Thursday, October 05, 2006


Taqlid dan Pindah Mazhab menurut pemuka Mazhab Shafie.


1.

قال العلامة سيدى ابراهيم العلوى

والمجمع الوم عليه الأربعة × وقفو غيره الجميع منعه .

حتى يجئ الفاطمى المجدد × دين الهدى لآنه المجتهد.

Telah Ijmak pada hari ini 4 mazhab sahaja * Beramal dari selain fatwa 4 mazhab telah menegah para Ulamak.

Sehingga datang anak keturunan Siti Fatimah r.anha (Imam Mahadi) * Agama pertunjuk, kerana beliau adalah seorang Mujtahid.

2.
قال العلامة الماليبارى فى الفتح المعين

اذا تمسك العامى بمذهب لزمه موافقته , والا لزمه التمزهب بمزهب معين من الأربعة لا غيرها . ثم له وان عمل بالأول الانتقال الى غيره بالكلية , أو فى المسائل بشرط ان لا يتتبع الرخص بأن يأخذ من كل مذهب بلأسهل منه فيسفق به على الأوجه
Seseorang awam , apabila berpegang dengan sesuatu mazhab, mestilah mufakat (menuruti) denganNYA ( menurut seluruh fatwa mazhab tersebut). Jika dia tiada sebarang mazhab mestilah bermazhab dengan salah satu mazhab yang tertentu dikalangan mazhab yang 4 , tidak boleh dia menurut mazhab yang lain.

Harus pula dia beramal dengan mazhab yang pertamanya, kemudian dia berpindah kepada mazhab yang lain dengan (beramal ) seluruh fatwa-fatwanya. atau pada setengah-setengah masalah, tetapi dengan SYARAT TIDAK MENGIKUT YANG RUKSHAH SAHAJA iaitu dengan maksud DIA HANYA MENGAMBIL YANG SENANG-SENANG SAHAJA ( TASAHUL) , maka ia dihukumkan fasiq dengan sebabnya menurut qaul yang muktamad .

3.
قال العلامه أبو بكر الشط

وقوله ( لا غير ها) اى غير المذهب الأربعة . و هذا ان لم يدون مذهبه فان دون جائز كما فى التحفة
Tidak boleh taqlid mazhab yang lain dari mazhab 4, Ini jika mazhab lain itu tidak ditadwinkan
(terpelihara dan disusun fatwanya), sebaliknya jika telah ditadwinkan, maka haruslah ia bertaqlid kepadanya sebagaimana yang disebut dalam Tuhfah.

4.
قال العلامة با علوى فى كتابه بغية المسترشيين

و فى ك من شروط التقليد عدم التلفيق بحيث تتولد من تلفيقه حقيقة لا يقول بها كل من الامامين قاله ابن حجر اذ لا فرق عنده بين أن يكون التلفيق فى قضية او قضيتن
فلو تزوج امرأة بولى وشاهدين فاسقين على مذهب ابى حنيفة أو بلا ولى مع حضوره وعدم عضله ثم علق طلاقها بابرائها من نفقة عدتها مثلا فأبرأته ثم أراد تقليد الشافعى فى عدم وقوع الطلاق لعدم صحة الابراء عنده من نفقة العدة لم يصح بل يحرم وطؤها حينئذ على كلا المذهبين

Setengah dari syarat-syarat taqlid iaitu tiada talfiq , iaitu sekira-kira terbit dari perbuatan talfiq seseorang itu satu hakikat (bentuk amalan ) yang tiada berkata dengannya oleh setiap imam Mazhab yang daripada kesemua Mazhab yang ditaqlidinya (maksudnya kesemua mazhab yang ditaqlidi mengatakan amal yang telah dibuat itu tidak sah menurut fatwa setiap mereka). Ini sebagaimana yang telah berkata Ibnu Hajar al-Haitami. Kerana beliau tidak membezakan diantara talfiq pada satu qodiyah atau beberapa qodiyah.
Contohnya , jika seorang berkahwin dengan seorang perempuan dengan berwalikan dan bersaksikan dua saksi yang semua mereka fasik , yang sah nikahnya menurut mazhab Hanafi, atau tanpa wali padahal wali hadir ( tidak musafir lebih 2 marhalah), dan wali tidak ditegah untuk mewalikan , Kemudian orang tersebut (pengantin lelaki) membuat ta'lik talak pula dengan Ibra (iaitu melepaskan tuntutan bayaran) belanja nafkah semasa edah, maka si pengantin perempuan pun melakukanlah ibra Nyalah, selepas itu si pengantin lelaki pula taqlid pula kepada mazhab Shafie yang berpendapat tidak sah ibra pada nafkah talak, Hukumnya tidak sah perkahwinan tersebut bahkan haram jima' pada situasi itu menurut kedua-dua Mazhab .

أما الشافعى فلأنها ليست بزوجة عنده أصلا لعدم صحة النكاح ولو لا الشبهة لكان زنا محضا وأما ابو حنيفة الذى يرى تزويجها فلكونها بانت منه بالبراءة المذكورة وقال ابن زيادى القادح فى التلفيق انما يتأتى اذا كان فى قضية واحدة
بخلافه فى قضيتين فليس بقادح وكلام ابن حجر احوط وابن زياد اوفق بالعوام فعليه يصح التقاليد فى مثل هذه الصورة

Adapun (tidak sahnya) disisi Mazhab Shafie ,kerana perempuan tersebut bukan isteri samasekali disebabkan tidak sah nikah (kerana wali /saksi fasik) . Jikatidak kerana syubhat nescaya lelaki itu (dikatakan) semata-mata berzina.
Adapun (tidak sahnya) disisi Mazhab Hanafi pula , yang berpendapat pernikahan tersebut (asalnyanya) sah, (tapi batal pula), kerana perempuan tersebut telah tertalak ba,in dengan lelaki itu disebabkan ibra, tersebut.

Ibnu Ziadi telah menganggap : Cedera taqlid disebabkan talfiq hanya berlaku jika timbul dari qodiyah yang satu, sebaliknya jika dua qodiyah , tidak cedera.

Maka kalam Ibnu Hajar lebih cermat, sedangkan kalam Ibnu Ziadi lebih menepati untuk orang awam , maka lazim dari mafhum perkataan Ibnu Ziadi tersebut, Sah taqlid pada contoh masalah yang dikemukakan ini. ..intaha..



مسألة ش . يجوز تقليد ملتزم مذهب شافعى غير مذهبه او المرجوح فيه للضرورة اى المشقة التى لا تحتمل عادة أما عند عدمها فيحرم الا ان كان المقلد بالفتح اهلا للترجيح وراى المقلد رجحان دليله على دليل امامه -اه .

Harus bertaqlid oleh mereka yang melazimi Mazhab Imam Shafie kepada Mazhab selainnya , atau Qaul yang Marjuh kerana sebab darurat, iaitu sebab masyaqqah (kesusahan jika beramal dengan qaul yang muktamad atau fatwa Mazhab Shafie) yang tidak mampu ditanggung pada kebiasaannya. Adapun ketika tiada Masyaqqah , maka Haram , melainkan jika Ulamak yang ditaqlidi itu seorang yang Ahli Tarjih dan orang yang bertaqlid itu menganggap dalil ulamak tersebut Rajih dari dalil Imam ikutannya sendiri.


العلامة با علوى فى كتابه بغية المسترشيين


Insyallah nanti akan kita ulas dan tahqiqkan kalam para pemuka mazhab kita tersebut berkenaan Taqlid, Intiqol al-mazahib,Talfiq dan Tasahul, dan yang berkaitan dengannya yang terkandung dalam catitan mereka tersebut.. insyallah..

RUKUN SEMBAHYANG JEMA'AH.

Ustaz, minta tolong detailkan lagi tentang rukun berjemaah solat .

Kemudian: Jika keadaan surau yang bahagian jemaah lelaki & perempuannya dipisahkan oleh dinding, adakah jemaah perempuan itu tidak boleh berimamkan imam lelaki? Bagaimana if suara imam lelaki itu cukup jelas & mengatasi suara imam P? Perlukah jemaah perempuan membuat jemaah sendiri?

Jawab:
Rukun Qudwah ( sembahyang berjemaah) 10 perkara :

1.Bersatu tempat, salahsatu syarat bersatu tempat adalah 1,BOLEH SAMPAI ke imam atau saf didepan dan 2,MELIHAT atau MENDENGAR suara imam atau mubaligh..
Maka untuk soalan , jawabannya, tidak boleh jemaah makmum perempuan berjemaah dengan jemaah lelaki sebab difardhu taqdirkan sekira-kira, tidak boleh lalu/sampai makmum kepada imam atau kepada makmum lelaki, sekalipun suaranya boleh dengar. Dinasihatkan, bukalah sedikit bahagian hadapan dinding/tabir kain yang memisahkan, sekadar boleh dilalui sekalipun orang perempuan takkan pergi kesitu , demi untuk mengesahkan sembahyang jemaah perempuan yang disebelah atau dibelakang jemaah lelaki atau untuk memberi peluang mereka berjemaah sekali dengan jemaah lelaki. wallahu a'lam.
Soalan tambahan: bagaimana pula jika dimasjid.
Jawab:
Dimasjid tidak disyaratkan boleh lalu dan sampai menurut cara biasa. Maka "Sah" sembahyang jemaah perempuan jika ditutup dan didindingkan dengan tabir kain atau kayu sekalipun, asalkan ade pintu, walaupun pintu berada dibelakang makmum perempuan atau tertutup, asalkan masih disekitar dalam masjid.

2.
Sama aturan/ cara kedua sembahyang imam dan makmum. Contohnya tidak boleh berjema'ah antara sembahyang gerhana dengan zohor .

3.
Mengikut semua perbuatan imam, maka takbir makmum mestilah kemudian dari takbir imam, tak boleh terdahulu dan terlambat 2 rukun fi'li dari imam.

4.
Tidak berlawanan dengan imam, pada sunat yang keji jika tidak dilakukan sedangkan imam melakukannya contohnyai sujud sahwi, atau sunat yang keji jika dilakukan sedangkan imam tidak melakukannya, contohnya sujud sejadah.

5.
Berdiri makmum mesti terkebelakang dari imam.

6.
Berniat berjemaah. sekurang-kurangnya sebelum turun ruku'.

7.
Sembahyang imam sah menurut i'tikad makmum.

8.
Sembahyang imam bukan jenis yang kena qada .

9.
Tidak berimam dengan makmum.

10.
Imam bukan dari martabat yang rendah dari makmum, misalnya imam bukan perempuan, sedangkan makmumnya lelaki.

11.
Tidak berimamkan imam yang ummi ( bacaan rukun qaulinya cedera / batal bacaannya) , melainkan jika makmum juga ummi.

12.
Mengetahui pergerakan imam , samada melihat sebahagian saf makmum didepan atau berdiri setentang dengan saf dikiri atau kanan atau mendengar suara imam atau mubaligh.

rujuklah dan belilah buku Ustaz Muhammad Saleh bin Haji Ahmad,,, bekas pensyarah Jabatan usul fiqh u.m, ... terjual dipustaka hafiz wisma yakin kl.. tajuknye..{Panduan Solat Berjemah dan Solat Musafir ( jamak dan qasar)}.. satu huraian menurut mazhab Shafie r.a .. cetakan Pustaka Haji Abdul Majid. cover warna merah . Insyallah puas le hati..tapi tulisan jawi le pulak..