Friday, May 24, 2013

Antara Teungku Sheikh Chik Taneh Abe, Sheikh Abdul Wahab dan Snouck Hurgronje dalam sejarah Aceh.



Munculnya Pakar konspirasi belanda, Dr Snouck Hurgronje, dalam sejarah Aceh, nama ini sangat menonjol dilidah dan hafalan orangramai. Snouck sanggup berpura-pura masuk Islam , menukarkan namanya kepada Abdul Gaffar. Demi untuk mengorek rahsia masyarakat Aceh dimana jalannya untuk mengalahkan dan menawan Aceh  . Snouck bergaul dan belajar dengan ulamak-ulamak Melayu di Tanah Haram Mekkah. Bukan setakat ilmu Syariat yang dia belajar dan tahu, bukan setakat ilmu Bahasa, Balaghah yang dipelajarinya, bahkn Ilmu Tarikat Sufi pun dia tahu. Dia pernah puji Tarikat Naqshbandi Muzhiri pembawakan Sheikh Zawawi alYamani diMekah itu yg celik ilmu. Yang lain itu entah. ......
Tapi , kita jangan lupa..orang yang sedar dan menyedarkn orang lain tentang muslihat Snouck ini dan menghebahknnya kepada Aceh adalah Teungku Sheikh Chik Taneh Abe, Sheikh Abdul Wahab ini lah...beliau cepat pulang keAceh dengan menyamar dan menyusun strategy.  Busuk tak busuk anjuran-anjuran  dan cadangan Snouck kepada Belanda untuk tawan Aceh- boleh tengok dalam Buku dia- "De atjehers" . Atau baca saja "Aceh Sepanjang Abad"- H Mohammed Said yang tebalnya  lebih 1500 mukasurat.

Perpustakaan Dayah Taneh Abbe

Warisan yang tidak ternilai harganya. Teungku Sheikh Chik Taneh Abe, merupakan guru kepada Teungku Chik diTiro Sheikh Muhammad Saman. Perpustakaan  di Dayah Taneh Abe menyimpan khazanah kitab tulisan tangan yg sangat banyak...

Dayah Taneh Abe- Sheikh Teungku Chik Taneh Abe- Sheikh Abdul Wahab.







PONDOK LAMNO -TEUNGKU SHEIKH IBRAHIM.





Teungku Aba Burhan, murid langsung kepada al marhum Sheikh Ibrohim , bercerita, semasa hayat Sheikh Mudo Waliyy, datang ke Lamno Dan dlm prjalanan itu Tiba2 Sheikh Mudo Waliy berhenti disatu kawasan dan Berkata, nanti disini akan ada pasentren didirikan Dan gurunya sangat tinggi himmah mengajar. Kemudian harinya nyata terjadi apa yg diucapkan oleh Abuya Mudo Waliyy Itu. Baarakallahu fiih.. Sheikh Teungku Ibrahim meninggal dunia selepas mengajar lepas sembahyang isya.. dihari terakhir hayatnya beliau sedang sakit, tetapi terus mengajar sehingga wafat.. Innalillah.. 

Tuesday, May 21, 2013

Muerah Silu- Malikus Sholeh- Sulthan Pasai.


Meurah Silu- al Malikus Sholeh, Raja yang sangat merendah diri, Alim, Boleh Berbahasa Arab, Setiap minggu mengumpul para ulama untuk muzakarah ilmu dengan membaca kitab, datang kemasjid untuk sembahyang juma'at dengan berjalan kaki, pernah diziarahi pengembara terkenal- ibnu bathutah dan tercatit kisah ini dalam kitab rihlah ibnu bathutah, dikatakan pernah diziarah marco polo- tapi ada versi lain mengatakan yang diziarah marcopolo adalah putera baginda- al malikul zoohir. --maklumat2 tentang aceh boleh jumpa dalam buku Aceh Sepanjang Abad- karangan A Mohammad Said- dengan helaian mukasurat yang lumayan menjangkau lebih 1500 muka.. buku ini pernah jadi polimik lama sebelum  tsunami, tapi setelah tsunami tidak diperdulikan lagi , sebab sudah damai.. buku yang sangat menarik , mempunyai maklumat tentang aceh yang hampir selengkapnya...










Sunday, May 19, 2013

Sheikh Muhammad Saman- Tengku Chik Di Tiro.







Tengku Chik Di Tiro.. Pahlawan, Ulamak, Shufi, Tarekat, Tawassul, Zikir banyak , Taat Guru2, Anti Penjajah, Pertahan Institusi Raja Melayu, Kitab Turas, Aliran Tradisional Pondok , Serban, Baju Melayu, Percaya Barakah, Tak mudah mengalah hanya ajal sahaja mengakhiri perjuangannya itupun sbb diracun... dan itu semua tidak sekali2 akan boleh dikatakan sebagai orang jumud dan tidak berjuang... Allah Allah.

Dimakam ini ada 3 makam. Pertama: Disebelah tepi dinding hala kiblat , Sheikh Muhammad Saman- Tengku Chik Di Tiro. Kedua: Sebelah Tengku Chik- Makam Cucu beliau. Ketiga: Sebelah cucunya, awal dipintu masuk- Kubur Hasan Tiro- Ketua GAM. Rupanya Hasan Tiro- beliau ini adalah keturunan Tengku Chik Di Tiro. Allahummar ham hum..
Hasan tiro telah kembali ke Acheh selepas Tsunami dan mengadakan perdamaian dgn Kerajaan Indonesia dengan MOU , sbb sama merasai bertanggungjawab terhadap musibah yang menimpa, lalu dengan keinsafan bersama lalu damai. Kemudian, memang sudah di tentukan Ilahi,  tanah kuburnya ditanahair , sebelah datuK moyang. Mudahan Allah ampunkan dan rahmatkan semua.