Saturday, January 19, 2008

Kepentingan Bertalaqqi dan Bersanad.

Berkata Abu Hayyan alAndalusy:

يظن الغمر أن الكتب تهدى * أخا جهل لادراك العلوم

وما يدرى الجهول بأن فيها * غوامض حيرت عقل الفهيم

اذا رمت العلوم بغير شيخ * ضللت عن الصراط المستقيم

وتلتبس الأمور عليك حتى * تصير أضل من توما الحكيم

Menyangkalah orang yang tak berpengalaman akan
bahawa kitab-kitab/buku-buku (semata-mata) boleh


menunjuki sijahil bagi mendapatkan ilmu-ilmu.
padahal tidaklah mengetahui oleh sijahil bahawa


Sesungguhnya didalamnya (kitab-kitab/buku-buku)terdapat
perkara yang rumit,menghairankan aqal ahli kefahaman.

Apabila engkau capai ilmu tanpa berguru,
sesatlah engkau dari jalan yang lurus.

dan samarlah segala perkara atasmu sehingga,jadilah
engkau keciciran dari anting2 si-bijaksana.

Wednesday, January 16, 2008

al-Munqiz -Imam Ghazali mengiktiraf Tasawuf/sufi sebaik2 Cara Pembersihan Jiwa

Selalu kedengaran dikatakan orang (padahal hanya silap memahami kata2 Imam Ghazali dalam al-munqiz dan Iljam ilmi kalam) bahawa Ilmu Kalam/Tawhid telah dimasuki falsafah adalah pendapat Imam ghazali dalam kitab Al Munqiz min al-Dhalal beliau, tapi orang selalu juga lupa bahawa Imam Ghazali didalam al Munqiz juga telah mengiktiraf Ilmu tasawuf/tarikat sufi sebagai cara terbaik dan terbersih untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t... wallahu ala maa naqulu Waakiil ...adapun jika berlaku penyimpangan dari asas-asas agama oleh mereka yang mendakwa sebagai sufi/tarekat?, maka ia merupakan kepincangan dipihak pengamalnya, bukan doktrin asas keilmuan itu sendiri. Jadilah kita umat yang menasihat dan membimbing bukan umat penghukum. Wallahu a'lam.

Sunday, January 13, 2008

Siri 3. Fahaman Yang Sahih pada al-Sunnah dan al-Bid'ah.


Perhatikanlah dan telitilah pada hadis yang pertama lawan bagi- "Perkara baru (al-muhdath) dan al-Bid'ah" – adalah- "Petunjuk Nabawi"-, dan bahawa petunjuk Rasul adalah sebaik-baik petunjuk . dan sejahat-jahat perkara baru yang bertentangan bagi petunjuk adalah bid'ah.

Hadis yang kedua ini :
.عليكم بسنتي وسنة الخلفاء … الخ
. واياكم ومحدثان الأمور فأن كل محدثة بدعة
dan pada hadis yang ketiga – "al-Sunnah yang baik (al-sunnah al-Hasanah)"- dilawankan -dengan "al-Sunnah yang buruk ( al-Sunnah al-Sayyiah)";

من سن سنة حسنة ومن سن سنة الحسنة مقابل بالسنة السيئة من سن سنة حسنة ومن سن سنة سيئة
Oleh itu, "al-Sunnah" yang disebut diawal hadis-hadis tersebut adalah merupakan "Asal" atau punca , sedangkan perkara yang keluar atau terbit atau dikatakan furu' dari asalnya,disebut
"al-Bida'h".


Kemudian marilah kita menyelidik , apakah yang dimaksudkan dengan "al-Sunnah" yang telah dilawankan dengan pasangannya "al-Bid'ah" didalam hadis riwayat al-Irbadh tersebut?.


"Al-Sunnah" pada sisi bahasa Arab dan disisi Syara' bermakna "al-Thoriqah" iaitu "Petunjuk Rasul s.a.w" . Pentakrifan begitu sebenarnya adalah yang paling tepat sebab ianya telah diambil dari sisi pihak matan Hadis-hadis tersebut sendiri .

Lihatlah saja pada kalimat dalam hadis Jabir :
من دعا إلى هدى
(Sesiapa yang telah menyeru kepada "Petunjuk" Rasul s.a.w )…

Satu lagi pada hadis Sahih yang Masyhur :
لتتبعن سنن من قبلكم

(Nanti kamu akan mengikuti sunnah-sunnah mereka yang terdahulu dari kamu)

- maksudnya - Thoriqah mereka- .

Demikian juga hadis: (Sesiapa yang melakukan satu SUNNAH yang baik didalam Islam…(Sebaliknya) sesiapa yang melakukan satu SUNNAH yang jahat) iaitu maksudnya adalah "Thoriqah- seperti makna-makna hadis dulu juga..

Maka Thoriqah Rasul s.a.w adalah PetunjukNya (al-Huda), samada menerimanya atau menolaknya adalah disebut juga al-Sunnah yang yang dimaksudkan dan ditafsirkan oleh hadis Jabir r.a dengan - Sunnah yang Baik- dan Sunnah yang jahat- iaitu Thoriqah yang baik atau Thoriqah kejahatan atau Petunjuk yang baik dan Petunjuk yang jahat. Disebut juga method.

Mendefinasikan al-Sunnah dalam hadis-hadis tersebut dengan makna-makna lain , seperti mana definasi "al-Sunnah" dalam ilmu Musthalah dan ilmu Usul Fiqh atau ilmu Fiqh , adalah kekeliruan yang membawa kepada bencana yang dahsyat dalam arena keilmuan.

1.Takrif al-Sunnah disisi ilmu Musthalah memaksudkan "hadis-hadis".

2.Takrif al-Sunnah disisi ilmu Fiqh dan Usulnya, bermaksud Muqobil (lawanan) bagi "al-Waajib".

Kedua-dua bentuk takrifan tesebut adalah bertentangan dan tidak menepati kehendak-kehendak hadis-hadis yang berkaitan. Kerana takrif al-Sunnah pada sisi kedua-dua bidang tersebut adalah bukan makna-makna yang difaham dari hadis-hadis yang berkaitannya. Bahkan yang dimaksudkan dengan "al-Sunnah" atau "Sunnatur Rasul" disisi hadis-hadis tersebut adalah -ThoriqahNya- pada Perbuatan, Perintah, Menerima dan Menolak – ianya juga merupakan Thoriqah Khalifah-khalifahnya (Khulafaa al-Raashidin) , yang telah mengikuti ThoriqahNya pada Perbuatan, Perintah, Menerima dan Menolak.

Saya menegaskan , jika dipakai makna ayat "Sunnatun Hasanatun dan Sunnatun Sayyiatun" sebagai makna 2 takrifan yang tersebut adalah yang betul dan menepati kehendak lafaz hadis tersebut?, maka timbul kemuskilan yang besar pula, iaitu " adakah pernah dijumpai dimana-mana petunjuk dalil bahawa terdapatnya satu contoh Sunnah Jahat (Sunnatun Sayyiatun) dalam Perbuatan, perkataan dan cita-cita Nabi s.a.w????? ". maka fikirkanlah dan kajilah dengan melalui method yang wajar.