Monday, June 19, 2017
inhalear batal puasa
Membatalkan puasa bila zat semburan dari inhalear masuk kedalam rongga mulut melebihi had makhraj kha'. Fatwa ini maklum diketahu ramai masyarakat Malaysia.
masalah sembahyang witir dan terawih.
1. Soal : Jika sesorang sembahyang Terawih 4 rakaat 1 salam, adakah boleh dan sah Terawikhnya.
Jawab: Tidak boleh buat Terawih 4 rakaat 1 salam dan tidak sah sembahyangnya tersebut jika sengaja dia buat begitu. Sah dan jadi sembahyang itu sembahyang sunat mutlak , tidak jadi sembahyang Terawikh jika dia tidak tahu larangan dibuat dengan 1 salam.
Alasan : Khilaf bagi yang di Syara'kan. Kerana Terawih menyerupai sembahyang Fardu sepertimana asal di waridkan dia, maka tiada boleh berlaku perubahan dari asal mula diwaridkan kaifiat CARA RAKAAT sembahyangnya.
Rujukan:
a.Kitab Hadaiqul al Shalawaat , karangan al Alim al Allamah Haji Muhammad husien bin Abdul lathif al Fathoni yang terkenal dengan gelaran Tok Kelaba.
b. Sabilul Muhtadin- Sheikh Arshad al Banjari.
c. Furu' Masail.- Sheikh Daud al Fathoni.
a. Muka surat 158, juzuk ke dua Tok Kelaba menulis:
(( (Dan) Jikalau sembahyang ia empat rakaat dengan satu salam nescaya tiada SAH ia, jika ada ia senghaja lagi mengetahui . Dan jika TIADA, nescaya jadilah ia NAFAL YANG MUTLAK , kerana menyalahi bagi yang di SYARA'kan dengan bersalahan sunat zohor dan asar seperti barang yang telah difatwa dengan dia oleh Mushannif yakni Imam Nawawi .
Dan difaraq kan antara keduanya dengan bahawasa Terawikh itu menyerupa ia akan segala fardhu seperti barang yang telah lalu ia MAKA TIADA BERUBAH IA DARIPADA BARANG YANG TELAH DATANG . )).
- Muka surat 130 , Tok Kelaba menulis juga: Dan Hanya sesungguhnya tertegah oleh Himpun empat pada Terawikh kerana bahawasnya MENYERUPA IA AKAN SEGALA FARDHU DENGAN TUNTUT JEMAAH PADANYA.
2. Soal : Bolehkah Sembahyang Witir dan Sembahyang Terawih diQadhokan bila tinggal dengan sengaja atau tidak sengaja?.
Jawab:Sunat diQadhokan .
Alasannya: Kerana wujud hadis2 Sahih Nabi s.a.w pernah mengqadhokan sembahyang2 sunat berwaktu seperti sembahyang sunat Qobliyah.
Rujukan: Kitab Hadaiqul al Shalawaat , karangan al Alim al Allamah Haji Muhammad Husien bin Abdul Lathif al Fathoni yang terkenal dengan gelaran Tok Kelaba.
Muka surat 141 juzuk ke 3 , beliau menulis:
((Sunat Qadho sembahyang sunat yang berwaktu.)).

Labels:
ilmu FEQAH,
Masalah-masalah Sembahyang,
Tok Kelaba
Sunday, June 18, 2017
Tok Kelaba menurut T.G Haji Wan Saghir
al marhum Haji Wan Saghir bin Wan Abdullah menulis dlm salah satu lama beliau:
Karya Fiqh Haji Muhammad Husein bin Abdul Lathif (Tok Kelaba)
Murid Sheikh Ahmad al-Fathani, juga murid Sheikh Muhammad bin Ismail al-Fathani bernama Haji Muhammad Husein bin Abdul Lathif atau lebih terkenal dengan gelaran Tok Kelaba (1280 H/1863 M-1367 H/1947 M).
Beliau menyusun beberapa kitab dalam bahasa Arab dan bahasa melayu. Kitab fiqhnya yang terbesar ialah Hadaiqus Shalawat fil Khalawat wal Jalawat. Manuskrip kitab ini ada dalam simpanan penulis, dan merupakan kitab yang terbesar karya Tok Kelaba, yang melebihi 2,000 halaman.
Halaman sebenar tidak diketahui kerana sekian banyak halaman pada bahagian akhir rosak dan ada yang hilang. Perbicaraan khusus kitab ini adalah mengenai sembahyang yang dilengkapi dengan berbagai-bagai sembahyang sunat, perbahasan secara teliti berbagai-bagai wirid, doa, hizib, zikir, selawat dan lain-lain.
..T.G Haji Wan.
Labels:
ilmu FEQAH,
Masalah-masalah Sembahyang,
Tok Kelaba
Subscribe to:
Posts (Atom)