Friday, April 22, 2011

Buah tangan dari Sham 2

خادم العلم الشريف الشيخ عبد الهادي الخرسة الدمشقي مولداً و إقامةً, عالم متخصص بعلوم العقائد الدينية و علوم التربية و السلوك قرأ على شيوخ و علماء عظام في بلاد الشام و غيرها و نال إجازات بأكثر العلوم الشرعية و العقلية و السلوكية.

أما بدايته في طلب العلم فقد نهل العلم في معهد الشيخ صالح فرفور رحمه الله تعالى و تخرج منه ثم تابع دراسته الأكاديمية في الأزهر الشريف في مصر و حاز على الشهادة العالمية.

و قد تسلم بعض الوظائف الدينية في دمشق و غيرها من تدريس في المعاهد الشرعية و الثانويات الشرعية و المساجد, توافد إليه من كل حدب و صوب طلاب العلم الشرعي من كافة أنحاء العالم الإسلامي لينهلوا من علمه الزاخر و عقله النير و ليكون لهم زاداً وفيراً في الدعوة إلى الله و التدقيق و التمحيص في المسائل الشرعية لا سيما العقيدة الإسلامية و تربية النفس و تزكيتها.

و قد ألف الشيخ حفظه الله بعض الكتب و الرسائل في العقيدة و تصحيح بعض المفاهيم الغامضة, هذا و قد دعي الشيخ للمشاركة بكثير من المؤتمرات الإسلامية العالمية و له نشاطات دعوية تصلح من شأن الأمة و حالها


Sheikh Abdal Hadi juga Mutakhssis fi ilmi al aqidah wat tasawwuf.

Salah seorang Khalifah Sheikh Abdul Rahman Syaghuri.



Wednesday, April 20, 2011

Kuliah Kitab Kasful Litham juzuk 1.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Adalah dimaklumkan bahawa Kuliah Pengajian Kitab Kasful Litham akan diadakan untuk bulan April pada hari Ahad Ini , 24 6 jun 2011, di dewan kuliah Pejabat Agama Daerah Tampin.
Kepada semua mereka yang terlibat dan berminat sila hadir pada jam 9.00 pagi Ahad.

Sekian dimaklumkan.

Sunday, April 17, 2011

Sham (Syria, Bumi Diberkati).



Sangat menarik, sangat menarik... kitab karangan Sheikh Abd. Hadi al Kharsa... menjawab ungkitan terhadap al Habib Ali al Jufri..

antara isi menarik:

beliau menukilkan di m.s 53 perkataan dalam kitab al ilal... ,

Semua isi kitab jami' al Tirmizi diamalkan dengannya.


Allahu Akbar.



Ini diantara fatwa beliau didalam WEB beliau :

Beliau ditanyai berkenaan adakah wajib mempunyai murabbi /sheikh dalam suluk /bertarikat kepada Allah?.

لسلام عليكم ورحمة الله وبركاته شيخنا الكريم ..الفقير من فلسطين ، يستشيركم ويستنصحكم كونه لا يجد شيخاً يرشده الى الله تعالى ولا يجد أخاً في الله يحظى بنصيحته للأسف ..وقد علمت سيدي أنه يجب على السالك الى الله أن يجد له مربياً كاملاً وارثاً ليوصله الى ربه ..ولعل الصدق يوصلنا يوماً من الأيام به، لكن أجدني الآن مليء القلب بالرعونات والأغيار ولا أملك إلا الالتجاء والتضرع الى الله بالفرج ؛ فأتمنى نصيحتكم ثم استحلفكم بالله أن تدعو لي دائماً يا شيخنا أن يفرج الله عني فرجاً شاملاً من عنده. والله الموفق فهو حسبي ونعم الوكيل..وأتأسف للإطالة

Jawapan beliau : Tidak wajib. Hanya Sunat.

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته:

مسألة وجوب الشيخ المرشد وصحبته فيها خلاف بين العلماء والراجح الاستحباب وأكثِر من ذكر الله تعالى وحضور مجالس الصالحين وزيارتهم ، فرَّج الله عنك وعنا ورزقنا الاستقامة ظاهراً وباطناً آمين.



Ditanyai pula tentang mndengar nasyid bermuzik, beliau menjawab


مسألة الموسيقى فيها خلاف بين العلماء والجمهور على الكراهة التحريمية

Maslah muzik, padanya Khilaf dikalangan ulamak. Pendapat teramai adalah makruh tahrim.

Buah tangan dari Turkie 20


Menziarahi ulamak besar Turkie. Hadrat Sheikh Mahmud Affandi An Naqshabandi al Kholidi.



Dengan hanya kita melihat dipendalaman sanubari orang-orang Turki, masih boleh kita katakan Turki masih mempunyai harapan untuk , mencapai kualiti ugama yang subur. Entah berapa ramai lagi para ulamak dan orang soleh yang masih hidup beselerak dipenjuru penjuru kampung dan bandar. Mungkin ratusan bahkan mungkin ribuan. Kita tentu masih ingat al Allamah Al Kawthari - seorang ulamak besar merupakan wakil masyaikh osmaniah yg berhijrah ke Mesir , kemudian mengajar dan jadi mahaguru dan rujukan para ulama dunia satu ketika dulu.


Hadrat Sheikh Mahmud Affandi al- Awfa, adalah murid kepada Mawlana Ali Haidar al-Akhnawi murid kepada Mawlana Ali Ar Ridho murid kepada Mawlana Khalil Nurullah murid kepada Mawlana Musthafa murid kepada Mawlana Abdullah al-Mujawwir murid kepada Mawlana Khalid al Baghdadi yang bermakam di Damsyiq , Sham (Syria).

Seorang ulamak tua yang sangat berkaliber, mempunyai murid dalam bilangan yag tidak sedikit, mempunyai kelas-kelas pengajian ilmu yg dijalankan oleh para murid beliau diseluruh Turki.

Sangat alim dalam bidang ilmu syariat dan hakikat. Semasa beliau dalam kesihatan pernah mengajar ilmu-ilmu alat, seperti nahwu, sharaf, mantik, balaghah, fekah Mazhab Hanafi, ilmu hadis , antara kitab-kitab hadis yang dapat dikesan pernah beliau mengajar ialah Riyadhus Sholihin, al Muwatha Imam Malik dan sebahagian dari Sunan Sittah.

Yang sangat menarik hati saya , beliau berkebolehan mengajar kitab Al- Maktubat -3 juzuk -2 jilid besar , karangan Imam Rabbani Faruq al Sirhindi. Sebuah kitab umdah yang jadi rujukan ilmu tasauf/tarekat khasnya Naqshabandiah.
Dapat dikesan apabila ada dikalangan para murid beliau yang boleh mengajar (Khoja) mampu mengajar kitab tersebut dan didapati Khoja khoja itu semuanya belajar kitab tersebut dengan Sheikh Mahmud Affandi. Mereka sentiasa merujuk kepada beliau bila kesulitan ibarat kitab itu khasnya bila bertemu kalimat-kalimat Parsi. Maasyaallah tuan.. tak pernah lagi saya bertemu tuan guru yang mengajar kitab maktubat itu, walaupun dikalangan pengamal tarikat Naqshbandi hatta khalifah khalifah besar ditanah air sekalipun. Cuma kitab itu sekali-sekala ada kedengaran disebut-sebut oleh sheikh sheikh tarekat yang alim dalam ceramah ceramah mereka.


Satu dari Kehebatan ulamak Turkia.. mereka mampu mempertahankan tulisan osmani dalam karangan mereka . Satu maklumat baru yang saya takpernah dengar sebelum ini.

cuba perhatikan tulisan dalam kitab ini , kemudian perhatikan pula tulisan dalam majallah diatas. Didapati kedua-duanya dalam bahasa Turkia. Tetapi sebenarnya berbeza di satu sudut,
Sebab:

Tulisan dalam majallah itu dikatakan Tulisan Turki dalam bahasa Turki.

Tulisan dalam kita kuning ini pula dikatakan Tulisan Osmani dalam bahasa Turkie.

Perhatikanlah perbezaan keduanya.

Satu lagi pula sebagai perhatian:

Maksud Tulisan Osmani (Khat Osmani) ialah Osmaniah, iaitu zaman Kerajaan Turki Osmaniah , bukan tulisan (Khat Uthmani Saidina Uthman bin Affan r.a) yang pada al Quran pula. Jangan silap faham.

Bagi saya, kalau begitu , masih ramai lagi dikalangan orang-orang Turkia yang masih sayangkan Empayar Osmaniah yang berjasa, gagah dan hebat itu. wallahu a'lam.