7 orang lagi masih dalam taraf pinangan Rasulullah s.a.w dan mereka menolak kerana anak-anaknya masih kecil, takut mengganggu Rasulullah s.a.w dan sebagainya dan seorang saja iaitu Dlubla’ah yang ditolak oleh Rasulullah s.a.w setelah mendapat penerangan dari sahabat-sahabat tentang sifat wanita tersebut. **
Menurut Syihabul Millah wad Din Al-Qastalani, hanya 5 orang yang telah disentuh (disetubuhi) Rasulullah s.a.w kemudian Rasulullah s.a.w ceraikan, selain di antara semua isteri baginda 9 orang itu sebab yang 9 itu tetap tak tersentuh masalah besar. Demikianitu berlaku kerana ada hal-hal yang perlu baginda lakukan sedemikian. Menurut pendapat setengah ulama, adalah kerana kekurangan-kekurangan yang ada pada sifat mereka, yang telah diketahui Rasulullah s.a.w . Dengan harapan sikap mereka dapat berubah tetapi ternyata tidak berganjak. Supaya jangan terganggu untuk memimpin umat Islam di dalam dan di luar negara, maka itulah tindakannya. Bagi Rasulullah s.a.w, perkahwinan itu bukan untuk urusan nafsu.
Setelah menyelami perkembangan fikiran dan inti perjuangan Para Sahabat pada zaman Rasulullah s.a.w , kita akan dapati semua perkahwinan kesemua mereka tidak berdasarkan cinta kepada nafsu tetapi mempergunakan tenaga nafsu untuk mencintai Allah s.w.t dan mencintai segala apa yang dicintai untuk mencintai Allah s.w.t.
** peri hidup Muhammad Rasulullah s.a.w . jilid 2 cetakan 3 ; 1053-1055.