Showing posts with label SHAH WALIYULLAH DEHLEWI. Show all posts
Showing posts with label SHAH WALIYULLAH DEHLEWI. Show all posts

Friday, January 25, 2008

Sekilas renungan...

Shah Waliyullah ad Dehlawi ….petikan dari al-Buduru al-Bazighah


Pendidikan Hati (Qalbu).

Ketahuilah bahawa qalbu (hati) itu adalah Tuan . Ialah yang akan disoal tentang rakyatnya . Daripada Hati datanglah ibarat dan kepada Hati kembalilah isyarat
( fungsi-fungsi) bukan kepada junud (anggota) . Sesungguhnya segala ilmu-ilmu berkenaan dengan insan hanya
membicarakan tentang hal-ehwal Hati saja .

Benar. Kadangkala pendidik Hati memeriksa akan junud (anggota-anggota) satu persatu sepertimana pendidik memberi perhatian kepada membetulkan Hati seorang salik apabila Hati sisalik sangat asyik dan tamak . Dia (pendidik) tahu bahawa Hati tidak berkuasa terhadap hukuman junud tabiat, kerana kuasa junud tabiat lebih kuat daripada Junud hati .

Dan telah kukuh pada junud tabiat sedemikian kekuatan , maka dia (pendidik) dapat melemahkannya dengan mengurangkan makan dan berjaga malam . Olehitu akan menjadikan lemahlah hukum tabiat, dan Hati (qalbu) pun tidak akan condong kepada tabiat dan hukumnya . Maka masaalah seseorang salik pun akan menjadi betul dan seimbang tidak pincang (dalam perjalanannya) - al -budur al Baazighah - m.s 37. naskhah arab. cetakan india.
--
------------------------------------------------------------------------------------------

Coretan ana yang dhaif ini;

Ilmu yang seperti ini , bukan ilmu tawhid, bukan ilmu fekah , bukan ilmu hadis,bukan musthalah bukan ilmu hisab, bukan ilmu mantik, bukan ilmu aljebra,bukan ilmu alam, bukan ilmu kira kali campur... ilmu apa agaknya?..

kira-kira...ilmu tasawuf atau sufi atau tarekat lah yek . tahkik.. tahkik..tahkik...

Satu lagi "kuasa junud tabiat lebih kuat daripada Junud hati" - pada saya adalah satu penemuan kaedah baru dalam arena tasauf sufi tarekat. Saya tak pernah jumpa lagi dalam buku2 tasauf kenyataan yg sebegitu ... hanya dalam buduuru baazighah sahaja. Wallahu a'lm.

Saturday, January 12, 2008

Bukti Shah Waliyullah ad Dehlewiy menerima Tasawuf /Tarekat.



Shah Waliyullah ad Dehlawiy - 1114 h - 1176 h- seorang tokoh mujadid yang tidak asing lagi . Kemahirannya dipelbagai bidang ilmu agama sangat dikagumi. Mahaguru bagi ilmu hadis dirayah dan riwayah kepada seluruh ulama India sehingga kini. Bahkan seluruh dunia Islam hingga sekarang masih mengecapi keharuman dan faedah ilmu dan barakah beliau . Walaupun disudut fekah beliau mencetuskan ijtihad2 baru yang agak mengemparkan dunia Islam, tetapi dibidang tasawuf, sufi, dan tarekat, beliau juga adalah ahlinya, mahagurunya, mujadidnya juga.... berbagai pengalaman dan pentahkikan baru dibidang tasawuf/tarekat telah dilalui beliau. Boleh diselidiki dan dibelek buku-buku karangan beliau dibidang ini. Qaul Jamil ini adalah diantaranya. Antara yang lain, seperti : (1) al-Tafhimat al Ilahiyah- sebahagian dalam bahasa arab dan sebahagiannya masih dalam Urdhu. (2) Kahir al Katsir- arab (3) Takwil al Ahadis fi rumuz al-Anbiya- arab (4) Budur al Baazighah- arab dan lain-lain. Terdapat beberapa lagi karangan dan ulasan murid-murid atau murid kepada murid-murid beliau dalam bidang ini.
Kandungan kitab-kitab tersebut adalah karangan beliau dibidang ini yang memang tidak dapat dinafikan lagi adalah bersifat tasawuf/sufi. Sangat menarik dan sesuatu penemuan baru yang mutakhir dibidang ini telah dibentangkan oleh Hujjatul Islam Shah Waliyullah ad dehlewi - rahmatullahi alaih..

Oleh yang demikian , adalah kesilapan jika menolak secara total ilmu tasawuf dan tarekat sebagai salah satu dispilin ilmu-ilmu Islam.

Maka teringatlah hamba yang dhaif ini akan satu hadis Nabi s.a.w yang martabatnya Hasan , bersabdanya Nabi s.a.w:
"Kasih olehmu akan kekasihmu itu berpada-pada, sebab mungkin satu hari ia jadi kebencianmu pula. Marah olehmu akan yang engkau marah itu berpada-pada, sebab mungkin satu hari ia jadi kekasihmu pulak". aw kama qol.

Maka kita ni orang Islam melayu, mudah lembut hati, kalau kok marah sangat ke tasawuf tarekat pun, toksah lah dok berlebih-lebihan. Panjangkanlah masa kajian dan renungan kita....