Saturday, December 31, 2016

KEPENTINGAN KITAB SYARAH AL MAHALLI SEBAGAI TEKS RUJUKAN RINGKAS.

KEPENTINGAN KITAB SYARAH AL MAHALLI SEBAGAI TEKS RUJUKAN RINGKAS.

Dalam hubungan rujukan kitab yang perlu dipelajari dan dihadzamkan dan dijadikan sandaran oleh para penuntut  dan para Mufti dan Qadhi Mazhab Shafie, biasanya sudah termaklum akan ditujukan kepada 4 buah kitab besar yang merupakan komentar dan  footnote kepada teks  matan  منهاج الطالبين  penulisan pentahkik fatwa-fatwa dalam mazhab Shafie iaitu Imam Nawawi .


Sekalipun lebih dari 200 buah kitab yang telah dihubungkaitkan dalam bentuk komentar (syarah/huraian) atau ringkasan terhadap  matan ilmu fekah yang ringkas ini, namun keutamaan untuk memilih 4 buah kitab ini telah dilakukan oleh para ulama terkemudian termasuk para ulamak diNusantara iaitu alam Melayu. Malaysia, Fathoni, Indonesia, Selatan Filifina, Brunai dan termasuk Kemboja.

Berdasarkan sebab-sebab yang sangat munasabah, para fukaha muta'khirin, maksudnya selepas periode pengarang kitab-kitab tersebut , telah menjadikan keempat buah atau salah satunya sebagai teks pembacaan didalam setiap kuliah para Sheikh yang mengajar fekah mazhab Shafie dimadrasah atau universiti  Islam.


1. تحفة المحتاج - شيخ ابن حجر الهيتمى
2. نهاية المحتاج - شيخ رملى
3. مغنى المحتاج- شيخ خطيب الشربينى
4. شرح المحلى - امام المحلى.


Pemilihan kitab المحلي djjadikan  sebagai teks tahap minimum  untuk kelas tertinggi dimadrasah, pondok dan universiti Al Azhar Syarif khasnya . Maklumat yang diwarisi dari para sesepuh kita mengatakan , telah menjadi tradisi para tuan guru, kiyai, baba , ustaz berusha sedaya upaya belajar , menadah , berlaqqi kitab syarah al Mahalli ala minhaj thoolibin ,bermusyafahah harfan bi harfin iaitu huruf demi huruf dibawah asuhan dan bacaan para guru mereka. Para santri, para pelajar pondok , para tok faqir pondok akan mencatit setiap ta'liq, taqrir, tarsyih dari kalam dan kalimat yang diluahkan oleh para Sheikh, Tuan Guru, Kiyai , Baba dan para Tuan Guru.

Sudah menjadi satu standard yang difahami oleh masyarakat ilmu dinusantara zaman silam , mengkhatamkan kitab Syrah al Mahalli ini merupakan bukti atau ijazah maknawi kealiman ssseorang pelajar dalam  bidang fekah mazhab Shafie r.a.  Walaupun sesorang santri, pelajar atau tok fakir pondok tersebut tidak diberikan pengiktirafan bertulis , sudah memadai dengan pengkhataman sebagai tanda atau simbol keizinan mengajar atau untuk diberikan title kealiman seseorang santri.


Wednesday, December 28, 2016

PONDOK TAMPIN

LATAR BELAKANG PUSAT PENGAJIAN PONDOK TAMPIN

Pondok Tampin merupakan pusat pengajian pondok tradisional yang diasaskan oleh Tuan Guru Haji Abdul Raof Bin Nurin Hafizahullah. Pondok ini dibuka pada bulan Febuari tahun 1996 bertempat di Jalan Padang Ragut, Tampin Negeri Sembilan.
Pondok Tampin merupakan sebuah pusat ilmu dan tumpuan masyarakat sekitar Tampin dan terdapat juga pelajar yang datang dari daerah dan negeri lain untuk menadah ilmu dengan tuan guru di sini. Pengajian di sini adalah berlandaskan bentuk pengajian tradisional iaitu sistem Talaqqi iaitu menadah kitab dari kulit ke kulit sehingga khatam. Antara kitab-kitab yang diajar di sini adalah kitab-kitab besar arab dan jawi tradisi atau dikenali sebagai kitab turath. Pondok ini juga bukan sahaja mengadakan pengajian dengan masyarakat tempatan bahkan juga mempunyai hubungan dengan ulama-ulama luar.
Antara program yang pernah dijalankan di pondok ini ialah dengan mengadakan pengajian daurah kutubbu sittah iaitu kitab hadis yang 6 buah.
Pada tahun 2011 pada bulan Ramadhan, program daurah pengkhataman kitab Soheh Bukhari dan Sunan Abu Daud yang di mana daurah ini dibimbing oleh dua tokoh ulama dari syria iaitu al-Allamah al-Syeikh Hadi al-Kharsa Hafizahullah dan Syeikh Firas Bin Salu Hafizahullah , kedua-dua ulama ini berasal dari bumi Syria yang diberkati.
Pada Tahun 2012, mengadakan daurah kitab Soheh Muslim dan Sunan Tarmizi di mana antara ulama yang hadir dan membimbing program daurah ini ialah al-Allamah al-Syeikh Dr Sameer Nass Hafizahullah dan Syeikh Firas bin Salu Hafizahullah.
Pada tahun 2014 mengadakan Daurah Hadith bersama Al allamah dr Sheikh sameer an Nass iaitu Sunan ibnu Majah, Sunan Nasaie dan Sunan ad Darimi .
Program terbuka ini telah mendapat sambutan para ilmuan  masyarakat seluruh Malaysia.

Pada tahun 2013 Jabatan Mufti Negeri Sembilan mengadakan majlis pengajian Akidah dengan Kitab Fiqh Akbar karangan Imam Abu Hanifah dan Kitab Aqidah Tohawiyah karangan Imam Tohawi sebagai teks secara daurah bertempat di Paroi, Negeri Sembilan . Program yang dianjurkan oleh pihak berwajib tersebut mendapat sambutan masyarakat  dan pondoktampin telah membantu  menjayakan program ini dengan tugas menjemput ulama dari Sham iaitu Fadhilatu Sheikh  al-Allamah  Abdul Hadi al-Kharsa Hafizahullah  .

Pondoktampin menjalin hubungan yang erat dengan Pejabat Agama Daerah Tampin apabila Tuan Guru  Ustaz Haji Abdul Raof dijemput mengajar di pejabat agama ini.
Antara kitab yang pernah dibacakan di pejabat agama ini adalah Hidayatus Sibyan, Kasyful Littsam, Munyatul Mussoli dan Penawar Bagi Hati.

Pondok Tampin merupakan pusat ilmu yang banyak memberi jasa dan tarbiyyah kepada semua lapisan masyarakat terutamanya sekitar Negeri Sembilan, cuma  buat masa  ini tiada sebarang pengambilan pelajar di pondok tersebut disebabkan  aktiviti luar.

BIODATA MUDIR PONDOK TAMPIN


Pondok Tampin diasaskan oleh al Syeikh Tuan Guru Ustaz Haji Abdul Raof Bin Haji Nurin  حفظه الله

 Beliau dilahirkan di Kampung Lebu, Bentong, Pahang Darul Makmur bertarikh 22 jun 1964. Antara pendidikan dan pelajaran beliau ialah bermula di Pondok Madrasah al-Rahmaniah, Kampung Telok, Bukit Pinang, Kepala Batas Alor Setar, Kedah. Di pondok ini beliau menuntut selama dua belas tahun dan berguru kepada Tuan Guru Haji Yahya Bin Mat Saman. Kemudian beliau menyambung ke Pondok Madrasah al-Ijtimaiyyah, Kampung Dundang, Sungai Jagung Padang Pusing Pendang, Kedah selama tiga tahun di bawah asuhan Tuan Guru Haji Halim Bin Haji Majid. Selepas itu beliau menyambung pengajiannya ke  Pondok Madrasah al-Ijtimaiyyah, Padang Lalang Bukit Mertajam Seberang Perai selama setahun di bawah asuhan Tuan Guru Ustaz Hamzah Bin Tuan Guru Haji Ja'far al-Hafiz dan kemudiannya menyambung pengajiannya di Pondok Madrasah al-Shomadiah al-Barokiah, Kampung To Ruk, Kok Chan, Mayor, Patani, Thailand selama dua tahun di bawah asuhan Tuan Guru Baba Hasan Bin Abdul Lathif. Beliau juga mengikuti program ziarah sambil belajar ke negara-negara Islam seperti di Mekah, Madinah, Syria (Damsyik), Mesir, Hadramaut dan Turki.

Tuan Guru Ustaz Haji Abdul Raof merupakan seorang yang sangat cenderung pada ilmu agama dari kecil lagi. Beliau telah diasuh dengan pelajaran dan didikan agama semenjak dari pangkuan datuknya. Datuk beliau pernah mengikuti pengajian pondok di Pondok Tok Sheikh Nawawi Langgar, Alor Setar, Kedah selama empat tahun. Selepas menamatkan sekolah peringkat menengah, beliau terus terjun ke bidang tersebut dengan mengikuti pengajian pondok, namun sebelum beliau keluar menuntut ilmu, beliau telah diijazahkan oleh Allahyarham Tuan Haji Long, datuk saudara beliau dengan Tarekat Naqsyabandiyah ketika berusia 16 tahun.

 Pondok pertama yang dimasukinya adalah Pondok Pak Ya (Haji Yahya) Telok Bukit Pinang, Alor Setar, Kedah di bawah asuhan Tuan Guru Haji Yahya Bin Mat Saman yang di mana tuan guru ini merupakan bekas penuntut di Pondok Bunut Payong, Kota Bhru, Kelantan selama 29 tahun dan telah mengkhatamkan kitab-kitab besar.
 Di sini, Tuan Guru Sheikh Abdul Raof mula mengenali asas-asas ilmu antaranya Matan al-Jurmiyah (nahu), Matan Bina (shorof), Safinatun Naja (feqah), Ummul Barohin (tauhid) kemudian beliau mempelajari Mukhtasar Jiddan (nahu), Fathul Qorib (feqah), Mutamimmah (nahu), Kawakib (nahu), Tafsir Jalalain (tafsir), dan Tafsir Baidowi Melayu (tafsir)

Pada Tahun 1984 beliau telah melanjutkan pelajaran beliau di Pondok al- Ijtimaiyah Kampung Dundang, Padang Pusing Pendang, Kedah. Menuntut dengan Tuan Guru Haji Abdul Halim Bin Haji Majid. Di sini beliau telah mengkhatamkan kitab-kitab antaranya kitab nahu iaitu Matan al-Jurmiyah , Mukhtasar Jiddan, Yasin al-Fakihi, Asymuni Shobban, kitab (feqah, usul feqah dan qawaid feqah) antaranya Kifayatu Akhyar, al-Iqna', Sirajul Wahhaj, Fathul Wahhab, Syarah Waraqot, Lathoiful Isyarat, al-Luma' Al Asybah wan Nazhoir, kitab (hadis) antaranya Riyadhus Sholihin, Bulughul Maram, Hadis Abi Jamrah, Hasyiah Syanwani, Muwatta Imam Malik, Hadis Abu Daud, kitab (tafsir) antaranya Tafsir Jalalain, Hasyiah al- Showi, Tafsir Nurul Ihsan dan kitab-kitab jawi iaitu Sairussalikin, Kasyful Litham dan Furu' Masail serta kitab -kitab jawi yang lain.

 Tiga tahun kemudian beliau kembali menuntut di Pondok Tuan Guru Haji Yahya Telok dan belajar pula dengan Tuan Guru Haji Husain Kampung Teluk Bagan, Jalan Datok Kumbar Alor Setar), dan mengkhatamkan kitab Lamiyatul af'al (shorof) , sebahagian kitab Syazzul Araf (Shorof), sebahagian Kifayatul Akhyar (fekah), mengkhatamkan kitab Husnul sayaghah (balagah).
Kemudian beliau kembali menyambung pelajarannya dengan Tuan Guru Haji Yahya serta berulang alik menadah kepada guru-guru sekitar Alor Setar. Pada peringkat ini beliau mula menadah kitab al-Mahalli kepada Tuan Guru Haji Yahya. 
Beliau juga bermulazamah dengan Tuan Guru Haji Husin Bin Syeikh Abdul Rahman al-Jaruumi yang merupakan murid kepada Syeikh Abdul Qader Mandeling iaitu ulama melayu yang mengajar di Masjidil Haram. Dibawah Tuan Gutu ini beliau sempat mengkhatamkan kitab Faidhul Khobir (usul tafsir), Matan Alfiyah (nahu), sebahagian syarah Ibnu Aqil (nahu), Mutamimah Kawakib Duriah (nahu), Fathul Mubin bab Nusuk (feqah), Syazzul Uruf (shorof), Fathul Qorib (feqah), Idhohul Mubham (mantik), al-Nafahah al-Hasaniah (faraid), Husunus Shayaghah balaghah dan beberapa buah kitab yang lain. Beliau juga sempat menghadiri majlis tawajjuh Tarekat Naqsyabandiah Mujadidiyah bersama Tuan Guru ini.
Beliau juga sentiasa mulazamah dengan Tuan Guru Haji Cik Ahmad, Kokdiang dan mengkhatamkan kitab Ilmu Faraidh tulisan tuan guru ini iaitu (Inilah Risalah yang dinamakan tangga kanak-kanak yang mula belajar ilmu Faraidh) dan beliau juga bermulazamah dengan Tuan Guru Pak Su Mid di Bukit Tembaga jalan ke Kuala Nerang, Alor Setar, Kedah dan mengkhatamkan kitab Manhallu Shoffi dan mentahkikkan masalah-masalah dan istilah-istilah halus dalam ilmu tasawuf. Kemudian beliau berpindah ke Madrasah al-Ahmadiah al-Ijtimai'yyah Pondok Padang Lalang Bukit Mertajam Seberang Perai, Pulau Pinang dan belajar kitab ilmu alat kepada Tuan Guru Haji Hamzah al-Hafiz iaitu kitab Syarah Waraqot (usul fiqh), Faidhul Khobir Wa Khulasah Al Taqrin (usul tafsir), Syarah Baiquniah (musthalah hadis), Syarah Syuzuz Zahab (nahu) dan sebahagian kitab Ihya Ulumuddin (tasawuf) Imam Ghazali. Beliau juga sempat belajar sebahagian dari kitab Bughyatul Mustarsyidin semasa pondok padang lalang. Beliau juga sempat bermulazamah dan menadah Syarah al-Hikam Tok Pulau Manis dengan Tuan Guru Haji Sheikh Daud Malau dan di sini juga beliau bertemu dengan Syeikh Ali al-Tohiri di Madrasah Pondok Padang Lalang ini dan dibaiahkan dengan Ilmu Tarekat pada Rohaniah dan Jasmaniah  oleh Tuan Sheikh Ali Al Thohiri.

 Kemudian pada tahun 1991 beliau menyambung pengajiannya ke Pondok Madrasah al-Somadiah al-Barokiah, Banggol Pauh, kampung Tok Rok, Kok Chan, Ampher Mayo, Changwad Pattani,  Thailand selama dua tahun setengah dengan Tuan Guru Baba Hasan Bin Abdul Lathif merupakan murid tua kepada Tuan Guru Rashid Wara (ulama rujukan dan ulama tertua di Fathoni darus salam pada masa itu). Di sini beliau mentahkikkan dan mengkhatamkan sebahagian  kitab-kitab:
Feqah seperti Al Mahalli hasyatain qalyubi wa umairah, al Iqna',  I'anah Tholibin dan Fathul Wahhab alal mahaj. 
Nahu seperti Syarah Sheikh Kholid, Syarah Syazzul Zahab, Syarah Usymawi, Yasin al-Fakihi, 
Ilmu wadie - Tasyniff al-Samie , 
Ilmu Isytiqaq- Kitab Bulghotul Musytaq, 
Ilmu Mantiq- Kitab Risalah Ilmu Mantiq, 
Usul feqah- , Lathoiful Isyaraat . 
Shorof-  Syarah Lamiyatul Af'al  
dan beberapa buah kitab jawi.

Beliau juga sempat mengkhatamkan kitab ilmu Nahu, iaitu Syarah Ibnu Aqil ala  Matan Alfiyah selama sebulan di bulan Ramadhan bersama Tuan Guru Pa Da, Bukit Palas Yingo.

Semasa beliau masih menuntut dipondok Madrasah Ijtimiaiyyah Pondok  Sungai Jagung , beliau telah diijazahkan oleh Tuan Guru Haji Arshad , Jalan Haji Mat Saad  , Bagan, Sebrang Prai, Pulau Pinang  dengan  sanad-sanad Kitab- kitab  Ilmu yang terkandung didalam kitab Maslakul Jaaly susunan Al Allamah Musnid Dunia Al Sheikh Yaasin Isa Al Fadani. Didalam kitab tersebut diriwayatkan semua sanad Ilmu yang diterima dari Fadhilatus Sheikh Ali Al Maaliki termasuk sanad Kitab Sunan Sittah dan lain-lain.
Tuan Guru Haji Arshad juga telah mengijazahkan  beramal Selawat  Dalaiul Khayrat serta silsilah sanadnya yang diterima dari Sheikh Yasin hingga sampai kepada Imam Jazuli penyusun Dalailul Khayrat.

Sebelum Tuan Guru Sheikh Abdul Raof memulakan pengajian dengan membuka Pondok ,  beliau telah diijazahkan Kitab Nihayatul Muhtaj oleh Tuan Guru Haji Yahya, Tuan Guru Haji Yahya menulis pada ijazah Nihayah, ijazah melalui Fadhilatu Sheikh Abdullah Tohir, Pondok Bunut Payung, Kelantan.  Tuan Guru Haji Yahya  membacakan  sebahagian  diawal  dan akhir Kitab Nihayah tersebut.

Setelah berbelas tahun beliau mengaji dan menjalani rehlah ilmiah dan rohaniah, beliau telah pulang dan membuka pusat pengajian pondok yang dinamakan Pondok Tampin, Jalan Kampong Padang Ragut, Repah, Tampin Negeri Sembilan, dan mula mengajar dari Tahun 1996. Beliau mendapat tauliah dan diberikan kebenaran mengajar dan berceramah di seluruh 1.Negeri Sembilan, 2.Selangor , 3.Wilayah Persekutuan, 4.Perak dan 5.Kedah dan juga merupakan tenaga pengajar kepada kelas pemantapan ilmu untuk guru-guru takmir seluruh daerah Tampin dan kepada para imam dan pegawai masjid seluruh daerah Tampin, Negeri Sembilan. Beliau juga telah mengarang beberapa buah kitab antaranya ;
1.Kitab Ringkasan Aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah, 
2.Kitab Syarahan Minhajul Abidin, 
3.Kitab Umdatul Muthotohhirin bagi masalah feqah, 
4.Kitab Dunia Yang Akhirat yang menghimpunkan segala doa dan amalan yang bersumber dari kitab-kitab klasik arab yang merupakan amalan ulama-ulama dahulu, 
5.Kitab Bahsul Kholisah Ila Bayan Ruh Wal Hadrah membahaskan mengenai tahlil dan kenduri arwah, serta beberapa buah risalah antaranya 
6.Risalah Nur Muhammad perbahasan mengenai Nur Muhammad, 
7.Risalah Ghorib Kitab Kasyful Litham, membahaskan mengenai persoalan di dalam kitab Kasyful Litham, 
8.Risalah Dalil-Dalil memakai serban, 
9.Risalah Isra' wal Mi'raj dan banyak lagi kitab , buku dan risalah lain.

Beliau juga membuka sesi soal jawab fardhu ain di dalam laman web iaitu pondoktampin.blogspot.com.

Antara pelajar Tuan Guru Sheikh ini  yang berjaya menjadi alim dan menjadi tuan guru antaranya;
1.Ustaz Shamsuri bin Hassan, mengajar di Bukit Mertajam Pulau Pinang,
2.Ustaz Sofhan bin Halim membuka pondok Madrasah Aliyah Seremban,
3.Ustaz Azlan bin Abdul Lathif membuka pondok di kampung Sungai Kembong Bangi, Selangor , beliau   seorang ustaz dan  engineer ,
4.Ustaz Bahizan kampung Juru, Bukit Mertajam Pulau Pinang
5.Ustaz Safwan bin Zainul Azmin, membuka madrasah (pondok) di kampung Sri Damai Kuantan Pahang.
6.Ustaz Suhaifullah bin Sulong , mengajar diSeremban.
7.Ustaz Imran bin Abd Manan. Seremban.
8.Ustaz Hafizuddin bin Mahdi, mengajar di Kuala Lumpur.
9.Ustaz Shamsuzi , masih menuntut di Tarem , Hadramaut, Yamen. 
dan ramai lagi yang telah berjaya dan menjadi alim serta mengajar masyarakat.

Tuan Guru Sheikh ini  juga antara guru penulis yang amat disayangi dan banyak memberi nasihat dan bimbingan kepada penulis untuk menjalani hidup di alam yang fana' ini.

Sebagai tambahan maklumat bahawasa Tuan Guru Sheikh Haji Abdul Raof selain sebagai Guru Besar,  pondok juga merupakan tenaga pengajar bagi guru-guru Takmir di sekitar Daerah Tampin Negeri Sembilan.
Sikap beliau yang gemar pada ilmu menyebabkan setiap masa jika ada peluang menambah ilmu , akan  hadir menadah dimajlis2 ilmu dan berusha mengadakan majlis2 pengajian dengan menjemput ulama2 ketempat beliau untuk sama2 belajar.
Falsafah ILMU , AMAL DAN ZIKIR BERPISAH TIADA , adalah pegangan beliau semenjak dizaman remaja lagi.
Semasa beliau ceritakan kisah perjalanan menuntut ilmu beiau, selalu beliau berkata " وما توفيفي الا بالله العلي العظيم. 

Jawatan yang disandang  beliau diperingkat nasional:
-Timbalan Yang Dipertua 1 Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA).
- Kluster MPI (Majlis Perundingan Islam).

Semoga usaha-usaha beliau diberkati dan mendapat rahmat Allah s.w.t dan dipanjangkan umur dan di limpahkan kesihatan kepada beliau Amin Ya Allah.Semoga Allah meramaikan lagi ulama seperti beliau yang terbuka kerana ramai juga penuntut-penuntut dari universiti,ipta ipts yang akan mendapat manfaat dari beliau hafizahullah .
..........................................................................................................................................................
....qouted....


catitan ini adalah kertaskerja al ustaz Nazerul Razif ..Program Dagree Usuluddin dan Hadis UISAS Kuala Kangsar Perak Daful Ridzuan.

Monday, December 26, 2016

Biodata Ringkas Tuan Guru Haji Abdul Halim Bin Haji Majid

Tuan Guru Haji Abd. Halim atau Pak Ngah Haji Halim.



Semasa kuliah bacaan kitab diadakan, Sekadar yang saya ingat, dari baki kisah yang pernah dikhabarkan oleh Tuan Guru saya ini sendiri ketika sekali sekala beliau menceritakan perjalanan pengajian beliau.

Pertama kali menuntut di pondok al Marhum   (mantan) Murshid Diraja Kedah Tuan Guru Haji Aziz Pendang , Kedah selama 5 tahun. Pondok lama ini berada  di pinggir Bandar Pendang , Kedah.

Semasa bersama Tuan Guru Haji Aziz yang biasa dipanggil orang dengan To Guru Haji  Yazid , atau haji azid  beliau menghafal matan ilmu yang kecil dan besar , antaranya al Jurmiah, lamyatul Af a'al , al Fiyah dan lain2...

Satu ketika Tuan Guru Haji Aziz Pendang mengarahkan para murid yang bercita-cita tinggi dan mempunyai himmah untuk terus maju dalam pelajaran supaya berpindah ke pondok lain, sebab beliau sudah mula sebuk dengan hajat2 tetamu yang datang minta doa dan ubat2an.
Tuan Guru Haji Yazid berkata:

 (( sapa2 yang nak jadi tok2..keluak)).

Ketika mula beliau mencurahkan hasrat untuk menangguhkan tumpuan mengajar pondok , ramai pelajar yang belum faham maksud Tuan Guru itu.
Sehingga satu hari Tuan Guru Haji Aziz menjelaskan maksud beliau tersebut, barulah para pelajar mula undur diri sambil memohon izin dan restu untuk menyambung dipondok lain.

Al Marhum Pak Ngah, turun kePondok Penanti terus ke Pondok Tuan Guru Haji Yusof Pondok Sungai Bakap untuk meninjau pengajian . Tetapi akhirnya Tuan Guru Haji Yazid hanya membenrkan dan menyuruh beliau terus ke Kelantan , Kota Bhru , khasnya Pondok Pasir Tumbuh untuk menyambung pengajian. 13 tahun beliau dipondok pasir tumbuh. Katanya khatam sunan sittah. Fathhul wahhab , Mahalli. Asymuni Mughni labib.

...bersambung.