Monday, January 23, 2012

Biodata Sheikh Samir al Nash.

 


Nama: al Alim, al Faqih, al Ushuliy, al Shufi, al Thobiib al Haafidz al Jaami' lilqiraat,  al Mutqiin ,al Sheikh, Samir Muhammad bin Mamduh bin Sharif al Nash.

Dilahirkan pada: 1955 masihi bersamaan 1375 hijrah.

Bapa beliau, adalah seorang yang Soleh, Iaitu Sheikh Mamduh al Nash, merupakan seorang soleh yang mencintai para ulamak dan awlia, . Bapa beliau juga sentiasa mulazamah dengan mendampingi seorang Arif billah iaitu Sheikh Ahmad alHaruni.

Datuk beliau adalah seorang ulamak, iaitu al Sheikh Sharif al Nash, merupakan ahli ilmu yang menimba ilmu daripada ramai kalangan Ulamak besar , para Ahli Hadis dan Awlia dizamannya.

Guru-guru datuk beliau ialah, al Arif billah al Allamah Khatimah al Muhaddisin fi Shaam, Muhammad Badruddin al Hasani R.anhu.

.

Diantara guru datuknya lagi ,
-al Arif billah al Allamah al Muhaddis Muhammad bin Ja,far al Kattani ( Ulamak hadis Maghribi) 

-alArif billah al Sheikh Syukri al Asthuwani , dan

-al Arif billah al Allamah al Sheikh Abdul Hakim al Afghaani.


Sementara Sheikh Saamir sendiri pula:
Beliau adalah Faqih dalam Mazhab Hanafi, yang teguh pengetahuannya, Seorang ahli Ilmu Ushul, Seorang Ahli Hadis, Seorang yang menghimpunkan ilmu qiraat al Shugro dan al kubro, bahkan beliau berpengetahuan kukuh pada ilmu qiraat dan berbagai ilmu-ilmu yang lain lagi. 

Beliau mempunyai berbagai ijazah ilmu selain beliau juga adalah seorang Doktor yang mempunyai pusat rawatan sendiri (Klinik) di Kota Dimasq.

Beliau seorang Alim yang beramal dengan ilmu Tasawuf.

Bidang ilmiah yang diceburi beliau:

  1. Ilmu-ilmu alQuran.
Beliau telah menghafal al Quran ketika masih kecil lagi, kemudian menjalani pengajian talaqqi ilmu Qiraat Sughro disisi Sheikh al Faqih al Allamah al Hafiz al Jaami’ al mutqin al Sheikh Muhammad  Toha al Sukkar -  rahimahullah.

Kemudianya beliau beralih menghimpun pula ilmu Qiraat al Kubro disisi al Hafiz al Mutqin al Aalim al Sheikh Ahmad Mustofa al Misri - rahimahullah .

Beliau mempunyai ijazah-ijazah al Quran dari Para ulamak Qurra Sham, antaranya ijazah dari 

- al Allamah al Sheikh Muqri al Sham Husain al Khattob- rahimahullah.

- Al Sheikh Muhammad Kurim Rajiih -hafizahullah.

- Al Sheikh Abu al Hasan al Kurdi -rahimahullah. 

- Al Sheikh Abd. Razaq al Halabi- rahimahullah.
Sedangkan Sheikh Samir iatu beliau sendiri adalah juga merupakan SHEIKH QURRA (guru) al Quran, iaitu merupakan guru kepada semua peringkat pembelajaran al Quran, setiap hari mengajar diMasjid al Imam al Arif billah al Sheikh al Akbar Mahyuddin ibn Arabi semenjak 15 tahun yang lampau.

2. Ilmu Hadis.

- Beliau telah bertalaqqi Hadis disisi al Muhaddis al Kabir al Allamah al Sheikh Yaasin al
Fadani -rahimahullah .

Membaca kitab Awail al Sunbuliyyah berkali-kali dan Sheikh Yasin telah mengijazahkan Hadis kepada beliau. Ini berlaku semasa beliau bermukim diJeddah, Arab Saudi selama 12 tahun dan dalam masaitu beliau berulang alik ke Tanah Haram .


- Beliau sempat bertalaqqi sebahagian besar Kitab Jami' al Sahih al Bukhari disisi
al Allamah al Muhaddis al Sheikh Abdullah al Ghumari - rahimahullah dan diijazahkan Hadis-hadis juga.

- bertalaqqi disisi al Allamah al Sheikh Abdul Ghani al Dagr dan diijazahkan .

- Al Sheikh Muhammad bin Ali dan al Sheikh Muhammad Barnalu al Halabi.

- al Sheikh Washyyfi al Musaddi.

- al Sheikh Nuruddin al Khatiib .

-al Sheikh Abdullah Sirajuddin al Halabi.


Yang menariknya , beliau telah bertalaqqi Ilmu Mustholah Hadis disisi al Allamah al Doktor Nuruddin Ittir , membaca kitab Nuzhah al Nazar.
Kemudiannya beliau terkehadapan dalam barisan ulamak yang mahir ilmu Mustholah.

3. Ilmu Fekah.

Beliau membaca Teks Fekah Mazhab Hanafi :
- disisi al Allamah al Sheikh Luthfi al Fayumi, kitab al Hidayah al Aalaiyyah.
- Al Allamah Mufti Negara Sham al Thobib al Sheikh Abu al Yusr Aabidin , membaca disisinya Hasyiah Ibnu Aabidin dan beliau telah memantapkan bacaannya selama 3 tahun dan telah diijazahkan kitab Hasyiah tersebut. Sheikh Abu al Yusr merupakan keturunan pengarang Hasyiah Ibnu Aabidin tersebut.
- beliau meraih Ijazah ilmu fekah dan ilmu Ushul dari al Allamah al Faqiih al Aarif billah al Sheikh Adiib al Kallas.

Kegiatan Harian Sheikh Samir Nash:

Menarik , sangat menarik, beliau seorang guru al quran diMasjid Jamik Ibn Arabi, saban hari setiap subuh akan sentiasa ada di dalam kelas beliau diMasjid sehingga awal waktu duha. Beliau sangat terkenal dikalangan penuntut-penuntut bangsa arab amnya dan penuntut nusantara dan penuntut dari negara barat khasnya yang berminat untuk meningkatkan mutu bacaan al quran dijurusan makhraj.
Kemudian beliau akan pulang kerumah dan terus ke Klinik beliau kerana beliau juga merangkap Doktor yang merawat sakit jasmani. Beliau mempunyai Ijazah kedoktoran semasa belajar di Amerika , dan tentunya mahir bertutur dalam English.
Di Klilnik beliau yang sibuk dengan merawat pesakit , seringkali didatangi para murid yang dahagakan ilmu, dibilik rawatan beliau itu juga seringkali bertukar menjadi kelas pembacaan kitab.
Sering juga beliau diundang untuk mengadakan daurah-daurah di Luar negara, antaranya di England , Amerika dan Indonesia. Baru-baru ini beliau telah diundang daurah membaca kitab al Itqon fi Ulumil quran - Ilmu Ulum Quran. Beliau menghuraikannya dalam English.

Yang terakhir , sangat sangat menarik: Beliau sangat kasih kepada Nabi s.a.w, dikhabarkan setiap  hari beliau akan mengadakan majlis bacaan Qosidah Burdah.

Semuga Allah s.w.t  ramaikan orang yang seperti beliau, dan lanjutkan usia beliau dalam kesihatan untuk berbakti. Aamin.




Rujukan: