Wednesday, July 21, 2010

Almarhumah Cikgu Hajjah Maimunah binti Hawa.

Hidup dan kematian tidak dapat dihindari bila sudah sampai ajal seseorang. Hanya iman dan amal sahaja yang dapat diharapkan menjadi penolong dialam Barzakh dan seterusnya.

Almarhumah Cikgu Hajjah Maimunah binti Hawa mesra dengan panggilan Makcik Nah, telah kembali kerahmatullah pada 12 july hari jumaat , merupakan seorang yang teguh pendirian agamanya, dermawan, tempat rujukan para ibu kenalan beliau dan seorang yang tekun berusaha membantu para pelajar agama khasnya dan jiran yang kesempitan.

Semasa hayatnya beliau begitu bersemangat untuk menyediakan tempat (surau/madrasah)pengajian fardhu ain untuk faedah masyarakat disekitar kediaman beliau. Usaha beliau dan keluarganya telah membuahkan hasil dengan terbinanya surau/madrasah kelas fardhu ain Madrasah Aliyyah diAmpangan dengan diterajui oleh Ustaz Soffhan bin Abd.Halim.

Begitu ramai dikalangan para ustaz dan ustazah yang pernah menjadi anak angkat beliau menunjjukan hati budi mulia pribadi ibu ini yang ikhlas.

Semasa arwah suami beliau Cikgu Talha sakit, selalu saya berziarah beliau, saya lihat beliau dalam sakitnya sentiasa berwiridkan al quran. Rupa-rupanya Isteri beliau Cikgu Maimunah ini juga menurut sikap dan amalan arwah suaminya , dengan mengakhiri hayat dengan al quran.

Semuga Allah membalas semua kebaikan beliau semasa hayat dan mengampuni dan menghapuskan semua kesalahan dan kesilapan beliau dan memasukkan beliau kedalam syurga Jannatul Firdaus yang tertinggi , bersama para Anbiya , Syuhada , Shidiqqin dan Ulama -amilin dan Sholihin. Amin . Al -Fatihah kepada Ruh beliau....