Monday, June 06, 2011

TARIM - buahati didunia.









Pada 1425 h. bersamaan 2004 m. telah direzekikan Allah kepada saya yang dhaif sampai ke
Kota orang yang cintakan Rasulullah s.a.w, Ibu Kota Habaaib,
TARIM yang terpelihara.


Saya ditolongi oleh Habib Abd.Razak ben Yahya. Tidak terperikan betapa gembiranya dan tidak menyangka saya boleh sampai juga akhirnya ke Tarim , setelah sekian lama mendengar kalimat tersebut , tetapi membuak-buak cita-cita untuk sampai menziarahinya apabila satu ketika hadir dimajlis maulid dimasjid Ba Alawi , Bukit Timah , Singapura. Melihat dan mendengar ceramah Habib Salim al Syatiri , al-Allamah, datang dari Kota Tarim , dari Rubath Tarim, Madrasah yang telah melahirkan beribu-ribu santri dan Ulamak besar dan kecil diseluruh dunia, Indonesia, Malaysia, Singapura, Negara Arab, Afrika dan sebagainya. Keluarga Syathiri telah bertanggung-jawab dengan jasa-jasa ini.

Setelah sekianlah lama , hanya dengan menatap video dan gambar saja, saya sangat terpegun bila menyaksikan video Habib Umar bin Hafez , syarahan dan ceramahnya menusuk kalbu sanubari . Menyegarkan hati. Menginsafkan. Teringin benar jika dapat berjumpa dan bercakap dengan orang mulia itu.
Rupa-rupanya telah dikabulkan Allah, dapat menziarahi Ulamak keturunan Nabi s.a.w . Lagi Soleh , lagi warak, lagi karamah, lagi berhimmah tinggi ini. Sekadar yang diperhatikan dengan kedhaifan ilmu pengetahuanku ini, adalah Setiap gerak-gerinya orang mulia Ini , adalah dalam keadaan akhlak Nabawiyah. Ini tidak keterlaluan pada anggapan saya .




Di Kota Mulia ini , saya sempat dibawa menziarahi para Habaib dan Habibah. Antaranya al allamah Habib Salim Al Syathiri, al allamah Habib Umar ben Hafiz, Habib Mawla, Habib al Idrus, Habibah maryam yang sangat tua, perjalanannya 6 jam dari Tarim dan seorang lagi Habibah juga sangat berumur dari keluarga al Atthas.

Sempat menziarahi Sohibul Rotib. Menziarahi Habib Ali al Habshi di Seaweon. Ziarah Zanbal, disitu berkumpulnya para Saadah. Terutamanya al Imam Habib Abdullah al Haddad, Habib al Idrus (dikubahnya). Habib Baa Alawi ( Pengarang Bughyah al Mustarsyidin), dan lain2.
Bersebelahan Maqam Para Saadah, ada makam yang dikatakan makam Syuhada Para Sahabat .

Sempat meziarahi Maqam Saidina 'Abaad bin Bishr , makamnya digunung yang ditarah tengahnya. Sahabat Nabi yang mulia ini telah mewariskan keturunan yang mulia pula, iaitu keluaga al Khatib.
Sempat menziarahi maqam Ahmad ben Isa al Muhajir , moyang kepada semua para saadah. Kuburnya di pergunungan , wafat tahun 340 hijrah.


Terutamanya ziarah yang sangat dicita-cita dan sangat penting bila hadir di Hadramaut, iaitu menziarahi Maqam Nabi Allah Hud a.s...



Dikatakan oleh al-Waqidi, “Tidak diketahui dengan jelas dan pasti makam para Nabi, kecuali makam Nabi Ismail ‘alaihis salam yang berada di bawah mizab antara rukun (tiang) dan Ka'bah, makam Nabi Hud ‘alaihis salam yang berada di padang pasir di bawah gunung di Yaman, dan Makam Nabi Muhammad SAW."- Abdul Qadir Muhammad as-Sabban dalam kitabnya Ziyaaraat wa ‘Aadat ziyaarati Nabiyyillahi Hud.
Di sekitar makam Nabi Hud terdapat pasar yang terletak di lembah Adem. Pasar ini merupakan salah satu pasar yang terkenal di zaman jahiliyah. Setiap datang musim menuai kurma, diadakan ziarah ke makam Nabi Hud yang dilaksanakan setiap Bulan Sya'ban.
Lembah Barhut atau Telaga Barhut (Bi'r Barhut)
Telaga berbentuk gua ini berada di lembah Barhut, di sekitar makam Nabi Hud ‘alaihis salam. Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas dari Nabi Muhammad SAW "paling jeleknya telaga di atas bumi adalah Telaga Barhut " (HR Imam Thabrani dalam Kitab Mu'jam).
Tempat Makam Nabi Hud AS
Pada mulanya, makam Nabi Hud a.s terletak di bukit batu-batan (bahasa Arab: al-ahqaf). Kemudian pada abad 9 H dibangun masyhad ( kubur) dan kubah dari batu dan dicat dengan kapur. Tanah di sekitarnya diratakan dan dibangun tempat luas sekiranya cukup menampung para penziarah.
Ziarah Nabi Hud a.s dilakukan sejak zaman dahulu kala sebelum datangnya Islam. Dikatakan oleh Ibnu Hisyam, bahwa Nabi Sulaiman bin Da'ud ‘alaihis salam pernah ziarah ke makam Nabi Hud ‘alaihis salam. Dijelaskan pula bahwa Zul Qarnain pernah berziarah ke makam Nabi Hud a.s di Hadhramaut - Shaleh Al hamid dalam kitabnya as-Sa'adah wa al-Khabar fi Manaqib al-Baqusher.

Gharib Khasful Litham 4


Soalan 1 : salam...ust saya ade kemusykilan pd maslah talaq rujuk ni,saya bercerai,kemudian masa dlm eddah isteri,saya bersetubuh dgn dia,tp saya xde niat nak rujuk pn,adakah itu zina?eddah nya bagaimana pula saya dah blurr...takde ilmu sy ade terbaca,ikut mazhab hanafie,setubuh tu dah dikira rujuk,walaupun tiada lafaz rujuk,imam syafie kena berlafaz..ok..saya cuma nak tahu. pasal edah dia tu,adekah kena kira balik 3 kali suci tu..atau ikut edah yg asal...
Jawaban : Tidak boleh dikatakan zina. Namanya hanya Wathi/jimak haram. Sila rujuk kitab al Asybah wan Nazhoir - karangan Imam Sayuthi.
Jika hamil- sabit pusaka. Oleh sebab kita disini (Malaysia) beramal dengan fatwa-fatwa Mazhab Shafie r.a. Untuk memudahkan perlaksanaan urusan-urusan masyarakat , lazimlah diikut mazhab Negara. Tetapi jika anda secara peribadi mengikut fatwa Mazhab Hanafi juga, dengan tanpa menghebahkan kepada orangramai (iaitu tidak menghebahkannya itu dengan tujuan supaya tidak terfitnah) , silakan .



Soalan 2 : pasal edah dia tu, adekah kena kira balik 3 kali suci tu..atau ikut edah yg asal...

Jawaban: Menurut Sheikh Ramli r.a , memulakan semula edah secara quru , bermula dari mula tarikh jimak dan campurkan dengan baki tempoh edah talak yang telah bermula sebelum jimak lagi.

Contohnya : Jimak telah berlaku pada hari akhir 1 quru edah selepas talak.
Edahnya hendaklah diperhatikan semula , iaitu: Bakinya edah talak raji' itu yang asalnya adalah 3 quru itu sekarang masih berbaki 2 quru lagi , akan dimasukkan dalam 3 quru edah jimak yang selepas jimak itu . Maksudnya: Dimulakan edah baru dengan dimasukkan/dicampur baki edah yang telah sedia ada (2 quru) tanpa bertambah bilangan hari dari jumlah hari dalam masa 3 quru . Maka menjadi seperti memulakan edah semula . Cuma ditindihkan (dimasukkan) 2 quru edah talak dengan 2 quru edah jimak dan diakhiri 1 quru lagi edah jimak sahaja.


Soalan 3 : Bolehkan suami rujuk semula kepada nikahnya dalam masa edah selepas jimak tersebut?.

Jawab: Menurut Sheikh Ibn Hajar r.a. Hanya boleh rujuk dalam masa edah pertama (edah talak rajie tersebut) sahaja, walaupun edah pertama itu sudah bertindih tempohnya edahnya (iaitu dalam masa 2 quru dalam contoh pada soalan 2 ) dengan edah kedua (iaitu edah jimak), maka suami masih boleh rujuk kepada isterinya yang telah ditalaknya itu. Adapun dalam masa tempoh edah jimak semata-mata bakinya yang tidak bertindih dengan tempoh edah talak tersebut itu tidak boleh lagi rujuk. Jika suami mahu kembali kepada pernikahan mesti melalui akad nikah semula. Iaitu membaharui nikahnya dengan akad nikah semula, sebab tempoh boleh merujuk sudah tamat.
Ringkasnya: Suami masih boleh merujuk jika masih dalam tempoh edah pertama selagi masih ada, walaupun baki tempoh edah pertama itu bersama masa dan harinya dengan tempoh edah kedua seperti dalam contoh soalan ke2 tersebut.


NASnya: Kasful Litham muka surat 272 juzuk 2.



(Fashlun)Pada menyatakan bermasuk-masukkan dua eddah. (Far'un) apabila dua eddah daripada jenis yang satu dan keduanya itu daripada seorang yang satu nescaya bermasuk-masuk kan keduanya seperti bahawa adalah ia talak akan sebagai talak raj'ie kemudian wathi ia didalam eddah dan tiada bunting ia daripada wathinya , - ا ه - م ر
(maka)Dimulai eddah itu dengan quru atau bulan daripada selesai wathi itu dan masuk didalamnya oleh tinggal daripada eddah talak itu maka harus baginya rujuk didalam eddah talak itu jua tiada harus didalam eddah wathi itu, yakni yang kemudian daripada eddah talak- ا ه - حج

Wallahu a'lam.