Saturday, May 14, 2011

Taksub?.. nasihat al Marhum Sheikh Athiyah Shaqar





Alangkah bahagianya hati saya, pada satu pagi jumaat, kawan saya Ustaz Yusri Mazlan mengajak saya sembahyang jumaat di masjid berdekatan rumah malikul fatwa mesir, Al Allamatus Sheikh Athyiah Shaqar. saya bergegas bersiap dengan Ustaz Azlan Abd. Lathif. Rupa ceria dimuka masing-masing jelas nampak. Semenjak sebelum saya menjejak bumi Mesir telah terdengar dan terhidu keharuman nama Raja Fatwa ini ..

Perjalanan ketempat beliau menaiki tube, ustaz yusri menceritakan ulamak besar ini biasa saja naik keretapi bawah tanah ni , kalau ke bandar Kaherah. Hanya pakai gamis kampung dengan tasbih ditangannya beliau sentiasa disapa orang ramai dalam keretapi.

Selepas sembahyang jumaat, orang ramai berhimpun keliling ulamak besar ini , saya perhatikan beliau duduk didalam masjid setelah selesai sunat jumaat tak henti-henti orang datang bertanyakan soalan kepada beliau dan beliau menjawab setiap soalan dengan pantas , lancar, dan dalam bahasa fusha, kadang-kadang bahasa amiiah.

Lebih dari 40 minit saya dan ustaz yusri dan ust. azlan menunggu dan memerhatikan lakuan dan himbauan nur ilmu beliau.

Dirumah beliau sangat ramah, beberapa soalan diajukan kepada beliau. Antaranya yang masih saya ingat, soal Nur Muhammad, hadisnya, perawinya. .. nampaknya beliau seperti ulamak yang lain, tetap mengatakan isu Nur muhammad adalah soal khilaf ulamak. Tetapi Jumhur ulamak setuju dengan konsep Nur Muhammad .

Beliau bercerita , pernah sampai Malaysia, Bali , Indonesia, India , dan lain-lain Negara.

Sebelum keluar dari rumah beliau, beliau sempat menunjjukakn bilik khas beliau beribadat. Penuh dengan kitab. Atas bawah, tepi kiri kanan.. semua kitab.

Beliau beramal juga dengan tarikat sufi.. kalau tak salah ingat saya Tarikat Khalwatiyah.


Tapi satu perkara yang membuat saya sungguh minat dengan Sheikh ini. ..................

Beliau TIDAK TAKSUB.

Beliau Sangat Alim . tapi beliau tidak taksub ... sehingga memandang orang lain rendah.... hidup low profile . Berjalan kaki kemasjid , kedai dan bertemu dengan orangramai.

Beliau berakidahkan Ashaariy, menyanjungi nya ... tetapi beliau tidak pula mengata-ngata kepada Orang Wahabi atau mana-mana fahaman Salafi.

Beliau bergaul dengan Tarikat Sufi ..tapi tidak pula membenarkan kata-kata atau perbuatan yang bercanggah dengan akidah dan syariah. Tidak pula membenarkan kata-mengata yang dilemparkan kepada Tarikat Shufiah.

Beliau sangat Mahir ilmu fiqahnya... tapi tidak pula ditolak pendapat -pendapat Ibnu Taimiah yang dipandang sesuai dan benar, atau tidak pula menolak fatwa dari mana-mana mazhab yang muktabar khasnya Mazhab yang Empat. Beliau sendiri Shafie, saya dengar cerita kawan, beliau ada mengarang Khulashah (ringkasan) kitab Raudhah karangan Imam Nawawi. wallahu a'lam.

Pernah saya menonton Rancangan TV khas untuk beliau , rancangan soal-jawab ugama, petang rabu.

Online. Beliau ditanya melalui talipon , tak henti-henti soal dan jawab beliau hingga habis rancangan.

Beliau akan menjawab soalan dengan jawaban menurut pandangan empat mazhab.

Sangat-sangat menarik, sentiasa beliau menjawab dengan Fusha walaupun soalan dalam Ammiah. ...

Inilah satu-satunya Sheikh diMesir yang pernah saya jumpa yang sangat menarik hati saya sehingga setiap kali saya tatap gambar beliau, teringat seorang Almarhum Guru saya , Tuan Guru Sheikh Daud bin Hasan , pondok Malau, Kulim , Kedah. Mudahan-mudahan Allah Rahmati dan Kasihani mereka.
------------------------------------------------------------------------------------------


Wednesday, May 11, 2011

Jahitan luka dengan Benang Najis?.

Sedutan dari Kitab Hasyiah Bujairimi a'la al Khatib (al Iqna').

Satu dari isi kandungan Kitab Umdah Rujukan Fekah Mazhab yang menarik.


Masalah pertama:

Seseorang sembahyang yang memberi salam kedua padahal setelah selesai salam pertama sebelum sempat salam kedua , batal air sembahyangnya, contohnya terkentut, kemudian terus saja memberi salam kedua. . Hukumnya tidaklah batal sembahyangnya .

Nasnya: Kitab Bujarimi a'lal Khatib (Iqna') m.s 76 juzuk kedua. cetakan al halabi.



Ertinya: Adapun (berlaku) hadas diantara dua salam , maka tidak memudaratkan (sembahyang) , kerana berlaku perkara yang membatalkan (sembahyang) selepas tahallul (iatu ucapan salam pertama) tidak berkesan ,( membatalkan) .



Perkataan pensyarah (iaitu Sheikh Khatib Syarbini dalam Iqna): Maka masalah jika berhadas- Iaitu sekalipun hadas silsil baul ( kencing tak tus/ tak putus menitis nya) , dengan nisbah bandingan dengan hadas yang tidak berkekalan , ( iaitu maka termasuk jugalah hadas berkekalan contohnya orang sembahyang yang ada penyakit sisilbaul tersebut, tidaklah batal sembahyangnya, sekalipun berlaku titisan kencing diantara dua salamnya ).



Masalah kedua:

Menjahit luka pembedahan dengan benang najis adakah sah sembahyangnya?.

Jawabnya : Sah jika darurat.


Nasnya: m.s. 77 juzuk 2.



Ertinya: Jika mengubati seseorang lukanya dengan ubat najis , atau menjahit lukanya dengan benang najis , atau terkoyak bahagian badannya dan jadi (sebab) berdarah padanya , maka sama (hukumnya) dengan (masalah anggota ) yang ditampung ( iaitu disambung) sepertimana bahas yang telah lalu.



فيما مر.... iatu qiyas kepada masalah sambungan dengan tulang najis....di muka surat yang sama.




Ertinya: Jika seseorang meyambungkan tulangnya sebab pecah/patah , dengan tulang najis contohnya, disebabkan tiada (tulang) yang suci buat penyambung , maka diuzurkan (iaitu dimaafkan) pada masalah begitu. Sembahyangnya dengan tulang najis itu sah kerana darurat.


Wallahu a'lam.