Adapun Ibnu Majah- Maka kitab beliau memberi manfaat yang sangat kuat dalam bidang Fikah sepert yang disebut oleh Ibnu Atsir. Tetapi didalamnya terdapat hadis2 dhoif bahkan Hadis2 Munkar.
Abu Abdullah bin Ryusyaid menyebut: Kitab Ibnu Majah, mana2 yang tunggal (satu jalan riwayat sahaja) meriwayatkan hadisnya dari perawi2 yang dituduh dusta dan sariq hadis, yang mana sebahagiannya terdapat hadis2 yang perawinya tidak dikenali (majhul) melainkan dari pihak mereka sahaja, seperti Habib bin Abi Habib - juru tulis Imam Malik, al Alaa bin Zaid, Daud bin al Muhabbar, Abdullah al Wahhab bin al Dahhak, Ismail bin Ziyad as Sakuuni, Abdus Salam bin Abi al Janub dan selain mereka.
Abu Zura'ah telah menghukumkan banyak hadis2 dalam Ibnu Majah sebagai Batil, Saqith, atau Munkarah. Demikian telah dihikayatkan dalam kitab al Ilal karangan Ibn Abi Hatim.
Kami berpendapat: Dikeranakan jika ketunggalannya (Ibn Majah) meriwayatkan hadis dhoif jadi Dhoif hadis tersebut, Ramai ulamak hadis tidak menambahkan jumlah kitab2 hadis yang Sahih melebihi 5 buah sahaja. Iaitu tidak termasuk Ibnu Majah.
Al Hafiz Solahuddin al Alaai berkata: Sepatutnya dibilang kitab yang keenam adalah Sunan Darimi pengganti Ibnu Majah sebab didalam Sunan Darimi sangat sedikit perawi2 yang dhoif, sedikit sangat hadis2 yang Munkar dan Syazz. Sekalipun terdapat didalamnya Hadis2 mursal dan Hadis2 Mawquf. Maka sebab itu Kitab Sunan Darimi lebih utama dari Ibnu Majah.
Ibnu Hajar al Asqolani pula mengatakan : Sebahagian ahli Ilmu membilang Sunan yang keenam adalah al Muwatak karangan Imam Malik seperti yang telah dicontohi oleh as Sarqusthi dan telah diikuti oleh Ibnu Atsir didalam kitab Jami' Ushul .
Ibnu Hajar juga telah menyebut: Orang pertama yang memasukkan Ibnu Majah kedalam Sunan Sittah yang jadi Asas sumber agama, adalah Abu Fadhal Ibnu Tohir, dengan cara memasukkan kitab Hadis Ibnu Majah kedalam Athraaf (Ensiklopedia hadis ) beliau. Begitu juga dalam kitab "Syuruth aimmah sittah ", . al Hafiz Abd Ghani alMuqaddisi dalam "al Kamal fi asmaair Rijal", yang telah menyaringkannya oleh al Mizzi ...
Sebab dimasukkan Ibnu Majah kedalam Sunan Sittah.
Ibnu Hajar al Asqolani menyebut: Ibnu Tohir telah menyisihkan al Muwatak lalu membilang Ibnu Majah kedalam Sunan Sittah, kerana keadaan al Mawatak hanya menambah sedikit sahaja hadis2 Marfu kedalam Sunan yang lima. Berbanding Ibnu Majah, yang telah mengumpulkan hadis2 marfu dalam jumlah yang besar. Maka maksud dan tujuan para ulamak memasukkan Ibnu Majah kedalam Sunan yang Enam adalah untuk memperbanyakkan hadis2 yang Marfu bersama himpunan Sunan yang lima. Wallahu A'lam.
No comments:
Post a Comment