Thursday, January 03, 2008

REHLAH ILMIAH IMAM SAYUTHI r.a 3

IMAM SAYUTHI DAN ILMU LUGHAH ARABIAH. 2

Lihatlah persediaan ilmu-ilmu alat
Imam Sayuthi, sebelum masuk mengharungi lautan Ilmu Hadis dan tafsir. Betapa kukuh dan mantapnya kemampuan persediaan dan bekalan beliau untuk mencerna dan menilai hadis-hadis dan ayat-ayat Quran.
Imam Sayuthi telah menulis lebih daripada 100 buah kitab dan risalah berkaitan Ilmu Nahu dan Bahasa (lughah).
Karangan beliau yang terpenting berkenaan Lughah, Nahu (tatabahasa), Ilmu Bayan dan Badi' (iaitu dua ilmu cawangan ilmu lughah) iaitu :
1. al-Muzhir.
2. al-Akhbar al Marwiyah fi sababi wadh'i al Arabiyah.
3. al-Asybah wa Al Nazooir fil lughah- Nama yang sama tetapi adalah sebuah kitab lain daripada kitab al Asybah pada bicara ilmu Qawaid Fiqhiyah Mazhab Shafie.
4. Lum'ah al-Isyraq fil Isytiqaq.
5. al-Muhazzab fima warada fi al-quran min al Mu'arab.
6. Ta'rif al Daqiqah fi-Idrak al Haqiqah.
7. Ta'rif al A'jam bi huruf al Mu'jam.
8. Tahqiq al Tadhmin - satu risalah kecil setebal 10 mukasurat.
9. Huruf al Haija.- sebuah risalah berkenaan huruf ejaan.
10. Maudhu'aat mutanasyirah fi kitab al Kanzul Madfun.

Kesemua kitab tersebut adalah karangan dan perbahasan beliau yang terpenting dalam bidang bahasa (lughah) .

Adapun karangan dan perbahasan beliau dibidang Ilmu Nahu (tatabahasa) dan Ilmu Sharaf (ilmu tentang asal-usul setiap kalimah, makna dan huruf-hurufnya) :
1. al Iqtirah fi Usul al Nahwu.
2. Jam'ul Jawami'.
3. Ham'ul al Hawami' fi Syarh Jam'ul Jawami'.
4. al Faridah fi al Nahwu , wa Tasrif wa al Khath.
5. al-Nukat a'la Alfiyah , wa al-Kaafiyah, wa al- Syafiah , wa al- Syuzuz, wa al Nuzahhah.
6. فتح القريب على المغنى اللبيب
المصاعد العلية فى القواعد النحوية. 7
در التاج فى اعراب مشكل المنهاج. 8
التوشح على التوضيح 9
السيف الصقيل فى حواشى ابن عقيل. 10
الموشح . 11
شرح القصيدة الكافية فى التصريف .12
13. شرح التصريف لابن مالك
البهجة المرضية فى شرح ألفية ابن مالك .14
السلسلة .15.

Wednesday, January 02, 2008

Nasihat


Makan nasi berlauk kari,

ikan keli masak ciliapi,
jangan benci keluarga Nabi,
nanti api benci membakar diri..

Keluarga Nabi bila dah sahih,
Silsilahi Siti Fatimah dan Baginda Ali,
Hormatilah jangan berkurang kasih,
Agar ilmu dan amal tambah berseri.

Tambahlah pulak keturunan Nabi,
Peribadinya Ulamak, Hadis dihafal,
Lagilah pulak Wara' tak makan dikedai,
Wajib beradab jangan tak tentu fasal.

Aduhai Tuan dan Puan yang bijak,
Dimana akal, dok pertahan perkara ikhtilap,
sampaikan yang diNash Hadis dilanggar pijak,
Beradap dengan Pak Habib yang layak, dikata silap?.

Kalau ya pun habib mungkin silap,
Ya lah, tak maksum melainkan Nabi ,
Tegurlah beradap jangan salah silap,
ni nya tidak , nak diajuk cakap pun, rasanya ngeri....

Kasih kita kekeluarga Nabi,
Tidak pula bererti Syiah,
Semua orang pun tahu perkara ini,
Ahli Sunnah Wal Jamaah pemilik akidah.

Yang bebal suka sangat menuduh,
"Sufi tasawuf adalah Syiah",
Padahal berbeza yang sangat jauh,
Sufi ,Syafie adalah Sunni bukannya Syiah.

Kalau ada orang berhujjah,
Asal Tasawuf dari luar Islam,
Campuran Yahudi, hindu dan falsafah?.
Dalilnya pendapat pengarang kitab fajrul islam dan dhuhal islam?.

Kitab itu siapa yang baca,
jadi pening lalat, pedoman tak jumpa,
boleh ke dipakai , maklumat pendapat saja,
entah dimana , bukti tak ada...

Didalam kitab yang sama juga ,
tak senang dengan hadis , Bukhari dicuriga,
ini bukannya saya tipu , cerita reka,
m.s 2, buku "SALAH FAHAM TERHADAP HADITH" ada cerita.

Atau kita pun bolehlah buka,
Kitab Ahmad Amin tu punyalah reka,
sekitar 20 halaman pendapat yang sama,
dengan "Ignaz Goldziher" yang anti, ragu hadis belaka?..

Tak berhenti setakat tu saja,
Ilmu Tawhid dan taswuf dikata tak suci,
sama seperti perkara yang orang dakwa ,
macamana, kitab Ahmad Amin tu, nak pakai lagi ?..

Biasa seorang Sarjana ilmuan ,
berhempas pulas dapatkan maklumat,
tentulah kenal siapa gerangan,
Ignaz Goldziher dan Joseph Schacht?.

Pendapat tentang Hadis pun dah salah nyata,
Tentang ilmu Tawhid dan Tasawuf dah tentu dicuriga,
Macam tu lah Fikiran saya,
Sebab saya ni nak memudahkan cerita..

wassalam.

Syair daripada Imam Syafie r.a :

ياأهل بيت رسول الله حبكم * فرض من الله فى القرأن أنزله


يكفيكمو من عظيم القدر أنكمو* من لم يصل عليكم لا صلاة له


Duhai Ahli Bait Rasulillah, Kasihkan Kamu *

Adalah fardhu dari Allah didalam Quran telah diturunkan firmannya.


Memadakan kebesaran kadar darjat kamu oleh*

"Barangsiapa yang tidak berselawat pada kamu, tiadalah sembahyang baginya".

Komen Ibnu Katsir:
"Kami tidak mengingkari wasiat-wasiat terhadap Ahli bait, perintah berlaku baik terhadap mereka , menghormati dan memuliakan mereka , sebab mereka datang dari zuriat yang bersih yang semulia2 keturunan yang ada dipermukaan bumi. Apalagi kalau mereka ini dikalangan orang yang mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w yang sohih lagi jelas dan nyata,sepertimana yang telah dilakukan oleh salaf dikalangan mereka seperti Saidina Abbas dan anaknya Abdullah r.ahuma, Saidina Ali dan SELURUH ZURIATNYA".- Tafsir al Quran alA'zim- tafsir Ibn Katsir- 6/199.

Razin bin 'Ubaid berkata " Ketika aku berada disisi Ibnu Abbas r.a , Zainul A'bidin bin Ali bi al Husain datang. Ibnu Abbas berkata kepadanya -

مرحبا بالحبيب ابن الحبيب

Selamat datang seorang Habib (kekasih) anak kepada Habib ( kekasih). - Imam Ahmad ,al musnad 1377 dgn sanad sahih. al Sakhawi dlm Istijlab 2/566 hadis no 302.

Imam Shafie bersyaer:


ان كان رفضا حب آل محمد # فليشهد الثقلان أنى رافضى


Kalaulah mencintai ahli bait dituduh sebagai kaum Rafidhah , maka biarlah manusia dan jin menyaksikan bahwa aku adalah Rafidhi (Syiah)..?..


Padahal Imam Shafie r.a adalah jauh dari Syiah samaada amalan maupun akidahnya. maka sekadar cinta , hormat , beradab dengan keturunan Nabi s.a.w sebenarnya adalah perintah agama yang tidak boleh disangkali.


Monday, December 31, 2007

KESYUKURAN.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Adalah dimaklumkan bahawa pondoktampin akan mengadakan majlis kenduri kesyukuran pada HARI SABTU 31 JANUARI 2009, insyallah, sempena perkahwinan Tuan Guru al-Haj al-Ustaz Abd. Raof bin Haji Nurin- Ummu Syarifah binti Haji Nazlan . Kepada sesiapa yang berkelapangan dijemput hadir.
Sekian dimaklum.


Salaf al-sholeh adalah Insan yang Bijak..

Para salaf al-soleh menuju ke kuburan wali-wali Allah untuk ditunaikan hajat2??...

Antaranya :
1. Imam al Harabi- Sahabat Imam Ahmad, berkata "Kubur Ma'ruf al Karkhi al tiryaq yang mujarrab ( makbul bila berdoa disitu). Ibnu al Jawzi telah meriwayatkan cerita ini didalam Shifah al shofwah, al Zahabi juga meriwayatkannya didalam Siyar al A'lam Nubala.
2. Kubur Imam Harabi sendiripun makbul juga - diriwayatkan dalam Shifah al shofwah juga.
3.Manusia berdoa diturunkan hujan dikubur Abu Ayyub al Anshori- al Hilyah, Shifah al Shofwah, Siyar a'lam Nubala.
4. Al Daruquthni- Adalah kami bertabaruk di kubur Abi al fath al Qawsyi.
5.Imam Shafie r.a - Beliau ketika datang ke Baghdad beliau ziarah ke Pusara Imam Abi Hanifah , bertawassul dengannya agar ditunaikan hajat2 .- Khairat al Hissan fi manaqib al Nukman, Ibnu A'sakir juga telah meriwayatkan kisah Imam Shafie ini didalam Tarikh Baghdad dengan sanadnya .
6. Qadhi Al- Syarif Abi Ali al Hasyimi - menceritakan oleh Abu Muhammad al Tamimi-(merupakan guru Qadhi Ibnu Abi Yo'la) = "Daku telah menziarahi Kubur Imam Ahmad , sebab menemankan Al-Qadhi al- Syarif Abi Ali, Maka daku melihat beliau mencium ujung kaki kubur imam Ahmad?. Maka daku bertanya : Ada ke Athar (tentang perbuatan ini)??.. Maka beliau berkata: Imam Ahmad ni seorang yang besar ertinya buat diriku, daku tiada sangkaan bahwa Allah akan menyeksaku dengan sebab buat begini". Kisah ini diriwayatkan oleh al Qodhi Abi Yo'la dalam kitab Thabaqot al Hanabilah - fi tarjamah mufti al Hanabilah fi Baghdad al Qaodhi al Syarif Abi Ali al Hasyimi - salah seorang perawi akidah Imam Ahmad.-

Lihatlah !!
dan fikirkanlah...kalau nak dipakai pendapat orang2 yang anti sangat2 pada orang yang taksub bodoh kekubur sampai nak fitnah macam2 , maka adakah boleh dikatakan perawi ilmu akidah Imam Ahmad dan Penghulu2 Hanabilah adalah "Kuburiyuun" penyembah kubur?. Padahal kalau nak dibandingkan dengan para Ashab Mazhab lain2nya yang juga mengambil tabaruk dan tawassul dengan kubur para imam mereka - Tidaklah sehebat para Hanabilah-??..

7.

أنهم قحطوا فجاء رجل الى قبر النبى صلى الله عليه وسلم وقال يا محمد استسق لأمتك فانهم قد هلكوا
"Bahawa mereka ditimpa kemarau, maka datang seorang lelaki kekubur Nabi s.a.w berkata: Ya Muhammad, turunkan hujan kepada umatmu sebab mereka sungguhnya telah binasa"

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dlm Musannaf 12/13-33 , al Bukhari dalam Tarikh 7/304, al Hafiz Abu Yo'la dalam al Irsyad 23, al Baihaqi dalam dalilu an Nubuwwah 7/47, Al Hafiz Ibnu Hajar dalam fathul baari 2/495 berkata: Isnadnya Sahih, Ibnu katsir dalam Al Bidayah wan Nihayah 7/105 dan dalam Tafsir beliau 1/91 berkata: Isnadnya Sahih.

ada orang kata hadis ini dhoif.

cuba tengok sikit perbahasan sini.

sedikit sentuhan terhadap kritikan.

Sunday, December 30, 2007

b.t.d damsyik 9

Di sekitar Suuq al Hamidi, sangat banyak makam atau dhoreh yang patut diziarahi untuk mengucap salam, membacakan al-fatihah, qulhuwallah, tahlil dan disudahi dengan doa kepada tuan punya makan atau dhoreh yang bersemadi. Masuk sahaja melalui babus soghir di kanan lorongnya kita akan berjumpa Abu Hurairah r.a. Terus sahaja dan masuk ke lorong kanan, bertemu pula dengan Nuruddin al Zinki, raja yang sangat soleh dan mempunyai catitan sejarah yang sangat menarik. Oh ya, di sebelah makam al Malik al Zinki ada masjid tersorok, boleh menumpang sembahyang jemaah lima waktu dan yang menariknya di situ dikatakan tempat berhimpunnya para Masyaikh, bertalaqqi, berjumu serta berzikir . Terus berjalan di lorong al Zinqi tersebut, belok ke kanan, akan bertemu makam Muaz bin Jabal r. a. Jika kita terus ke Babus Soghir sampai ke pintu utama masjid Umawi, terus mengikut lorong yang mengarah ke belakang kiblat. Kemudian membelok pula ke kanan, akan berjumpa Abu Dardak r.a dan Muwaffiqquddin bin Quddamah al- Muqaddisi thumma al Dimsyaqi al Sholihi al Hanbali- seorang ulamak mazhab Hanbali.

Salam dan doa ke atas mereka serta ucapan syukur di atas jasa-jasa mereka. Jazakumullaahhu khaira jaza, min ummati Muhammadin Sallalaahu a'laihi wassalam.

Kubur kubur kubur kubur kubur lagi-lagi kubur, kuburiyyun ka? Taasub bodoh ke kubur ka? Eh…dah eh..teringat ke hadis Nabi saw je, statusnya hadis Sahih dan "Hasan" ....

قَالَ عَلَيْهِ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ:

كُنْ فِى الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيْبٌ أَوْعَابِرُ سَبيْلِ وَ عُدَّ نَفْسَكَ فِى أَصْحَابِ الْقُبُوْر. .

Jadilah engkau di dunia seolah-olah orang yang berdagang, atau seorang yang sedang melalui perjalanan, dan hitung/ anggaplah dirimu ADALAH SEBAHAGIAN DARI AHLI KUBUR

Di awal lorong Babus Soghir, jika kita masuk lorong kiri selepas makam Abu Hurairah r.a, kemudian belok ke kanan pula, di kawasan kedai-kedai menjual barangan besi, tembaga dan perak, lorong kedai-kedai/bazar yang dipenuhi jualan barangan logam yang sesuai untuk dibuat cenderahati. Ohh..rupanya di situ bertemu madrasah Al Ashrafiyah, tempat Imam Nawawi menuntut dan mengajar ilmu hadis. Bertuahnya rasa di hati terjumpa madrasah tersebut tanpa disangka-sangka. Sehingga sekarang (masa itu ari le) masih lagi kelihatan para mua'lim keluar masuk di sekitar madrasah tersebut…. Al Fatihah untuk Imam Nawawi dan doa pada beliau atas jasa-jasanya.Aminn..

Dalam bercerita-cerita tentang ziarah kubur dan makam ni, teringatlah saya ke kubur al allamah Ibnu Quddamah al Hanbali- pengarang kitab al Mughni- kitab rujukan fekah mazhab Hanbali. Bila teringat je ke Ibnu Quddamah al Hanbali ni , maka teringat terus pada satu fatwa beliau tentang Sunat berziarah Madinah bila setiap kali selesai Haji dan umrah ... inilah catitannya..

فاذا فرغ من الحج استحب له زيارة قبر النبى صلعم وقبر صاحبيه - المغنى

Bila sudah selesai dari ibadah Haji , maka disunatkan ziarah KUBUR Nabi s.a.w dan kubur 2 Sahabatnya. - al Mughni - juzuk 5 m.s 465 .

Ohh.. kalau gitu Mazhab Shafie tidak keseorangan dalam soal ziarah lepas haji ni. Ibnu Quddamah al Hanbali sangat terhormat dalam fatwa2 fikihnya disisi Hanabilah .
Ini bukan apa... cuma ada terdengar je , orang yang berceramah mengatakan hadis "Sesiapa yang berhaji , padahal tiada berziarah daku (kemadinah) , maka dia telah berkasar dgnku." aw kama qol... maka terdengar oleh telinga saya sampai ada orang yang bercakap cakap, tak payah lah pergi kemadinah lagi lepas selesai haji umrah.. buat apa... kan ke hadisnya pun dhaif?.. ish ish.. nasib le saya dulu dimadrasah tok guru pesan.. kena pi madinah gak.. makruh kalau tak pi madinah bila dah selesai haji umrah.. sayapun pegang tok gurulah. disamping tu cari-cari gak dalilnya yang kata makruh tu.. rupe-rupenya tok guru tak pesan perkara kosong.. ada isi oii..