Friday, September 11, 2015

Biodata Ringkas Sheikh Ali London






BIODATA
RINGKAS

HADRAT SHEIKH ALI AL TOHEREY.






London, 


ENGLAND.





Catitan oleh Haji Abd. Raof bin Nurin al bahanji al aliyy . Pondok Tampin.
 Dec  2009












ADALAH HADRAT Sheikh Ali al Toherey, London, England, r.a. dilahirkan diKampung Bagan Lebai Tahir, Seberang Perai, Pulau Pinang , Malaysia.  Nama yang tercatit didalam kad pengenalan beliau , Rosli bin Sulaiman  tetapi  lebih mesra dengan nama timangan yang diberikan oleh Ibu beliau sebagai “Ali”, dan sebagaimana makna namanya  “Ali”  yang bererti “sesuatu yang tinggi, beliau telah digelarkan orang sebab ketinggian pencapaian rohaniah yang dianugerahi Allah ‘azza wajalla  kepada beliau.  Pribadi bercahaya yang bertitihkan Hadrami  ini, terbit  dari keluarga beragama dan dihormati  masyarakat sekampung sebagai keluarga baik dan mesra masyarakat dan suka menghulurkan pertolongan

Disini dinyatakan biodata ringkas beliau serta perjalanan ilmu dan  suluk /tarbiyah  (pendidikan) beliau.

Guru-guru:

  1. Tuan Guru Haji. Ishak- Guru dikampung beliau. Mentalkinkan zikir sirr.

  1. Sheikh Daud- Guru dikampung beliau juga . kemudiannya telah mengarahkan beliau  untuk pergi  menyambung pelajaran belajar diPondok – Lanai, Kedah ( Pondok alMarhum Tuan Guru Haji Umar Zuhdi).


  1. Tuan Guru Haji Umar  Zuhdi – Pondok Lanai – selama 1 Tahun. Kemudiannya Telah mengarahkan beliau pergi mengambil Ijazah Tarekat Ahmadiah Idrisiah  ke Melaka kepada Tuan Guru  Muallim Haji Wahid.

  1. Tuan Guru Haji Ja’far Al-Hafiz – Pondok Padang Lalang - 7 tahun.

  1. Tuan Guru Mua’llim Haji Wahid, Sungai  Udang  (Melaka)- Ijazah Tarekat Ahmadiah Idrisiah.

  1. Tuan Guru Syeikh Daud Malau (Pondok Malau 5- 6 tahun)- Tarbiyah dan Ijazah Tarekat al-Khidiriyah, walaupun pribadi Sheikh Daud adalah Naqshabandi.

  1. Sheikh Ahmadullah (Pakistan) - Ijazah Tarekat Naqshabandiah.

  1. Tuan Guru Haji Arshad ( Murid Sheikh Yasin al Fadani – Mekah) - Jalan Haji Mat Saad, Telok Bagan, Seberang Prai, Pulau Pinang.- Ijazah Sanad-sanad Ilmu dan Amal.

  1. Sheikh Qurban Ali, Damsyik, Syria.



Pengiktirafan dan Ijazah

1. Al Marhum Tuan Guru Haji Ja’far al Hafiz- Pondok Padang Lalang- telah mengamanahkan sebagai khalifah memimpin zikir pada setiap malam rabu  diPondok Padang Lalang ( Madrasah Ijtimaiyyah Ahmadiyyah ), Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Peristiwa ini berlaku ketika beliau masih menuntut di Pondok. 

Disaksikan oleh seluruh pelajar yang ada ketika itu.




2. Al Marhum Tuan Guru Syeikh Daud , Malau – Pondok Malau ( Madrasah al Hanafiah)  Pekan Malau Kulim Kedah ,disertai kertas sijil pengiktirafan yang ditandatangi oleh Tuan Guru  Sheikh Daud Malau sendiri , iaitu berupa {Syahadah Iktiraf}

Penulis ada menyimpan salinan Sijil Pengiktirafan tersebut. 





3. Al Marhum Tuan Guru Mua’llim Haji Wahid, Sungai Udang  (Melaka)-  Telah mengijazahkan  Tarekat Ahmadiah Idrisiah dan semua amalannya -  Tarikat  ini yang  diasaskan oleh Sidi Ahmad Idris ( iaitu Tarikat Ahmadiah Idirisiah , asasnya kandungannya  adalah  dari 40 tarikat) ,  kepada Sheikh Ali dan berkata “  Engkau lepas 3 tahun beramal, ijazahkan (pada orang)  dan bawa (iaitu pimpinlah) Tarekat”. Peristiwa ini disaksikan oleh mereka yang hadir ketika itu , antaranya seorang pelajar pondok Lanai – Ustaz Azmi (guru agama lepasan pondok lanai) , dari Greek Perak. 

Penulis telah menyimpan surat pengakuan saksi peristiwa tersebut  yang di ambil dari  Ustaz Azmi, beliau hadir bersama Sheikh Ali  ketika pertemuan dengan Tuan Guru Muallim Haji Wahid di Pondok Sungai Udang , Melaka ketika pengijazahan tersebut,





4.Tuan Guru Haji Arshad-  Salah seorang murid al Allamah Sheikh Yasin al- Fadani,telah mengijazahkan  sanad-sanad kitab ilmu Feqah,Tauhid,Tasauf,Tafsir,Hadis serta Ijazah Dalilul Khairat dengan  Sanad dan Silsilahnya yang sampai kepada Imam Al Jazuli r.a. 

Dua buah kitab sanad-sanad ilmu  Sheikh Ali al Maaliki, yang terkandung didalamnya sanad-sanad semua Ilmu dalam Islam telah diijazahkan kepada Hadrat Sheikh Ali:            

 1 المسلك الجلىّ في أسانيد فضيلة الشيخ محمد علي تخريج وجمع المفتقر الى مولاه علم الدين محمد ياسين بن عيسى الفدانى المكى
  2 اسانيد الكتب الحديثية السبعة الصحيحين والسنن الأربعة وموطأ الامام مالك املاء علم الدين محمد ياسين عيسى الفداني المكي

Perisitiwa ini telah disaksikan dan kedua-dua kitab tersebut telah dilihat oleh penulis sendiri. Alhamdulillah.




5.  Sheikh Karamullah an Naqshabandi- Ulamak Pakistan- Mengijazahkan Silsilah Musalsal  bil Mushafahah  ( iaitu sisilah bersalaman )  .
مسلسل بالمصافحة من الشيخ كرم الله النقشبندى

 Peristiwa berlaku diKota Suci Mekah al Mukarramah, penulis juga ada ketika itu.




6.  Sheikh Qurban Ali, Sheikh Tarikat Naqshabandi  yang bermukim di Damsik, Syiria. Beliau telah mengijazahkan dan mengiktiraf Sheikh Ali sebagai Khalifah Tarikat Naqshabandi. Detik peristiwa ini berlaku sudah lama, ketika  Syria masih  aman

7. Habib Omar ben Hafiz- Isyarat pengiktirafan dalam satu  pertemuan  di Jordon.


8. Habib Ali Al-Jufri - Isyarat pengiktirafan disertai pengakuan dalam syarahan beliau di Alamiah Institute, England dan Abu Dhabi. Alamiah Institute adalah intitusi pendidikan dan pelajaran yang diasaskan oleh Hadrat Sheikh Ali sendiri, yang beroperasi di England.

9. Sheikh Muhammad al-Ya’qubi - Ulamak Syria. Alim dibidang ilmu hadis – Isyarat pengiktirafan disertai anugerah  Khirqah berupa Mislah bulu unta. Perisitiwa ini berlaku di kediaman Sheikh Muhammad atas undangan Sheikh Muhammad sendiri dan disaksikan oleh hadirin yang terdiri dari penuntut-penuntut Sheikh Muhammad dan para  muridin dari England. Peristiwa ini berlaku ketika  Syria masih aman.

10. Sheikh Mahmud Affandi, Cucumbar (baca Karsember menurut dialek Turkie), Fateh, Istanbul, Tukie.  Seorang Sheikh Tarekat Naqshabandi Kholidi  didaerah Fateh , Istanbul. Beliau dan seorang Khalifah beliau telah mengiktiraf kebolehan Hadrat Sheikh Ali semasa pertemuan pertama mereka di tempat suluk Cucumbar. Beberapa perkara yang dianggap luar dari kebiasaan  telah berlaku. Adalah seorang dari khalifah Sheikh Mahmud Affandi telah terkejut dan mengakui bahawa pribadi Hadrat Sheikh Ali  telah menghabisi kesemua perjalanan  Naqshabandi dan kesemua Lathoif  hidup dan berfungsi . Sentiasalah sehingga kini  apabila Hadrat Sheikh Ali  dan para muridin setiap kali menziarahi Turki akan bertandang dan hadir majlis Khatam Tawajjuh di tempat suluk tersebut yang kebiasaannya diadakan selepas sembahyang asar.  Walhamdulillahirobbil a’lamiin.

Penulis juga pernah hadir satu ketika,   bersama Sheikh Ali dan rombongn dimajlis khatam tawajjuh di karsembar itu.






Antara Mata Pelajaran syariat yang pernah dipelajari beliau.

  1. Kitab Ihya Ulumiddin- Belajar kepada Tuan Guru Haji Ja’far al Hafiz..
  2. Sairus salikin- Belajar kepada Tuan Guru Haji Ja’far al Hafiz
  3. Bughyatul Thullab-  Belajar kepada Sheikh Daud Malau.
  4. Pelita Penuntut -   Belajar kepada Tuan Guru Haji Ja’far al Hafiz.
  5. Hidayatul Mutafakkirin-Belajar kepada Tuan Guru Haji Ja’far al Hafiz.
  6. Al Hikam (Tok Pulau Manis)- Belajar kepada Sheikh Daud Malau.







Noted.

Beliau merupakan lepasan aliran pondok tradisional yang berjaya menguasai ilmu agama dan fasih berbahasa Inggeris. Beliau telah mengembangkan dakwah Islam di England dan telah banyak mengIslamkan masyarakat di sana. Beliau juga telah menubuhkan sebuah pusat pendidikan  yang dinamakan Alamiyah Institute sebagai tempat pengajian fardhu ‘ain kepada masyarakat Islam di kota London. 


و الله على ما أقول و كيل.
والسلام .


Faedah-Faedah Berkahwin

Faedah-Faedah berkahwin menurut kitab Siyarus saalikin.
(Faedah yang kelima).Mujahadah Nafsu. Yakni melawan Hawa Nafsu dan memerang akan dia dengan :

-mendirikan Hak yang wajib atasnya bagi isterinya itu
-dan Sabar atas kelakuan isterinya yang tiada muwafakat dengan dia
-dan menanggung atas kesusahan nya daripada isterinya itu
-dan mengusahai didalam mengislahkan akan dia
-dan menunjjukkan akan dia kepada jalan agama
-dan bersungguh-sungguh mengusahai rezki yang halal kerana memberi belanjakan dia
-dan berdiri mentarbiahkan segala anaknya .
MAKA SEKELIAN ITU IAITU AMAL YANG BESAR KELEBIHANNYA DAN IBADAT YANG AMAT BESAR PAHALANYA ITU.

Siyarus Saalikin muka  surat 29 , dar fikar tanpa tahun.