Showing posts with label ilmu USHUL FEQAH. Show all posts
Showing posts with label ilmu USHUL FEQAH. Show all posts

Monday, June 12, 2017

Berkenaan Kitab Jam'ul Jawamik

Kitab Jam'ul Jawamik:


1.Bila diitlaqkan belajar Jam'ul Jawami dipondok2 sekitar nusantara biasanya adalah syarah al mahalli atas jam'ul jawamik karangan imam Tajus Subki.

2.Bukan semata2 matan Jam'ul Jawamik..

3.Belajar sahaja belum menjamin Faham makna seluruh matan dan syarah2nya.

4.Jika faham, belum tentu mampu untuk mempraktikan isi2 kandungannya.

Ramai para tuan guru yang telah kembali kerahmatullah yang saya bertemu mereka mengatakan :

Jamu'ul Jawamik adalah darjah Fuhul Ulamak untuk memahami dan praktik.
Adapun sekadar belajar, juga sudah perlu kepada persediaan cukup , bukan sekadar nahu shorof sahaja.

Wallahu 'lam.

Kehebatan Imam Tajuddin As Subki dalam Usul Fekah.




Al Imam Tajuddin Abdul Wahhab bin Ali bin Abdul Kaafi al Subki - wafat 771 hijrah,  telah mengarang 5 buah karangan dalam bidang ilmu Usul Fekah. 

1. Al Ibhaj Syarah Minhaj al Baidawi , telah dicetak.

2. Raf 'ul Haajib  syarah Mukhtasar Ibnu Hajiib , tahkik al Azhar - belum dicetak .

3. Jam'ul Jawamik- dicetak.

4. Man'ul Mawani'.- dicetak.

5. al Ta'liq fi Ushul al Fiqh- masih dalam bentuk manuskrip asal.



Mengenai Jam'ul Jawamik, merupakan sebuah karangan  yang nipis tetapi setiap bab pembicaraanya adalah satu penemuan cara baru yang belum  pernah disusun  mereka yang sebelumnya, sangat bernilai diantara kitab-kitab Ilmu Usul.

Pengarang telah menyusun karangannya menyentuh dua Ilmu Usul iaitu Ilmu Usul Fekah dan Ilmu Usuluddin.  

Maka jadilah Jam'ul jawamik sebuah karangan yang berbeza dengan karangan-karangan lain dibidang Ilmu Usul , sangat indah ibarat-ibarat dalam setiap sentuhan matapelajarannya, gayabahasa yang sangat ringkas dan lafaz-lafaznya menghikayatkan majaz-majaz.

Para ulamak diseluruh pelusuk benua  telah memberikan  perhatian kepadanya dengan menulis komentari dan syarahan huraian menyebabkan Jam'ul Jawamik tersebar di pusat-pusat pengajian ilmu seluruh dunia.

Jam'ul Jawamik adalah merupakan KITAB  bagi manusia di Timur dan Barat , telah kekal penobatan begitu semenjak ianya dikarang hingga lebih dari 300 tahun.




Tuesday, January 31, 2017

Mazhab campur2 boleh?

Talfiq yg menyebabkan batal sesuatu ibadat ,  mengharuskannya secara mutlak adalah Haram dan melanggar ijmak.

 Talfiq ada 2 hukum, harus dan haram.
Memang selalunya depa kelirukan orangamai.. demi untuk meluluskan rencana depa, ...boleh pakai ja ijtihad2 mereka walau bertentangan dgn orang dulu...maka dilekeh2kan lah pegangan orang awam  dgn cara sepertiitu..
 Konon orang awam pun campur ja amalannya...ada ja talfiq2 mazhabnya , cuma  sedar atau tidak sedar sahaja.
Haa..pakai borong ja..semua talfiq halal...

Termasuk talfiq2 haram yg depa dah kemukan pada orang awam....
Tu le hal nya...
 Sedangkan  sekalipun ada talfiq yg harus...kena halusi lagi..kalau yg diamalkan tu bkn amalan mazhab muqallid tu sendiri dan tidak ada darurat apa pun dia nak beramal begitu..maka tak dapat pahala juga.. sbb muqallid dibenarkan beramal dgn mana2 amaln yg diluar mazhabnya  bila ada perlu dan Amaln itu adalah telah diiktibar ulamak  Ulamak fekah mazhabnya...

Sebab , orang awam yang tahap muqallid ,, tak disuruh dan tidak diperintah berijtihad atau mentahkikkan atau mentarjhkan pun mana2 pndapat ulamak fekah untuk dia beramal. Dia hanya diperintahkan bertanya hukum itu , ini pada orang alim, ulamak ..kalau bab fekah, pada ulamak fekah lah...
Ulamak pulak yg boleh ikut/ taklid  tu yg muktabar, yang muayyn mazhabnya, yang tentu mazhabnya... yg tidak tasahul berfatwa. Tasahul dlm fatwa adalah ciri2 ftwa yg haram diikuti.
Mufti yg tasahul,, adalah berdosa.
Mufti ada banyak peringkat. Kebanyakkan nya sekarang ini tahap, mufti darurat syarie...mufti tahap darurat sahaja seperti yg sheikh daud fathoni sebut dlm furu masail.
Sesorang mufti selagi tidak sampai tahap tarjih,, dia dianggp masih ditahap orang Alim ulamak yang bertaqlid pada mazhabnya. Dia wajib berfatwa mengikut pendapat2 yang muktamad dalam mazhabnnya melainkàn ada sebab yg  perlu , maka diharuskan berfatwa dgn pendapat yang lemah dan pendapat luar mazhabnya.

Kalau sampai tahap boleh mentarjih?. Maka wajib dià fatwakan ikut tarjih dirinya. Dan orang lain tidak wajib ikut dia jika bertentangan dgn pendapt2 yang telah diputuskan oleh majoriti ulamak dalam mazhab mufti tu. Mufti itu kena buat semakan pula disudut maslahah dan mafsidah aamah... kepentingan2 orang ramai. Ada faedah dan mudrat ke pada awam. Dia tidak boleh senang lenang fatwakan tarjih dia yang menyusahkan orang awam. Seperti yang berlaku dalam setengah2 kes dalam negara kita.
Melainkan jika dia gunakan autoriti kuasa pemerintah...itu masalah lain. Maka harus. Sebabtu kita mesti ramaikan kawan2 yang sefahaman dengan kita dalam jabatan2 mufti dan pihak berwajib diperingkat negeri dan kebangsaan. Supaya agama kita terpelihara dan masyarakat kita bangun maju dengan keredoaan Tuhan.
........
Mufti yang tahap boleh tarjih ada tidak sekarang  ?.. memang tak pernah saya jumpa.. yang ada mendakwa boleh tarjih , macam tu memang banyak....

Wallahu a'lam.

Friday, November 07, 2014

Friday, June 06, 2014

Pandangan Al Faqir terhadap Shawkani

Pandangan al faqir terhadap ketokohan Shawkani dan karangan beliau yang bermutu.

Shawkani. Ulama dari Sanaa, Yamen. Dikatakan orang awwalin yang menyusun fikah muqarranah (perbandingan pendapat-pendapat mazhab fikah). Tetapi ada lagi mereka yg lebih awal dari beliau. Terdapat ulamak dikurun ke 8 hijrah . Misalnya, Sheikh Abdul Wahab al - Sya'raani yang telah mengarang kitab fikah muqarranah (perbandingan) 4 mazhab berjudul " AL MIZANUL KUBRO" yang sangat hebat.

Terdapat kritik ulamak terhadap Shawkani dibidang fikah dan ushulnya sahaja disebabkan antaranya beliau telah meluas -luaskn ijtihad baru pada masalah yang sudah ada ijtihadnya.
Shawkani, didapati sedikit bermasalah dalam fahaman fikahnya.
Soal: Betulkah ustaz, pendapat Imam Syawkani ini kita boleh pakai dalam masalah fiqh sahaja, tetapi dalam masalah tauhid kita tidak boleh ikut?.

Jawab: Tidak betul.
Sebab dibidang Tawhid beliau pengikut aliran Asyairah.
Kitab Irsyadul Fuhul beliau sebagai contoh. Didalamnya ada pandangan beliau yang tersendiri dibidang ushul yang ditolak ulamak mazhab. Tetapi bab takwil ayat-ayat mutasyabihat dalam quran, beliau mengulas dengan ulasan yang sangat bagus dan sangat bermanfaat untuk menolak hujjah fahaman tajsim yang tidak shorih seperti fahaman Wahabiyyah. Perbahasan beliau sesuai dengan Asyairah dan Maturidiyyah . Sebab itu ulamak kita pun pilih pilih juga apa Shawkani kata. Pada hal kalau tidak dirujuk kitab Shawkani pun tiadak ada masalah. Munkin ulamak mengambil pandangan Shawkani sebagai hujah dakwah untuk kepada golongan Wahabiyyah.
Begitu juga dl bab- bab tafsir dan penilaian hadis-hadis, penulisan Shawkani sangat baik. Cuma bukan sebagai rujukan utama.

Ulamak kita tidak ada yang mengiktibar Shawkani sebagai tokoh utama ulamak mazhab.
Walaupun kitab-kitab karangan beliau terdapat yang bermanfaat. Tetapi beliau bukanlah sebagai tokoh yang biasanya ditonjol-tonjolķan.
Kitab "Irsyadul Fuhul" , itu contoh kitab Ushul fikah muqarranah terbaik. Tapi bukan sebagai rujukan utama dalam bidang ushul fiqh.

Mungkin juga ulamak kita telah membahasakan petunjuk ini dengan maksud " Jika dipakai pendapat-pendapat Shawkani dibidang fikah dan ushulnya, kenapa tidak dipakai dibidang tawhid, tafsir dan hadis?". Wallahu a'lam.

Saturday, May 10, 2014

SECORET PANDANGAN AL FAQIR - ASAS-ASAS KEWUJUDAN "BID'AH HASANAH DAN BID'AH DHALALAH".

SECORET PANDANGAN AL FAQIR - ASAS-ASAS KEWUJUDAN "BID'AH HASANAH DAN BID'AH DHALALAH".

Ada dua perkara yang sangat penting untuk diperhatikan dalam hubungan perbincangan Bid'ah Hasanah , Bid'ah Dalalah, yang patutnya jadi fokus kepada yang pro dan yang kontra  wujudnya bid'ah hasah dalam agama.

Jika diamat-amati , dua perkara ini akan dapat membantu seterusnya memadamkan penolakan wujudnya bid'ah hasanah dalam agama.

Pertama: Konsep "maslahalah dan mufsidah"  yang  menjadi asas menentukan hukum2 pada perkara baru yang tiada wujud dizaman Nabi s.a.w. Adakah Konsep "maslahalah dan mufsidah" boleh diguna apakai atau tidak dalam berhukum?. Ini perlu diberi penjelasan kepada orang ramai oleh para cendekiawan agama , samada aliran tradisional atau  lainnya. Kalau boleh digunapakai, adakah ia merupakan perkara kesepakatan para ulama islam atau tidak, atau tiada langsung ulama yang bicara tentangnya?. Kalau sudah jadi pendapat majoriti, adakah sikap yang terbaik dalam beragama terhadap perkara2 baru yang tidak pernah wujud dizaman Nabi s.a.w?.

Kedua: Perbandingan antara dua tokoh utama yang menjadi idola kepada pengikut aliran "wujud atau tidak wujud bid,ah hasanah dalam agama".

1. al Imam Sulthanul Ulama Izzuddin Abdissalam - Yang mengarang Kitab Qawaidul Kubro- yang menjadi rujukan perbincangan utama kepada kewujudan  "Bid'ah Hasanah".

2. As Syathibi- Pengarang al -I'tishom - kitab rujukan utama dalam penafian kewjudan "Bid'ah Hasan " dalam agama.


Saya klimkan kedua mereka sebagai rujukan utama, disamping ada banyak lagi tokoh-tokoh lain, sebab kedua mereka telah menjelaskan dengan terperinci konsep berkaitan bid'ah hasanah . Masing-masing dengan pandangan dipihak yang saling bertentangan.  Yang seorang Isbat, seorang lagi Nafi. al Imam Sulthanul Ulama Izzuddin Abdissalam mengatakan wujud bid'ah hasanah  sementara Syathibi menolaknya.
Lagi pula, kedua kitab mereka telah di jadikan teks utama dalam setiap perbincangan, samada dalam penulisan, ceramah, nukilan untuk tesis bagi meraih kesarjanaan di universiti-universiti.

Cuba bandingan mutu kandungan kedua-dua teks kitab tersebut, berdasarkan kemampuan dan kemahiran disudut tatabahasa arab, kemampuan dan kemahiran pencernaan kaedah-kaedah syariat terutamanya Konsep "maslahalah dan mufsidah" yang menjadi fokus terbitnya perbincangan bida'ah hasanah dalam ilmu fikah. Kemampuan dan kemahiran dalam istinbath hukum dan hubungannya dengan perkara yang sedang berlaku, rihlah ilmiah kedua tokoh tersebut - siapa yang lebih cemerlang , lebih terkenal, siapa yang lebih banyak karangan-karang ilmiah yang bermutu tinggi disetiap displin ilmu-ilmu islam   dan akhirnya sambutan para ulama islam yang terbilang  yang menjadi rujukan umat ini, siapa yang lebih ramai dan lebih disebut-sebut dan dicatit-catit setiap kali perbincangan ilmiah , penulisan dan ceramah.

Sebagai ingatan,   Syathibi pengarang I'tishom bukan Imam Shatibi pengarang matan qiraah Shatibi- Imam utama dalam bacaan quraan. Syathibi pengarang I'tishom  tidak terkenal sedekat umurnya, melainkan setelah begitu lama ketiadaannya . Tidak seperti Imam Sulthanul Ulama Izzuddin Abdissalam.


Perkara-perkara  ini juga perlu diambil kira dalam pertimbangan kita untuk beramal dengan perkara-perkara yang telah ditentukan oleh para ulamak sebagai  "Bid'ah Hasanah ".

wassalam.

Wednesday, May 06, 2009

Penjelasan terdapatnya dua Qaul (pendapat) Imam Syafie r.a.


-->
Penjelasan terdapatnya dua Qaul (pendapat) Imam Syafie r.a.
Berkenaan kemusykilan terdapatnya dua qaul (pendapat) daripada Imam Syafie, sehingga ada dikalangan mereka yang membantah mengatakan palsu dakwaan para pengamal kenduri arwah mengatakan terdapatnya dua qaul atau pendapat Imam Syafie dalam masalah sampai pahala kepada mayyit?. Penjelasan terdapatnya dua Qaul atau dua pendapat yang diriwayatkan daripada Imam As Syafie rahimullahu ta’ala boleh kita telili didalam beberapa buah kitab Mazhab Syafie yang muktabar. Pendapat Imam As Shafie Rahimahullah telah dicatitkan oleh Imam Nawawi dalam kitabnya, SYARAH MUSLIM, yang telah menjadi masalah kepada mereka yang kontra adalah seperti berikut:

“Adapun bacaan Quran , maka [Qaul Masyhur] dalam Mazhab Syafie, adalah tidak sampai………
Dalil Imam Syafie dan mereka yang sependapat dengannya ialah firman Allah (yang maksudnya),
" Dan seseorang tidak akan memperoleh melainkan pahala usahanya sendiri",
dan sabda Nabi SAW (yang maksudnya),
Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah amal usahanya kecuali tiga hal, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh(laki-laki/perempuan) yang berdoa untuknya (si mati)."-- (An Nawawi, SYARAH MUSLIM, juz 1, hal. 90)”.

Jawabnya: Masalahnya, adakah kita telah memahami benar-benar peristilahan sesuatu qaum?, sehingga
dituduh qaum itu tak mengikut Imamnya sendiri?. Pokoknya adakah kita telah benar-benar memahami masyrabnya, mustalahahnya, thuruq khilafnya , selok-belok mazhab dan sebagai-bagainya berkenaan
sesuatu mazhab khasnya “MazhabSyafie”?.

Berkenaan 'qaul masyhur',tidaklah jadi masaalah dalam memahami persoalan ini, maksud 'masyhur' itu sendiri sebagaimana yang diistilahkan oleh Imam Nawawi dalam kitab Minhaj beliau, dan telah disyarahkan(dihuraikan) oleh Syekh Ibnu Hajar dalam Tuhfah : Muka surat 84, juzuk 1, cetakan Daarul Kutub al Ilmiyah, tahun 1996 m.
( فَا المَشْهُور ) هُوَ الذَّى أَعْبَرَ بِهِ لاِءشْعَارِهِ بِخَفَاءِ مُقَابِلِهِ وَيَقَعُ لِلْمُؤَلِّفِ تَنَاقُضٌ بَيْنَ كُتُبِهِ فِى التَّرْجِيْحِ يَنْشَأُ عَنْ تَغَيُّرِ اِجْتِهَادِهِ فَالْيَعْتَنَّ بِتَحْرِيْرِهِ ذَلِكِ مَنْ يُرِيْدُ تَحْقِيْقَ الأَشْيَأَ عَلَى وَجْهِهَا.
Begini maksudnya:

“ Maka 'qaul masyhur', ialah yang mengibaratkan oleh pengarang (Nawawi) dengan nya, bagi tujuan memberitahu bahawa ada kesamaran muqobilnya (pertentangan), sesuatu pendapat (fatwa)tersebut. Dan bagi pengarang (Nawawi) ,terjadi pentarjihan yang berlawanan diantara kitab-kitab beliau, yang terbit (disebabkan) berubah ijtihad (samada Imam Syafie sendiri atau mujtahid mazhab atau mujtahid tarjih). Maka hendaklah mengamat-amati dengan menghuraikan perkara tersebut atas mereka yang mahu ( yakni mampu) mentahqiqkan (memeriksa dalil-dalilnya dengan ) mengikut jalan –jalan (kaedah) nya”.

Maksudnya : Qaul masyhur tersebut, boleh dibuat penelitian lagi oleh mereka yang mampu terhadap fatwa-fatwa mazhab yang kedudukkannya di tahap masyhur. Jelasnya , Qaul Masyhur adalah satu istilah yang dipopularkan oleh Imam Nawawi dan para Mujtahid Tarjih dikalangan Ulamak Mazhab ini. Bukan istilah Imam Syafie sendiri. Bukan juga seperti sangkaan mereka yang membantah dengan mengatakan “Qaul Masyhur” bermaksud qaul atau pendapat yang terkenal dari riwayat Imam Syafie. Menurut Imam Nawawi memang terdapat 2 Qaul disisi Imam Syafie dalam masalah ini jika dipandang disudut istilah “masyhur” yang dicatitkan disemua kitab –kitab yang menaqalkan masalah sampai pahala.

Cuba kita perhatikan apakah pengertian sebenar “Qaul Masyhur” disini?. Ini sebenarnya telah dijelaskan lagi dalam kitab Majmu' Kutubis Sab a'h al Mufidah, m.s. 34:
و قد تتبع من جاء بعدهما و بينوا المعتمد من غيره بحسب ما ظهر لهم.
“Waqad tatabba'a man jaa aa ba'dahuma kalamma huma wabayyanu al mu'tamad min ghairih bihasabi maa zho ha ra lahum”.

Ertinya: Dan sesungguhnya telah menyelidiki dan membahas fatwa-fatwa kedua Syekhul Mazhab(Rafaie dan Nawawi) oleh mereka (ulamak) yang kemudian , dan mereka telah menerangkan yang mana muktamad (yg dipegang/ difatwakan) dengan yang tidak muktamad, dengan perkiraan (penilaian ) mereka.
Tamat

Maksudnya: Masih boleh berlaku penilaian semula terhadap pendapat atau pentarjihan yang telah dilakukan oleh kedua mahaguru mazhab ini ( Rafaie dan Nawawi) amnya dan khasnya terhadap qaul-Qaul Masyhur yang diriwayatkan daripada Imam Syafie r.a.

Ringkasnya, dalam masaalah ini, kita dapati sekalipun dikatakan Imam Syafie sendiri pada satu pendapat beliau meyatakan tidak sampai sedekah bacaan alquran kepada si mati, ianya tidak lah qat'iy begitu saja untuk diwartakan sebagai fatwa mazhab Syafie. Sebab ianya adalah qaul yang “Masyhur” sebagaimana yang kita telah nyatakan. Ianya (method) ini, telah difahami dan diamalkan sebaik-baiknya oleh murid-
murid dan pengikut-pengikut beliau berdasarkan wasiat beliau yg masyhur.Tak perlulah disebut di sini rasanya. Semua orang dah maklum apa wasiatnya. Lagi pula, kita dah nyatakan, fatwa-fatwa dalam mazhab adalah tersusun rapi , urutan tertib pemilihan sesuatu fatwa untuk diterima pakai dalam bidang mazhab ini diketahui oleh orang yang mempelajarinya mengkajinya secara mengakar umbikan kitab-kitab Mazhab. Contohnya, pemilihan kitab-kitab Nawawi . Mana yang didahulukan diantara kitab-kitab beliau. Istilah Sahih, Ashah , Masyhur , Qodim , jadid dan seterusnya adalah Istilah di Sisi Imam Nawawi dan para pentarjih fatwa dalam Mazhab ini. Kalau dikatakan mengapa pula begitu?. Sebabnya, telah diselidiki penyusunan kitab-kitab beliau dari berbagai aspek berdasarkan keteguhan dalil, tahqiq perbahasan, kesemua kitab dan fatwa tersebut, lalu hasillah tertib sebagaimana tersebut. Lantaran itu kita dapati pengikut mazhab Syafie dikalangan ulamaknya, mentarjihkan dan memu'tamadkan sampai pahala bacaan alQuran kepada mayyit. Jelasnya , mereka mentarjihkan dan memuktamadkan Qaul Imam Syafie Yang kedua. Oleh yang demikian tidak benarlah jika dikatakan hanya semata-mata Ijtihad pengikut Mazhab Syafie sahaja. Diantara mereka :Kalau mereka yang terdahulu dari Imam Nawawi: Imam Athobary , alMawardy, sebagai contohnya.Yang kemudian pula Imam AsSubky, Imam AsSayuthy dan lain-lain tak lupa juga Ibnu Abbdissalam dalam satu riwayat beliau merubah pendapatnya setelah wafat dengan dimimpikan orang berjumpa beliau dan beliau mengaku sampai pahala bacaan kepada arwah. Sekali lagi ditegaskan , bahawa Masyhur adalah bermaksud pendapat yang kurang jelas Muqobilnya ( lawan atau sebaliknya) , bukan bermakna qaul yang terkenal diriwayatkan dari Imam Syafie . Maka bila disebut saja Qaul Masyhur , bererti lawan atau sebalik dari pendapat yang Masyhur tersebut adalah suatu yang tidak jelas kedudukannya. Maka di Tahkikkan oleh para ulamak kemudian selepas Imam Syafie. Ini membawa maksud memang ada qaul yang sebalik masyhur atau Muqobil Masyhur . Qaul Masyhur atau Muqobilnya memang kedua-duanya diriwayatkan dari Imam Syafie sendiri.

Wednesday, April 16, 2008

Taqlid dan Talfiq.

Al Allamah Al Arif Billah Saidi Al Sheikh Abdul Ghoniyy an Nablusi , pengarang kitab Khulashah al Tahqiq fi Bayan Hukmi al Taqlid wa Talfiq. dan Kitab Syarah Al Thoriqoh Muhamaddiyah (Syarah Hadis).
Kitab Khulashah al Tahqiq fi Bayan Hukmi al Taqlid wa Talfiq Satu kitab yang membahaskan soal Taqlid dan Talfiq dengan jelas.
nak tengok/download kitab?... klik le sini

Saturday, February 16, 2008

Jika aku Mujtahid , aku tak akan ikut ........

{Sesungguhnya daku tidak akan mengikut pendapat Ibnu Taimiah sama sekali, (kerana) Sesunggguhnya jika aku sampai kedarjah Mujtahid, maka Aku tidak akan mengikut pendapat sesiapa pun. Sebaliknya jika daku tidak sampai kepangkat mujtahid, maka daku akan bersama-sama mengikuti pendapat majoriti ulamak , aku tidak akan bersama (menyokong mereka yang bertelingkah ) dengan mereka.
(Cara) yang begitu adalah yang lebih cermat dalam beragama. Dan lebih hampir pada sisi Aqli dan Naqli ( pada sudut pandangan ilmu-ilmu akliah dan ilmu-ilmu Syara).} - al allamah al-sheikh Yusuf al-Dijwi al Azhari.
Begitulah bunyi (Kalimah fi salafiah al haadhirah- كلمة فى سلفية الحاضرة) -surat yang dikirim beliau kepada al allamah Muhammad Zahid al Kawthari.
Al Allamah al-Syeikh Yusof al-Dijwi merupakan seorang yang cerdik dan berfikiran tangkas. Beliau mampu menerangkan sesuatu perkara dengan bahasa yang indah dan baik, daya ingatannya kuat dan ilmunya amat luas. Halaqah pengajian yang diadakannya di al Azhar Syarif, dihadiri oleh hampir seribu orang ulama' dan penuntut ilmu. Beliau menyampaikan ucapannya dengan keterangan dan penjelasan yang amat memukau dan menarik perhatian pendengar sehingga mengalir ke dalam diri mereka curahan ilmu yang berkesan. Beliau adalah seorang ahli tafsir, ahli hadith dan ahli falsafah al Azhar. Selain itu, beliau juga seorang pengarang dan khatib al Azhar yang benar-benar hebat di antara ulama' lain yang sezaman dengannya.
Beliau menjadi orang kepercayaan masyarakat Islam di seluruh dunia, menunjukkan pengiktirafan mereka terhadap keluasan ilmunya, ketulusannya dan ketinggian wara'nya. Banyak pertanyaan yang datang dari segenap tempat dan pelusuk dunia yang diajukan kepadanya untuk meminta fatwa.
Beliau juga adalah seorang yang bersifat pemurah dan mulia. Wajahnya akan ceria ketika dapat menyelesaikan hajat-hajat yang dikemukakan kepadanya walau dalam apa jua perkara. Layanan yang diberikannya kepada orang-orang asing tidak ada tolak bandingannya.
Kitab-kitab karangannya menarik perhatian umat Islam dan telah berada di serata pelusuk dunia. Banyak hasil makalahnya yang begitu bermanfaat telah tersebar ke segenap tempat dan masih lagi dimuatkan di dada-dada akhbar dan majalah Bahasa Arab sehingga ke akhir hayatnya. Ini adalah kurniaan Allah yang dianugerahkanNya kepada sesiapa yang dikehendakinya.
Telah berkata Imam Besar Syeikhul Azhar Dr. Abdul Halim Mahmud:
Sesungguhnya kami telah menghadiri majlis pengajian al Marhum al Alim al Kabir al arif billah Fadhilah Syeikh Yusof al Dijwi di Ruwaq Abbasiy di dalam Masjid al Azhar selepas sembahyang Subuh. Pengajian ilmu tafsirnya benar-benar menarik perhatian. Beliau telah menghimpunkan di antara ilmu yang ditimbanya semenjak sekian lama dengan ilmu yang diperolehinya melalui sumber ilham-ilham robbaniyyah. Tetapi sayang, tidak seorang pun yang membukukan pengajian-pengajiannya ini. Sekiranya ilmu yang dicurahkan dalam pengajian itu dibukukan, sudah tentu dapat dimanfaatkan ilmunya dan mutiara-mutiara ilhamnya.

Secubit biodata al- Dijwi
Dilahirkan di Dajwah yang terletak dalam daerah Qalyub Mesir pada tahun 1287 H. Ayahandanya berasal dari Bani Habib, manakala bondanya berketurunan Sayyidina Hasan r.a.
Setelah menghafaz al Quran di kampungnya, beliau dihantar oleh ayahandanya belajar dial Azhar. Beliau menerima ilmu ilmu Islam daripada ulama' al Azhar semenjak tahun 1301H hingga 1317H. Kemudian beliau memasuki peperiksaan darajah al Alimiyyah (sama taraf dengan Phd) pada zaman ini). Beliau telah berjaya dalam peperiksaan tersebut ddengan cemerlang sehingga salah seorang gurunya yang terkenal 'alim di kalangan ulama' Azhar iaitu Syeikh Radhi al Hanafi, datang menziarahi ke rumahnya untuk mengucapkan tahniah di atas kejayaannya.

Di antara guru-gurunya:
1. Syeikh Harun ibn Abdur Raziq al Banjawi (wafat 1335H dalam usia 87 tahun).
2. Syeikh Ahamad al Rifaii al Fayyumi (wafat pada tahun 1326H).
3. Syeikh Muhammad ibn Salim al Tomum (wafat pada tahun 1336H).
4. Syeikh Ahmad Faid al Zurqoni
5. Syeikh Daud al Maliki.
6. Syeikh al Azhar Syeikh Salim al Bisyri.
7. Syeikh Razzaq ibn Saqar al Barqami.
8. Syeikh Muhammad al Buhairi al Syafie
9. Syeikh Atiah al Adawi al Syafie
10. Syeikh Hasan al Jarisi (seorang guru beliau dalam ilmu Qiraat).

Murid-muridnya:

Ramai di kalangan murid-murindnya yang menjadi ulama' besar dalam semua bidang ilmu Islam dengan berkat didikannya.

Di antara mereka ialah:
1. Al Muhaddith Syeikh al Islam al Allamah Muhammad Zahid al Kawthari.
2. Mufti Besar Mesir al Muhaddith al Allamah al- Syeikh Hasanain Makhluf.
3. Syeikh al Azhar Imam al Akbar Dr. Abdul Halim Mahmud.
4. Imam Jami' al Azhar al Arif Billah Syeikh Soleh ibn Muhammad al Ja'fari.
5. Al Allamah Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim.
6. Al Allamah Syeikh Muhammad al Hafiz al Tijani.

Wafatnya:

Beliau wafat di antara waktu Maghrib dan Isya' pada malam Rabu 5 Safar tahun 1365H, ketika berusia 78 tahun. Usianya telah dihabiskan dengan melaksanakan amal-amal soleh, menyebarkan ilmu-ilmu yang bermanfaat, berdakwah dengan cara berhikmah dam memberikan pengajaran yang baik serta berjihad pada jalan Allah dengan mata pena dan lisan.