Oleh : Al Faqir Wal Haqir Abdul Raof bin Haji Nurin.
PONDOKTAMPIN, Jalan Padang Ragut, Repah, 73000, Tampin. Negeri Sembilan.
السلام عليكم ورحمة الله وبركته.
الحمد لله الذى خلق السموات والارض. وجعل الظلمات والنور.
والصلاة والسلام على أول الخلق و هو أفضل الكاءنات. وأله وصحبه أصحاب الكرمات. أما
بعد
Assalamu alaikum warah matullaahi
wabarakatuh.
Oleh sebab ramai yang berminat dengan Nur Muhammad , menjawablah saya ala kadarnya.
Walaupun saya bukanlah ahlinya. Cuma mudah-mudahan dengan berkat Nur Nabi
Muhammad saw inshallah boleh saya
menjawab dan mematahkan hujjah -hujjah palsu dan semborono mereka yang berminat
untuk tahu , tetapi sinis. Terbaik jikalau
kita adakan conference dengan memanggil semua ulamak yang masih hidup yang
faham masaalah ini , membincangkannya dengan lebih teliti mungkin lebih adil. Penulisan ini pun hanya sekadar imbasan untuk
membuka fikiran pembaca dan peminat pada isu Nur Muhammad ini untuk meneruskan
kajian dan meneliti kembali maksud-maksud tersirat dalam ibarat kitab-kitab
Thuras.
Persoalan Nur Muhammad saw asalnya bukanlah persoalan akidah yang
asas. Sebab itu betul juga kenyataan seorang pengulas yang sinis terhadap isu ini , "Soal Nur Muhammad
tidak di sebut dalam akidah Islam, tidak dalam akidah Ahlisunnah Wal Jamaah ,
baik Salafiah Wahabiyah maupun A'sya irah Maturdiyah". Ya, saya setuju.
Bukan perkara asas pada awalnya, kalau mahu percaya tidak mengapa dan kalau tidak percaya pun tidak ada salahnya.
Tetapi setelah terbit kajian dan ulasan oleh mereka yang memandang sinis , maka
tidak dapat tidak ia akan menjadi
perkara asas. Sebab sudah berubah menjadi "mengkafirkan" dan
"menyesatkan" tidak sedikit dari golongan Muslimin ,bukan sahaja yang
awam terutamanya golongan yang khawas dan ulamak -ulamak besar Islam. Maka sudah menjadi perbincangan bab Akidah.
Sebelum kita pergi jauh membahaskan ulasan ulamak terhadap Nur Muhammad ini,
perlu diingatkan bahawa semata-mata kepercayaan Nur Muhammad sahaja yang akan kita bahaskan dahulu. Berkenaan perkara
selanjutnya yang didakwa sebahagian orang yang sinis, tentang wahdatul
wujud, wali abdal dan sebagainya, kita
tinggalkanlah dahulu sebab punca yang
asal ini mestilah di fahami sebaiknya. Jika tidak maka akan timbul istilah yang perit ditelinga contohnya meng "kufur" dan "sesat" mengikut selera tanpa pertimbangan yang adil.
Sebenarnya banyak hadis yang membicarakan masalah Nur Muhammad ini , samada yang maudhu,
sahih, dhaif ,dhaif jiddan dan sebagainya. Tetapi diantara semua hadis yang
tercatit dalam kitab-kitab turas atau yang diriwayatkan terus dari seseorang
ulamak hadis , terdapat satu hadis yang paling masyhur dan mendapat kritikan yang
tidak sedikit diantara ulamak.
Saya sempat melihat sebuah dua kitab yang mencatitkan hadis yang kontraversi
tersebut iaitu satu hadis riwayat dari Imam Abdul Razak:
"Dan telah meriwayatkan oleh Abdul Razak
dengan sanadnya dari Jabir bin Abdullah radiallah anhu , beliau berkata;
" Ya Rasulullah , demi bapaku ,engkau dan ibuku ,khabarkanlah daku
berkenaan awwal-awwal sesuatu yg Allah taala telah ciptakan sebelum sesuatu .
Bersabda Nabi saw : Ya Jabir, Sesungguhnya Allah taala menciptakan sebelum
sesuatu, Nur Nabi mu daripada Nur Nya . Maka jadilah Nur tersebut berkeliling
dengan QudratNya sekira-kira yg menghendaki Allah taala.
Pada hal tiada pada waktu itu lagi Lauh, tiada Qalam dan tiada Syurga dan tiada
Neraka dan tiada Malaikat tiada langit dan tiada bumi dan tiada matahari dan
tiada bulan dan tiada jin dan tiada manusia…..hingga akhir al hadis.
Hadis ini menjadi masalah disisi mereka yang kontra dengan mengatakan maudhu
disebabkan tiada catitannya dalam Musannaf Abd Razak. Lantaran
itu dikatakan maudhu, rekaan dan tidak munasabah dengan akal.
Tetapi mereka mesti mengkaji terlebih dahulu , semua nukilan komentar Ulamak Islam yang berpuluh -puluh bahkan beratus pada
hadis ini dan komentar mereka yang positif berkenaan makna hadis ini yang tidak
sedikit pun bercanggah dengan hadis -hadis yang lain walaupun disisi Akidah
Islam.
Kitab-kitab yang menukilkan hadis ini atau yang satu makna dengannya menyebut :
"Telah meriwayatkan oleh Imam
Abdul Razak dalam Kitab Musannaf beliau". Ada pula yang mencatit "Di riwayatkan" sahaja oleh
Abdul Razak”.
Oleh sebab itu, mesti diberi perhatian berkenaan sanad hadis
ini dahulu dengan dilihat di beberapa aspek , diantaranya :
a) Adakah terdapat periwayatan yang selain dari jaluran Musannaf beliau
?.
b) Adakah berkemungkinan "Tahammul" hadis tersebut tanpa
menerusi catitan dalam Musannaf beliau?.
c) Atau mungkinkah Musannaf Abdur Razak mengalami perubahan -perubahan
sepertimana yang masyhur?.
d) Dan hendaklah juga diperhatikan , betapa banyaknya hadis-hadis yang
Sahih dan Hasan yang satu makna dengan
Hadis tersebut.
Salah satu kemungkinan tersebut adalah pasti berlaku setelah kita
meneliti kitab-kitab yang menukilkan hadis tersebut dan memerhati sanad dan
silsilah Hadis, bagi pengarang kitab-kitab yang membawa hadis itu atau yang semakna dengannya.
e) Dan diperhatikanlah ,adakah tidak diterima aqal pada perbahasan
aqliyah berkenaan kesahihan Akal "terawalnya" Nur Muhammad dari yang
lain.
f)Atau dikatakan sekurang-kurangnya kita hendaklah meneliti dahulu
betapa penerimaan tidak sedikitnya ulamak ditiap-tiap displin ilmu terhadap
Konsep Nur Muhammad saw ini.
Setelah kita mengkaji secara menyeluruh ,mungkinkah boleh
diterima kepercayaan terhadap Nur Muhammad dikatakan berasal dari Rekaan
Falasah Greek kuno?. Wal iyyazabillah.
Atau dari ambilan yang tidak berdasarkan Ilmu ,sehingga dijadikan asas ajaran
Tarekat ,Tasawuf dan sebagainya. Atau dijadikan asas ajaran Wahdatul wujud yang
menyimpang. Lantaran itu diharamkan Kitab Maulid Barzanji, Daibae, Kitab Maulud Habsyi dan yang sebangsa
dengannya. Betulkah begitu?.
Kitab Mawahibul Ladunniyyah , buah tangan Syekh al Allamah Al Qastholani
, seorang Imam Hadis yang ulung wafat pada 923 hijrah .Mempunyai banyak
karangan bermutu khasnya bidang hadis.
Pengarang Syarah Hadis Bukhari iaitu kitab Irsyadus Sari - 10 jilid. Latarbelakang beliau
boleh didapati dalam Syazaratuz Zahab juzuk 8 muka surat 121 , dan beberapa
buah kitab Thabaqat Ulamak.
Kitab Mawahib yang mencatit Hadis
tersebut dikomentari/ diSyarahkan oleh Al Allamah Zurqoni- Pensyarah Kitab
Hadis Muwata Imam Malik - 4 jilid.
Al Allamah Zurqoni mengulas hadis tersebut dengan katanya :
Di juzuk 1, berkenaan hadis tersebut,:
"Meriwayatkan Abdur Razaq
bin Hammam bin Nafi' al Himyari , hal keadaan beliau meriwayatkan dari Ma'mar
dan Ibnu Juraij dan Malik dan Sufiyanain ( iaitu Sufian Athsauri dan sufian Al Uyainah) dan
Al Auzaie dan Khlaq (golongan perawi yang ramai) ,dan (meriwayatkan
juga) dari Nya ( Khalq atau dhamir "Nya" merujuk kepada Ma'mar dan
seterusnya ) oleh Ahmad dan Ishaq dan selain dari beliau keduanya,
( oleh yang demikian , hadis ini berdasarkan ) dengan sanadNya (Abd Razak
) yang terang nyata , jika tidak begitu maka ianya adalah berdasarkan
madlul yang telah beliau riwayatkan dari Sayidina Jabir r. anhu". Wallahu A'lam.
Jika dilihat kenyataan dari Al Allaamah Zurqoni tersebut memang ada dasar
munasabah sanad Hadis ini yang berhubung terus kepada Jabir radiallahu anhu.
Sebagaimana yang juga kita dapati ulasannya tidak sedikit daripada para ulamak.
Sedangkan Al Allamah Zurqoni misalnya , sudah tentu mempunyai
"Tahammul" sanad tersendiri sehingga sampai kepada Imam
Abdul Razaq. Jika ada yang berminat mengetahui hadis ini bolehlah membaca buku Penutup
Perdebatan Islam Alaf Kedua di Dunia melayu oleh al Marhum al Ustaz Haji
Wan Mohd Saghir Abdullah. Khazanah Fathaniyah , KL. Mungkin sedikit sebanyak
boleh diambil manfaat.
HADIS-HADIS , TAFSIRAN AYAT QURAN DAN ULASAN ULAMAK MUKTABAR BERKAITAN
DENGAN NUR MUHAMMAD SAW.
HADIS PERTAMA.
عن أبى هريرة رضى الله عنه : قال : قالوا : يا رسول
الله , متى كتبت النبوة ؟ . قال : وأدم بين الروح والجسد
Dari Abi Hurairah r, anhu : Beliau berkata : Bertanya para Sahabat “ Wahai
Rasulullah , Bilakah wajib bagi anda Nubuwah?". Bersabda Rasulullaah saw
" Sedang hal Adam diantara Ruh dan Jasad".Hadis Riwayat At
Tarmuzi dan
beliau berkata : Hadis Hasan Sohih Ghorib
Kitab Alhadis Al Munthoqah , buah tangan Al Muhaddis
Abdullah bin Muhammad Al Ghumari:Beliau mensyarahkan hadis ini , menyebut :
" Bilakah telah wajib bagi anda Nubuwah ?"
Seperti inilah juga terdapat pada Riwayat Al Hakim ,Abi Nu'im, Al Baihaqi dan Al
Hakim telah Mensahihkannya juga.
Tersebut pada satu riwayat yang lain :"Mata kutibta Nabiyyan?"
ertinya" Bilakah di wajibkan pada anda Kenabian?". Bersabda Saw
" Adalah Aku Nabi pada hal Adam diantara Ruh dan Jasad".
Ini adalah riwayat Abi Umar dan Ismail bin Najid yg merupakan sebahagian
darinya (dari keseluruhan hadis).
Pada riwayat lain lagi " Bilakah anda Jadi Nabi ?."
yaitu riwayat Maisarah yang akan dibahaskan nanti pada hadis yang kedua nanti.
Sama seperti yang diriwayatkan oleh Maisarah ini, riwayat daripada Ibnu Abbas
radiallahu anhu disisi Al Bazzar, At Thobarani dan Abi Nu aim .
Manakala Riwayat Ibnu Abi Al Jad a'a pula disisi Ibnu Saad dan Ibnu Qoni'.
Manakala yg diriwayatkan oleh Mathraf bin Abdullah bin As Syakhir adalah disisi
Ibnu Sa'ad juga.
Pada riwayat Asya'bi pula : Seorang lelaki berkata ( bertanya) kepada Nabi saw :"
Bilakah anda
dijadikan Nabi ?. ( Mata ustunbi, ta
) . Bersabda Nabi saw " Padahal Adam (berada ) diantara Ruh dan Jasad
ketika diambilkan daripadaku perjanjian".
Ibnu Saad juga ada meriwayatkan
seperti ini ( Riwayat As Sya'bi tersebut) tetapi perawi yang meriwayatkan dari
Sya'bi adalah Jabir Al Ju'fi.
Satu lagi riwayat dari As Shona bihi ,beliau berkata : Berkata Umar r,anhu "
Bilakah anda telah jadi Nabi ?. Bersabda Nabi saw " Pada hal Adam
tercampak ( iaitu masih belum terbentuk ) pada tanah keras (tanah liat)".Hadis
ini telah meriwayatkannya oleh Abu Nuim dalam Kitab Dalaa ilunubuwwah. .
Kesemua riwayat-riwayat hadis ini
adalah berhampiran maksud dan lafaznya (iaitu mutaqaribah).
Yang di kehendaki dengan (maksud) segala riwayat ini ialah mengkhabarkan wajib keNabian Nya saw, iaitu sabitnya pangkat
Nabi bagi Ruh Nabi saw yang mulia, telah diciptakan sebelum semua Ruh diciptakan.
Riwayat "Mata kutibta ?." Bilakah telah di wajibkan ?, makna
"kitabah" pada hadis tersebut adalah juga bermaksud wujub (wajib) dan
sabit pada luaran (kho riji) . Kerana (lafaz) "Kitabah" digunakan
pada perkara yang wajib yang zohir di luaran sebagaimana (istilah yang
digunakan oleh Al Quran) { Kutiba alaikumus Syiyam , Katab Allahu li
Aghlubannahunna, dan Kutiba alaikumul qishas}.
Kesimpulan (dari bahasan diatas) Bahawa Allah ta'ala telah melimpahkan
Sifat Kenabian keatas Ruh Nabi saw yang Mulia atau HakikatNya saw yang terpuji
,pada ketika mana Adam a.s masih tercampak atas bumi (yakni Adam belum
terbentuk lagi ) sebelum ditiupkan Ruh padanya. Dan limpahan Kenabian pada
waktu ini melazimkan terdahulu kejadianNya saw atas yang selain Nya saw
sepertimana yang Nyata terang . Inilah yang dimaksudkan oleh
Pengarang-pengarang Sirah dan Maulid Saw dengan kata mereka :
" Diciptakan Nur Nya saw sebelum sesuatu".
Kerana Ruh Nya saw yg mulia adalah Maujud , yang bersifat dengan sifat Kenabian
sebelum ditiupkan Ruh Adam sepertimana yang telah terang nyata.
Ruh adalah Jisim yang Nurani (bangsa cahaya) yg Latif (seni ,
halus) sepertimana yg telah di Tahkikkan oleh Ibnu Qayyim dan selain beliau.
{ Komen penulis artikle ini: Berkenaan tahkik tentang keadaan Roh , disebut
juga oleh Imam Ghazali , Imam Fakhru Raazi dan Jumhur pentahkik Ahli Sunnah wal
Jamaah. Disini juga nyata salah, tuduhan mereka yang kontra dengan menuduh
mempercayai Nur Muhammad saw bererti menganggapnya sebagai Qadim seperti Tuhan
. Wal iyyazabillah. Lantaran itu Haram , kufur dan sesat mengamalkan Maulid
Barzanji dan yang semisal dengannya. Kalau kita lihat hujjah mereka, kufurnya
Kitab Maulid Barzanji . Mereka menghujjah satu ayat didalam Kitab Maulid
Barzanji berkenaan Hakikat Muhammadiyyah menunjjukkan ianya qadim. Sebenarnya
mereka tersalah merujukkan dhamir . Dimanalah kedudukan mereka ini yang
mendakwa sebagai Pentahkik dan Penganalisa semula Ilmu Para Ulamak ?, padahal
Dhomir rujukan masih tidak diketahui?. Hubaya-hubaya lah Umat pada bahaya
celupar mulut , ditakuti kembali kepada diri
penuduh }.
Oleh yg demikian telah datang
beberapa jalan hadis (thuruq) dari Qatadah dari Al Hasan dari Abi Hurairah dari
Nabi saw pada Firman Allah ta'ala yg bermaksud:
" Dan ingatlah ketika Kami mengambil perjanjian daripada para
Nabi"
surah Al Ahzab ayat 7 .
Bersabda Nabi saw: ‘ Aku adalah awal-awal daripada para Nabi dan yang
terakhir dari mereka yang diutuskan'.
Maka memulailah Allah dengan Nya saw sebelum
mereka .
Hadis ini adalah riwayat Ibnu Abi Hatim dan selain mereka.
Tapi riwayat dari Ibnu Saad dari Qatadah , Hadis Mursal dengan lafaz:
" Aku adalah seawwal manusia pada kejadian dan yang terakhir dari
mereka pada diutuskan".
{ Mereka yang kontra mendhoifkan hadis ini , Tapi lupa ianya mempunyai banyak
Turuq
( jalan riwayat), samada atas metod
syawahid atau tawabi’ yang jika
dihimpunkan akan menaikkan martabat nya.}
Al Manawi berkata dalam Syarah Al Jaamius Saghir : " Allah Taa'la telah
mencipta Hakikat yg mana memang lemah oleh akal kita dari mengenalinya dan
telah melimpahkan atasnya Sifat Kenabian semenjak ketika itu lagi . Kemudian
apabila sampailah masa selesai untuk nama Al Batin kepada Az Zohir
,menyatakanlah Allah Taa'ala kesemuaNya saw dengan ber Jisim (bertubuh) dan
Ruh" .Tamat al Manawi .
Dalam satu Hadis yg meriwayatkan kisah Isra , yg diriwayatkan oleh Abi Hurairah
r,anhu :
" Telah Ia menjadikan
(ciptakan) daku Pembuka ( Al Fatih ) dan Penyudah
(Al Khatim) ".
{ Hadis berkenaan Isra ini, salah satunya , sudah maklum Kesahihan disudut
maknanya}.
Iaitu Pembuka (permulaan) bagi Makhluk yang ada , Penyudah bagi Nyata
Kenabian.
Sesungguhnya telah membahas pada mentaqrirkan (
memantapkan) makna ini dan menerangkannya oleh Al Imam Al Hafiz Taqiyuddin As
Subki ( Imam Subki ) didalam Risalah At Ta'zim wal Minnah pada ayat ( Latu,
minunna bihi wa latansurannah ). Telah dicetak bersama-sama Kitab
Fatawa beliau. Al Hafiz Sayuthi telah menaqalkan bahasan tersebut dalam
Khashaisul Kubro , Imam Al Qastalany dalam Al Mawahibul Laduniyyah dan selain
dari mereka.
PERINGATAN
Zaki Mubarak menulis satu rencana dalam buku beliau At Tasawuf Islamy (
Tasawuf Islam ) bertajuk Hakikat Muhammadiyah . Dia menyangka bahawa Sufi telah
gulat menyeleweng pada Hakikat Muhammadiyah ini sebagaimana meyelewengnya Orang
Nasara (Kristian ) pada Hakikat Isawiyah .
{ Hakikat Isa iaitu trinity .Termasuk juga tuduhan mereka terhadap Nur Muhammad
(atau disebut juga sebagai Hakikat Muhammadiyah) dgn menyamakan Nya dengan
konsep Falasafah Greek kuno. Aduhai jahilnya mereka sampai tidak tahu
membezakan yang mana Qodim yang mana Baharu}.
Dia ( Zaki ) membahas beberapa hadis , " Adalah aku Nabi padahal Adam
masih antara Ruh dan Jasad ". Disangkanya hadis batil, maudhu. Dia
menguatkan sangkaannya dengan menaqal kata-kata Zahabi didalam Al Mizan
terhadap Rijal hadis-hadis ini. Padahal kesemua sangkaannya adalah salah dan
keji. Kerana Sufi tidak menyeleweng , bahkan mereka { Juga semua para ulama
muktabar yang masyhur jadi ikutan dalam berbagai bidang Ilmu } menyebut perkara
yang mereka faham dari pada Hadis-hadis sekadar kefahaman yang dianugerahi
Allah kepada mereka.
Lagi pula telah menjadi adat Zahabi metasrihkan dengan membatalkan Hadis-hadis
yang Sahih , bahkan kadang-kadang yang Mutawatir pun juga dibatalkannya.
Padahal dia mengetahui Kesahihan dan Mutawatirnya Hadis tersebut tidaklah
maksud beliau Batal mutlak begitu. sahaja . Yang dimaksudkan yang sebenar ialah
Batalnya dari sudut jalan perawi ( Thoriq Rawi) yang di dikisahkan sahaja.
Ini adalah kebiasaan setiap mereka yg membahaskan tentang hadis-hadis Dhaif .
Seperti Ibnu Saban , Ibnu A'diy dan Uqaily. Dan ini juga ma'ruf masyhur
dikalangan mereka yg mahir Ilmu Hadis .
Maka berpegang Zaki Mubarak pada Kitab al-Mizan kerana semata-mata bertujuan
untuk membatalkan Hadis-hadis yang tersebut, adalah satu Kejahilan yang besar yang
tidak layak melainkan untuk orang yang
seperti Dia sahaja.
HADIS KEDUA
Dari Maisarah al Aj rah beliau berkata :
قلت يا رسول الله . متى كنت نبيا ؟.
قال : وأدم بين الروح والجسد
“Daku Berkata " Wahai Rasulullah , Bila Anda telah menjadi Nabi?. Baginda
bersabda " Sedang Adam diantara Ruh dan Jasad"
Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad , Al Bukhary dalam Tarikh ,
AtThobarany dan Al Hakim beliau mensahihkannya.
Berkata Al Hafiz (Ibnu Hajar al Asqolani)" Sanadnya adalah Kuat ".
Hadis menyebut " Mata Kunta Nabiyyan?". Ertinya " Bilakah anda
telah menjadi Nabi?. … Al Hadis.
Telah selesai dahulu syarahan makna keadaanNya Adalah Nabi dalam Hadis tersebut
,tanpa ada lagi tambahan kecuali (satu perkara lagi yaitu) ,terdapatnya
sebahagian ulamak yg menafsirkan maksud kehendak dari hadis ini dan perkara yang
dalam maknanya ialah:
"Tetap KenabianNYA dalam Ilmu Allah dan TaqdirNya".
Kalau begitu maksud hadis tersebut adalah:
" Aku telah menjadi Nabi pada Taqdir Allah ,sedang Adam diantara Ruh dan
jasad" .
Seperti itu jugalah Dia akan berkata pada tafsiran hadis " Aku adalah
awal-awal Nabi pada kejadian", bahawa maksudnya adalah Kejadian Taqdir
tidak Ijad ( ciptaan ) .
Kesemua ini , (yaitu) kesimpulan dari (penafsiran-penafsiran sebegitu pada )
perkara tersebut adalah batil kerana beberapa wajah :
(Pertama) Bahawa Kenabian Nabi sallalaahu alaihi wa ala aalihi
wasallam adalah tetap dalam Ilmu dan Taqdir Allah Ta'ala semenjak azali lagi .
Maka mentakhsiskannya (menentukan Perlantikan Kenabian) dengan waktu keadaan
Adam diantara Ruh dan Jasad adalah lagho ( yang akan mensia-siakan makna hadis
tersebut oleh itu ) ,wajiblah mesucikan hadis tersebut dari demikian .
(Kedua) Bahawa Kenabian para Nabi Alaihimus salam, bahkan seluruh
yg ada semuanya adalah sabit dalam Ilmu Allah Ta'ala dan TaqdirNya . Maka tiada
apa lagi yg tinggal (takhsis) untuk Nabi saw pada keistimewaan ini daripada
yang lain. Padahal hadis tersebut hanyalah datang ia untuk menerangkan satu
keistimewaan (khususiah), maka tidak dapat tidak bahawa (mesti) ada didalamnya makna
kelebihan yang tidak berkongsi padanya oleh orang lain.Kalau tidak begitu
nescaya adalah hadis tersebut sia-sia .
Demikian itu adalah batil.
(Ketiga) Bahawa Para Sahabat ,mereka mereka bertanya kepada
baginda dengan kata mereka " Bilakah Anda menjadi Nabi?" , padahal
mereka mengetahui bahawa Kenabian Baginda telah tetap dalam pengetahuan Allah
ta'ala dan TaqdirNya . Bahkan mereka mengetahui bahawa segala sesuatu
kesemuanya telah tetap ada pada pengetahuan Allah dan TaqdirNya. Maka mereka
secara darurinya (mudah tanpa perlu memusatkan fikiran ) , hanyalah menghendaki
dengan soalan mereka tersebut, untuk mengetahui satu kadar yg lebih daripada
apa yg telah mereka ketahui.
(Keempat) Bahawa Umar r,anhu (pada riwayat Ashona bih) telah
bertanya: " Bilakah Anda telah jadi Nabi ?". " Mata ja'alta
nabiyyan?" Lafaz ini terang bermakna tashyir ( tercipta) iaitu "Mata
shayyarta nabiyyan?". Demikian itu tidak berlaku melainkan pada suatu yang
memang maujud (telah ada) yg sah ia bersifat dengan yg telah jadi atau yg sudah
tercipta , sepertimana juga jika anda berkata :" Ja'altu qit'ataz zahab Khotiman".
Iaitu saya telah buat /cipta kan
(j'altu) sepotong emas menjadi sebentuk cincin”.seperti itulah ,sepotong emas
tersebut sememangnya telah ada. Cuma tidak ia bersifat cincin lagi melainkan
setelah menjadi cincin dan tercipta.
{ Selain kalimah“Ja’alta” , kalimat .(كنت) “Kunta” pada
hadis tersebut adalah juga menunjjukkan telah tercipta. Para pembantah
mengatakan logiknya makna hadis tersebut hanya menunjjukkan peristiharan jadi
Nabi didalam taqdir Ilmu Allah. Ini telah telah jelas kemustahillannya dan
batalnya berdasarkan Mafhum hadis-hadis tersebut. lebih jelas lagi jika
diperhatikan pertanyaan Sayyidina Umar Radiallahu anhu yg bertanyakan
Rasulullah saw "Bilakah Anda telah menjadi Nabi?". Terang dan
jelas bahawa Saydina Umar adalah Sahabat yang bijaksana yg tidak sepatutnya
beliau bertanyakan Rasulullah saw suatu perkara yg telah maklum dan tidak
memberi faedah yg lebih daripada maklumat yang sudah tersedia ada, juga
mustahil Rasulullah saw akan memberikan satu jawaban yang tiada faedah dan
bertentangan dengan musyahadah yang dharuri lagi putus, yakni penyaksian yg
meyakinkan bahawa baginda s.a.w telah dilantik menjadi Nabi dan Rasul Allah
ketika berusia 40 tahun. Atau sesuatu yang sudah maklum pada Taqdir Allah
ta'ala. Oleh itu ,apakah maksud sebenar pertanyaan dan jawapan didalam dialog
antara Rasul dan Umat Nya s.a.w?.
Disini lah Fokusnya dan disinilah maksud dan intipati Hadis -hadis tersebut yang
menunjjukkan tidak lain tidak bukan ianya hanyalah satu khususiah atau
keistimewaan Nabi saw berbanding dgn Nabi-nabi lain. Yaitu Nur Mustafa saw atau
Ruh Nya saw atau Hakikat Muhammadiyyah telah diciptakan terdahulu dari segala
sesuatu . Wallahu a'lam}.
(Kelima) Bahawa kewujudan sesuatu didalam Ilmu Allah ta'la dan
TaqdirNya tidak tertasawwur dalamNya terdahulu setengah perkara daripada
setengah yang lain. Tidaklah dikatakan "Aku adalah awwal Nabi pada ciptaan
(yang berlaku dalam Ilmu dan Taqdir Allah ta'ala", sebab kedua perkara
tersebut adalah sediakala yang tiada dahulu dan kemudian) ,kerana lazim
daripada itu perkara yang tidak layak pada Allah ta'ala. Hanya yang sah dikata
dulu kemudian itu pada kejadian /yang telah tercipta dengan makna ijad (cipta).
Kerana ia adalah sifat fi'il yang boleh ditasawurkan dengannya terdahulu
sebahagian hadis (perkara baharu/makhluk) dari yang lain sebagaimana yang telah
menunjjuk oleh Quran dan hadis .
Maka oleh yang demikian, batal dakwaan
sebahagian mereka dan jelas apa yang telah kami terangkan , iaitu : "Allah
swt melimpahkan keatas Ruh Nabi Nya saw yang mulia atau atas Hakikat
Muhammadiyyah saw akan sifat Kenabian ,
dan memakaikanNya persalinan Al Qurb padahal Adam masih diperingkat diantara
ruh dan jasad . Sebagai perbezaan untukNya dari sekelian makhluk" .
Tammat Kitab Al Muntoqoh.
Sehiris
Komentar dari penulis.
{ Di kalangan pembantah mengatakan Hadis-hadis tersebut boleh dikompromikan
dengan satu hadis riwayat Imam Ahmad dari Al Irbaadh bin Saariyah "
Sesungguhnya Aku adalah Hamba Allah dan Penyudah segala Nabi .Dan sesungguhnya Adam
Alaihis Salam benar-benar tercampak dalam tanah Nya .Aku akan memberitahukan
kamu dengan awwal-awwal demikian itu. Ialah seruan bapaku Nabi Ibrahiim,berita
gembira Nabi Isa terhadap kedatanganku dan mimpi ibuku dimana dia telah
bermimpi , begitulah juga para ibu bagi para Nabi dimana mereka telah
bermimpi".
Berkata pembantah: Tiga buah hadis ini ( iaitu Hadis Pertama dan
Kedua yang telah kita bahaskan ) masing-masing kuat-menguat ,maka jadilah dia
pada kedudukan Sahih yang diperlukan . Mana-mana Hadis yang menyeluruh (umum)
atau kurang jelas, maka dijelaskan oleh Hadis-hadis yg terang dan nyata,
sekiranya terdapat sifat-sifat demikianMenurut hadis ini ( yang ketiga ini)
Allah telah menentukan Kenabian Muhammad saw sebelum diciptakan Adam sebagai
seorang manusia. Kenyataan ini menunjjukkan dahulunya ketetapan Allah
terhadap perkara itu, tetapi tidaklah pula dia menunjjukkan
sedikitpun tanda yang menunjjukan Nabi saw dijadikan sebelum Adam as.
Malah hadis yang akhir ini menjelaskan adanya seruan Nabi Ibrahim dan mimpi Ibu
Nabi saw?.
DiJawab: Hadis pertama dan Kedua tidak boleh dikompromikan dengan
yang ketiga ( iaitu riwayat al Irbaadh ) dengan makna yang begitu dan tidak sah
dikopromikan untuk mendapatkan makna
seperti yang didakwa . Ini lantaran jika diperhatikan matan Hadis yang ketiga, jika
maksud hadis-hadis tersebut kita katakan
untuk menceritakan peringkat berlaku semua perkara tersebut adalah didalam Taqdir
Ilmu Allah ta'la , maka mustahill makna yang ditunjuk oleh ketiga
hadis tersebut adalah begitu. Kerana yang telah maklum, semua maklumat dalam pengetahuan Ilmu Allah
swt adalah Qodim.Sediakala yang tidak ada dahulu kemudian. Makna yang seperti
itu tidak lagi perlu ditanyakan oleh Para Sahabat kepada Nabi seperti dalam hadis pertama dan
kedua.
Kalau dikatakan juga boleh berlaku
begitu, bagaimana pula boleh berlaku Nabi Ibrahim menyeru, Nabi Isa
mengiklankan Kedatangan Rasulullaah dan Ibu Nabi bermimpi diketika yang tidak
berlakunya dahulu dan kemudian?.Sudah tentulah Mustahil berlaku
begitu
.
Jika mereka berkata: Apa bukti awak pada matan hadis itu?.
Jawabnya: Matan hadis tidak jelas menunjukkan makna dalam Taqdir Ilmu
Allah.
Tidak ada
satupun kalimah yang boleh diIhtimalkan maknanya berlaku perkara-perkara tersebut dalam Ilmu
Allah.
Kalau kita lihat hadis tersebut jika dibahas disudut Ilmu Nahu atau yang
sebangsa dengannya memang nyata tiada bermaksud begitu. Lafaz Abdullah
itu sendiripun sudah menunjjukkan sudah tercipta. Lafaz "Sa
unabbii uukum bi awwali zaalika" (Aku nak mengkhabarkan kamu dgn awwal
demikian itu) ,Awwalu Zaalik (Awwal demikian itu ) isyarat kepada suatu yang
jauh , kemana ditujukan isyarat tersebut?. Jika anda berkata "kepada
Taqdir Ilmu Allah ", nyatalah salah sebab seruan Nabi Ibrahim a.s dan
Rasul saw jadi Nabi tidak dikatakan telah berlaku jika hanya masih diperingkat
Taqdir dalam IlmuNya s.w.t . Kerana telah kita sebutkan Maklumat pengetahuan
Allah adalah qodim. Sediakala yang tiada mula dan kemudian sebagaimana yang
termaklum dalam Ilmu Tauhid. .
Alangkah senangnya jika difahamkan
makna yang menjadi pegangan majoriti ulamak , iaitu Peristiharan
Kenabian saw terhadap Ruh Baginda saw, sebelum Baginda di lahirkan oleh Bonda
Baginda. Kalau disini menunjjuk samada dimasa sebelum Rasulullah
saw dilahirkan. Kita nak tanya, masa sebelum Rasulullah dilahirkan bila?.
Adakah semestinya dalam Taqdir Ilmu Allah sahaja?. Jawabnya tentulah tidak.
Sedangkan kalau dipakai makna Perisytiharan dalam Taqdir Allah taala, sudahlah
tentu tidak munasabah sebagaimana yang telah dibahaskan.
Oleh yang demikian makna yang membetuli dengan matan hadis tersebut , hanyalah
bermaksud "Perisytiharan Kenabian saja yang dilakukan dimasa Nabi Ibrahim
, Nabi Isa a.s dan seterusnya
diistiharkan kepada Siti Aminah, Ibu Nabi Saw dan juga kepada semua Ibu
Nabi-Nabi. Bukan
menunjjukkan Perisytiharan pada
Taqdir
.
Maka makna yang begini tidak bercanggah
dengan mana-mana bidang ilmu , samada Akidah atau Tafsir .
Makna yang telah kita terangkan ini jika kita kompromikan dengan hadis yang
pertama dan kedua tersebut tidak akan berlaku percanggahan maksud antara keduanya. Makna
yang dikompromikan adalah sah dan tepat dengan kaedah mengkopromikan
hadis-hadis yang zahirnya
berlawanan. Lagi pula menguatkan
antara satu sama lain. Wallahu a'lam.
Jika pembantah berkata pula: "Winna Adam
alaihis Salam lamunjadilu fi thina tih",
menunjjukkan pada Taqdir Ilmu Allah?.
Dijawab : Tidak begitu, kerana Kalimah "Wainna adalah
isti,naf liltaukid sahaja, permulaan untuk mentaukidkan sahaja bagi "Inni
Abdullah" sesungguhnya aku hamba Jika diperhatikan kalimah Aku adalah "HAMBA ALLAH"
cukup terang mencakupi makna Ruh . Menjadi kenyataan KEWUJUDAN Ruh Saw
atau Nur Muhammad saw atau apa yang diistilahkan sebagai Hakikat Muhammadiyyah.
Maka makna hadis tersebut yang terang ialah "Aku sudah menjadi Nabi ,
atau Ruhku
sudah jadi Nabi atau Nur ku sudah di
Isytiharkan jadi Nabi semasa Adam masih lagi
belum wujud" . Wallahu a'lam.}
Selain itu , riwayat yang tercatit dalam Sahih Ibnu Hibban, Al Hakim dan Musnad
Imam Ahmad hanya menyebut انى عند الله فى أم الكتاب
لختم النبيين ertinya
“ Aku disisi Allah dalam Ummul Kitab
(PengetahuanNya)
adalah Kesudahan Nabi”.
Hadis ini yang dapat difahami menurut mafhum Kitab karangan Mulla Ali Al Qori ,
tiada berlaku sebarang pertentangan
dengan hadis terdahulu. Kerana sebagaimana yang telah kita terangkan , ia
hanyalah menceritakan Perkara yang sudah ada dalam Pengetahuan Allah swt dan
peristiwa-peristiwa yang sudah berlaku berkenaan Sambutan dan peristiharan Para
Nabi yang terdahulu sahaja. Ianya tidak lebih dari "Perkhabaran",
yang tidak akan membantah hadis-hadis yang kita utarakan. Rujuk Al Mawrid
Ar Rawi fi Mawliddin Nabawi karangan Mulla Ali Al Qori. Muka surat 37.
FATWA (al Marhum) SYEKH MUTAWALLI AS
SYA’RAWI.
( Ulamak Tafsir Mesir)
Beliau berkata dalam Kitab Al Fataawa , fatwa no 87: Soal;
س: يقول الحق تبارك وتعالى : قد جاءكم من الله نور و كتاب مبين .
فهل المقصود بالنور هناك ألنبى أم القرأن؟.
ج: لما كانت واو العطف تقتضى مغايرة ما قبلها لما بعدها فى
الحكم , فاءننا نفهم من ذلك أن النور ليس هو الكتاب (القرأن) الذى يشتمل على
المنهج الذى يخرجنا من الظلمات الى النور.
و محمد صلى الله عليه وسلم هو الذى دلنا على الكتاب وهذا
يصل بنا الى أن محمدا هو النور.
Berfirman Allah ta’aala ;
قد جاءكم من الله نور و كتاب مبين
Ertinya " Sesungguhnya telah datang kepada kamu daripada Allah , Satu
Cahaya dan Kitab yang
nyata". Surah Al Ma idah ayat
15.
Soalan: , Adakah yang
dimaksudkan dengan Cahaya disini ialah Nabi saw atau Al Quran?.
Jawab: Manakala huruf waw (و ) (sendikata
dalam ayat tersebut/ athaf mughoyarah ) yang memaksudkan berlainan
antara perkara sebelumnya dengan yang selepasnya pada sesuatu Hukum, maka kita
memahamkan dari sebab yang tersebut Bahawa Nur bukanlah Al Quran yang mana al
quran juga melengkapkan kita dengan method yang boleh mengeluarkan kita dari
kegelapan kepada cahaya (Nur). Nabi Muhammad saw adalah yang telah menunjjukan
kita kepada Al Quran.
Dan (dasar) Inilah yang memahamkan kita "Bahawa Nabi Muhammad saw adalah
NUR".
Tammat, Fatawa Sheikh Mutawwali Sya`rawi.
Kitab-kitab Tafsir yang menafsirkan Nur yang dimaksudkan dalam ayat tersebut
adalah Nabi Muhammad saw.
1)Tafsir Athobari.
2)Tafsir Al Qurthubi.
3)Tafsir Ibnu Hatim.
4)Tafsir Baidhowi.
5)Tafsir Jalalain.
6)Tafsir Ibnu Jawzi.
7) Dan lain-lain Tafsir.
Syekh al Allamah Ahmad bin Shawi telah menyatakan dalam Hasyiah Jalallain dalam
rangka menafsirkan ayat 15 dari Surah Al Maidah tersebut:
" Bahawa Baginda saw dinamakan NUR /
CAHAYA, kerana Baginda menerangi pengelihatan (hati) dan menunjjuki ke jalan
yang benar ….. juga kerana Baginda adalah punca jasmaniah maupun ruhaniah……
Tammat.
HADIS-HADIS
LAIN BERKAITAN NUR AL MUSTAFAHA S.A.W YANG MENJADI PERTIKAIAN SRTA ULASAN YANG
POSITIF PARA ULAMAK TERHADAPNYA.
1)
عن ابن عباس رضى الله عنهما أن النبى صلى الله عليه وسلم كانت روحه نورا بين يدى
الله تعالى قبل أن يخلق أدم بألفى عام
Ertinya: Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas radiallaahu a'nhuma , "Bahawa
Nabi saw, Ruh
Baginda, adalah Cahaya disisi Hadrat
Allah ta'ala, dua ribu tahun sebelum diciptakan Adam".
Hadis ini diriwayatkan oleh:
Muhammad bin Umar Al A'dani . Pengarang Al Musnad. Kunyahnya Abu Umar .
Tinggal diMekah. Melazimi Ibnu Uyaiynah. Berkata Ibnu Hatim "Kaanat
fiihi Ghaflah". Wafat pada 43 hijrah. Tetapi beliau merupakan salah
seorang Rijal Muslim, Tarmizi, Nasai dan Ibnu Majah. Pangkat ke 10 disisi Ibnu
Hajar Al Asqolani. Berkata Ibnu Hajar al Asqolani dalam Taqrib At Tahzib
"
كبار الأخذين عن تابع التابعين ممن لم يلق التابعين كأحمد بن
حنبل
Rujuk Taqrib a'la Tahzib. Ibnu Hajar Al As qolani.
2) Kitab As Syifa bit Ta'rif al Musthafa. Susunan Qadhi I’yadh.
Bab Kemuliaan Nasab Nabi saw.
عن ابن عباس رضى الله عنهما أن النبى
صلى الله عليه وسلم كانت روحه نورا بين يدى الله تعالى قبل أن يخلق أدم بألفى عام
Ertinya: “Bahawa adalah Ruh Baginda
saw merupakan Cahaya dihadapan Hadrat Allah ta'ala
sebelum diciptakan Adam selama dua
ribu tahun”.
Beliau berkata:
"ويشهد بصحة هذا الخبر شعر العباس"
Ertinya: Syair Al Abbas menjadi
Syahid bagi menSahihkan Hadis ini”. Muka
surat , 207 juzuk 2
cetakan Maktabah Darul Kutub
.
3) Imam Sayuti menyebut riwayat ini dalam kitab Manahilu Safa, karangan
beliau.
4) Imam Ahmad bin Hanbal , meriwayatkan dalam Kitab Fadha il Sahabah:
"Sesungguhnya Aku dan Ali adalah cahaya dihadapan Allah swt sebelum
tercipta Adam , selama
14 ribu tahun …….
Beliau meriwayatkan melalui thoriq
(jalur riwayat) Al Hasan bin Miqdam (shoduq/jujur) ,Khalid bin Ma'dan (shoduq)
, Fudhail bin Iyyad (telah maklum siapa dia Fudhail ini) , Zadhan (shoduq ,
Seorang Rijal Muslim dan Bukhari
dalam Adabul Mufrad , Salman Al Farisi radiallahu an
hu…..Ini menurut penilaian Ibnu
Hajar dalam Taqrib Tahzib.
Semua Rijal nampak nya dipercayai . Wallahu a'lam.
5) Az Zahabi juga ada menyebut riwayat ini (hadis no 4 diatas) dalam
Mizan .
6) Hadis yang ke 10 dalam Kitab Mawaqif.
Berkata Ibnu Hajar dalam Fatawa Hadisiyah " Sangat Lemah". Tapi
semakna dengan hadis
dalam Bukhari, Musnad Ahmad dan
Muslim tetapi tanpa lafaz " Tuhan mencipta RUH
TERDAHULU DARI JASAD".
Wallahu a'lam.
7)Soalan-soalan:
Soal:Riwayat dari Imran bin Husin dalam Bukhari, Sahabat
bertanya berkenaan Awal
Penciptaan .Rasulullah saw menjawab
"
Allah telah ada dan tidak ada sesuatu sebelumNya. Dan al-ArsyNya berada di atas
air lalu Dia
menuliskan pada ad-Dzikr (Kitab Lauh Mahfuz) segala sesuatu dan Dia menciptakan
langit dan
bumi……?.
Jawab: Hadis ini tidak mensorihkan atau memakai kalimat yang jelas
seawwal-awwal kejadian .
Soal: Bagaimana pula dengan Hadis dalam Sunan Tirmizi dan Abu Daud dari
Ubadah bin Samit pula "Rasulullah SAW bersabda : "Yang pertama
diciptakan oleh Allah SWT adalah Qalam
( pena ) kemudian Dia berfirman kepada Qalam " Tulislah" . Qalam
bertanya " Apakah yang akan ku tulis?. Berfirman Allah swt " Segala
sesuatu yang akan terjadi sehingga hari Qiyamat".
Jawab: Awwal-awwal yg dimaksudkan pada semua hadis-hadis ini ialah AWAL-AWAL
CIPTAAN ALLAH SWT SELEPAS ALLAH SWT MENCIPTAKAN AIR ANGIN DAN ARSY.
Maksudnya selepas Allah swt menciptakan ketiga-tiga perkara tersebut , barulah
diciptakan Qalam. Bukan pula menunjjukan AWWAL SESUATU YANG TERCIPTA SEBELUM
SESUATU adalah Qalam. Maka Hadis Qalam ini SEBENARNYA HANYALAH SEBAGAI
MENAFSIRKAN Hadis riwayat Imran bin Husain , dalam Bukhary tersebut.
Kesimpulan: Tidak ternafi awal ,jika terdapat riwayat yang menunjjukan
ada sesuatu ciptaan yang mendahului setiap sesuatu ciptaan yang lain. Buktinya
pada ulasan Mulla Ali Al Qori:
واختلفوا فى أول المخلوقات بعد النور المحمدى فقيل : العرش ,
لما صح من قوله صلى الله عليه وسلم
( قدر الله مقادير
الخلق قبل ان يخلق السموات والآرض بخمسين ألف سنة وكان عرشه على ا لمأ ). فهذا
صريح فى أن التقدير وقع عند أول خلق القلم لحديث عبادة بن الصامت مرفوعا أول ما
خلق الله القلم , وقال له : أكتب , قال رب وما أكتب؟ قال أكتب مقادير الخلق كل
شىء. ) رواه أحمد والترمذى وصححه لكن صح فى حديث مرفوع من حديث أبى رزين العقيلى
رواه أحمد و الترمذى
ءان المأ خلق قبل العرش)
. وفى قوله تعالى : ( وكان عرشه على ا لمأ ) ءاشارة ءاليه
ودلالة عليه , نعلم أن أول الأشيأ قبل على الاءطلاق النور المحمدى صلى الله عليه
وسلم , ثم المأ ثم العرش ثم القلم , فذكر الأولية فى غير النور المحمدى صلى الله
عليه وسلم ءاضافية
- Kitab Maurid Rawi. Muka surat 23.
Ertinya: Ulamak khilaf pendapat berkenaan suatu yang terawal daripada makhluk
selepas Nur Muhammad saw . Setengah ulamak berpendapat Arasy ,kerana sah
riwayat daripada Nabi saw
"
Telah mentaqdirkan oleh Allah swt semua Taqdir makhluk sebelum diciptakan tujuh
petala
Langit dan
Bumi tujuh ribu tahun terdahulunya, padahal Arasy sudah diatas air".
Maka ini nyata bahawa permulaan Taqdir berlaku diketika awal-awal ciptaan Qalam
berdasarkan hadis Marfu' riwayat Ubadah bin Shomit. " Awal-awal perkara
yang telah Allah ciptakan adalah Qalam. Firman Allah kepadanya : Tulislah .
Berkata Qalam : Wahai Tuhanku, Apa yang akan saya tulis?. Firman Allah :
Tulislah segala taqdir makhluk ,tiap-tiap satunya".
Riwayat Imam Ahmad ,Tarmizi dan beliau telah mensahihkannya tetapi telah sah
dalam satu hadis yang Marfu' daripada Abi Zarin Al Uqaili yang telah
meriwayatkannya oleh Imam Ahmad dan Tarmizi " Sesungguhnya air telah
diciptakan sebelum Arsy lagi".
Dalam firman Allah ta'la:( Adalah ArsyNya diatas Air).
Megisyaratkan dan menunjjukkan atasnya ( yakni ciptaan Air terdahulu dari arsy
pula), maka memahamkan kita bahawa sesungguhnya awal-awal segala sesuatu
sebelum sesuatu secara mutlaknya, adalah Nur Muhammad saw, kemudian Air,
kemudian Arsy kemudiannya barulah Qalam.
.
Maka menyebut keawwalan sesuatu perkara sebelum Nur Muhammad saw adalah
bermaksud Awal yang Idhofi saja ( bukan bermakna awwal Hakiki ,
yang sebenar-benar awwal yang tidak didahului kejadian sesuatu yang lain ).
Tammat.
KESIMPULAN
Oleh yang demikian , tiada syak lagi, Kerpercayaan atau Akidah Nur Muhammad
saw bukanlah suatu akidah syirik dan mensekutukan Tuhan dengan makhluk . Tiada
Syak , tiada Dzon dan tiada Waham terhadap Keesaan Tuhan dan Kerasulan Muhammad
Saw. Akidah Nur Muhammad Awal Makhluk yang diciptakan tidak diambil dari akidah
Greek Kuno, Syiah atau ajaran kebatinan.
Jika timbul perkara-perkara lanjutan dari
Akidah Nur Muhammad saw ini yang menjurus kepada Syirik , dan sesat ,maka
semestinya di teliti semula punca timbul kesesatan dan syirik tersebut. Adakah
dari Akidah Nur Muhammad atau campuran-campuran unsur ajaran Kebatinan yang
telah maklum kedudukannya. Wallahu a'lam.