Sunday, September 23, 2012

OBJEKTIF DAURAH

OBJEKTIF
Antara objektif majlis ini diadakan adalah seperti berikut:
  • Menghidupkan tradisi berhimpun bersama ulama’ bagi tujuan talaqqi kitab-kitab mu’tabarah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  • Menambah keperihatinan di kalangan penuntut ilmu dan guru-guru agama tentang ilmu hadith dan cabang-cabangnya yang mana ianya agak kurang diterokai di kalangan penuntut ilmu di negara ini masa kini.
  • Meriwayatkan hadith-hadith Rasulullah s.a.w. yang terdapat dalam Sunan Sittah secara sama’i yang merupakan kaedah periwayatan yang utama berbanding dengan ijazah, wijadah dan sebagainya.
  • Menghasilkan sanad periwayatan hadith yang bersambung secara muttasil khususnya dengan periwayat yang masyhur kemahirannya dalam bidang hadith (thiqah al-dhobit) dan menghasilkan sanad yang tinggi (sanad ‘aliy) yang dianggap suatu ibadah di kalangan muhaddithin.
  • Memberi peluang silaturrahmi di kalangan para penuntut ilmu dan ulama’ khususnya ulama’ dari luar negara.
JANGKAMASA MAJLIS
Kaedah periwayatan secara mutlak (mutlaq al-riwayah) membabitkan seorang sheikh atau muqri’nya melakukan pembacaan hadith-hadith secara laju tanpa syarah yang panjang lebar yang mana tujuan utamanya adalah untuk mengkhatamkan suatu kitab tersebut dengan pembacaan dilakukan sepanjang hari hingga ke malam.
SASARAN PESERTA
Oeh kerana syarat periwayatan adalah dalam bahasa Arab, maka penyertaan adalah terhad kepada mereka yang berkebolehan memahami teks Arab. Adalah dicadangkan penyertaan dibuka secara utamanya kepada golongan penuntut ilmu di kalangan pelajar universiti dan madrasah tradisional (pondok), ustaz-ustazah sekolah, guru-guru agama takmir dan guru-guru pondok.

Tarikh akhir pesanan kitab

Perhatian kepada mereka yang belum membuat pesanan  kitab Sahih Muslim dan Tarmizi  , tarikh akhir pesanan adalah  , 27 sept. hari  khamis minggu ini. Sekian harap maklum. 

Siapa Imam Muslim dan Imam Tarmizi?

Pengenalan Imam Muslim penyusun Sahih Muslim.
Pengenalan Imam Tarmizi penyusun  Sunan Tarmizi.