Thursday, October 05, 2006

RUKUN SEMBAHYANG JEMA'AH.

Ustaz, minta tolong detailkan lagi tentang rukun berjemaah solat .

Kemudian: Jika keadaan surau yang bahagian jemaah lelaki & perempuannya dipisahkan oleh dinding, adakah jemaah perempuan itu tidak boleh berimamkan imam lelaki? Bagaimana if suara imam lelaki itu cukup jelas & mengatasi suara imam P? Perlukah jemaah perempuan membuat jemaah sendiri?

Jawab:
Rukun Qudwah ( sembahyang berjemaah) 10 perkara :

1.Bersatu tempat, salahsatu syarat bersatu tempat adalah 1,BOLEH SAMPAI ke imam atau saf didepan dan 2,MELIHAT atau MENDENGAR suara imam atau mubaligh..
Maka untuk soalan , jawabannya, tidak boleh jemaah makmum perempuan berjemaah dengan jemaah lelaki sebab difardhu taqdirkan sekira-kira, tidak boleh lalu/sampai makmum kepada imam atau kepada makmum lelaki, sekalipun suaranya boleh dengar. Dinasihatkan, bukalah sedikit bahagian hadapan dinding/tabir kain yang memisahkan, sekadar boleh dilalui sekalipun orang perempuan takkan pergi kesitu , demi untuk mengesahkan sembahyang jemaah perempuan yang disebelah atau dibelakang jemaah lelaki atau untuk memberi peluang mereka berjemaah sekali dengan jemaah lelaki. wallahu a'lam.
Soalan tambahan: bagaimana pula jika dimasjid.
Jawab:
Dimasjid tidak disyaratkan boleh lalu dan sampai menurut cara biasa. Maka "Sah" sembahyang jemaah perempuan jika ditutup dan didindingkan dengan tabir kain atau kayu sekalipun, asalkan ade pintu, walaupun pintu berada dibelakang makmum perempuan atau tertutup, asalkan masih disekitar dalam masjid.

2.
Sama aturan/ cara kedua sembahyang imam dan makmum. Contohnya tidak boleh berjema'ah antara sembahyang gerhana dengan zohor .

3.
Mengikut semua perbuatan imam, maka takbir makmum mestilah kemudian dari takbir imam, tak boleh terdahulu dan terlambat 2 rukun fi'li dari imam.

4.
Tidak berlawanan dengan imam, pada sunat yang keji jika tidak dilakukan sedangkan imam melakukannya contohnyai sujud sahwi, atau sunat yang keji jika dilakukan sedangkan imam tidak melakukannya, contohnya sujud sejadah.

5.
Berdiri makmum mesti terkebelakang dari imam.

6.
Berniat berjemaah. sekurang-kurangnya sebelum turun ruku'.

7.
Sembahyang imam sah menurut i'tikad makmum.

8.
Sembahyang imam bukan jenis yang kena qada .

9.
Tidak berimam dengan makmum.

10.
Imam bukan dari martabat yang rendah dari makmum, misalnya imam bukan perempuan, sedangkan makmumnya lelaki.

11.
Tidak berimamkan imam yang ummi ( bacaan rukun qaulinya cedera / batal bacaannya) , melainkan jika makmum juga ummi.

12.
Mengetahui pergerakan imam , samada melihat sebahagian saf makmum didepan atau berdiri setentang dengan saf dikiri atau kanan atau mendengar suara imam atau mubaligh.

rujuklah dan belilah buku Ustaz Muhammad Saleh bin Haji Ahmad,,, bekas pensyarah Jabatan usul fiqh u.m, ... terjual dipustaka hafiz wisma yakin kl.. tajuknye..{Panduan Solat Berjemah dan Solat Musafir ( jamak dan qasar)}.. satu huraian menurut mazhab Shafie r.a .. cetakan Pustaka Haji Abdul Majid. cover warna merah . Insyallah puas le hati..tapi tulisan jawi le pulak..

2 comments:

Abu Hafiz said...

Assalamualaikum wrh. wbt. Ustaz,

Tumpang tanya berkenaan point 4. Maknanya bolehlah kita melakukan sunat muakkad seperti qunut kalau imam tak baca qunut misalnya di Masjid Haramain? (Tak pasti la Imam baca qunut ke tak sebab tak dengar/tak nampak dia angkat tangan baca qunut).

Ada website lain terangkan perkara ni tapi artikel mutakhir lain dia bunyi macam sokong Wahabi. Empunya website pun mengaku dia "mengkaji kitab muktabar tanpa berpandu guru [tapi] dipandu oleh hati yang ikhlas dan mengharap petunjuk daripada Allah SWT." (?? camna tu ustaz). Walhasil saya jadi tak berapa confident so nak check balik.

Abu Hafiz said...

Assalamualaikum al-Ustaz. Saya dah dapat jawapan untuk soalan kedua daripada laman ustaz Zamihan al-Ghari yang telah bertembung dengan 'Protaz', empunya laman yg saya sebut di atas. Maka adakah "mengkaji kitab muktabar tanpa berpandu guru [tapi] dipandu oleh hati yang ikhlas dan mengharap petunjuk daripada Allah SWT." yang saya petik daripada biodata Protaz ini (para pelayar boleh check sendiri) maka jawabnya ialah tak boleh sebab walhasilnya akan jadi wahabi jugak akhirnya haha. Moga-moga Protaz ini diberikan hidayah.

Saya belum jumpa lagi jawapan untuk soalan qunut saya. Boleh al-Ustaz pandukan saya ke tempat di mana saya boleh tanya soalan seperti demikian? Atau adakah forum pondok-tampin tempat yg lebih sesuai? Terima kasih.