Saturday, October 26, 2013
Monday, October 21, 2013
Buku Doa dan Amalan diMajlis Perkahwinan dan Kematian.
Mengandungi:
Susunan amalan dan doa yang sepatutnya dibaca dan diamalkan dalam setiap majlis Akad Nikah, dan mentajhiz kan mayat.
Ada antara amalan atau bacaan yang selalu diamalkan oleh para ulamak dan orang soleh disuatu zaman yang silam, tetapi telah lupus lenyap tidak terdengar lagi diamalkan oleh generasi kini. Antaranya bacaan selawat selepas pengantin diakadkan dan bacaan khutbah bertunang .
Tidak pernah terjumpa dimana-mana buku tulisan rumi maupun yang tulisan melayu jawi , ada menulis contoh khutbah bertunang, padahal amalan berkhutbah semasa bertunang adalah sunat.
Kebiasaannya , keluarga pengantin hanya akan berkhutbah mengikut apa yang terasa hendak dikemukakan sahaja, lantaran tiada sebuah buku pun yang ada untuk ditatap baca sebagai teks khutbah bertunang.
Padahal, contoh khutbah bertunang, khutbah ijab bertunang dan khutbah qobul bertunang telah begitu lama tercatit dalm teks kitab kitab klasik berbahasa arab.
Lantaran sangat susah untuk meletak baris baris pada setiap kalimat yang tertera didalam teks khutbah bertunang itu, munkin menyebabkan tiada orang yang mahu memberi perhatian kepadanya. Maka tertinggal lah ia, hingga hampir-hampir hilang dalam amalan masyarakat , melainkan dikalangan kelompok ahli ilmu tradisional khasnya sahaja terdapat beramalkannya.
Oleh yang demikian, usha2 murni membukukan amalan2 seperti itu sangat patut disokong dan diberi perhatian yang sewajarnya oleh peminat2 ilmu dan mereka yang cenderung dibidang amalan.
Sekian wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)