Monday, October 27, 2008


Banjir: OIC gesa negara anggota bantu Yemen

beberapa buah kenderaan terkandas apabila sebuah jambatan di Lembah Sayoun, tenggara Yemen runtuh dilanda banjir, kelmarin.
- Reuters


DUBAI 26 Okt. - Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Profesor Ekmeleddin Ihsanoglu menggesa negara anggota, penderma, pertubuhan kemanusiaan dan institusi kewangan dari seluruh dunia Islam supaya tampil menyalurkan bantuan kepada Yemen yang kini dilanda banjir besar.

Beliau turut mengarahkan Jabatan Hal Ehwal Kemanusiaan OIC supaya menggerakkan kempen kemanusiaan bagi membantu penduduk negara itu.

"Setiausaha Agung menyuarakan rasa simpati kepada kerajaan dan penduduk Yemen berikutan banjir besar yang berlaku sehingga menyebabkan krisis kemanusiaan khususnya di Hadramaut dan Mahra," kata Ekmeleddin dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menyifatkan banjir di Yemen sebagai bencana negara berikutan jumlah kematian dan kemusnahan besar yang dialami oleh penduduk negara itu.

Banjir itu turut menjejaskan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan tenaga dan pengagihan bekalan air bersih.

Justeru, beliau turut menggesa masyarakat antarabangsa tampil menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Yemen yang terjejas dalam bencana tersebut.

Sementara itu, jumlah korban dalam banjir di Yemen kini mencapai 61 orang dengan lebih 1,700 rumah turut musnah kebanyakannya di wilayah Mouhara dan Hadramut.

Menurut Ketua Polis wilayah Hadramut, Hamid el-Kharashi, angka korban dan kemusnahan dijangka terus meningkat kerana masih ramai penduduk dilaporkan hilang.

"Selain itu, beratus-ratus lagi penduduk dilaporkan masih terperangkap dalam banjir besar dan sukar untuk dihubungi," katanya.

Beliau berkata, banyak rumah di Hadramut yang merupakan wilayah terbesar di Yemen, musnah teruk kerana kebanyakannya diperbuat daripada tanah liat.

Kerajaan Yemen dilaporkan sedang bertungkus-lumus untuk menghantar bantuan kepada mangsa yang terperangkap selepas banjir merosakkan banyak jalan raya dan menyulitkan pengagihan bantuan.

- Agensi

Sunday, October 26, 2008

Kenduri Arwah lagi...

Mekah banjir...



-->
Ada setengah orang menuduh Tuan-tuan Guru pondok telah tergesa-gesa mensahihkn hadis kenduri 7 hari Imam Sayuthi tersebut?. Siapa pula yang tergesa-gesa mensahihkan hadis yang memang telah telah disahihkan oleh Imam Sayuthi itu. Yang mana Imam Sayuthi telah menyatakan kesahihannya berdasarkan kaedah-kaedah ilmiah. Bukan fikiran rasa-rasa taksub pada pendapat sendiri. Kalau pembantah cuba untuk menolak pentashihan Imam Sayuthi tersebut, silakan dan cuba lah buat sedaya upayanya dengan apa jalan pun. Habis bahas pun akan berakhir juga dengan kesimpulan itu perkara 
ikhtilaf yang telah diizinkan oleh Syariat Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w


Ada pula setengah yang lain pula cuba mentarjih dan tajrih hadis A’shim Kulaib tersebut , mana yang mahfuzh , mana yang tidak mahfuzhnya…. Dan dikomentari dengan ayat-ayat yang seolah-olahnya hadis Ashim bin Kulaib itulah semata-mata tunjang dalil kenduri arwah yang diamalkan masyarakat?..


Tak ada sesiapa pun dikalangan ulamak yang mengharuskan kenduri tahlil arwah dengan semata-mata berteraskan hadis ‘ashim tersebut. Hadis tu sebahagian dalil sokongan. Bukan asasnya. Lagi pula pendapat dan komen para muhadisin terhadap status hadis yang menyebut “penyeru isteri mayat” dengan muqayyad itu telah berikhtilaf ulamak. Ada yang mensahihkannya bukannya takde seperti dakwaan pembantah. Jadi apa salahnya beramal dengan hadis-hadis yang begitu. Ke saja nak taksub ke pendapat sendiri?..


Ini perbahasan berkenaan hadis-hadis yang seperti ini yang sangatlah panjang. Kalau nak meluaskan pengetahuan rajin-rajin lah membelek kitab-kitab musthalah dan usul fikah.