Monday, June 12, 2017
Kehebatan Imam Tajuddin As Subki dalam Usul Fekah.
Al Imam Tajuddin Abdul Wahhab bin Ali bin Abdul Kaafi al Subki - wafat 771 hijrah, telah mengarang 5 buah karangan dalam bidang ilmu Usul Fekah.
1. Al Ibhaj Syarah Minhaj al Baidawi , telah dicetak.
2. Raf 'ul Haajib syarah Mukhtasar Ibnu Hajiib , tahkik al Azhar - belum dicetak .
3. Jam'ul Jawamik- dicetak.
4. Man'ul Mawani'.- dicetak.
5. al Ta'liq fi Ushul al Fiqh- masih dalam bentuk manuskrip asal.
Mengenai Jam'ul Jawamik, merupakan sebuah karangan yang nipis tetapi setiap bab pembicaraanya adalah satu penemuan cara baru yang belum pernah disusun mereka yang sebelumnya, sangat bernilai diantara kitab-kitab Ilmu Usul.
Pengarang telah menyusun karangannya menyentuh dua Ilmu Usul iaitu Ilmu Usul Fekah dan Ilmu Usuluddin.
Maka jadilah Jam'ul jawamik sebuah karangan yang berbeza dengan karangan-karangan lain dibidang Ilmu Usul , sangat indah ibarat-ibarat dalam setiap sentuhan matapelajarannya, gayabahasa yang sangat ringkas dan lafaz-lafaznya menghikayatkan majaz-majaz.
Para ulamak diseluruh pelusuk benua telah memberikan perhatian kepadanya dengan menulis komentari dan syarahan huraian menyebabkan Jam'ul Jawamik tersebar di pusat-pusat pengajian ilmu seluruh dunia.
Jam'ul Jawamik adalah merupakan KITAB bagi manusia di Timur dan Barat , telah kekal penobatan begitu semenjak ianya dikarang hingga lebih dari 300 tahun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment