Syekhul Islam al-Hafidz al-Imam al Allamah al-Sayuthi telah dilahirkan pada 849 h bersamaan 1445 m, mata beliau telah tertumpu pada kitab-kitab , fikiran beliau membaca, hati beliau menghalusi maklumatnya, mengenali, menghafal , melaksanakan, mentaati, menuruti, tangan kanan beliau memegang pena, melakari , menjalani tulisan demi tulisan tanpa lelah , tanpa jemu.
Sesungguhnya Allah s.w.t telah menganugerahi kepada Al-Sayuthi kekuatan ingatan , hafalan dan telah dibekalkan dengan kesabaran dalam pembelajaran . Perhatikanlah, beliau telah hafal al Quran padahal umurnya tidak sampai 8 tahun. Selepasnya menghafal pula kitab "al-Tanbih"- Imam Abi Ishaq al Sairazi, kemudiannya menghafal pula " Tahzib al-Furu' - Imam Baghawi , kemudiannya menghafal pula " Rawdhah al-Tholibin" - Imam Nawawi - 10 jilid !!!!, dan kemudiannya menghafal pula " Umdatul Ahkam"- al- Muqaddasi - matan hadis, kemudiannya lagi menghafal pula " Minhajul Usul " - al-Baidhawi " - ilmu usul fiqh, dan "al-Fiyah" - Ibnu Malik-ilmu Nahwu, padahal ketika belum lagi bergelar ulamak, ustaz maupun sheikh?..
Ini semua berlaku ditahap awal umur beliau, merupakan pesediaan untuk menghadapi medan ilmu yang sangat luas dan dalam. Terbukti dan ternyata "persediaan" beliau terserlah , apabila hadir dimajlis para ulamak , beliau menyebut semua hafalannya dari kitab kitab tersebut... kemampuannya memeranjatkan.... Maka tahap "persediaan" telah dilaluinya dengan cemerlang , sementara tahap kedua iaitu "menadah" , "duduk didalam halaqah-halaqah pengajian Ilmu" dan "bertalaqqi" ilmu dari para ulamak - Ini perkara yang tidak dapat tidak mesti dilalui untuk menghasilkan ilmu yang sebenar... juga telah dilalui beliau dengan sebaik-baiknya.
Sesungguhnya para ulamak telah menganggap "hari-hari" yang sangat berharga sebagai suatu "Fardhu" kewajipan untuk melalui tahap kedua ini, bagi setiap mereka yang mahu mencapai kemuliaan "Ilmu" dengan title "al-Alim" "al-Ustaz" , "al-Allamah" , "al-sheikh" dan sebagainya..
Mengapakah tidak begitu?, memang akan begitulah syaratnya, sebab kitab-kitab dan buku-buku merupakan benda-benda yang bisu yang tidak akan berbicara melainkan dimajlis para ulamak, dengan isyarat dan pencerahan dari mereka.
Merekalah yang akan mengerak-gerakkan huruf-hurufnya. Akan memancarkan khazanah-khazanah gedung pengetahuan dari dasar lautannya. Seseorang penuntut itu hanya akan bertemankan buku-bukunya saja, itulah saja yang mampu dibuatnya jika tidak mengikut aturan-aturan ILMU .
Ilmu adalah AGAMA, maka perhatikanlah darimana diperolehi agama kita..
Guru-guru Imam Sayuthi.
Pada tahun 864 h , al-Sayuthi mula bertalaqqi ilmu dari para Sheikh . Tidak ada seorangpun yang pernah beliau kenali melainkan beliau akan mengadapnya , bermulazamah dengan sungguh-sungguh dan dalam masa yang lama . Beliau akan mendapatkan intisari ilmu yang ada pada setiap sheikh tersebut. Guru-guru yang sangat ramai menjangkau 150 orang, mereka telah meninggalkan kesan yang mendalam pada peribadi al-Sayuthi. Jika dihimpunkan pula dengan guru-guru yang hanya mengijazahkan sanad-sanad dan sebagainya maka berjumlah 600 orang.
Bertuah Sungguh al-Sayuthi, guru terawal yang mengasuhnya adalah Al-Allamah al Muhaqiq Kamal bin Humam- pengarang kitab Fathul Qoder Syarah Hidayah- Fiqah Mazhab Hanafi, kitab rujukan Fiqh Hanafi.
Bertuah Sungguh al-Sayuthi, guru terawal yang mengasuhnya adalah Al-Allamah al Muhaqiq Kamal bin Humam- pengarang kitab Fathul Qoder Syarah Hidayah- Fiqah Mazhab Hanafi, kitab rujukan Fiqh Hanafi.
Kemudian berguru pula kepada Sheikhul Islam, Qodhiul Qudhah al-Imam Al-Bulqini- al Sayuthi telah belajar dengan Sheikh ini dari tahun 865-868 h. Imam Bulqini ini telah mengijazahkan keizinan mengajar dan berfatwa kepada al-Sayuthi pada tahun 867 h.
Kemudian berguru pula kepada Al-Shulthan Al Hanafi- Shamsuddin Al-Hanafi - yang terkenal dengan kesolehan, uzlah , tumpuan ibadah dan mengajar. Al- Syauthi belajar kitab-kitab Lughah dan Akidah daripada beliau ini.
Kemudian berguru pula kepada Sheikh Syarafuddin Yahya Al-Manawi.- Al Sayuthi telah mulazamah dengan Sheikh ini selepas kewafatan al Bulqini tahun 868 h. Sheikh ini adalah guru Fiqah dan Ilmu-ilmu Syariat al Sayuthi.
al-ٍٍSayuthi mengisahkan saat-saat pembelajaran beliau: " Rutin setiap minggu ,daku setiap lepas subuh hadir kemajlis Imam Bulqini, sehingga hampir waktu Zuhur. Kemudian sehingga hampir masuk waktu Asar daku kemajlis Imam al-Syamuni - keadaan begini berlaku selama tiga hari : hari sabtu, isnin dan khamis. Manakala hari ahad dan selasa pula daku hadir kemajlis Sheikh Sahamsuddin al-hanafi pada awal pagi. Manakala selepas zuhurnya pula pada dua hari ini dan hari rabu, daku hadir kemajlis al sheikh Muhyuddin al Kaafiiyaji"
Rehlah Imam Sayuthi dalam pencarian Ilmu.
Kemudian berguru pula kepada Al-Shulthan Al Hanafi- Shamsuddin Al-Hanafi - yang terkenal dengan kesolehan, uzlah , tumpuan ibadah dan mengajar. Al- Syauthi belajar kitab-kitab Lughah dan Akidah daripada beliau ini.
Kemudian berguru pula kepada Sheikh Syarafuddin Yahya Al-Manawi.- Al Sayuthi telah mulazamah dengan Sheikh ini selepas kewafatan al Bulqini tahun 868 h. Sheikh ini adalah guru Fiqah dan Ilmu-ilmu Syariat al Sayuthi.
Berguru kepada Imam Taqiyuddin Yahya bin Muhammad al-Syumuni.- Melazimi Sheikh ini selama 4 tahun bermula tahun 868 h , dan telah mengambil/belajar darinya ilmu hadis riwayah dan dirayah . Merupakan Sheikh yang teragung dalam Ilmu Arabiyah dan ilmu ma'ani.
Berguru pula kepada Al Allamah Mahyuddin al-Kafiiyaji- telah belajar al-Sayuthi kepada mahaguru ini selama 14 tahun . Kepada mahaguru ini al-Sayuthi telah melaziminya dalam masa yang sangat lama. al Sayuthi telah belajar dari mahaguru ini Ilmu Tafsir, Ilmu Usul, Nahwu dan semua pelajaran Bahasa Arab. Mahaguru ini telah mencatitkan Ijazah besar kepada al-Sayuthi untuk mengajar semua matapelajaran .al-ٍٍSayuthi mengisahkan saat-saat pembelajaran beliau: " Rutin setiap minggu ,daku setiap lepas subuh hadir kemajlis Imam Bulqini, sehingga hampir waktu Zuhur. Kemudian sehingga hampir masuk waktu Asar daku kemajlis Imam al-Syamuni - keadaan begini berlaku selama tiga hari : hari sabtu, isnin dan khamis. Manakala hari ahad dan selasa pula daku hadir kemajlis Sheikh Sahamsuddin al-hanafi pada awal pagi. Manakala selepas zuhurnya pula pada dua hari ini dan hari rabu, daku hadir kemajlis al sheikh Muhyuddin al Kaafiiyaji"
Rehlah Imam Sayuthi dalam pencarian Ilmu.
Begitulah kebiasaannya mesti seseorang ulamak itu menjelajah serata pelusuk dunia untuk mencari khazanah-khazanah ilmu yang terpendam atau menggali lombongnya.
Ini adalah tradisi para ulama Islam kita. Mereka menjelajah kenegara-negara lain, dengan mereguk kesusahan dalam perjalanan , mara–bahaya dalam perjalanan, rasa takutkan musuh, sejuk keseorangan, tidak dikenali untuk dihormati, maklumlah siapa yang kenal seorang ulama bila bermusafir ditempat yang tidak dikenali… demi untuk Ilmu dan Agama Lillah ta'ala, mereka lakukan juga.

Al-Sayuthi berangkat menuju ke Sham dan Hijaz untuk menunaikan haji pada tahun 869 h. Setahun kemudiannya beliau pergi ke daerah daerah di Mesir. Disetiap tempat yang dilaluinya beliau akan bertemu para ahli ilmu , mengambil ilmu dari mereka dan mereka pula mengambil darinya. Begitulah harta benda para ulamak. Perniagaan mereka tidak pula terlalu murah dan tidak terlalu mahal.
Sangat Istimewa pada al-Sayuthi , beliau telah mencatit catitan disetiap perjalanan (rehlah ilmiah) beliau. Peristiwa yang berlaku, dan dengan siapa beliau telah bertemu, maka disetiap rehlah beliau terdapat kitabnya, sepertimana kita boleh menjumpainya dalam kitab "al-Rihlah al fayyumiyah, wal- makkiyah wal dumyathiyyah".
Dalam kitab Husn al muhadarat- "Daku telah bermusafir, Alhamdulillah, kenegeri Sham, Hijaz, Yamen, India, Maghribi dan Takarrur".Sangat Istimewa pada al-Sayuthi , beliau telah mencatit catitan disetiap perjalanan (rehlah ilmiah) beliau. Peristiwa yang berlaku, dan dengan siapa beliau telah bertemu, maka disetiap rehlah beliau terdapat kitabnya, sepertimana kita boleh menjumpainya dalam kitab "al-Rihlah al fayyumiyah, wal- makkiyah wal dumyathiyyah".
Sekalipun setengah pendapat mengatakan rehlah ilmiyah Al Sayuti tidak lebih daripada sekitar negara Mesir dan Mekah, tetapi dapat dipastikan Al Sayuti memang menjelajah ke luar negara dalam rehlah ilmiyah beliau.
Kehebatan al Sayuthi menghafal dan mencerna ilmu.
Sesungguhnya ilmu pengetahuan ditancapkan pada kewujudan Al-Sayuti, jikalau anda berkata Al-Sayuti hidup untuk ilmu dan hidup dengan bernyawakan ilmu, anda adalah benar dengan pendapat tersebut. Satu bukti yang sangat baik untuk pendapat tersebut ialah perkataan beliau, "Sesungguhnya daku seorang laki-laki yang diberi cinta terhadap ilmu, membuat penelitian padanya, yang halusnya ataupun yang zahirnya. Menyelami hakikat-hakikat, menyelusuri kehalusan, memeriksa asal usul. Daku telah dikurniakan sedemikian sehinggalah tidak ada lagi tempat tumbuh sehelai bulu ditubuhku melainkan akan disebatikan dengannya."

Nampaknya perkataan beliau seolah-olah berlaku riak, tetapi itulah yang sebenarnya berlaku dan merupakan apa yang disebut sebagai tahaddus binni'mah. Perhatikanlah bagaimana akan berlaku sekiranya seseorang yang telah dilambung sesuatu perasaan cinta terhadap suatu perkara maka pertautan hati dan keasyikan akan berlaku. Begitulah keadaannya dengan Al Sayuti. Beliau tidak riak, bukan menunjuk-nunjuk, tidak sombong. Yang berlaku adalah asyik, kerinduan terhadap ilmu sehingga sampai ke dalam lubuk hatinya yang dalam dan menjalar keseluruh urat-urat dan sendi sehingga seluruh kehidupannya dicurahkan pada tiap sesuatu kearah mendapatkan ilmu , menghafal dan memeliharanya.
Beliau menyelami perbahasan kitab-kitab menerusi pemikiran yang tersembunyi dan daurah majlis ilmu dari siang hingga ke malamnya agar dapat memetik buah-buahan yang indah, agar dapat manfaat dan memberi manfaat kepada orang lain. Telah diberitakan berkenaan sikapnya itu, "Beliau tidak tidur pada malam hari melainkan sedikit sekali. Tidak pernah setiap kali dikala daku melihat beliau melainkan beliau sedang membaca atau menulis atau membahaskan ilmu."
Sesunguhnya Al-Sayuti telah dianugerahkan kekuatan ingatan dan hafalan sehingga mengkagumkan para gurunya. Kekuatan tersebut menolongnya bagi mempertingkatkan pencapaian ilmiah beliau. Berkekalan sepanjang hayat beliau sehingga kematian beliau, tidak dijengah sifat lupa atau nyanyuk. Beliau pernah memperikan hal tersebut dengan katanya, "Tidak berlaku pada diriku satu perkara yang daku akan segera menanggapinya tanpa teliti dan kaji, dan tidak pernah mendengar atau melihat satu perkara kemudian melupakannya".
Sebenarnya kekuatan ingatan yang seperti ini merupakan persediaan dan satu pertolongan yang sangat mencukupi untuk menghafal nas-nas dan hadis-hadis Nabawi. Sehingga beliau melebihi rakan-rakan seangkatan dalam pencapaian ilmiah sebagaimana yang akan anda jumpai buktinya di dalam setiap sesuatu perbahasan ilmiahnya. Al-Sya'rani pernah menceritakan bahawa Al-Sayuti sangat banyak menjawab soalan-soalan pertanyaan dengan penjelasan yang mudah difahami. Setelah menjawab setiap soalan, beliau akan berkata, ("Azzihnu khawaan- Silalah buka kitab si polan dan kiralah muka surat sekian-sekian, baris sekian-sekian, nanti kamu akan menjumpai persoalan ini insyallah seperti mana yang telah aku katakan tadi".) Apabila diperiksa kitab-kitab rujukan tersebut maka didapati jawapannya adalah benar. Demikianlah adanya al-Imam Al-Sheikhul Islam Al-Sayuti.