Friday, October 21, 2011

Majlis Perkahwinan Yaacob dan Safwan




Assalamualaikum. Dimaklumkan pada 12 nov. 2011 , Hari Sabtu, majlis perkahwinan 2 pasangan akan berlangsung dipondoktampin.

1. Saudara Yaacob bin Abd.Wahid dengan Ustazah Nur Farahin bt Abd. Hamid.

2. Saudara Safwan bin Zainal Azmin dengan Syakirah binti Nazlan.


Dijemput hadir untuk meraikan perkahwinan mereka kepada Kaum keluarga, sahabat handai, rakan kenalan dan kepada sesiapa yang mengenali mereka dan berkelapangan masa.


Aturcara majlis:

11 pagi- akad nikah.
11.40- selawat dan pertunjukan silat.
12 tghhari- jamuan makan- 4 petang.

Thursday, October 20, 2011

sekilas memori

Diawal tahun 80an , timbul kemaruk ingin mendapat ilmu setinggi yang boleh . Dimadrasah alIjtimaiyyah pondok kampong Dundang Sungai Jagung, Pendang Kedah menadah bacaan selaju berita dibacakan , daurah kitab2 kuning, dibawah asuhan tangan al Marhum Tuan Guru Haji Abdul Halim bin Haji Majid. Kami memanggil beliau dengan panggilan mesra "Pak Ngah".Selalu disebut-sebut nama Tok Guru Ayah Hashim. Kitab-kitab yang telah dikhatamkan oleh Pak Ngah , dihubungkan dengan Tuan Guru yang 3 beradek di Pondok Pasir Tumbuh itu. Kalau Sunan Abi Daud dan Mawta tu dengan Tuan Guru Haji Hashim lah, kalau Al Mahalli dengan Tuan Guru Haji Aziz dan Sunan Ibnu Majah tu dengan Ayah Pa. Lain-lain kitab pun yang kecik kecik pun biasanya disebut juga , Pak Ngah mengaji pada siapa. Pepagi lagi sekitar jam 5 pagi , dikejutkan dengan pukulan taboh, kekadang Pak Ngah sendiri yang datang bawa semambu , kejutkan bebudak pondok. Suhu air telaga yang dikorek para pelajar pondok sekitar 12-18 c. sejuk yang menyegarkan.. huuh..
Pak Ngah sangat semangat membaca kitab. Kalau letih duduk membaca , Pak Ngah akan berdiri.
ooh.. sungguh hebat hemah Pak Ngah. Tak pernah lagi jumpa Tuan Guru yang kuat mengajar macam Pak Ngah. Sayangnya Pak Ngah telah dipanggil Allah lebih cepat. Tidak seperti Pak Teh Kroh yang dilanjutkan usianya. Pak Teh Kroh selalu mengunjugi Pak Ngah . Pak Teh , teman rapat Pak Ngah masa di Pasir Tumbuh lagi.

Macam-macam kisah semasa Pak Ngah masih menuntut diPasir Tumbuh diceritakan kepada kami. Rerupanya Pak Ngah rapat dengan Ayah Hashim. Sebab menantu Ayah Hashim , iaitu Arwah Ustaz Yad , adek kandung Pak Ngah. Ooo patut la bila saya beritau pada Ayah Hashim saya mengaji dengan Pak Ngah, Ayah Hashim bercerita banyak.

Tu ada sekeping saja la gambar yang sempat disimpan , buat memori , siapa yang ada dalam gambar tu pun tak tau dimana lagi. Entah ke ada lagi dialam dunia ni ke entah telah kembali. kerahmat Allah s.w.t. Rasanya dalam gambar tu , ada yang sudah jadi ustaz-ustaz .


Wednesday, October 19, 2011

Kelas Pengajian Bulanan

Pengajian Kitab Kasful Litham dan Durrus thamin untuk Tafaqquh guru-guru Takmir di dewan kuliah pejabat agama Tampin akan diadakan pada 30 okt. 2011 , iaitu pada hari ahad, kelas bermula pada pukul 9.30 pagi - 12 tghhari insyallah. Kepada mereka yang berkenaan dan yang berminat sila ambil perhatian. wassalam.

Sunday, October 16, 2011

Sheikh Muhammad Hashim al Majzub



Sebuah kitab penulisan seorang ulamak Sham termasyhur , sehingga digelar orang Shafie Shoghir. Ditaqriz oleh Sheikh Saed Ramadhan al Bouti. Sheikh Bouti , datang mencium tangan beliau. Betapa tidaknya. Sheikh Shafie Soghir adalah guru Sheikh Al Bouti.