab Nasaie telah menghimpunkan dua metod iaitu Metod Bukhari dan metod Muslim   serta sebahagian besarnya disertai  keterangan ilat2  setiap hadisnya.
Kesimpulannya , Hadis2 dalam Kitab al Mujtaba Imam Nasaie sangat sedikit terdapat Hadis2 Dhoif dan perawi2 yang dimajruhkan ( dikritik).

Nukilan Ibnu Ryushyaid ini juga telah dicatit oleh Ibn Hajar al Asqolani dalam Nukat Ibn Sholah  dan Imam  Sayuthi dalam Kitab Zuhr  beliau- ta'lik Nasaie..


MetodSunan Sittah.. 







No comments: