Friday, February 13, 2009

Sinopsis Rumahtangga Rasulullah s.a.w


Ummahaatul Mu’minin.

1. Khadijah al Kubro.
2. Saudah binti Zum’ah.
3. .Aaisyah binti abi Bakr.
4. Hafshah binti Umar.
5. Ummu salamah.
6. Zainab Binti Jahsy.
7. Shofiyyah binti Huyyai.
8. Juwairiyyah binti al Harith.
9. Maimunah binti Al Harith.
10. Mariah al Qibthiyah.
11. Ummu Habibah.


Rasulullah s.a.w berakhir hanya dengan 9 orang Isteri.

Setiap orang yang pernah membaca sejarah dan mengetahui sifat-sifat orang besar akan hairan dalam hal ini, bagaimana Rasulullah s.a.w mengendalikan keluarga yang besar.

Agar kita tidak terlupa, Rasulullah s.a.w berakhir hanya dengan 9 isteri , yang lain itu adalah hamba (Ummul Walad) ada 4 orang , antaranya Siti Mariah, sementara Siti Raihanah pula , ada yang mengatakan sebagai Ummul Walad dan ada yang mengatakan Ummul Mukminin, dan ini pendapat yang kuat.

Sembilan orang itu pula ialah Saudah, Aisyah, Hafshah, Zainab binti Jahsyi, Ummu Salamah, Juwairiah, Safiah, Ummu Habibah, Maimunah.

Rasulullah s.a.w juga mengahwini sejumlah wanita lain, ada yang mengatakan 12 orang dan ada yang mengatakannya 23 orang dan yang telah dipinang Rasulullah s.a.w tetapi menolak dengan minta uzur kerana anaknya masih kecil dan sebagainya 6-7 orang. Semuanya menjadi 30 orang. Di antaranya yang 30 orang ini, 23 orang semuanya telah dinikahi Rasulullah s.a.w , kemudian diceraikan Rasulullah s.a.w dengan baik, diberi hadiah dan dihantar kembali kepada keluarganya dengan baik. Dua orang di antara 23 orang itu Rasulullah s.a.w telah nikah dengan mereka, melalui wali gadis itu yang datang bersama utusan kaumnya, tetapi anak gadisnya masih di kampung dan akan dikirim ke Madinah, tetapi tidak sempat kerana Rasulullah s.a.w wafat.

No comments: