Monday, December 06, 2010

Kitab Melayu dan Kasful Litham.

Sepanjang pengamatan saya semasa menadah pada almarhum Tuan guru saya , mentelaah , membaca dan ulang kaji kitab Kasful Litham an Asalatil Anam berbahasa melayu, terlalu banyak perkara baru yang yang ditemui dalam khazanah setiap nukilan yang dibawa pengarang.

Samaada perkara baru itu akan menunjjukkan:

1.Betapa tinggi dan hebatnya ilmu pengarang kitab asal berbahasa arab dan melayu yang diceduk dan dikutip oleh pengarang kasful litham melayu.
2. Namun ilmu pengarang dan penyusun kasful litham melayu juga tidak terkurang sedikitpun ketinggian ilmu dan bahasnya.
3. Kehalusan pemahaman fiqah dan usul-usulnya yang bermartabat tinggi.
4. Ketajaman fahaman pengarang kasful litham melayu dibidang fiqah sehingga nampak gayanya berlaku sebagai mufti yang berijtihad pada masalah-masalah baru timbul dizamannya dan fatwa2nya terselit dicelah-celah terjemahan nas-nas asal berbahasa arab, yang lazimnya sesuatu fatwa itu tidak terjumpa didalam kitab-kitab melayu/jawi yang standard , setaraf atau sezaman dengan pengarang.
5. Tidak keterlaluan pula jika dikatakan fatwa-fatwa fiqah Shafie pengarang masih sah dan sesuai untuk setiap zaman.
6. Kepuasan dahaga kepada air fiqah terasa sampai ketulang sum-sum , walaupun tidak mentelaah dan memusingkan pandangan kemuka kitab-kitab arab atau jawi/melayu yang lain setelah mendengar huraian dan syarahan guru-guru yang berkebolehan.

Contoh kandungan kitab yang sangat menarik .



1 comment:

Anonymous said...

Ada tak kasyaful litham yang tulisan rumi? Rasanya yang ada sekarang bertulisan jawi.