Saturday, July 06, 2013

TUAN GURU BESAR PONDOK SELIGI, PASIR MAS , KELANTAN, meninggal dunia.

Dukacitanya yang bersangatan dimaklumkan , telah kembali kerahmat Allah , Tuan Guru Pondok Seligi- Baba Hamid pada petang khamis kelmarin dan telah disemadikan sebelum sembahyang jumaat semalam. Beliau merupa ulamak tua , yang sangat mahir ilmu Tawhid , sempat belajar dengan Pak Da eil Mekah. Rakan seperjuangan Guru saya al marhum Tuan Guru Haji Yahya pondok kampong teluk. Penah sekali beliau datang ziarah ke pondok tampin dan mencurahkan ilmu dan nasihat yang bernas.. Semuga Allah cucuri rahmatNya keatas roh beliau, kasihani beliau, masukkan beliau kedalam gulungan solihin... amin amin... ya robbal alamin.. al fatihah kepada ruh beliau.. 


 TUAN GURU BESAR PONDOK SELIGI, PASIR MAS , KELANTAN, meninggal dunia.


 TUAN GURU HAJI HAMID BIN HAJI DAUD. MENINGGAL JAM 7.55 MALAM , SELEPAS MAGHRIB , HARI KHAMIS MALAM JUMAAT.


Tahlil Arwah dan Bacaan Quran untuk Arwah sepanjang Ramdhan

Kepada sesiapa yang hendak berkongsi untuk buat tahlil arwah sepanjang ramadhan ini     yang akan dibuat dipondoktampin sila dapatkan borang penyertaan dengan emailkan alamat email anda ke pondok_tampin@yahoo.com. Syukran.